… Imam Masjidil
Haram mengimamkan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) dimakmumkan oleh para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO ke-67.
Beliau turut
membimbing bacaan doa Qunut Nazilah, agar dilindungi daripada bala bencana
terutamanya berkaitan banjir, yang melanda beberapa negeri termasuk Pahang.
BERDOA QUNUT NAZILAH... Demi melindungi kita daripada bala bencana seperti banjir yang menimpa beberapa negeri termasuk Pahang. Kelihatan Syeikh Dr Khalid sedang memimpin bacaan qunut tersebut sambil yang lain termasuklah Dato' Sri Mohd Najib, ikut serta.
Tentunya ini sesuatu yang lebih afdal dilakukan berbanding gelagat seorang wakil rakyat parlimen pembangkang - sudahlah tidak menjengok kawasannya ketika awal-awal banjir melanda kawasan diwakilinya, hendak pula jadi jaguh dengan cubaan membuat usul di Parlimen agar dibincangkan soal banjir itu, namun ditolak!
Berbeza sekali dengan pemimpin-pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) kita. Dato' Sri Mohd Najib sendiri misalnya, sebaik-baik menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-67 pagi semalam, Khamis, 5 Disember, terus bergegas ke Kuantan, kemudian ke Pekan dan Rompin untuk meninjau kejadian banjir di sana.
Dan beliau turut disertai oleh Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob - seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, yang sanggup mengorbankan kehadirannya pada PAU kali ini - pertama kali sejak mengetuai negeri pada tahun 1999; demi membuat segala urusan untuk meringankan lagi beban rakyat dilanda banjir di negerinya.

PUSAT DAGANGAN
DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR – Apakah yang boleh dikatakan mengenai UMNO
dan para ahli serta perwakilannya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini apabila
tokoh Islam seperti Imam Masjidil Haram, Mekah, Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamidi
sendiri hadir mengimamkan solat Jumaat tengah hari 6 Disember di Surau
Ar-Rahman, di sini?
Tentulah
ini memahatkan lagi hakikat betapa UMNO diiktiraf keIslamannya yang jika tidak,
masakan seorang imam dari masjid teragung di dunia, mahu hadir dan mengimamkan
makmum yang merupakan ahli-ahli parti keramat itu.
Dan
dalam kalangan makmum yang memenuhi setiap ruang dalam surau di tingkat 3
bangunan ini, ialah Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd
Najib Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden, Dato’ Sri
Zahid Hamidi serta para pemimpin dan perwakilan UMNO sekelian.
(Timbalan
Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin serta
kebanyakan pemimpin lain, tidak hadir kerana perlu ke lokasi negeri-negeri
mengalami banjir untuk memberi bantuan dan sokongan semangat).
Sebelum
mengimamkan solat, Syeikh Dr Khalid telah terlebih membacakan khutbah yang
diterjemahkan antara lain bermaksud, penekanan yang diberikannya kepada tiga
perkara utama.
MALAYSIA CONTOH
NEGARA ISLAM KERANA ‘WASSATIYYAH’NYA
Pertama;
ialah tentang kecintaan yang perlu umat Islam sentiasa berikan kepada Nabi
Muhammad SAW, keluarga Baginda serta para Sahabat kerana usaha gigih mereka dalam
menyebarkan syiar Islam sebelum ini.
Kedua;
ialah tentang betapa Islam ialah agama yang menyeru kepada kesederhanaan atau ‘wassatiyyah’;
dan ketiga; tentang betapa Islam mementingkan perpaduan ummah atau ‘wedatul
ummah’ yang perlu terus dipelihara.
Lalu,
Syeikh Dr Khalid telah turut menyebutkan betapa Malaysia merupakan sebuah negara
Islam contoh, yang berpaksikan pentadbiran Kerajaannya dengan amalan ‘wassatiyyah’.
Ketika
mengimamkan solat kemudian, Syeikh Dr Khalid telah turut membacakan doa Qunut
Nazilah, memohon agar dilindungi daripada bala bencana terutamanya berkaitan
banjir, yang sedang melanda beberapa negeri termasuk Pahang.
Sebaik-baik
selesai solat, para makmum mengambil kesempatan merapati seterusnya bersalaman
dengan Syeikh Dr Khalid, serta juga pemimpin utama negara kita, Dato’ Sri Mohd
Najib. – Khabar