Tuesday, 30 April 2013

Majoriti rakyat tak terpengaruh dengan slogan 'Ubah/Tukar'


… ‘Tak payahlah’ ialah jawapan kepada slogan pembangkang, ‘Ini kalilah’

TANDATANGAN BERHARGA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menandatangani plak perasmian sambil yang lain menyaksikan. Berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan boleh memuatkan antara 40 dan 50 pengunjung pada satu-satu masa; perpustakaan ini ialah ehsan sumbangan CSR, TNB yang menyumbang RM300,000 untuk kerja-kerja pembinaannya.


PERPUSTAKAAN DESA, SIMPANG PELANGAI, BENTONG – Majoriti rakyat tidakpun terpengaruh dengan slogan atau seruan ‘Ubah/Tukar’ yang diuar-uarkan menerusi bahan-bahan cetak pilihanraya puak-puak pembangkang.

Sungguhpun ada yang terpengaruh, ia cuma segelintir, kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menjawab soalan wartawan tentang sejauh manakah slogan ‘Ubah/Tukar’ telah mempengaruhi rakyat.

“Saya perhatikan pada keseluruhannya, majoriti rakyat, mereka tidak terpengaruh. Tetapi, ada segelitintir yang agak terpengaruh sebab slogan itu memang sedap. Bunyi sedap.

“Slogan zaman Perang Dunia II, paling sedap slogan Goebbellah, slogan Hitler. Ia akan gunakan apa sahaja. Teringat saya zaman Allahyarham Presiden Sukarno, beliau juga banyak menggunakan slogan. Dan sekarang ni, dengan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau seterusnya berkata betapa sesedap manapun slogan yang diutarakan, ‘tapi orang tak mati dengan slogan, tak boleh kenyang dengan slogan’ lalu beliau cadangkan pula jawapan kepada ungkapan pembangkang, ‘Ini kalilah’ dengan ‘Tak payahlah’.

POTONG RIBEN... Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Encik Nasharuddin (kiri sekali); Ir Abdul Aziz (dua dari kanan), dan Puan Faridza (kanan sekali). Dengan bahan bacaan pelbagai tajuk berjumlah 11,000 naskah, perpustakaan desa ini tentu akan dimanfaati sepenuhnya oleh penduduk Simpang Pelangai.


TUNGGU SAHAJALAH 5 MEI, HARI MENGUNDI

Sehubungan itu juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan sarankan agar rakyat tunggulah sahaja tarikh 5 Mei ini yang tinggal tidak beberapa hari lagi, untuk mengundi bagi menentukan kepimpinan Kerajaan.  

Dato’ Sri DiRaja Adnan juga diminta mengulas lanjut tentang isu yang diperbesar-besarkan oleh puak pembangkang, berkaitan rumah pangsa di Bukit Tinggi, Bentong yang sudah siap tetapi pemaju, enggan serahkan kunci kepada mereka.

Ia ekoran perselisihan tercetus antara pemaju berkenaan dengan Kerajaan Negeri berhubung dengan tanah yang harus diberikan kepada pihak pemaju sebagai ‘subsidi bersilang’ ekoran siapnya rumah pangsa berkenaan.     

“Kerajaan kata, kamu patut dapat banyak ini cukuplah. Tapi kata pemaju pula, ‘Eh, kami kena (dibayar lebih) banyak ini kerana kami keluar duit banyak ini’. Yang itu (menjadi) pertelingkahan, itu sahaja.

“… dalam petelingkahan itu, yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli rumah. Kita sebagai Kerajaan yang prihatin, kita tidak mahu menyusahkan ralyat tetapi pada ketika yang sama, kita juga tidak mahu nampak seolah-olah kita menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas pemaju.

'WORKOUT'... Memenuhi aturcara seharian lagi yang sibuk. Jika sebelah paginya, Dato' Sri DiRaja Adnan berada di Yayasan Pahang (YP), Kuantan kerana pelbagai urusan termasuk menemui dan berbincang hal pilihanraya dengan tiga-empat calon BN; sebelah petangnya perlu berada di Simpang Pelangai, Bentong kerana merasmikan perpustakaan desa dan sebelum itu, menyampaikan dividen akhir bernilai RM22.17 juta kepada peserta Felcra seluruh negeri;

Sebelah malamnya pula hadir pada Malam Mesra Bersama Warga Penjara di Dewan Perdana, Kompleks Penjara Bentong di Mempaga. Selain makan malam, beliau juga diminta merasmikan gimnasium yang turut terletak dalam dewan ini. Kelihatan, beliau sedang mencuba satu daripada peralatan yang terdapat dalam gimnasium ini. 


KUNCI SERAH KEPADA KERAJAAN, KEPADA PEMBELI

“Jadi, kita berunding untuk menyelesaikan amaun yang sesuai (yang di‘bayar’ dengan menawarkan tapak tanah di tempat lain yang nilainya kira-kira sama dengan kos yang pemaju tanggung dahulu),” katanya lagi.

Hasil perundingan jugalah menurutnya, pemaju bersetuju untuk menyerahkan kunci-kunci rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri, kemudian akan diserahkan kepada pembeli berkenaan pada majlis di Bukit Tinggi juga, esok.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mahadiah Mohamad; Pengurus Besar, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Wilayah 2, Ir Abdul Aziz Majid;

Penghulu, Mukim Pelangai, Encik Nasharuddin Ahmad yang juga Pengerusi, Jawatankuasa Penasihat perpustakaan desa ini; Pengurus Besar, TNB Pahang, Dato’ Shahiruddin Mohd Simin; dan, Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Puan Faridza Jaafar. – Khabar 

Monday, 29 April 2013

Utamakan Felda Lurah Bilut - rancangan tanah terawal, bagi bangunkan perumahan generasi kedua


Inilah permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui, pada taklimat yang Felda berikan kepadanya pada Februari lepas.

Ia juga menjadi sebahagian lagi intipati utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

MENTERI BESAR BERUCAP... 


