… hadiah
kemenangan RM50,000 dan trofi disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin
KAMPUNG GALI TENGAH,
RAUB
– Kampung Peruas, Ulu Dong dekat sini telah membanggakan kita rakyat Pahang, apabila
diumumkan sebagai johan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.
Penyertaan
kampung ini dengan projek pelancongan desa, telah menewaskan sembilan (9)
penyertaan lain yang telah disenarai-pendekkan bagi anugerah tertinggi tersebut,
selain daripada sembilan (9) lagi yang lain di peringkat zon.
Dengan
kemenangan ini, Kampung Peruas – yang diterokai dan diduduki sejak 1890-an
dalam kawasan seluas kira-kira 478 hektar dan kini mempunyai seramai 508 penduduk,
membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi.
Hadiah
kemenangan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Mohd Shafie Apdal pada pagi Sabtu,
30 November di sini.
Menurut
maklumat yang disediakan oleh pihak urusetia Anugerah Ilham Desa Peringkat
Kebangsaan 2013, projek pelancongan desa merupakan ‘taruhan’ Kampung Peruas
dalam penyertaan mereka kali ini.
PELANCONGAN DESA
DENGAN ALAM SEKITAR TERPELIHARA
“Dengan sungai
yang cantik, berjeram dan kualiti air bersih serta dingin dan ditambah dengan
hutan yang kaya dengan flora dan fauna menjadikan Kampung Peruas sangat popular
dalam sector pelancongan.
“Projek ini
telah bermula pada tahun 2007 dengan mengetengahkan Pusat Rekreasi Pulau Chekas
dalam Anugerah Ilham Desa.
“Pada tahun
2009, melalui Program Pelan Tindakan Desa, Kampung Peruas memberi fokus dalam
aspek pelancongan. Melalui program ini, Kampung Peruas telah mewujudkan Kompleks
Pelancongan Pulau Chekas dengan membangunkan sebuah pusat penginapan yang
lengkap dengan kemudahan seperti chalet, bilik mesyuarat, surau, dewan terbuka,
astaka, pondok kawalan dan kemudahan memasak.
“Melihat sektor ini
semakin mendapat tempat, Kampung Peruas meluaskan komitmen pelancongan melalui
program ‘homestay’”.
Tempat
kedua dimenangi oleh Kampung Parit Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek
ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik, dan menerima hadiah wang
tunai RM40,000 serta trofi.
APABILA PEMIMPIN NO 2 NEGARA KITA BERUCAP... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan dalam foto ini tekun mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin ialah Dato' Alexander.
UCAPAN LUAR TEKS
23-MINIT TPM
Manakala
ketiga oleh Kampung Batu 26, Kulim Bandar Baharu, Kedah dengan projek alat
penetasan unggas, dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi.
Sebelum
itu, dalam ucapan luar teks 23-minitnya, Tan Sri Muhyiddin antara lain telah
menyebut tentang kepentingan rakyat khususnya di luar untuk berinovasi dan
berkreativiti, yang akhirnya dapat turut meningkatkan pendapatan mereka.
Semasa
negara kita mencapai kemerdekaan dahulu katanya, ia hanya bergantung kepada dua
(2) sumber kekayaan iaitu bijih timah dan getah yang jika diteruskan
kebergantungan sebegitu hingga kini, negara ini mungkin kekal miskin
sepertimana negara-negara lain.
Beliau
memberikan contoh beberapa negara di Afrika dan Asia, yang di sebalik telah
merdeka lebih lama daripada negara kita, tetapi tidak dapat dibangunkan dengan
secara yang tersusun dan terancang.
Ini
termasuklah negara-negara yang pada peringkat awal dahulu, adalah hampir sama
tahap pencapaian mereka dengan negara kita tetapi kini katanya, negara kita pula
yang telahpun jauh meninggalkan mereka.
ANTARA KEPIMPINAN NEGERI YANG TURUT HADIR... Yang turut kelihatan ialah ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri - Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin; Dato' Ir Mohd Soffi Abdul Razak; Dato' Wan Rosdy Wan Ismail; Dato' Norol Azali Sulaiman; wakil rakyat, Dato' Abdul Aziz Kiram (BN - Batu Talam); Dato' Ismail; wakil rakyat-wakil rakyat parlimen, Dato' Abdul Rahman Mohamad (BN - Lipis) dan Encik Mohd Nazlan Idris.
