… tiga (3)
perkara yang menurut Menteri Besar, tak boleh dicuba-cuba, termasuklah
cuba-cuba untuk menukar Kerajaan yang ada, pimpinan Barisan Nasional.
ANAK-ANAK MUDA KEMASUL... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersalaman dengan golongan belia Felda Kemasul ini sejurus berakhirnya majlis di sini, petang Jumaat itu.
DEWAN
ORANGRAMAI, RANCANGAN TANAH FELDA KEMASUL, BENTONG – Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak ‘cuba-cuba’
menukar Kerajaan yang ada, yang telah memberikan perkhdimatan yang baik selama
ini.
“Jangan cuba
(cuba untuk menukarkan Kerajaan yang ada), nanti esok merana,” katanya yang juga wakil rakyat kawasan ini (BN - Pelangai), sebagai
menjawab soalan wartawan pada persidangaan media sempena Majlis Mesra Kasih
Warga DUN Pelangai Bersama Pemimpin petang Jumaat, 15 Mac di sini.
Mengulas
lanjut katanya, ada tiga (3) perkara yang tidak boleh dicuba-cuba iaitu
cuba-cuba untuk menghisap dadah yang akhirnya menyebabkan ketagihan, cuba-cuba
hendak kahwin kemudian tidak jadi, dan, cuba-cuba untuk menukar Kerajaan yang
ada.
“Kita telah
lihat banyak tempat, saya tak sebut negara, tak payahlah… sama ada hasil
daripada ‘Arab Spring’, ataupun sebelum ini di Jepun, di India, di Thailand;
Kerajaan bertukar tapi akhir-akhirnya balik ke Kerajaan yang asal.
“Kalau mereka
telah balik ke Kerajaan asal, kenapa kita yang ada Kerajaan asal ini, perlu
tukar dengan Kerajaan lain? Jangan cuba-cuba, nanti kata ‘Ha, kita nak tengok
mungkin yang ini (selain Kerajaan yang ada pimpinan Barisan Nasional) lebih
baik’, jangan! Jangan cuba, nanti esok merana,” tegasnya.
BUAL-BUAL MESRA, DI PONDOK BICARA... Dengan bersahaja, Dato' Sri DiRaja Adnan singgah sambil berbual-bual dengan penduduk setempat di bawah pondok yang dinamakan sedemikian, sempena kehadiran buat julung-julung kalinya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke rancangan tanah ini pada Rabu, 5 Disember 2012 sempena Majlis Bicara Tokoh.
Antara yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Tengku Dato' Zulkifli (dua dari kiri, sebahagian terlindung tiang) serta Encik Shuib (bersongkok, dua dari kanan).
JENAZAH DIKAPAN
DENGAN TIKAR MENGKUANG SEMASA ZAMAN JEPUN
Beliau
seterusnya menyingkap peristiwa yang beliau sendiri tempuhi ketika masih kecil
terutamanya semasa ura-ura kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, bagi menggantikan
pemerintahan Kerajaan Inggeris.
“… arwah nenek
saya bercerita, sebelum kedatangan Jepun, tali barut-tali barut yang terdiri
daripada orang-orang di Tanah Melayu pada masa itu – orang Melayu, orang Cina;
menyatakan, ‘Mari kita sokong Jepun, halau British keluar dari Tanah Melayu’.
“(Kata tali
barut-tali barut itu) pakaian (akan menjadi) murah. Makanan mewah.
Akhir-akhirnya bila Jepun datang, pakaian tidak ada, makanan akhirnya ubi kayu.
Orang Melayu, orang Islam yang meninggal duniapun, bukan dikapan dengan kain
kapan, (tetapi) dikapankan dengan tikar mengkuang,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
“Jangan
cuba-cuba. Nak cakap susah… jangan cuba-cuba benda ni!” tegasnya.
Kalaupun
tidak berpuas hati dengan Kerajaan yang ada, perasaan tersebut serta usaha
untuk membetulkan perkara yang menjadi ketidak puasan hati itu katanya, hendaklah
dilakukan dari dalam Kerajaan sendiri.
SIAP-SIAGA... Inilah bilik gerakan UMNO cawangan Felda Kemasul yang turut sempat dikunjungi oleh Dato' Sri DiRaja Adnan, bagi meninjau kesiap-siagaannya menjelang pilihanraya umum yang semakin tiba.
