Monday, 29 April 2013

Utamakan Felda Lurah Bilut - rancangan tanah terawal, bagi bangunkan perumahan generasi kedua


Inilah permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui, pada taklimat yang Felda berikan kepadanya pada Februari lepas.

Ia juga menjadi sebahagian lagi intipati utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

MENTERI BESAR BERUCAP... 


DEWAN ORANGRAMAI, FELDA LURAH BILUT, BENTONG – Atas permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh Felda, keutamaan dalam pelaksanaan program perumahan generasi kedua akan diberikan kepada rancangan tanah ini, bersandarkan hakikat ia merupakan rancangan tanah terawal di negara ini.

Permintaan yang disusuli dengan persetujuan ini dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak, pada sesi taklimat yang Felda berikan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Februari lepas (2013) lagi.

“Buat masa ini yang saya ingat,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… kita telahpun melaksanakan program ini di Felda Mempaga (di Bentong ini) dan juga Felda Chini (di Pekan). Tetapi, selepas mendengar taklimat Felda itu, kita telah mengambil beberapa keputusan iaitu;

“Pihak Felda dengan kerjasama Kerajaan Negeri, akan membangunkan perumahan untuk generasi kedua di kawasan-kawasan Felda berdasarkan kepada ‘sequence’ atau turutan (tempoh tahun) kawasan Felda itu diwujudkan.

“Maknanya, kalau misalannya Felda Lurah Bilut adalah Felda tertua di negeri Pahang dan juga Malaysia, yang dimulakan pada tahun 1956; maka, keutamaan untuk menyediakan perumahan untuk generasi kedua mesti diberi kepada Felda Lurah Bilut,” katanya.

MELAYANI MEDIA... Dengan Ujang di sisi (duduk di sebelah kiri), Dato' Sri DiRaja Adnan menerangkan lebih lanjut mengenai rancangan Kerajaan untuk mengadakan perumahan untuk generasi kedua dengan keutamaan kepada Felda Lurah Bilut. 

Ujang atau nama sebenarnya, Zulkifli Amanlaki, ialah generasi kedua yang mewarisi tanah milik ayahnya di sini. Beliau tidak berumah, yang ekoran itulah memperjuangkannya. Dan penjelasan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan mengenai hal yang sama, tentulah diterimanya dengan hati terbuka.     


PENEROKA LURAH BILUT SUDAHPUN ADA CICIT

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media, ketika diminta mengulas lanjut hal yang sama yang menjadi topik utama ucapan luar teks 33-minitnya sempena perjumpaannya dengan masyarakat peneroka pada petang Isnin, 29 April, di sini.

“Sebabnya (keutamaan yang wajar diberikan kepada Felda Lurah Bilut ni)”, katanya, “… peneroka Felda Lurah Bilut bukan sahaja (kini sudah) mempunyai anak, mempunyai cucu; tetapi juga mempunyai cicit.

“Hari ini saya telah terangkan kepada peneroka-peneroka (Felda Lurah) Bilut tentang keputusan Kerajaan itu dan kita yakin insyaAllah, kalau Kerajaan Barisan Nasional lagi menjalankan pentadbiran di negeri Pahang ini (selepas PRU-13 ini) maka;

“… berhubung dengan agenda untuk memberi perumahan kepada generasi kedua di kawasan Felda, ianya akan diberikan kepada Felda (Lurah) Bilut dahulu,” katanya lagi.

Beliau menambah kata betapa pada taklimat yang sama, Kerajaan Negeri diberi gambaran betapa hamper kesemua rancangan tanah-rancangan tanah Felda di negeri ini akan dibangunkan perumahan generasi kedua tersebut.

'MARRIAGE OF CONVENIENCE'... Janggal dan pelik apabila melihat Melayu - khususnya yang berbaju Melayu, bersarung kain pelekat, kopiah di kepala; megah berarak dengan bendera roket milik parti cauvanis pekat Cina, DAP. Dan perarakan ini sengaja di'tempah', melalui jalan di pinggir Dewan Orangramai lalu bersifat provokasi yang ketika itu, Menteri Besar sedang menyampaikan ucapannya. 


PERUMAHAN GENERASI KEDUA UNTUK SEMUA KAUM

“Itu sebab bila peneroka-peneroka (Lurah) Bilut dan anak-anak peneroka (Lurah) Bilut menimbulkan soal ini, saya tidak terperanjuat sebab kita tidak buat pengumuman dua (2) bulan yang lalu.

“Tetapi, dengan penjelasan ini saya berharap, peneroka-peneroka di Felda (Lurah) Bilut khususnya, dan juga di kawasan-kawasan Felda di negeri Pahang dan di seluruh negara insya-Allah, akan berpuas hati dan bersabar menunggu projek perumahan untuk generasi kedua ini dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah kata, tanpa mengira kaum – Cina, India mahupun Orang Asli, mereka juga akan turut diterima untuk memanfaati daripada skim perumahan generasi kedua kelak.   