DEWAN ORANGRAMAI, FELDA LURAH BILUT, BENTONG – Atas permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh Felda, keutamaan dalam pelaksanaan program perumahan generasi kedua akan diberikan kepada rancangan tanah ini, bersandarkan hakikat ia merupakan rancangan tanah terawal di negara ini.

Permintaan yang disusuli dengan persetujuan ini dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak, pada sesi taklimat yang Felda berikan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Februari lepas (2013) lagi.

“Buat masa ini yang saya ingat,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… kita telahpun melaksanakan program ini di Felda Mempaga (di Bentong ini) dan juga Felda Chini (di Pekan). Tetapi, selepas mendengar taklimat Felda itu, kita telah mengambil beberapa keputusan iaitu;

“Pihak Felda dengan kerjasama Kerajaan Negeri, akan membangunkan perumahan untuk generasi kedua di kawasan-kawasan Felda berdasarkan kepada ‘sequence’ atau turutan (tempoh tahun) kawasan Felda itu diwujudkan.

“Maknanya, kalau misalannya Felda Lurah Bilut adalah Felda tertua di negeri Pahang dan juga Malaysia, yang dimulakan pada tahun 1956; maka, keutamaan untuk menyediakan perumahan untuk generasi kedua mesti diberi kepada Felda Lurah Bilut,” katanya.

MELAYANI MEDIA... Dengan Ujang di sisi (duduk di sebelah kiri), Dato' Sri DiRaja Adnan menerangkan lebih lanjut mengenai rancangan Kerajaan untuk mengadakan perumahan untuk generasi kedua dengan keutamaan kepada Felda Lurah Bilut. 

Ujang atau nama sebenarnya, Zulkifli Amanlaki, ialah generasi kedua yang mewarisi tanah milik ayahnya di sini. Beliau tidak berumah, yang ekoran itulah memperjuangkannya. Dan penjelasan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan mengenai hal yang sama, tentulah diterimanya dengan hati terbuka.     


PENEROKA LURAH BILUT SUDAHPUN ADA CICIT

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media, ketika diminta mengulas lanjut hal yang sama yang menjadi topik utama ucapan luar teks 33-minitnya sempena perjumpaannya dengan masyarakat peneroka pada petang Isnin, 29 April, di sini.

“Sebabnya (keutamaan yang wajar diberikan kepada Felda Lurah Bilut ni)”, katanya, “… peneroka Felda Lurah Bilut bukan sahaja (kini sudah) mempunyai anak, mempunyai cucu; tetapi juga mempunyai cicit.

“Hari ini saya telah terangkan kepada peneroka-peneroka (Felda Lurah) Bilut tentang keputusan Kerajaan itu dan kita yakin insyaAllah, kalau Kerajaan Barisan Nasional lagi menjalankan pentadbiran di negeri Pahang ini (selepas PRU-13 ini) maka;

“… berhubung dengan agenda untuk memberi perumahan kepada generasi kedua di kawasan Felda, ianya akan diberikan kepada Felda (Lurah) Bilut dahulu,” katanya lagi.

Beliau menambah kata betapa pada taklimat yang sama, Kerajaan Negeri diberi gambaran betapa hamper kesemua rancangan tanah-rancangan tanah Felda di negeri ini akan dibangunkan perumahan generasi kedua tersebut.

'MARRIAGE OF CONVENIENCE'... Janggal dan pelik apabila melihat Melayu - khususnya yang berbaju Melayu, bersarung kain pelekat, kopiah di kepala; megah berarak dengan bendera roket milik parti cauvanis pekat Cina, DAP. Dan perarakan ini sengaja di'tempah', melalui jalan di pinggir Dewan Orangramai lalu bersifat provokasi yang ketika itu, Menteri Besar sedang menyampaikan ucapannya. 


PERUMAHAN GENERASI KEDUA UNTUK SEMUA KAUM

“Itu sebab bila peneroka-peneroka (Lurah) Bilut dan anak-anak peneroka (Lurah) Bilut menimbulkan soal ini, saya tidak terperanjuat sebab kita tidak buat pengumuman dua (2) bulan yang lalu.

“Tetapi, dengan penjelasan ini saya berharap, peneroka-peneroka di Felda (Lurah) Bilut khususnya, dan juga di kawasan-kawasan Felda di negeri Pahang dan di seluruh negara insya-Allah, akan berpuas hati dan bersabar menunggu projek perumahan untuk generasi kedua ini dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah kata, tanpa mengira kaum – Cina, India mahupun Orang Asli, mereka juga akan turut diterima untuk memanfaati daripada skim perumahan generasi kedua kelak.   

Menjawab soalan, beliau mengakui betapa perkara berkaitan perumahan untk generasi kedua Felda ini adalah terkandung dalam akujanji atau manifesto BN Negeri yang akan dilancarkan dalam dua-tiga hari ini.

Pada persidangan media yang sama, beliau ditanya oleh wartawan dari akhbar berBahasa Inggeris tempatan, tentang cabaran yang dilontarkan oleh calon DAP bagi Parlimen kawasan Bentong, Encik Wong Tack pada persidangan medianya pagi tadi.

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA... Baguslah. Sudahlah diperkudakan, yang diperkudakan memperkudakan pula kanak-kanak yang seharusnya tumpukan kepada pelajaran daripada terbabit dalam hal-hal yang tak tentu hujung-pangkalnya. 


CABARAN

Cabaran itu dilontarkan kepada Menteri Besar sendiri, begitu juga kepada Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen kawasan Bentong; serta, calon BN bagi Parlimen kawasan Raub, Dato’ Hoh Khai Mun.

Cabaran-cabaran itu antara lain ialah, meminta ketiga-tiganya menyelesaikan isu penyerahan kunci rumah bagi projek perumahan pekerja di Bukit Tinggi dekat sini; dan, menghentikan projek pemporsesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, serta, lombong emas di Bukit Koman, Raub.  

