Thursday, 24 April 2014

Ya Hana Na, Ya Hana Na...

… ribuan umat banjiri Padang MPK 1, menyaksi dan menyertai Malam Cinta Rasul.

KETIBAAN MENTERI BESAR DISAMBUT OLEH HABIB SYECH ASSEGAF...


PADANG MPK 1, KUANTAN – Ribuan umat Islam di sekitar bandar ini, telah hadir bagi menyaksi dan menyertai Malam Cinta Rasul – majlis dipenuhi dengan persembahan qasidah dan selawat oleh tokoh terkenal dari Indonesia, Habib Syech Assegaf, pada malam Khamis, 24 April di sini.

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob turut hadir. Begitu juga Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohd; Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dato’ Abdul Rahman Osman; serta, anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat-wakil rakyat termasuk dari pembangkang.

Persembahan yang bermula kira-kira 9.45 malam itu dan disiarkan ‘live’ menerusi stesen televisyen milik Kerajaan – TV Al-Hijrah, berlangsung kira-kira dua (2) jam, ditutupkan dengan nanyian lagu patriotik ‘Negaraku’ secara tanpa muzik, yang turut disertai ribuan hadirin sekelian.

PESANAN RINGKASNYA...

MENTERI BESAR SERTA RIBUAN UMAT YANG BERSAMA-SAMA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Ishak (di sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); antara yang turut kelihatan ialah Dato' Abdul Rahman (menunduk);

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Mohamad Ridzwan Mohd Tahar (berbaju Melayu biru); serta, wakil rakyat-wakil rakyat - Dato' Mohd Suhaimi Mohd Shah (BN - Sungai Lembing) (tiga dari kanan), dan, Syed Hamid Syed Mohamed (PAS - Kuala Semantan) (kanan sekali). 

DALAM PERSEMBAHAN QASIDAHNYA... Yang turut kelihatan menyertai Habib Syech ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad (kanan sekali). – Khabar