…
ini selain daripada mendapan teruk ekoran sikap tidak bertanggung jawab
sesetengah penduduk/penanam di kawasan tanahtinggi itu.
SEBAHAGIAN DARIPADA BADAN-AIR (WATER-BODY) YANG DITAKUNGI EMPANGAN SULTAN ABU BAKAR... Lihatlah pekatnya kandungan air bak kata KDYTM Tengku Mahkota Pahang, 'teh tarik', yang menandakan teruknya mendapan yang berlaku akibat amalan tidak sihat sesetengah penduduk Cameron Highlands terutamanya para penanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Apakah lagi yang boleh diperkatakan tentang sikap buruk sesetengah penduduk
Cameron Highlands jika di dalam Empangan Sultan Abu Bakar, di sana, yang tercemar
bukan sahaja kerana mendapan teruk akibat aliran lumpur daripada kerja-kerja
tanah yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah penanam di sana.
Yang
lebih mengejutkan ialah penemuan bahan-bahan tidak sepatut di dalamnya – peti sejuk,
televisyen, sofa dan tilam buruk, selain tong gas terpakai, hingga memburukkan
lagi isu pencemaran di empangan bagi menjana elektrik hidro milik dan seliaan Tenaga
Nasional Bhd (TNB) itu.
Ini
didedahkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob ketika diminta
mengulas isu tanahtinggi tersebut, pada pertemuan dengan media semasa Majlis
Ramah Mesra Menteri Besar dengan pemain/pegawai/penyokong pasukan bolasepak
Pahang petang Jumaat, 1 November di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur dekat
sini.
“Saya difahamkan
hari itu, semasa kita (TNB) membersihkan empangan ini; apa ada dalam? Peti
sejuk buruk, televisyen buruk, tilam, tong gas, sofa – yang diperangkap dalam
perangkap yang berkenaan tu.
“Tapi, setakat
mana kita boleh nak meneruskan operasi untuk mengambil (dan mengeluarkan) benda-benda
ini? Jadi, penduduk sendiri kena ada sikit perasaan ataupun etika. Fikirkan
sikit,”
katanya.
TEMUI MEDIA PETANG JUMAAT... Majlis petang Jumaat itu ialah mengenai bolasepak tetapi oleh kerana soalan mengenai Cameron Highlands dikemukakan oleh wartawan dari akhbar tabloid, Kosmo! maka Dato' Sri DiRaja Adnan tetap melayaninya lalu memberikan respon sepertimana tersiar ini.
Yang turut kelihatan di belakang Dato' Sri DiRaja Adnan ialah ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato' Shafik Fauzan Sharif (berbaju putih), dan, Dato' Johari Husin (berbaju batik); Naib Presiden, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Dato' Akhbar V.V.Aboo (berbaju biru); dan, Pengurus Pasukan, Dato' Che Nasir Salleh (berbaju hitam di belakang Dato' Shafik).
PERANAN BESAR KEPADA NEGARA LWN KERAKUSAN ROSAK ALAM SEKITAR
Dalam
pada akur akan peranan penduduk khususnya penanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan
di kawasan tanahtinggi itu kepada pendapatan negara, dengan penanaman seterusnya
pengeksportan bahan-bahan mentah tersebut ke luar negara.
Namun,
yang tidak dapat diterima kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, ialah kerakusan mereka
dengan melaksanakan amalan-amalan pertanian yang buruk hingga merosakkan alam
sekitar.
“Semua bukit
ditarah, ditarah habis. Tak dapat nafikan bahawa mendapan di empangan itu
adalah disebabkan oleh kesan tarahan bukit yang berleluasa. Sekarang ni, tepuk
dada tanya selera.
“Mereka,
penduduk Cameron Highlands – penanam-penanam bunga, penanam-penanam sayur ini. Adaklah
mereka memilih untuk mengamalkan amalan pertanian yang buruk ini? Terpulanglah.
“Kerajaan boleh
menyekat setakat had tertentu. Lebih daripada itu kena dari kita sendiri, dari
rakyat sendiri – dari penanam sayur (dan bunga) sendiri,” katanya lalu meminta
mereka memikirkan tentang bahana yang mungkin lebih besar jika bukan setakat
limpahan air berlebihan dari Empangan Sultan Abu Bakar tersebut.
KALAU PECAH? NA’UZUBILLAH
“Kalau empang(an
Sultan Abu Bakar) itu pecah??? Na’u zubillah,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan lagi sambil menyebut dilema Kerajaan Negeri yang akan dituduh
sebagai tidak bersimpati dengan mereka apabila kenyataan keras dikeluarkan bagi
membendung aktiviti buruk mereka.
Pun
begitu, Dato’ Sri DiRaja Adnan menyebut tentang tindakan Kerajaan Negeri menerusi
Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang telah menghulurkan bantuan kewangan RM5,000
kepada keluarga bangsa asing yang terbunuh akibat banjir lumpur yang melanda
Lembah Bertam, di sana.
Sumbangan
lagi RM5,000 juga katanya, akan diserahkan kepada keluarga mangsa penduduk
tempatan – penanam sayur Cina, yang telah turut meninggal dunia secara tidak
langsung, daripada kejadian tersebut.
Perbincangan
pula katanya, sedang dilakukan dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan,
bagi menempatkan mangsa-mangsa yang ‘betul-betul memerlukan’ yang kehilangan
tempat tinggal akibat bencana 23 Oktober lepas itu. – Khabar