Bagi isu penyerahan kunci rumah projek perumahan di Bukit Tinggi itu kata Dato’ DiRaja Adnan, ia telahpun selesai, malah penyerahannya ditetapkan pada 3 Mei ini  ekoran perbincangan yang dilakukan antara Kerajaan Negeri dengan pemaju berkenaan yang berlangsung selama ini.

“We really pity the housebuyers who (are the one that suffers), due to some misunderstanding between the developer and the government.  

“But now, we have already resolved the issue and we are giving the key on the 3rd (of may),” katanya sambil menegaskan, ia bukanlah ekoarn DAP membuat bising mengenainya.

SATU LAGI UNSUR PROVOKASI YANG GAGAL... Ini kalilah? Meminjam kata-kata Imuda dalam rancangan tv lawak jenaka terkenal 'Pi Mai Tang Tu'; kita boleh katakan kepada provokator sebegini, 'Pi...rah', 'Boleh jalanlah'. 


SERAH KUNCI PADA 3 MEI

“We have been tryng to resolve this issue long way back. And, this is not an easy thing to do. There are legal implications as well as financial implications. So, after negotiations done by the government represented by the State Secretary and the developer, we have come up with the understanding that, the keys can be issued on the 3rd,” katanya lagi.

Berkaitan dengan cabaran supaya menutup kilang LAMP dan lombong emas kendalian Raub Australian Gold Mine (RAGM) pula katanya, beliau tidak bercadang berbuat demikian sementelah segala kajian yang dilakukan membuktikan kedua-duanya tidak membahayakan kesihatan.

Lalu beliau menempelak puak pembangkang yang mengaitkan penyakit yang dideritai oleh seorang wanita di Raub, dengan kesan sianida dari kilang RAGM sedangkan wanita tersebut telahpun dijangkiti penyakit itu sejak sebelum RAGM beroperasi lagi.

“Well, never mind. Let the people decide. Once the people decide (in this 13th General Election), then I think they can close their mouth. After all, this is a democratic country, they can say anything.

“Despite the fact that Karpal Singh want to send Tun Mahathir to jail – he can say a lot of (bad) things about the present government – (including) Kit Siang, Anwar, Karpal Singh; we have not send them to jail.

PADA PROGRAM EMPOWER... Sebelum ke Felda Lurah Bilut ini, Dato' Sri DiRaja Adnan sempat singgah ke program Empower seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kampung Baris. Selain Ketua Eksekutif, ECERDC, Dato' Jebasingam Issace John (berambut putih) ialah angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukur.  


SHOW OF CRUELTY, EVEN BEFORE POWER IN HAND  

“You see, even before getting power, Karpal Singh wants to send Tun Mahathir to jail. Is that right? Is that a proper thing to do?” tanya Dato’ Sri DiRaja Adnan yang ternyata bernada tempelak terhadap pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang tersebut.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan yang sekali-sekali berlaku gangguan kecil oleh perarakan kereta/trak/motorsikal oleh anak muda-anak muda puak-puak pembangkang di atas jalan berhampiran ialah;

Dato’ Sri Liow sendiri; serta, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bilut, Encik Leong Kim Soon; serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong, antaranya ialah Timbalan Ketuanya, Dato’ Zaini Salleh. – Khabar  

         


Saturday, 27 April 2013

30 meter padu air percuma untuk rakyat miskin Pahang di bawah PPRT!


… antara intipati utama dalam akujanji @ manifesto BN Pahang, yang akan dilancarkan Selasa ini.

SEHARIAN YANG 'HECTIC'... Selesai sahaja majlis di SMK Sulaiman, Dato' Sri DiRaja Adnan memenuhi jadual ketat hariannya dengan mengunjungi bilik-bilik gerakan BN di bawah DUN Pelangai. Foto ini dirakam petang Sabtu itu, pada perjumpaannya dengan masyarakat India di bilik gerakan MIC di Kampung Shafie. 


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SULAIMAN, BENTONG – Rakyat miskin Pahang di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bakal menikmati 30 meter padu air dirawat secara percuma, setiap bulan.

Ini sepertimana termaktub dan dijanjikan dalam akujanji atau manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan dilancarkan pada Selasa, 30 April ini.

Berita gembira ini didedahkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media ketika beliau hadir pada Majlis Kesyukuran Sempena Penganugerahan Sekolah Kluster Cemerlang tengah hari Sabtu, 27 April di sini.

“…in our manifesto (that is to be launched), we are giving 30 cubic meter (of treated water) free to all PPRT homes,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai reaksi kepada soalan wartawan dari akhbar berBahasa Inggeris tempatan.

Wartawan tersebut meminta reaksi beliau kepada ceramah seorang pemimpin parti pembangkang yang membandingkan sumbangan Kerajaan Negeri ini pimpinan BN, dengan Selangor yang di bawah Pakatan Rakyat berkaitan dengan air.

DALAM PERBINCANGAN... Foto ini pula dirakam pada petang Sabtu yang sama, ketika Dato' Sri Diraja Adnan menjengah ke bilik gerakan BN di Manchis. 


AS IF FREE FOR EACH WHOLE MONTH

“… it’s as if giving free… Because, you need about 20 cubic meter of water to be utilised by one family of four (members), for three weeks. If I give 30 cubic meter for free, (it means that the recipient will as if gets) the whole month (of water supply) for free,” katanya lagi.

Kepada soalan wartawan yang sama menanyakan pandangan umumnya mengenai  pemberian air dirawat secara percuma kepada seluruh rakyat, beliau menjawabnya tidak wajar.

“Free water to the rakyat? No, not to all… because there would be the cost implications (thus) we can’t gve for free (to all),” katanya lalu merujuk saranan pembangkang mahu menghapuskan tol di jalanraya, yang kutipan daripadanyalah membolehkan Kerajaan membina jalan dan jalanraya yang lebih bermutu.

“But then, to the deserving people like the poor, we can give (free services like the free 30 cubc meter of treated water). The problem is… when we give free water to poor people, even the rich people wants to become poor. Ha… that’s the problem,” katanya berseloroh.

