… ekoran
kekalahan 2-4 menerusi sepakan penalti, Belanda di tangan Argentina pada
separuh akhir kedua Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– “Bukan salah kamu,” – seolah-olah
dikatakan oleh isteri kepada penyerang Belanda, Arjen Robben – Bernadien Eillert,
ketika beliau berlari menghampiri tempat duduk isterinya yang dilihat sedang
memujuk anak lelaki mereka, Luka, 6, yang sedang menangis.
Insiden
ini dirakam dan disebut oleh pengulas – sambil rakan penyerang, Robin van
Persie menyaksikan pada jarak dekat; selepas berakhirnya perlawanan separuh
akhir kedua Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, di Sao Paulo Arena
awal pagi Khamis, 10 Julai.
Perlawaman
90-minit disusuli masa tambahan 30-minit berakhir 0-0, kemudian ditentukan dengan
sepakan penalti menyaksikan Belanda tewas 2-4. Robben sendiri menjaringkan satu
daripada dua gol tersebut.
Bagaimanapun,
pada perlawanan masa sebenar, Robben, seperti juga penyerang sensasi Argentina,
Lionel Messi, masing-masing dilihat ‘playing a quiet game’, atau bermain pada
tahap yang tidak sebenarnya.
Sungguhpun
tidak dinafikan, Robben sentiasa dilihat rajin dan bekerja keras, dengan
tahap stamina yang tinggi, membuat larian-larian merbahaya untuk menggugat bahagian
pertahanan lawan.
Atas
faktor itu sahaja maka, bukan salah Robben atas kekalahan ini. Dan insiden
Robben yang menunjukkan sikap ambil berat terhadap anak lelakinya, adalah sangat menyentuh
perasaan dengan turut terdapat tulisan mengenainya dalam media terutamanya media
alternatif.
SOKONGAN ISTERI, BERNADIEN EILLERT... – Khabar
SOKONGAN ISTERI, BERNADIEN EILLERT... – Khabar