… with regards
to Berjaya Group’s re-liven proposal to turn Berjaya Hills in Bukit Tinggi, into
Malaysia’s second casino after Genting.
AMBIL KISAH, AMBIL BERAT ADUAN JELATA... Dato' Sri DiRaja Adnan mencatit sendiri aduan yang dikemukakan kepadanya, ketika ditemui semasa mengunjungi meja ke meja, menemui mereka yang hadir pada majlis berbuka puasa petang Sabtu, 12 Julai, di perkarangan Masjid Sultan Hj Ahmad Shah, Pelangai.
Yang turut kelihatan ialah wakil khasnya di kawasannya di situ, Encik Ghafar (berbaju batik biru).
BALAI POLIS
MANCHIS, BENTONG –
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahu agar perasaan dan aspirasi
rakyat diambil kira sebelum Kerajaan Persekutuan membuat keputusan tentang cadangan
permohonan semula lesen oleh Kumpulan
Berjaya, menjadikan Berjaya Hills di Bukit Tinggi dekat sini sebagai sebuah
kasino.
“The decision
must be based on the feelings and the aspirations of the people because we have
all sections of the communities in Malaysia so are in Pahang.
“Probably, one thing
is good for one group but not good for another (hence), we have to consider
everything in-toto. We cannot simply bulldoze or push anything through. We got
to consider the feelings of other communities,” said Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
He
said these in reaction to a follow-up question by an NST journalist – “So, on
the State’s side, you all will accept any decision made by the Federal Governmentlah?”
after hearing the Menteri Besar earlier explanation about the authority of the
Federal Government particularly Ministry of Finance (MoF), to approve or reject,
application for a gambling license by Berjaya Group.
“All licensing
including gambling licensing, is under the purview of the Federal Government. So,
as the Menteri Besar of Pahang, I cannot comment much. (If matters regarding) land
yes, under the (power of the) State Government.
LAGI TERSERLAH, SIKAP AMBIL KISAH, AMBIL BERAT MENTERI BESAR KITA... Sementara menunggu waktu berbuka, menjadi lumrah bagi Dato' Sri DiRaja Adnan bertemu dan bertanya-khabar, amah-mesra dengan rakyat-jelata yang hadir.
PASSING THE BALL
BACK TO THE FEDERAL GOVERNMENT’ FEET
“But when it
comes to the intention of Berjaya Group to operate a casino there, it is beyond
us. We cannot prevent nor can we allow (the issuance of the license). So in a way,
I am passing the ball now (back) to the Federal Govertment’s (feet),” he said that
drew the said follow-up question.
Dato’
Sri DiRaja Adnan menyebut perkara-perkara ini sebagai menjawab tentang laporan
berita sebelum ini yang mengutip pengasas dan pemegang saham terbesar Kumpulan
Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menyatakan hasrat konglomerat itu untuk membuat
permohonan semula bagi mendapatkan lesen membuka sebuah kasiono di Berjaya Hills.
Beliau
telah dilaporkan berkata, Kumpulan Berjaya akan melabur kira-kira RM3,000 juta
bagi menjayakan cadangannya itu, yang menurutnya juga akan memberi peluang pekerjaan
kepada 10,000 orang di sana.
Dan
beliau juga dilaporkan sebagai berkata, agar permohonan kali ini tidak akan ditolak
sepertimana permohonan pertamanya dahulu, pada tahun-tahun awal 2000 yang mana Kerajaan
Negeri pimpinan Dato’ Sri DiRaja Adnan ialah antara penentang utama ketika itu.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut ditanya tentang serangan tidak berperi kemanusiaan terbaharu
oleh tentera Israel ke atas penduduk Palestin, hingga mengorbankan nyawa
termasuk kanak-kanak.
KEMESRAANNYA BERSAMA PARA TAMU... Tentu ada sesuatu yang menggelikan hati yang dikatakan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan hingga membuatkan yang berada di sekelilingnya ketawa termasuk penceramah diundang khas petang Sabtu itu, Encik Badli Shah Alauddin (kanan sekali).
NEGARA ISLAM
BANYAK DAN KAYA, TAPI TAK BERSATU
Menurutnya,
apa yang telah dilakukan oleh Regim Zionis tersebut sudah melampaui batas.