Dato’ Sri DiRaja Adnan seterusnya menegaskan betapa rakyat negeri ini bertuah kerana, selain daripada tariff air yang dikenakan di negeri ini ialah antara yang terendah, ia juga tidak disemak dan dinaikkan sejak 1982 atau sudah kira-kira 31 tahun ini.

KREATIFNYA ORANG ASLI, TUNJUK SOKONGAN KEPADA WAKIL RAKYAT MEREKA... Lihatlah kreatifnya masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Semei, yang terletak di belakang Kampung Shafie. Dengan mengandungi 28 buah rumah/keluarga, sokongan tidak berbalah-bahagi tentunya kepada BN yang dapat dilihat nyata menerusi pergaulan mesra mereka dengan Dato' Sri DiRaja Adnan yang pergi berjumpa mereka lewat petang Sabtu itu.


SUBSIDI AIR 40 KE 60 PERATUS

Dan pula katanya, bagi setiap RM10 bil bulanan air yang sepatutnya dibayar oleh rakyat negeri ini, mereka sebenarnya membayar cuma antara RM4 dan RM6 manakala Kerajaan Negeri membayar selebihnya.

“… the water tariff in Pahang has never been increased since 1982 and you look at (the monthly) water bill, we give subsidy (of) between 40 to 60 percent.

“So (for) every RM10 that you (have to actually) pay, the State Government is subsidizing between RM4 and RM6. We never boast about that, we never brag about it,” katanya.

Antara yang turut hadir pada majlis tengah hari Sabtu itu ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ketari, Encik Wong Choo Yak, yang Dato’ Sri DiRaja Adnan memperkenalkan kepada khalayak dalam ucapan luar teks 15-minitnya sebagai Cikgu Wong; 

Begitu juga Pengurus Besar, Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato' Jamal Nasir; Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Encik Ismail Che Mat; dan, Pengetuanya, Encik Azhar Omar. – Khabar  

Friday, 26 April 2013

Kuantan akan punyai satu (1) lagi loji rawatan air berharga RM180 juta di Panching



... yang akan siap dan mula operasi Ogos ini, dengan kapasiti pengeluaran 160 juta liter sehari - tambahan kepada 330 juta liter sehari yang dibekalkan oleh loji rawatan air sedia ada di Semambu, bakal menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di daerah ini. 

KHALAYAK TENTERA DAN KELUARGA MEREKA... Yang membanggakan tentang khalayak ini selain disiplin ialah, semangat mereka - kira-kira 4,500 orang anggota serta keluarga, terutamanya tatkala sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negaraku serta lagu Perajurit Kita dendangan Jalamuddin Alias; hingga bergema satu kawasan di bawah kanopi separuh bulan yang didirikan di atas padang kawad ini. 


BRIGED KE-4 MEKANIS, KEM BATU 10, KUANTAN – Daerah Kuantan akan mempunyai satu (1) lagi loji rawatan air – dengan pembekalan air dirawat kira-kira 160 juta liter sehari; apabila siap terbina dan beroperasinya Loji Rawatan Air Panching bernilai RM180 juta, Ogos ini.

Dengan Loji Rawatan Air Panching, daerah Kuantan akan mempunyai dua (2) loji rawatan air berkenaan lalu meringankan beban ke atas loji rawatan air sedia ada – satu-satunya di Loji Rawatan Air Semambu, yang berkapasiti pengeluaran 330 juta liter sehari.

“Pada tiga tahun yang lepas,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… kita arahkan supaya dibuat pula loji rawatan air di Panching. InsyaAllah, projek ini yang berharga RM180 juta, akan siap bulan lapan (8).

“Maka, akan ada dua (2) loji rawatan air yang membekalkan air di Kuantan ini (untuk memenuhi permintaan kira-kira 500,000 penduduk daerah ini)” katanya dalam  ucapan luar teks 30-minit pada Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia malam Jumaat, 26 April di sini.

Berikutan itu juga katanya, sudahpun dirancangkan supaya Loji Rawatan Air Semambu akan tertumpu untuk membekalkan air dirawatnya ke kawasan-kawasan sebelah timur Sungai Kuantan (Bandar Indera Mahkota hingga Gebeng, dan ke sempadan Kemaman).

MENJENGAH KE BILIK GERAKAN BN... Mengambil kesempatan berada di Kem Batu 10, Dato' Sri DiRaja Adnan meluangkan masa dari lewat malam Jumaat, 26 April hingga awal pagi Sabtu, 27 April, menjengah ke bilik gerakan-bilik gerakan BN sekitar Panching untuk meninjau kesiap-siagaan BN di kawasan-kawasan setempat.

Foto ini dirakam sejurus sebelum Dato' Sri DiRaja Adnan tiba, di bilik gerakan BN, Felda Panching Timur. Antara yang turut mengiringi beliau ialah calon BN bagi DUN kawasan Panching, Dato' Mohd Zaili Besar.  


‘MASALAH BEKALAN AIR TAK AKAN TIMBUL LAGI KECUALI…’

Manakala Loji Rawatan Panching akan dikhususkan pembekalan air dirawat tersebut meliputi kaswasan-kawasan ke sebelah barat Sungai Kuantan yang sama seperti Bukit Rangin hinggalah ke sini, seterusnya ke Gambang.

“InsyaAllah lah, masalah air ini tak akan timbul lagi. Kalau timbul (juga ialah) kerana, kerosakan paip. Saya harap bersabarlah,” katanya sambil mengakui betapa di kem tentera ini turut terjejas bekalan airnya dalam kejadian gangguan bekalan air di seluruh daerah ini baru-baru ini.
  
Sepertimana yang sedia maklum, gangguan tersebut ekoran satu (1) daripada tujuh (7) enjin pam yang sedia ada di Sungai Kobat rosak. Memburukkan lagi keadaan, satu (1) daripada dua (2) enjin pam yang baharu dipasang dan di‘commission’, turut gagal akibat kebocoran pada sistem paipnya pula.