PEPATAH INGGERIS
YANG DIFAHAMI MAKSUD TETAPI SENGAJA DIPUTAR-BELITKAN PEMBANGKANG
“Cuba kita
tengok sekarang ni, Dato’ Sri Najib,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi; “Apakah yang rakyat suarakan tidak puas
hati yang Dato’ Sri Najib tidak buat? Lapan (8) tuntutan mengenai (penambaikan
sistem) pilihanraya, tujuh (7) telahpun dibuat, satu (1) sahaja belum lagi.
Maknanya, kita (Kerajaan yang ada) ikut…
“Jadi kalau
misalannya Kerajaan yang ada boleh mengikut cakap kita (rakyat) maka, apa salah
kita kekalkan (Kerajaan yang ada).
“Saya lebih suka
ada seorang ketua yang boleh mendengar cakap pengikut daripada saya tukar ketua
itu yang saya akan dapat ketua yang baharu, yang belum tentu lagi buruk-baiknya,” katanya sambil
menyebut terjemahan pepatah Inggeris yang asalnya – “Better the devil that you know, than the angel that you don’t”.
Perdana
Menteri sendiri menurutnya, bekerja siang malam dengan berusaha merangkulkan semua
golongan termasuk yang muda dalam kalangan warga ‘netizens’ seperti ‘bloggers’, ‘facebookers’
dan rakan ‘tweeters’.
“Jadi, janganlah
kita ikutkan hawa nafsu. Saya takut esok, kita ingat nak makan tebu,
tebang-tebang terkena ke teberau. Teberau macam tebu juga, tapi tak boleh
makan, keras, air tak ada.
PRASARANA KESIHATAN DI DUN PELANGAI... Pembangkang mungkin mahu sengaja menafi atau menidakkan, namun hakikatnya, pembangunan terus berlaku di Dewan Undangan Negeri Pelangai termasuk di Chemomoi ini, dengan wujudnya unsur-unsur fizikal seperti Klinik Kesihatan Chemomoi ini.
Foto ini dirakam tatkala penulis melepasi sempadan Rancangan Tanah Felda Kemasul, memasuki dan melalui pula Rancangan Tanah Felda Chemomoi untuk perjalanan pulang ke Kuantan pada petang Jumaat itu.
DARIPADA AHLI
NGO, AKHIRNYA POLITIK JUGA
“Gajah sukalah,
sebab gajah ingat tebu tu teberau, tapi dia makan (sebab) gigi gajah besar, tak
apalah. Yang kita ni, kita ingat tebu tiba-tiba teberau, tak boleh nak makan
lagi dah,”
katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai Pengerusi, Himpunan Hijau, Encik Wong Tuck
– seorang yang kuat membantah projek kilang pemprosesan tanah jarang Lynas
malah pernah mengugut untuk membakarnya; yang telah dicalonkan untuk bertanding
atas tiket parti pembangkang DAP di parlimen Bentong pada pilihanraya umum kali
ini.
Encik
Wong Tuck katanya lagi, memang asalnya dari Bentong khususnya Telemong Estate,
yang kemudian ketika berumur 20 tahun, telah dihantar oleh ayahnya berpindah ke
Sabah.
“Dan sekarang,
dia hendak balik pula ke Bentong, ha eloklah…,” kata Menteri
Besar yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri.
“Tapi
insyaAllah, kalau calon Barisan (Nasional) tu Dato’ Sri Liow (Tiong Lai, ahli
parlimen Bentong sekarang)), menang kita. Pengundi Melayu rata-rata saya ingat
dalam 80 peratus menyokong Barisan Nasional, insyaAllah. Dan pengundi Melayu
dan bukan Melayu hampir sama banyak.
AKHIRNYA SELUANG
KE TEPI PANTAI JUGA
“Jadi Wong Tuck
ni, ibarat kata, ‘sirih pulang ke gagang’lah. Ha biarlah. Ibarat kata, seluang
ni, dia dulu pergi ke tengah (laut) akhirnya ke tepi (pantai) juga,” katanya lagi
sambil mengakui betapa dalam kalangan kepimpinan Himpunan Hijau sekarangpun
sudah menggesa Wong Tuck meletak jawatan ekoran pencalonannya itu.
Antara
yang turut hadir pada Majlis Mesra Kasih Warga DUN Pelangai Bersama Pemimpin
ini ialah Yang Dipertua, Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP), Tengku Dato’ Zulkifli
Tengku Ahmad;
Pegawai
Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; Penghulu Mukim Pelangai, Encik
Nasaruddin Ahmad; Pengurus, Rancangan Tanah Felda Kemasul ini, Encik Ahmad Dali
Saleh; dan tuanrumah iaitu Ketua Peneroka yang juga Ketua UMNO cawangan
rancangan tanah ini, Encik Shuib Chin. – Khabar