… says Pahang Menteri Besar who leads the Pahang State Assemblypersons from both political divide – Barisan Nasional (BN) or its opposition; visiting Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng
LYNAS ADVANCED
MATERIALS PLANT (LAMP), GEBENG INDUSTRIAL AREA, KUANTAN – “This visit is
totally apolitical. It is organized with the pure intention to let all the YBs
know the intricacies, the workings of Lynas using the rare earth as its main
materials.
“It is not so
much of about trying to prove or disprove anybody or any parties. We simply want
to know that Lynas is safe. It is not as dangerous as it made out to be”.
These
were the words uttered by Pahang Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob
at a media conference, after leading the Pahang State Assemblypersons from both
the political divide, visiting this RM3 billion project – Lynas Advanced
Material Plant (LAMP) here, Wednesday afternoon, April 23.
“Kita bukanlah
hendak mencari salah siapa. Oh… ADUN pembangkang datang. Oh… ADUN Barisan (Nasional)
datang… Itu tak penting,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai menjawab soalan
wartawan Astro Awani.
“Yang penting,” katanya yang memandu
sendiri bas membawa delegasi wakil rakyat-wakil rakyat tersebut dari Wisma Sri
Pahang ke sini, “… ahli-ahli Barisan
Nasional dengan pembangkang, boleh bersekali naik bas yang saya pandu sendiri,
datang, untuk melihat perjalanan kilang”.
TAKLIMAT OLEH
SAINTIS NUKLEAR
Pada
taklimat yang turut diberikan khususnya oleh Prof Ismail Bahari – Ketua Keselamatan Radiologi
bagi kilang milik Lynas Malaysia Sdn Bhd itu katanya, banyak soalan dikemukakan
serta mendapat jawapan yang sewajarnya.
Ini
termasuklah tentang kemalangan baru-baru ini di jalan lama Temerloh-Karak, membabitkan
pengangkutan bahan ‘end product’ LAMP untuk pengeksportan menerusi Pelabuhan
Kelang.
Urusan
pengangkutan bahan berkenaan selepas ‘ex-factory’ (keluar dari LAMP) katanya, sepatutnya menjadi tanggungjawab pembeli
bahan itu yang mungkin pula menggunakan laluan berkenaan bagi mengelak
pembayaran tol jika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“… berlaku kemalangan tapi bahan itu (‘end product’ tersebut) bukannya merbahaya, tidak...
“Tapi Lynas
sebagai pihak yang bertanggung jawab, ia tahu (bahawa) bahan itu berpunca dari
kilangnya, walaupunpun bukan ia yang bawa (atau, melakukan kerja pengangkutan
tersebut); ia (tetap) pergi bantu,” katanya.
IANYA PASIR, IANYA TANAH LIAT? IANYA, TANAH JARANG... Anggota delegasi wakil rakyat kita turut dibawa melihat sendiri apa yang dikatakan tanah jarang, yang tempat asalnya di Mount Weld, Perth, Australia; dan dibawa ke sini untuk menjalani pemporsesan dengan kos yang lebih ekonomikal.
ADA KEGUNAAN
UNTUK SISA BUANGAN TANAH JARANG
Mengulas
lanjut mengenai taklimat oleh Prof Ismail, yang juga bekas saintis nuclear dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) katanya, mereka turut diterangkan bagaimana
bahan mentah tanah jarang itu dibawa ke Pahang, kemudian melalui proses
‘cracking and leaching’, disusuli proses ‘separation’ sehinggalah memperolehi ‘end
product’ berkenaan.
Mereka
turut ditaklimatkan tentang kegunaan yang ditemui pada sisa buangan tanah
jarang tersebut, termasuklah yang dapat digunakan semula dalam pembuatan jalanraya,
baja, simen, batu-bata serta ‘gypsum board’.
Apa
yang ditunggukan sekarang katanya, ialah pengiktirafan atau ‘accreditation’
daripada pihak-pihak berwajib tentang keboleh-gunaan
oleh masyarakat terhadap produk daripada ssia buangan tersebut.
“Yang jelasnya,
mereka telah menjumpai – dengan kerjasama universiti-universiti di Malaysia
termasuklah Universiti Malaysia Pahang, bahawa bahan sisa buangan ‘rare earth’
di kilang Lynas ini, boleh digunakan untuk perkara-perkara lain,” katanya lagi.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya akur betapa lawatan hari ini adalah sangat
berfaedah, yang boleh dimanfaati oleh wakil rakyat-wakil rakyat, termasuklah
para ahli Exco Kerajaan Negeri serta beliau sendiri.
SAMBUTAN MESRA BUAT KETUA EKSEKUTIF NEGERI KITA... Yang turut kelihatan menyusul di belakang Menteri Besar ialah Dato' Ishak.
HELP LESSENING
CONTROVERSY
“So, we know
more about rare earth, know more about its uses, how the rare earth is being
processed and its end products. Whatever controversies that have being
highlighted especially by the press, by the media even the social media;
“We find that
this is contrary to the general believe that this product of Lynas is hazardous
to health; we find that it is not. I hope, with the visit today, we can in a
way, lessen the controversy surrounding Lynas,” katanya.
“Dan kita
berharap, tahap keselamatan, tahap operasi kilang ini dipertahankan. Because I
can see that the plant here is of very high quality and they adhere to a very
strict standard of safety,” katanya lagi.
Selain
Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohd; serta, ahli-ahli Exco
Kerajaan Negeri; sebilangan besar wakil rakyat BN juga pembangkang, turut
membentuk delegasi lawatan ke kilang ini.
'STILL IN TOTAL COMMAND'... Dato' Sri DiRaja Adnan masih sanggup melapangkan masa menemui media selepas kira-kira tiga (3) jam hadir sehingga menghampiri Maghrib, pada lawatan ke LAMP ini.
Mengapitnya, di sebelah kiri dan kanan ialah Pengerusi, Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato' Shahaniza Shamsuddin - yang juga 'initiator' kepada lawatan ini; dan, Prof Ismail. – Khabar
'STILL IN TOTAL COMMAND'... Dato' Sri DiRaja Adnan masih sanggup melapangkan masa menemui media selepas kira-kira tiga (3) jam hadir sehingga menghampiri Maghrib, pada lawatan ke LAMP ini.
Mengapitnya, di sebelah kiri dan kanan ialah Pengerusi, Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato' Shahaniza Shamsuddin - yang juga 'initiator' kepada lawatan ini; dan, Prof Ismail. – Khabar