Ekoran itu, berlaku tekanan rendah yang tidak membolehkan air mentah dari Empangan Sungai Kobat, disalurkan secara cekap ke satu-satunya Loji Rawatan Air Semambu untuk dirawat, seterusnya dibekalkan secukupnya kepada penduduk Kuantan.

“Bekalan air (mentah) di Kuantan ini dibekalkan dari Empangan Sungai Kobat, hantar ke Loji Rawatan di Semambu. Empangan di Sungai Kobat ini, hanya ada tujuh (7) enjin (pam). Bila satu (1) enjin (pam) rosak, maka akan kuranglah bekalan air, akan turun ‘pressure’, maka akan terganggu bekalan air ini.

TARIF AIR DI PAHANG TAK PERNAH NAIK SEJAK 1982

“Apabila saya arahkan pada lima (5) tahun yang lalu, mereka (Jabatan Bekalan Air yang kini, Pengurusan Air Pahang Bhd [PAIP]) telah beli tiga (3) enjin (pam tambahan), menjadikan 10.

“Satu enjin (pam ber)harga RM1 juta. Tiga (3) enjin (pam), RM3 juta. Tetapi, untuk membuat rumah enjin (pam) itu sendiri, sistem paip itu sendiri; perlukan satu (1) enjin (pam), (menelan kos keseluruhannya) RM14 juta. Kita telah peruntukkan RM42 juta.

“Alhamdulillah, sedang sibuk-sibuk ini, dua (2) enjin telah di‘commission’kan (dan telahpun dibaiki paip yang bocor pada satu (1) daripadanya). Itu sebab insyaAllah sekarang ni, tidak akan ada lagi gangguan air kecuali kalau paip pecah.

“Dan satu lagi enjin (pam, daripada tiga (3) buah yang baharu dibeli itu) akan di ‘commission’kan bulan depan,” katanya sambil sekali lagi menafikan gangguan bekalan air tersebut ekoran penggunaannya dalam kuantiti yang banyak oleh kilang pemprosesan tanah jarang Lynas Advanced Materals Plant (LAMP di Gebeng.

Beliau seterusnya mengingatkan betapa tarif air dirawat di Pahang ialah antara yang termurah di negara ini dan pula, tidakpun berlaku kenaikan padanya sejak tahun 1982 lagi atau sudah kira-kira 30 tahun.

KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI AIR 60 PERATUS!

Akibat ketidak-naikan itulah katanya, Kerajaan Negeri menanggung subsidi sehingga 60 peratus yakni, bagi misalnya setiap RM10 bil yang sepatutnya dibayar, rakyat cuma membayar RM4 manakala lagi RM6 dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Antara yang turut hadir ialah bekas Speaker, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, Dato’ Sri Wan Razali Wan Mahussin; tuanrumah, Panglima, Briged ke-4 Mekanis, Kem Batu 10 ini, Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Rahim Abdul Mutalib;

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani; Komander, Pangkalan Udara Kuantan, Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Salleh Osman; Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri, Encik Mohd Sabri Abdullah;

Pengarah, Jabatan Penyiaran Negeri, Encik Zubad Ibrahim; serta, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis, Encik Khairuddin Mahmud. – Khabar

    

Thursday, 25 April 2013

Selamat Datang ke K.L.I.A Mini!


… sempena lawatan kerja Perdana Menteri bersama rakyat ke Terminal Sentral Kuantan di Bandar Indera Mahkota

CENDERAHATI BUAT PERDANA MENTERI... Dato' Sri Mohd Najib kelihatan sedang menerima cenderahati berupa foto berbingkai, Terminal Sentral bernilai RM55 juta; yang bakal menjadi mercutanda baharu dan menarik bagi Bandar Indera Mahkota ini. 
   

TERMINAL SENTRAL, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Mini – Inilah gelaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak kepada Terminal Sentral bernilai RM55 juta ini.

Gelaran ini diberikan dalam ucapan 20-minit luar teks sempena lawatan kerjanya bersama rakyat kira-kira 8,000 orang pada petang Khamis, 25 April, ke perhentian bas bersepadu untuk perjalanan jarak sederhana dan jauh, ke luar Kuantan.

Fungsinya sebelum ini dimainkan oleh Terminal Makmur yang terletak di pusat bandar Kuantan, yang kini di‘transform’ menjadi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib juga pada Khamis, 11 April lepas.

Yang turut mengiringi Perdana Menteri pada lawatan kerja ke sini ialah Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan;

serta, calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang pengundiannya pada Ahad, 5 Mei iaitu, Dato’ Wan Adnan Wan Mamat bagi Parlimen kawasan Indera Mahkota ini;

SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN LUAR TEKS 20-MINITNYA...


CALON-CALON BN TURUT DIPERKENALKAN

Dato’ Pang Tsu Ming, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Semambu; Dato’ Hazmi Yusof bagi (DUN) kawasan Beseran – kedua-duanya di bawah Parlimen kawasan Indera Mahkota.

Calon BN bagi Parlimen kawasan Paya Besar yang bersebelahan, Dato’ Abdul Manan Ismail, turut hadir dan kesemuanya diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib pada awal ucapan 20-minitnya itu.

Menurut maklumat yang disediakan, Terminal Sentral ini terletak di atas kawasan seluas 6.075 hektar berhampiran Wisma Belia, mula dibina pada Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya serta mula beroperasi pada Jun ini (2013).

Berkonsepkan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang modern, ia direkabentuk bagi membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi, lalu menjimatkan penggunaan elektrik.

Ia mempunyai system laluan bas yang sistematik dengan pengasingan laluan khas untuk bas dan laluan kenderaan penumpang, sekaligus mengelakkan pertembungan dan kesesakan lalulintas.

KHALAYAK PETANG KHAMIS... Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Wan Adnan (berbaju biru) dan Dato Abdul Manan (berbaju putih, lengan kuning; keduanya-duanya di barisan depan).  