MALAYSIA NEGARA
MEMBANGUN PALING MAJU
“Kita sudah
berada di barisan hadapan dan Malaysia sudah menjadi antara negara membangun
yang paling maju sekali di dunia pada hari ini, Alhamdulillah,” kata Timbalan
Perdana Menteri.
Menerusi
wawasan yang dikemudikan oleh kepimpinan Kerajaan yang ingin melihat negara kita
setanding dengan negara-negara lain katanya lagi, pelbagai usaha dan langkah diambil
dengan tidak lagi terlalu tertumpu kepada sector-sektor tradisional.
“Kita merancang
dan dengan perancangan itu serta didokong dan disokong oleh rakyat-jelata
terutamanya yang berada di kawasan-kawasan luar bandar, hari ini, Malaysia
sudah berubah wajah.
“Malaysia sudah
tidak seperti dahulu. Malaysia tidak lagi merupakan sebuah negara yang dikenali
sebagai negara pertanian sahaja tetapi sudah berubah wajahnya menjadi sebuah negara
perindustrian baharu.
“Negara yang
tidak hanya maju dalam sektor pertanian sudah berkembang, masuk dalam sektor-sektor
pembuatan, perkhidmatan, industri gas dan juga lain-lain sektor seperti pelancongan
, pembinaan dan sebagainya.
INILAH MAKSUD
INOVASI, KREATIVITI
“Maka, inilah
yang dimaksudkan dengan inovasi. Inilah yang dimaksudkan dengan kreativiti iaitu
dengan kebijaksanaan kepimpinan kita melihat ke hadapan walaupun sumber negara kita
waktu awal agak terbatas dan terhad. Malahan hasil kita di peringkat awal tidak
sebanyak mana.
“Tetapi dengan
kebijaksanaan, dengan kepemimpinan, dengan ilmu, dengan pengetahuan dan dengan ada
sikap berani untuk meneroka ke depan walaupun kita tidak mengetahui apakah
cabaran-cabaran yang mendatang, maka hari ini, Malaysia sudah berubah wajah.
“Tengok
sahajalah contohnya negeri Pahang dahulu, negeri Pahang pada hari ini. Raub
dahulu, Raub pada hari ini, jauh berbeda, berkat sokongan rakyat dan Kerajaan
yang dipimpin oleh Barisan Nasional ini,” katanya.
Beliau
seterusnya menyebut tentang pentingnya pembangunan menyeluruh Kerajaan
laksanakan yang sekaligus menidakkan cakap-cakap jika ada, tentang tumpuan
Kerajaan sekadar hendak memajukan kawasan-kawasan yang sudah sedia maju
khususnya di bandar-bandar, hingga meminggirkan luar bandar.
“Itu bukan dasar
kita. Sebab itu kita tubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang
dipimpin oleh seorang tokoh UMNO yang berkaliber, Dato’ Sri Shafie Apdal ini, (yang)
telah memaju dan membangunkan sektor luar bandar menjadi sektor yang dinamik, sektor
yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara kita.
JUGA KERANA ADA
KEBERANIAN KEPIMPINAN
“Dan ini adalah
kerana adanya keberanian dikalangan kepimpinan dan sokongan daripada masyarakat
luar bandar untuk bekerjasama dengan Kerajaan supaya kita dapat majukan kawasan-kawasan
kita sebagai kawasan yang berpotensi, kawasan yang boleh menjana hasil
pendapatan yang tinggi dan boleh meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya lagi.
Selain
Dato’ Sri DiRaja Adnan dan Dato’ Sri Mohd Shafie; yang turut hadir ialah
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Alexander Nanta Linggi;
Pengerusi, Jawatankauasa Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri,
Dato’ Shafik Fauzan Sharif;
Ahli
Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shahiruddin Ab Moin yang juga wakil rakyat kawasan
itu (BN – Dong); serta, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW), Dato’ Ibrahim Mohamad; Ketua Pengarah, Institut Kemajuan Desa
(INFRA), KKLW, Encik Hasnan Hassan, serta, Pegawai Daerah Raub, Dato’ Ismail
Mohd Ali. – Khabar