Menjawab soalan, beliau mengakui betapa perkara berkaitan perumahan untk generasi kedua Felda ini adalah terkandung dalam akujanji atau manifesto BN Negeri yang akan dilancarkan dalam dua-tiga hari ini.

Pada persidangan media yang sama, beliau ditanya oleh wartawan dari akhbar berBahasa Inggeris tempatan, tentang cabaran yang dilontarkan oleh calon DAP bagi Parlimen kawasan Bentong, Encik Wong Tack pada persidangan medianya pagi tadi.

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA... Baguslah. Sudahlah diperkudakan, yang diperkudakan memperkudakan pula kanak-kanak yang seharusnya tumpukan kepada pelajaran daripada terbabit dalam hal-hal yang tak tentu hujung-pangkalnya. 


CABARAN

Cabaran itu dilontarkan kepada Menteri Besar sendiri, begitu juga kepada Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen kawasan Bentong; serta, calon BN bagi Parlimen kawasan Raub, Dato’ Hoh Khai Mun.

Cabaran-cabaran itu antara lain ialah, meminta ketiga-tiganya menyelesaikan isu penyerahan kunci rumah bagi projek perumahan pekerja di Bukit Tinggi dekat sini; dan, menghentikan projek pemporsesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, serta, lombong emas di Bukit Koman, Raub.  

Bagi isu penyerahan kunci rumah projek perumahan di Bukit Tinggi itu kata Dato’ DiRaja Adnan, ia telahpun selesai, malah penyerahannya ditetapkan pada 3 Mei ini  ekoran perbincangan yang dilakukan antara Kerajaan Negeri dengan pemaju berkenaan yang berlangsung selama ini.

“We really pity the housebuyers who (are the one that suffers), due to some misunderstanding between the developer and the government.  

“But now, we have already resolved the issue and we are giving the key on the 3rd (of may),” katanya sambil menegaskan, ia bukanlah ekoarn DAP membuat bising mengenainya.

SATU LAGI UNSUR PROVOKASI YANG GAGAL... Ini kalilah? Meminjam kata-kata Imuda dalam rancangan tv lawak jenaka terkenal 'Pi Mai Tang Tu'; kita boleh katakan kepada provokator sebegini, 'Pi...rah', 'Boleh jalanlah'. 


SERAH KUNCI PADA 3 MEI

“We have been tryng to resolve this issue long way back. And, this is not an easy thing to do. There are legal implications as well as financial implications. So, after negotiations done by the government represented by the State Secretary and the developer, we have come up with the understanding that, the keys can be issued on the 3rd,” katanya lagi.

Berkaitan dengan cabaran supaya menutup kilang LAMP dan lombong emas kendalian Raub Australian Gold Mine (RAGM) pula katanya, beliau tidak bercadang berbuat demikian sementelah segala kajian yang dilakukan membuktikan kedua-duanya tidak membahayakan kesihatan.

Lalu beliau menempelak puak pembangkang yang mengaitkan penyakit yang dideritai oleh seorang wanita di Raub, dengan kesan sianida dari kilang RAGM sedangkan wanita tersebut telahpun dijangkiti penyakit itu sejak sebelum RAGM beroperasi lagi.

“Well, never mind. Let the people decide. Once the people decide (in this 13th General Election), then I think they can close their mouth. After all, this is a democratic country, they can say anything.

“Despite the fact that Karpal Singh want to send Tun Mahathir to jail – he can say a lot of (bad) things about the present government – (including) Kit Siang, Anwar, Karpal Singh; we have not send them to jail.

PADA PROGRAM EMPOWER... Sebelum ke Felda Lurah Bilut ini, Dato' Sri DiRaja Adnan sempat singgah ke program Empower seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kampung Baris. Selain Ketua Eksekutif, ECERDC, Dato' Jebasingam Issace John (berambut putih) ialah angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukur.  


SHOW OF CRUELTY, EVEN BEFORE POWER IN HAND  

“You see, even before getting power, Karpal Singh wants to send Tun Mahathir to jail. Is that right? Is that a proper thing to do?” tanya Dato’ Sri DiRaja Adnan yang ternyata bernada tempelak terhadap pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang tersebut.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan yang sekali-sekali berlaku gangguan kecil oleh perarakan kereta/trak/motorsikal oleh anak muda-anak muda puak-puak pembangkang di atas jalan berhampiran ialah;

Dato’ Sri Liow sendiri; serta, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bilut, Encik Leong Kim Soon; serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong, antaranya ialah Timbalan Ketuanya, Dato’ Zaini Salleh. – Khabar