KEMUDAHAN RUANG NIAGA  

Terminal 2-tingkat ini juga mempunyai ruang parker ketibaan bas di tingkat atas, yang boleh menampung 10 bas di kiri dan kanan ‘driveway’.

Bagi parker untuk pelepasan di tingkat bawah pula, boleh menampung sehingga 28 bas pada waktu puncak. Selain itu ialah, parkir-parkir untuk teksi sebanyak 40 petak, motorsikal sebanyak 177 petak, dan kereta sebanyak 354 petak.

Tempat penumpang menunggu bas berhawa dingin di tingkat bawah, turut disediakan, disamping penyediaan kaunter tiket dan ruang niaga iaitu, di tingkat satu (1), sebanyak 48 unit untuk ruang kaunter tiket; satu (1) unit untuk kaunter teksi; dua (2) unit sudut makanan segera; dua (2) unit medan selera dan kiosk; serta, kemudahan tandas.

Di tingkat bawah pula disediakan 10 unit kiosk serta kemudahan tandas.

SANTAI SAMBIL BEKERJA... Dengan bersahaja, pemimpin-pemimpin kita boleh sahaja bersantai begini sambil melayani keperluan rakyat. Kelihatan, Dato' Sri DiRaja Adnan turut melayani anak kecil ini yang kelihatan selesa untuk turut bersama-sama para pemimpinnya. – Khabar     

Tuesday, 23 April 2013

Masih relevankah isu dan perjuangan menentang Lynas?



… yang menjadi intipati utama kempen pilihanraya oleh calon DAP bagi parlimen Bentong, Encik Wong Tack, selain turut diperkatakan oleh calon PKR bagi Parlimen Kuantan, Puan Fuziah Salleh, serta, calon PAS bagi kerusi negeri Beserah, Encik Andansura Rabu.

Ia ekoran keputusan pada Isnin, 22 April oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, yang menolak permohonan untuk mendapat kebenaran merayu di mahkamah tertinggi itu, bagi menggantung kelulusan TOL ke atas kilang memproses tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

PEMIMPIN YANG UTAMAKAN PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN... Menepati gelagat seorang pemimpin yang mengutamakan pembangunan kawasan yang diwakilinya, serta kesejahteraan dan kebajikan penduduk setempat, Menteri Kesihatan yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Bentong, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah meluangkan  masa tengah hari Selasa, 23 April, memberi penghormatan terakhir kepada jenazah arwah Mohd Isa Mat, di perkarangan Masjid Batu 1, Jalan Tras, Bentong. 

Arwah, 71 tahun, yang merupakan Ketua Kampung di situ, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam, akibat masalah jantung. Selepas dibawa ke masjid ini dan disembahyangkan, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Kuala Atok, Raub untuk pengebumian. 

Selain Dato' Sri Liow, antara yang turut hadir di perkarangan masjid ini ialah calon BN bagi DUN Bilut, Encik Leong Kim Soon (di belakang Dato' Sri Liow); serta, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato' Zaini Salleh (kiri sekali).      


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Masih relevankah isu dan perjuangan menentang kilang pemprosesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng dekat sini, apabila mahkamah tertinggi – Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan pada Isnin, 22 April, menolak permohonan untuk merayu bagi mengantung kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) kilang tersebut?

Sedangkan ‘Lynas’ merupakan intipati utama kempen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini kepada calon DAP bagi Parlimen Bentong, Encik Wong Tack, yang juga Pengerusi, Himpunan Hijau – sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang lantang menentang projek kilang bernilai RM2,300 juta itu.

Ia juga turut menjadi bahan kempen kepada calon PKR bagi Parlimen Kuantan, Puan Fuziah Salleh, dan juga kepada calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Beserah, Encik Andansura Rabu.

Menurut laporan berita siaran hari ini, Selasa, 23 April, panel lima (5) hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, telah menolak permohonan tiga orang – Tan Bun Teet, Syed Talib Syed Sulaiman, dan, Hamizah Ramli; bagi mendapat kebenaran merayu.  

“Mahkamah berpendapat, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh ketiga-tiga mereka, sudahpun diputuskan oleh mahkamah terdahulu tetapi dibangkitkan semula di hadapan panel lima (5) hakim tersebut.

RELEVANKAH?... Ini pula ialah puak-puak anti-Lynas yang kini 'meminjam-pakai baju DAP', dengan sepanduk memaparkan calon mereka, Encik Wong Tack bagi Parlimen Bentong menentang calon BN, Dato' Sri Liow pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini; serta sepanduk hijau tertera tulisan dalam Bahasa Mandarin yang bermaksud penentangan terhadap Lynas.   

Dan relevankah perjuangan ini kepada penduduk dan pengundi Bentong, sedangkan LAMP terletak jauh di luar daerah ini? Maka, adakah perjuangan mereka ibarat, 'fighting a wrong cause, at a wrong place?'  


KENA PULA BAYAR KOS MAHKAMAH RM20,000

“Tan Sri Zulkefli yang bersidang bersama-sama Dato’ Hashim Yusoff, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Dato’ Zainun Ali, dan, Dato’ Jeffrey Tan Kok Wha kemudian turut memerintahkan ketiga-tiganya membayar kos RM20,000,” menurut laporan berita yang sama.

Dalam permohonan mendapat kebenaran merayu tersebut, ketiga-tiganya telah menamakan Menteri Sains, Teknolog dan Inovasi, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Lynas Corporation Ltd dan Lynas Malaysia Sdn Bhd – pemilik LAMP, sebagai responden-responden.

Permohonan mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan itu dibuat kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Disember tahun lepas (2012), yang menolak rayuan mereka untuk menggantung kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL)yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk menjalankan operasi LAMP. – Khabar



Sunday, 21 April 2013

Latihan baik untuk calon BN



… ekoran lawat-tinjau luar jadual, bertindak atas aduan rakyat tentang kejadian pokok kelapa menghempap bilik darjah  

TINJAU KESAN HEMPAPAN POKOK KELAPA... Lihat cebisan kaca yang pecah, bertaburan. Mujur kejadian berlaku pada hari rehat hujung minggu lalu tidak melibatkan kecederaan kepada guru mahupun pelajar.      


