… antara satu
lagi kandungan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri bagi menghadapi
Pilihanraya Umum ke-13
BERSATU, BERSEMANGAT DALAM GELOMBANG BIRU...
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, BENTONG – Tapak bagi rumah-rumah ibadat bukan
Islam di atas tanah Kerajaan selama ini cuma dirizabkan sedemikian tetapi kini,
Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) mahu menukarnya kepada status
geran atau tanah hak milik pula.
Dan
perkara ini akan menjadi antara kandungan utama dalam Manifesto BN Negeri bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13), yang pasti ditunaikan apabila BN
sekali lagi diberi kemenangan lalu kekal memerintah negeri selepas pilihanraya itu.
Inilah
antara apa yang dikatakan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri,
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapan 40-minit melancarkan ‘Gelombang Biru
Parlimen Bentong’ pada petang Khamis, 28 Mac di sini;
Yang
kemudian diminta mengulasnya pada persidangan media yang diadakan pada
penghujung majlis tersebut.
“Sekarang ni,” menurutnya, “Rumah-rumah ibadat orang bukan Islam
(yang) terletak atas tanah Kerajaan, kita
rizabkan sebagai (tapak) rumah ibadat untuk satu-satu kaum tertentu. Sedangkan
rumah ibadat itu telahpun berada begitu lama.
BERSILA KITA... Tanpa menghiraukan sofa empuk yang telah disediakan, bagi menunjukkan lagi ke'bersamaan'nya dengan khalayak sekelian, Dato' Sri DiRaja Adnan mengajak seluruh barisan kepimpinan BN Parlimen Bentong untuk bersila di depan pentas, bersamanya.
ATAS SEMANGAT
1MALAYSIA
“Atas kesedaran (serta
semangat) 1Malaysia (yang dicetus dan diamalkan oleh) kepimpinan YAB Perdana
Menteri, jadi kita menunjukkan bahawa kita (juga) prihatin. (Maka,) kalau kita
menang pilhan raya (umum) ni esok, rumah ibadat tu –
tapaknya kita
beri geran, suratan hakmilik.
“Ini termasuk
(dalam) manifesto, manifesto Barisan Nasional Negeri,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
Kepada
soalan lanjut wartawan tentang kenaan premium ke atas tapak-tapak yang dbreikan
geran atau hak milik itu katanya, kalaupun dikenakan, ia akan bersifat ‘biasanya, nominal sahaja’.
“Terpulang
kepada Kerajaanlah – RM10,000 ke, RM1,000 ke, RM100 ke, RM10 ke ataupun RM1…
Terpulanglah. Mungkin kalau rumah ibadat tu selalu didatangai oleh orang
kaya-kaya, ha , kita boleh kena(kan) premium (yang relatif tinggi).
“Tapi kalau (rumah
ibadat bukan Islam itu dikunjungi oleh) orang kampung, orang biasa, penoreh getah
semua tu… (yang berpendapatan tidak besar) nak premium apa?” katanya lagi.
SAMA-SAMA KITA PATERIKAN IKRAR, UNTUK MENANGKAN BN... Dengan penuh tertib, khalayak dalam kalangan pemimpin dan ahli BN sedang mengangkat serta melafazkan ikrar.
TUNJUKKAN BN
BERSIAP SEDIA
Beliau
turut mengulas mengenai dakwaan pembangkang konnonnya Parlimen belum juga dibubarkan
bagi memberi laluan kepada PRU-13, ialah kerana Perdana Menteri takut untuk
menghadapi pilihanraya tersebut.
Kononnya
pula ada yang mendakwa, sungguhpun Perlembagaan Persekutuan membenarkan tetapi
adalah salah daripada segi moralnya apabila Perdana Menteri belum juga lagi
mengumumkan pembubaran tersebut.
“Itulah guna(nya)
Perlembagaan, itulah guna undang-undang. Dan ikut amalan konvensyenpun, memang
Perdana Menteri parti pemerintah yang mempunyai – bukan kuasa, pendapat dia kemudian
dia kemukakan kepada kalau di Britain, Queenlah, kalau di Malaysia, Yang Dipertuan
Agong.
“Itu telah
diperuntukkan (dalam Perlembagaan Persekutuan). Maknanya, kalau tidak
diisytiharkan pembubaran, akan sampai satu tempoh pembubaran otomatik. Dah ada
dalam undang-undang, tak apalah,” katanya.
Mengenai
majlis petang Khamis ini katanya, ia dianjurkan bagi menunjukkan kepada
ahli-ahli BN dan juga parti-parti pembangkang bahawa BN di sini sudah
bersiap-sedia untuk menghadapi PRU-13.
BAIKNYA KEPIMPINAN BN KITA; DALAM PADA AKUR KEPADA KEHENDAK DAN KEPERLUAN MAJORITI, YANG MINORITI TURUT DILAYANINYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sambil Dato' Sri Liow di sisi, sedang melayani masalah yang dikemukakan hingga ke meja makan, oleh seorang warga Sikh ini.
BEKERJA SECARA
SISTEMATIK
“Kita bersiap
untuk melaksanakan proses demokrasi iaitu pilihanraya. Dan yang pentingnya ialah,
kita lihat tadi, jentera semua komponen bekerjasama. Yang penting sekarang ini
ialah menggerakkan gerakan dan bekerja secara sistematik,” katanya.
Yang
turut hadir pada majlis penuh bersemangat ‘membara’ dengan ‘lautan’ baju biru
memenuhi setiap sudut Dewan ini ialah Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong
Lai yang juga ahli parlimen Bentong serta Pengerusi MCA Negeri;
Ahli
Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Hoh Khai Mun yang juga Timbalan Pengerusi MCA
Negeri serta wakil rakyat (BN – Bilut); Pengerusi, MIC Negeri, Dato’
M.Davendran yang juga wakil rakyat (BN – Sabai);
Pengerusi,
Gerakan Negeri, Dato’ Dr Ng Kwang Chye yang juga wakil rakyat (BN – Ketari);
serta, Pengerusi PPP Negeri, Dato’ A.Elayppan. – Khabar