“Saya harap
kakitangan Kerajaan dapat menggunakan bantuan bayaran bonus ini dengan sebaik
mungkin. Walaupun tidak banyak tapi sedikit-sebanyak ianya membantu meringankan
beban kewangan mereka untuk menghadapi Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.
MESRA-MEDIA... Sebaik-baik selepas menunaikan hajat pihak media untuk merakamkan Perutusan Hari Raya Aidil Fitri, Dato' Sri Wan Rosdy turut sudi menerima ajakan mereka untuk sesi berfoto bersama.
Selain Dato' Sri Wan Rosdy; yang turut kelihatan ialah Setiausaha Akhbarnya, Dato' Abdul Wahab Mohamad Ali serta antara lain - Ketua Biro Utusan Malaysia cawangan Pahang, Sdr Mohd Shariza Abdullah (duduk barisan depan, dua dari kanan); Ketua Pemberita TV, RTM Pahang, Sdr 'Ben' (duduk berisan depan, kiri sekali); dan, wartawan TV3 Pahang, Sdr 'Raza' (duduk barisan depan, kanan sekali).
Selain untuk kerja-kerja rakaman perutusan oleh RTM, TV3 dan Pahang-ku; Sdr Mohd Shariza dan anak-anak buahnya, Sdr Shofi dan Sdr Zaki Jilan (masing-masing berdiri, kiri sekali dan dua dari kiri) turut serta untuk sesi temubual eksklusif dengan Menteri Besar yang siaran temubual tersebut dijangka dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad, 10 Jun ini.
KEDIAMAN RASMI
MB, JALAN TELUK SISEK, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail menyampaikan berita baik untuk penjawat awam di negeri ini dengan
pengumuman pemberian bonus RM450 kepada mereka pada Gred 41 dan ke bawah.
Pembayaran
pula menurutnya, akan dibuat pada Selasa, 12 Jun. Dan 12 Jun adalah bersamaan
27 Ramadan atau kira-kira tiga (3) hari menjelang Hari Raya Aidil Fitri 1
Syawal, yang dijangka jatuh pada Jumaat, 15 Jun.
“Setelah saya
meneliti kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pahang, kita mampu membayar bonus
kepada kakitangan kerajaan di bawah Gred 41 ke bawah, sebanyak RM450.
“Saya harap
kakitangan Kerajaan dapat menggunakan bantuan bayaran bonus ini dengan sebaik
mungkin. Walaupun tidak banyak tapi sedikit-sebanyak ianya membantu meringankan
beban kewangan mereka untuk menghadapi Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.
Dato’
Sri Wan Rosdy berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan bagi ‘side-story’ wartawan,
yang sebelum itu telah merakamkan perutusannya sempena Hari Raya Aidil Fitri
pada malam Jumaat, 8 Jun di sini.
BACAAN YASIN... Sebelum rakaman perutusan, petang dan malam Jumaat itu juga diadakan majlis berbuka puasa disusuli solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Mufti Negeri, Dato' Sri Abdul Rahman Osman (dua dari kanan).
RM3.295 JUTA PERUNTUKAN,
LIBATKAN 7,324 PENJAWAT AWAM
Menurutnya,
keputusan tentang pembayaran bonus itu dicapai dua (2) hari lepas, Rabu, 6 Jun.
Ia dipercayai diambil pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang
dipengerusikannya di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong.
Adalah
difahamkan, jumlah penjawat awam berGred 41 dan ke bawah di negeri ini ialah
seramai 7,324 orang atau kira-kira 67 peratus daripada keseluruhan kira-kira
11,000 penjawat awam di negeri ini.
Dengan
7,324 orang yang akan menerima bonus RM450 ini bermakna, nilai keseluruhan yang
perlu Kerajaan Negeri peruntukkan dan bayar bagi kategori penjawat awam yang
lebih memerlukan ini ialah kira-kira RM3.295 juta.
Sungguhpun
nilai RM450 ini dikatakan kecil tetapi ia masih melebihi bonus sepertimana yang
ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada penjawat-penjawat awamnya, yang
sekadar RM400 seorang.
Kepada
soalan wartawan tentang nilai yang berkurangan tahun ini berbanding tahun lepas
yang sebanyak RM500 katanya mengulangi, betapa ia bergantung kedudukan kewangan
negeri semasa.
AKTIVITI KEMASYARAKATAN... Dato' Sri Wan Rosdy turut merasmikan secara ringkas, aktiviti kemasyarakatan anjuran Majlis Belia Negeri (MBN). Yang turut kelihatan ialah Presiden MBN, Sdr Wan Emril Nizam Wan Embong dan Pengerusi, Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Dato' Sri Mohd Johari Hussain (kanan sekali).
SAMA-SAMA KITA
KERJA KUAT, FOKUS KEPADA KERJA
“Dan untuk
pembayaran bonus ini, bukan kita – saya bersama-sama rakan Exco, Pegawai Kewangan
Negeri; suka-suka meletakkan kita bayar RM450, tidak. Kita mengambil kira
kedudukan kewangan yang ada, implikasi kewangan.
“Jadi kita rasa,
Kerajaan Negeri merasakan hanya mampu membayar RM450 untuk Gred 41 dan kebawah.
Itu yang kita bayar RM450. Kalau kita rasa setakat RM350, kitapun akan bayar RM350
kerana kedudukan kewangan setakat itu sahaja.
“Oleh itu, saya
mengambil kesempatan di sini menyeru kakitangan yang berkenaan untuk
bersama-sama kita kerja kuat, fokus kepada kerja kita supaya hasil negeri dapat
dipertingkatkan.
“Dan tahun depan
insyaAllah, kalau kedudukan kewangan negeri bertambah baik daripada apa yang
ada hari ini; kita boleh bagi, bayar lebih. Sebab, kita nak serah balik (hasil
negeri) kepada rakyat…,” katanya lagi.
MENINJAU SANTAI, KE BAZAR RAMADAN DI PERKARANGAN STADIUM DARUL MAKMUR... Diiringi isteri, Datin Sri Burhah Mohammed (berbaju warna merah-hati), Dato' Sri Wan Rosdy - pada malam yang sama juga; telah turun meninjau ke gerai-gerai jualan Bazar Ramadan ini. – Khabar
MENINJAU SANTAI, KE BAZAR RAMADAN DI PERKARANGAN STADIUM DARUL MAKMUR... Diiringi isteri, Datin Sri Burhah Mohammed (berbaju warna merah-hati), Dato' Sri Wan Rosdy - pada malam yang sama juga; telah turun meninjau ke gerai-gerai jualan Bazar Ramadan ini. – Khabar