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TANAH PUTIH, KEMUNTING, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuantan, Dato’ Suffian Awang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur, Tengku Dato’ Zulkifli Tengku Ahmad; melawat-tinjau kejadian pokok kelapa menghempap sebuah bilik darjah di sekolah ini.

Lawat-tinjau luar jadual petang Ahad, 21 April ini ekoran Dato’ Suffian menerima aduan mengenai kejadian itu, tatkala hadir bersama-sama Tengku Dato’ Zulkifli pada Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri yang Dato’ Sri DiRaja Adnan rasmikan pada sebelah pagi, di padang awam, RRM Peramu Maju dekat sini.

Sejurus tiba kira-kira 2 petang, Dato’ Sri DiRaja Adnan diiringi Dato’ Suffian dan Tengku Dato’ Zulkifli, telah melihat sendiri kesan daripada kejadian tersebut yang dikatakan berlaku petang semalam, Sabtu, 20 April.

“… secara kebutalan pula – tup tidak, tip tidak, dah pokok kelapa menghempap Sekolah Menengah (Kebangsaan) Tanah Putih, salah satu bilik darjah yang digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar tingkatan lima.   

“Saya pun baharu tadi dengan calon Barisan Nasional Parlimen Kuantan, Dato’ Suffian , juga calon Barisan Nasional DUN Tanjung Lumpur, Tengku Dato’ Zul; dan kita terus ke mari.

BAHU-MEMBAHU... Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Suffian (kanan, berbaju-T warna jingga) kelihatan sedang cuba untuk mencabut keluar tinggalan bongkahan simen yang boleh mencederakan pelajar, jika melalui serta tidak sedar kewujudannya. 


‘LATIHAN YANG BAIK UNTUK MEREKA BERDUA’

“Saya percaya, ini adalah latihan yang baik untuk mereka berdua. Maknanya, kalau rakyat Kuantan berikan kepercayaan kepada mereka berdua, ha ini tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh (mereka selaku) wakil rakyat,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan ketika ditemui wartawan kemudian.  

“Alhamdulillah, tak ada apa-apa kemalangan yang berlaku (sementelah, pokok kelapa tumbang pada hari rehat hujung minggu). InsyaAllah, sekolah ini akan dapatlah bangunan yang akan diperbaiki secara yang lebih ‘comprehensive’,” katanya lagi.

Pada pertemuan singkat itu juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan ditanya tentang kempen hari kedua Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) bagi BN Negeri yang jawabnya, berjalan lancar disebalik ‘satu-dua perkara’ yang berlaku sebelumnya, yang berkaitan dengan penukaran calon dan kawasan tandingan.   

Pada keseluruhan katanya, bilik-bilik gerakan BN di semua kawasan pilihanraya telahpun dibuka dan ini penting memandangkan bilik gerakan merupakan asas kepada kempen pilihanraya.

“Kalau bilik gerakan dibuka, berjalan lancer maka, ianya menunjukkan bahawa jentera kita juga berjalan lancar kerana bilik gerakan dianggapkan sebagai nadi kepada segala gerakan kempen.

BERSATU KITA, 1MALAYSIA... Foto ini dirakam pada Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri di RRM, Peramu Maju yang di bawah DUN Tanjung Lumpur serta Parlimen Kuantan. Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Suffian ialah Tengku Dato' Zulkifli (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan), Dato' Azman (sebelah kiri Dato' Sri DiRaja Adnan), dan, Puan Fairojibanu (sebelah kanan Dato' Suffian). 


DARI TAK BERGERAK LANGSUNG, ‘SLOW’ SIKIT, KEPADA LAJU

“Saya akan pergi ke satu-dua tempat yang nampak ada ‘slow’ sikit dan yang ‘slow’ ini, sebelum ini, tak bergerak langsung. Saya percaya, dalam dua-tiga hari ni, yang ‘slow’ inipun akan akan jadi laju,” katanya.

Berkaitan dengan manifesto BN katanya yang juga Pengerusi BN Negeri, usaha-usaha penyesuaian sedang dilakukan ke atasnya dan dijangka dapat siap serta dilancarkan dalam tempoh dua-tiga hari lagi.

Semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri pada sebelah pagi, antara intipati ucapan luar teks 17-minitnya ialah sekali lagi mengingatkan rakyat tentang merbahayanya jika cuba-cuba untuk menukar Kerajaan yang ada.

Selain kedua-dua Dato’ Suffian dan Tengku Dato’ Zulkifli, antara yang turut hadir pada sambutan itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Sri Wan Wahid Wan Hassan yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara;

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Sahfri Ab. Aziz; Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Amin Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mahadiah Mohamad;

Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Zulki-fly Osman; Ketua Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Dato’ Lias Mohd Nor; dan, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Puan Fairojibanu Zainal Abidin. – Khabar  

Saturday, 20 April 2013

'The swing of the pendulum to Barisan Nasional'


… kata Menteri Besar mengenai kelaziman turun-naik dalam sokongan pada pilihanraya tetapi kali ini, beliau percaya, sokongan kembali menyebelahi BN.

MENAIKKAN SEMANGAT PENYOKONG KITA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersalaman dengan para penyokong, yang merupakan sebahagian daripada 3,500 orang yang hadir pada pagi Sabtu ini. 


PERKARANGAN, MAJLIS PERBANDARAN BENTONG, BENTONG – Menjadi kelaziman dalam mana-mana pilihanraya umum tentang sokongan turun-naik terhadap parti-parti politik yang menyertainya;

Dan, bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob percaya, hayunan ‘pendulum’ (bandul) atau sokongan, akan kembali menyebelahi Barisan Nasional (BN).

