… sebagai tanda kasih dan keprihatinan
Kerajaan, kata Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak semasa menggulung
perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-67
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
(PWTC), KUALA LUMPUR – Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan sumbangan RM500 kepada
setiap keluarga terbabit banjir yang sedang mengalaminya ketika ini.
Beliau
yang juga Presiden UMNO serta Ahli Parlimen kawasan Pekan berkata, beliau turut
berasa simpati dengan mereka yang terbabit banjir dibeberapa kawasan termasuklah
di daerah-daerah negeri pantai timur seperti negeri Pahang dan Terengganu.
“Saya faham (akan ketidak
selesaan mereka ) bila kena banjir sebab saya ahli parlimen kawasan yang selalu
kena banjir. Saya tahu susah-payahnya, saya tahu penderitaan mereka.
“Sebagai tanda kasih dan keprihatinan Kerajaan maka saya nak umumkan
pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam banjir,” katanya disusuli tepukan,
semasa menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-67
petang Sabtu, 7 Disember di sini.
Selain
beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga
Pengerusi, Jawatankuasa Bencana Alam Negara katanya, telahpun melawati
kawasan-kawasan banjir berkenaan.
ARAHAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
BERI BANTUAN
Dan Tan
Sri Muhyiddin juga katanya, mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua agensi Kerajaan
yang berkenaan, agar dapat memberikan bantuan dengan bersungguh-sungguh kepada mangsa-mangsa
banjir tersebut.
Sehubungan
itu, Dato’ Sri Mohd Najib menyambut baik persetujuan bank komersil – Malayan Banking
Bhd (Maybank), untuk menangguhkan sementara pembayaran ke atas pinjaman-pinjaman
yang ada diambil oleh mereka dalam kalangan mangsa-mangsa banjir.
Beliau
seterusnya mengalu-alukan jika ada institusi kewangan lain yang mahu turut
meneladani keputusan Maybank itu. – Khabar