Wednesday, 11 December 2013

Antara moral para pemimpin dan etika pengamal media


KEBUDAK-BUDAKAN... Majlisnya ialah 'memorial service' bagi memperingati mendiang Encik Nelson Mandela pada Selasa, 10 Disember bertempat di Stadium Piala Dunia Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan.

Namun, inilah gelagat yang dirakamkan, memaparkan tiga (3) pemimpin dunia - (dari kiri) Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron; Perdana Menteri Denmark, Puan Helle Thorning-Schmidt; dan, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama. Isteri Encik Barack, Puan Michelle bagaimanapun, lebih sopan dan fokus dalam mengikuti acara penuh syahdu di depan sana.

Dalam hal ini, siapakah yang lebih tidak bermoral atau tidak beretika? Ketiga-tiga pemimpin inikah atau jurufoto yang merakamkannya, kemudian memuat-naik ke laman-laman sosial dan dikutip oleh akhbar-akhbar arus perdana di Britain dan Amerika Syarikat termasuk di negara kita?

Perlu diingat, ini adalah majlis rasmi dan melibatkan awam (dan ketiga-tiganya ialah 'public-figure' yang sudah pasti faham sangat akan tingkah-laku yang sewajarnya di pentas awam), bagi memperingati serta memberi penghormatan tinggi ke atas mendiang Encik Nelson, 95, yang meninggal dunia pada Khamis lepas, 5 Disember.

Ia bukannya majlis peribadi, di tempat-tempat peribadi yang jika dirakamkan juga sepertimana amalan buruk para jurufoto 'paparazzi' terutamanya di luar negara, bolehlah dikatakan sebagai tindakan yang tidak langsung bermoral dan sifar etika.

Apa-apapun, pemimpin seharusnya berkelakuan sebagai pemimpin, yang jika tidak, inilah jadinya dan ketika itu, apabila 'nasi sudah menjadi bubur', tidak harus cuba 'menegakkan benang yang basah' atau menyalahkan dan meng'kambing-hitam'kan pihak-pihak lain kerananya. - Khabar