“(Pilihanraya Umum pada tahun) 2008, ia macam tsunami. Di mana-manapun, majoriti (yang diperolehi oleh calon-calon BN) turun. Tapi kita harus ingat ya, ‘trend’ pengundian sama ada di sini, di Amerika ataupun di Britain, di Australia; ia ada turun-naik.

“Saya ingat kali ini, ‘the swing of the pendulum will be to this side’,” katanya sambil menunjuk tangan sebelah kanannya, yang bermakna, menjurus kepada kemenangan untuk BN.

Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata demikian sebagai menjaswan soalan wartawan pada persidangan media sempena penamaan calon bagi kawasan Parlimen P089 Bentong, pagi Sabtu, 20 April di sini.

MENYEMAK AKHIR, SEBELUM TANDATANGANI DAN SERAHKAN BORANG PENCALONAN... 


‘THE BEST OF LUCK AND ALL THE BEST TO ME…’

Kepada soalan tentang peluang BN di kawasan Parlimen Bentong ini sendiri, dengan empat (4) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Pelangai yang akan ditandinginya sendiri, katanya, ia (peluang tersebut) lebih mudah pada kali ini.

Ia berasaskan pemerhatiannya terhadap suasana penamaan calon ini yang aman serta juga perangai dan peribadi calon-calon yang akan bertanding yang bersikap, menurutnya, ‘very civil’.

“Dengan demikian, kempen (yang) akan dijalankan, diharapkan dengan  aman tenteram. Dan kalau ikut ‘trend’ dan rasa, pengundi Bentong tidak akan lari dari amalan tradisi mereka, walaupun apa juga yang berlaku dalam proses kempen.

“Itu sebab saya katakan, laluan mudah. Jadi bila saya kata dengan kawan-kawan di pembangkang tadi, ‘I can’t say best of luck or all the best to you, because I want the best of luck and all the best, to me and my friends in Barisan Nasional’.  Dia orang ketawa,” katanya.

Beliau turut ditanya mengenai penyertaan Encik Wong Tack  – Pengerusi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-Lynas dikenali Himpunan Hijau, yang bertanding atas tiket DAP untuk kerusi Parlimen Bentong pada kali ini.

BERTEMU LAWAN... Dengan 'sporting'nya, Dato' Sri DiRaja Adnan mendekati calon-calon pembangkang untuk bersalaman. Encik Wong Tack ialah dua (2) dari kanan. 


‘MUNGKIN PERLU KERJA LEBIH DI KETARI’

Sambil mendedahkan tentang beliau ada menelefon Encik Wong mengajak berjumpa ‘mari kita minum kopi’ daripada sekadar ‘mengenali menerusi suratkhabar’ dan tadi, semasa dalam dewan bagi mengemukakan borang penamaan,  duduk di meja makan bersama-sama dan berbual-bual, katanya;

“Saya cakap terus-terang ya. Parlimen (Bentong), kita, insya-Allah, boleh menang macam biasa. Begitu juga empat kawasan DUN. Kita mungkin (perlu) bekerja lebih lagi untuk (menang di) Ketari”.

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan DAP bertanding menggunakan logo roketnya sendiri disebalik berlaku kepincangan kepada pemilihan dalam Jawatankuasa Ekesekutif Pusat (CEC) parti itu; khususnya mengenai peluang BN dengan keputusan tersebut. 

“Kalau dia (DAP) pakai (logo) PAS, ‘affect’ (atau beri kesan kepada peluang BN untuk menang). Kalau dia (DAP) pakai (logo) roket, ‘advantage for us’. Ya, that’s my view. I don’t like to hide what I feel.

“If DAP uses PAS (logo), surely the Malays can get confused. Oh, this (is) PAS… Oh, this is Islam. So, the fencesitters or those who are uncomfortable with the government, will swing to PAS when actually, it’s (the swing or votes to the) DAP.

TETAP ENGKAR... Disebalik arahan tidak membawa sepanduk ke dalam perkarangan lokasi penamaan calon di Majlis Perbandaran Bentong ini, penyokong parti pembangkang ini masih membawanya seperti terpancar pada foto ini. 'Rules are mend to be broken?'... 


TAHNIAH KEPADA POLIS, JAGAI KEADAAN

“But since DAP is allowed to use its own symbol, I think, they don’t have that advantage. 

“But basically it shows that, we (the government) are very democratic. ROS can punish by not allowing DAP to use its symbol (but) the ROS still allowed DAP to use its symbol, and that is a reflection of the democratic process that we have in Malaysia,” katanya lagi.

Mengenai penamaan calon yang berjalan hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong kedua-dua pihak – BN ataupun Pakatan Rakyat (PR), juga terima kasih dan tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang telah berjaya mengawal keadaan dengan baik sekali.

“Pada saya, tidak ada apa yang harus saya komplen tentang perjalanan pilihanraya kali ini, ataupun proses penamaan calon di Parlimen Bentong pada hari ini. Tidak ada apa yang boleh saya komplen,” katanya.

Bagi Parlimen P089 Bentong ini, ia akan ditandingi oleh penyandang, Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, dicabar oleh Wong Tack; manakala di kerusi DUN N36 Pelangai, penyandang, Dato’ Sri DiRaja Adnan akan ditentang oleh calon PAS, Encik Abdul Hamid Bahatim.

INIKAH YANG DIKATAKAN, 'MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA?'...

BEKAS PEGAWAI KHAS MB TANDING DI SABAI

Lain-lain ialah, DUN N33 Bilut, calon BN, Encik Leong Kim Soon ditentang oleh calon DAP, Encik Chow Yu Hui; DUN N34 Ketari, calon BN, Encik Wong Choo Yap ditentang oleh calon DAP, Encik Lee Chin Chen; dan, DUN N35 Sabai, calon BN, Encik R.Goonasakaren yang juga bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar, ditentang oleh calon DAP, Puan Kamache Doray Rajoo.

Pencalonan ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Toantawee Mohd Lotfie pada kira-kira 10.55 pagi setelah berlangsung tempoh penamaan antara 9 pagi dan 10 pagi. – Khabar