… tempoh pengecualiannya akan ditentukan, kata
Menteri Besar
SERAH-TERIMA SUMBANGAN...
WISMA BELIA,
INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Demi meringankan lagi beban mangsa-mangsa banjir
di negeri ini, Kerajaan Negeri menetapkan untuk mengecualikan pembayaran bil
air bagi tempoh-tempoh tertentu, kepada mereka.
“… bil air PAIP (Pengurusan
Air Pahang Bhd) kita akan kecualikan,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob pada persidangan selepas menerima barangan keperluan sumbangan Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk mangsa banjir pada petang Ahad, 8 Disember, di sini.
“Kita akan
tengok berapa haribulan hingga berapa haribulan (bil air ini akan dikecualikan),” katanya. Adalah
dipercayai, ia akan merupakan tempoh yang munasabah termasuk ketika air
diperlukan dalam kuantiti yang lebih daripada biasa, untuk kerja-kerja
pembersihan rumah kelak.
Beliau
juga memberitahu, Kerajaan akan lebih berhati-hati dalam kaedah penentuan
mereka yang benar-benar menjadi mangsa banjir serta layak untuk menerima
sumbangan RM500 sepertimana yang telah Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul
Razak umumkan semalam.
Sehubungan
itu, Kerajaan Negeri akan menggunakan khidmat ketua-ketua kampung dan ketua-ketua
masyarakat termasuk parti-parti politik tunjang Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan
bukan Kerajaan (NGO) untuk pengesahan.
BERSAMA-SAMA PASUKAN PERUBATAN HKL...
MANGSA BANJIR
DISAHKAN, UNTUK TERIMA RM500
“Kalau seseorang
itu benar-benar menjadi mangsa (banjir), disahkan oleh ketua masyarakat di situ
walaupun dia tak pindah (ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir yang
disediakan), kita akan bagi (RM500 itu),” katanya.
“Kalau
ruang tamu masuk air (banjir), bolehlah (terima sumbangan RM500 itu)?” tanya seorang
wartawan dari akhbar China Press, yang segera Dato’ Sri DiRaja Adnan jawab, “Hai tak boleh… Kita tengok juga… Itu (sebab
kita) perlu pengesahan dari ketua masyarakat, ketua kampung”.
Mengenai
Perkampungan Sungai Isap dekat sini yang keseluruhannya mengalami banjir katanya,
mangsa banjir yang menduduki rumah-rumah berkenaan secara menyewa mungkin
terpaksa berkongsi sumbangan RM500 itu dengan tuanpunya rumah sewanya itu.
“Tuan punya (rumah
sewa itu) perlukan bantuan sebab rumah dia musnah. Penyewa (yakni,
mangsa-mangsa banjir) pula perlukan bantuan sebab barang-barang dia musnah. Ha,
ini kita sedang fikirkan ‘mechanism’nya tapi buat masa ini, ada kemungkinan
RM500 itu dibahagi dua, RM250 seorang,” katanya lagi.
Beliau
seterusnya mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan khabar-khabar
angin antaranya mendakwa kononnya empangan atau benteng runtuh, atau kononnya akan
berlaku gelombong kedua banjir di negeri ini.
ZIARAHI MANGSA...Mengambil kesempatan berada di Wisma Belia ini - satu antara dua pusat pemindahan mangsa banjir yang berhawa dingin lagi menyelesakan (sebuah lagi ialah di Kompleks SUKPA yang berdekatan), Dato' Sri DiRaja Adnan telah melawati, bertanya khabar, memberi semangat; mangsa-mangsa banjir ini.
Beliau kelihatan seronok mengangkat anak kepada seorang mangsa banjir ini, dan anak ini pula - 'hantap' sungguh nampaknya, kelihatan gembira berada dalam dakapan pemimpin nombor satu negeri ini.
JANGAN DENGAR
KHABAR ANGIN
“Jangan kita
dengar khabar-khabar angin ini. Dengar pengumuman rasmi yang akan dikeluarkan
oleh Setiausaha Kerajaan (Negeri) atau sekali-sekala oleh Menteri Besar. Ikut
yang itu, yang lain jangan dengar,” tegasnya.
Beliau
setersunya menyatakan kekecewaannnhya dengan gelagat beberapa pemimpin parti
pembangkang yang telah mempolitikkan isu banjir ini atau beliau istilahkan, ‘meng‘isu’kan’nya.
“… pembangkang
datang bawa satu kereta kecil, bawa 200 bungkus makanan, (hendak) beri kepada
orang untuk 800, untuk 1,200 (yang tentunya) tak cukup, (yang akhirnya
menyebabkan) orang bergaduh.
“Tapi yang
mustahak, (mereka) ambil gambar, ambil gambar (lalu dimuat-naikkan ke pelbagai
medium berkaitan teknologi maklumat). Susah macam ni,” katanya.
“Ketepikan
politik,”
Dato’ Sri DiRaja Adnan sarankan. “Sayapun
dah bagi arahan. Bantuan mesti diberikan kepada semua. Walaupun dia orang
pembangkang, walaupun dia orang Barisan Nasional; beri semua.
BERPERSIDANGAN AKHBAR...
INI KERAJAAN
RAKYAT, BERTINDAK PENUH PERI KEMANUSIAAN
“Sebab ini
Kerajaan rakyat… Ini banjir, ini darurat jadi kita kena bertindak selaku seorang
yang penuh peri kemanusiaan,” katanya dan menambah betapa pembangkang
mudah-mudah menyalahkan Kerajaan ekoran bencana yang dialami ini.
Beliau
juga memaklumkan betapa pasukan keselamatan banyak membantu dalam tempoh yang
menyukarkan ini. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sahaja katanya, telah berada
di 16 lokasi di seluruh negeri ini dengan jumlah anggota 1,052 orang iaitu 56
pegawai dan 956 lain-lain pangkat.
“(16 lokasi itu
ialah) di Kuantan, di Maran. Di Pekan, di Rompin, di Raub, di Bentong, di
Jerantut, di Bera, di Temerloh, Lipis, Cameron Highlands – semua ada. Mereka bersiap sedia,” katanya.
“Saya harap
bersabar-sabarlah. ‘Looking at the massive destruction as the result of the flood,
really saddened me you know’,” katanya lagi.
Mengenai
sumbangan barangan keperluan oleh HKL yang diketuai oleh Ketua Jabatan
Kecemasan, Dato’ Sri Prof Dr Abu Hassan Ashaari, Kerajaan Negeri katanya,
berterima kasih dan menghargai sumbangan ini.
BNBBC TURUT
SUMBANG RM50,000
“Mereka juga
membawa doktor perubatan untuk buat pemeriksaan kepada mangsa banjir ini
sendiri dan Kerajaan ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada HKL khususnya
Jabatan Kecemasan, kerana keprihatinan mereka kepada mangsa banjir di negeri
Pahang ini.
“Dan, kita akan
gunakan sebaik-baiknya. Kita juga menerima banyak bantuan dari banyak pihak dan
kita akan memanfaatkan dengan seelok-eloknya,” katanya yang
turut menerima sumbangan RM50,000 dalam bentuk cek daripada Kelab Penyokong
Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Selain
Dato’ Sri Prof Dr Abu Hassan, yang turut hadir ialah Pengerusi, Jawatankuasa
Kesihatan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Nurul Azali Sulaiman; Pengarah Kesihatan
Negeri, Dato’ Dr Norhizan Ismail; Pengerusi, Majlis Kebajikan Negara, Dato’
Abdul Halim Ibrahim; Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’
Zulkifli Yaakob; serta, Ketua Polis Negeri, Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani. –
Khabar