“Saya buat
ulasan ini atas dasar kemanusiaan, bukan atas dasar fahaman politik dan jauh
sekali untuk mencampuri urusan diplomatik. Sebagai manusia biasa, saya
perhatikan kekejaman ini telah melampaui batas.
“Tapi yang lebih
pokok ialah, kita perlu bertanya, kenapa ini berlaku?
“Saya berpendapat
kerana umat Islam, negara Islam khususnya, banyak yang kaya, banyak yang kuat
tapi tidak bersatu sehinggakan saudara sesama Islampun yang ditindas demikian
rupa, tidak dapat kita bela.
“Kita mungkin
membuat bantahan, kita menyatakan perasaan kita melalui media tapi saya tak
percaya ini boleh bawa kesan. Mungkin kesan yang paling baik ialah melalui
saluran-saluran diplomatik,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan kemudian menyingkap sejarah silam semasa zaman sebelum
termeterainya Deklarasi Balfour tahun 1917 dan penubuhan negara Israel pada
tahun 1948 lagi, dengan tabiat rakyat Palestin sendiri yang gemar menjual tanah
milik mereka.
'SELFIE' BERSAMA MEDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan dengan 'sporting'nya, turut menyertai sesi berfoto bersama media secara 'selfie' oleh jurufoto kanan BERNAMA, Sdr 'Pejo' (kiri, depan sekali) selepas selesai persidangan media malam Sabtu di Balai Polis Manchis ini.
TABIAT SUKA JUAL
TANAH YANG MEMAKAN DIRI
“Orang Arab (Palestin)
jual tanah kepada orang Yahudi, dan orang Yahudi beli dengan modal yang ada. Akhir-akhirnya
tanah itu kepunyaan orang Yahudi dan akhirnya orang Arab sendiri, orang
Palestin sendiri, dihalau keluar dari tempat tumpah darah mereka,” katanya.
Beliau
juga menambah kata, “Sepanjang yang saya
ingat, sayapun dah berumur 64 tahun, sudah beberapa kali dah kita menghentam,
kita mencaci, melaungkan slogan-slogan anti-Zionis tapi penindasan terhadap
orang Arab Palestin berlaku juga.
“Maknanya,
perkara ini lebih besar daripada itu (soal penindasan). Umat Islam mesti
bergerak, bersatu, mengenakan tekanan sekurang-kurangnya membawa perkara ini ke
Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Tapi ini, tak sesiapa berbunyipun…,” tempelaknya.
Menteri
Besar itu juga ditanya mengenai perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala
Dunia FIFA 2014 Brazil menemukan Jerman dan Argentina pada awal pagi Isnin, 14
Julai, bagi mendapatkan ramalannya yang menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, Jerman
dijangka menang dengan margin sama ada dua atau tiga gol.
“Saya sendiripun,
dari tahun 1958 sehingga sekarang, penyokong tegar Brazil walaupun saya tahu
antara Brazil dan Germany tu (yang bertemu pada peringkat separuh akhir), Germany
adalah lebih menyeluruh kekuatannya tidak seperti Brazil yang hanya mengharapkan
Neymar.
JERMAN JUARA,
MENANG DENGAN MARGIN DUA ATAU TIGA GOL
“Jadi sekarang
ini, saya meramalkan Germany akan menang. Dan saya percaya margin kurang-kurang
dua atau tiga gol. Bukan kecil.
“Argentina memang
mengharapkan kepada (Lionel) Messi dan Messi memang pemain yang hebat tetapi
dengan strategi yang betul saya percaya, kalau pasukan Germany, dengan
menggunakan barisan pertahanannya, mengunci Messi, saya ingat Argentina tidak
boleh buat apa-apa,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan berkata semua ini pada persidangan media malam Sabtu, 12 Julai
semasa singgah sebentar di sini dalam perjalanan pulan ke Kuantan, selepas
hadir pada Majlis Berbuka Puasa dengan penduduk dalam Dewan Undangan Negeri
Pelangai yang diwakilinya pada sebelah petangnya, di perkarangan Masjid Sultan
Hj Ahmad Shah, Pelangai. – Khabar