…
dengan penerusan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0, 1,000 orang menerimanya
pada majlis penyampaian peringkat perlimen Pekan.
MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN... Dato' Sri Mohd Najib, dengan Dato' Sri DiRaja Adnan di sisi; sedang menyampaikan BR1M 3.0 kepada penerima - seorang daripada kira-kira 36,000 orang yang layak menerimanya bagi parlimen kawasan Pekan.
Yang turut kelihatan ialah (dari kiri) Dato' Abu Bakar; Dato' Ishak; Encik Mohd Fakhruddin (separuh terlindung); dan, Dato' Sheikh Mohd Puzi.
KOLEJ AUTOMOTIF ANTARABANGSA MALAYSIA (ICAM), PERAMU, PEKAN – Seramai 1,000 orang dari parlimen
kawasan Pekan ini, menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang
disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak pada
majlis penyampaian pagi Ahad, 23 Februari, di sini.
Mereka
(1,000 orang ini) ialah dalam kalangan 36,000 orang yang layak menerimanya bagi
parlimen kawasan Pekan, yang turut diwakili oleh Dato’ Sri Mohd Najib selaku
wakil rakyatnya.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, turut hadir mengiringi Perdana Menteri
pada majlis hujung minggu ini.
Yang
turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; serta,
wakil rakyat-wakil rakyat – Dato’ Abu Bakar Harun (BN – Chini) yang juga ahli
Exco Kerajaan Negeri;
Dato’
Sheikh Mohd Puzi Sheikh Ali (BN – Peramu Jaya); Dato’ Khairuddin Mahmud (BN – Pulau
Manis); dan, Encik Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (BN – Bebar).
BERAMAH-MESRA... Sepertimana biasa, amalan ramah-mesra antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpin, terus menjadi amalan biasa. – Khabar