… hasil tinjauan
Baginda diiringi YAM Tengku Muda Pahang serta Menteri Besar, ke pusat
pemindahan banjir dan kawasan terbabit banjir di Kuantan.
SIKAP AMBIL BERATNYA BAGINDA... KDYMM Sultan Pahang sedang menitah-tanyakan sesuatu kepada seorang ibu muda yang sedang memangku anaknya. Yang turut kelihatan ialah Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Muhammad Safian.
DEWAN BOLA
KERANJANG, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG CHING, KUANTAN – KDYYMM Sultan
Pahang menzahirkan kepuasan hati Baginda dengan layanan yang telah diberikan
oleh Kerajaan Negeri terhadap mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat
pemindahan di sini.
Titah
Baginda, mangsa-mangsa banjir yang seramai 4,000 orang di pusat pemindahan ini,
telah diberikan makanan secukupnya – pada sebelah pagi, tengah hari dan malam,
selain makanan dimasak di sini juga.
Bagi
kesemua kira-kira 23,000 mangsa banjir di negeri ini termasuk di daerah-daerah
seperti Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut titah Baginda lagi, apa juga tindakan
yang patut diambil telahpun dilaksanakan.
Pun
begitu, seperti memahami ketidak selesaan mangsa-mangsa berkenaan yang terpaksa
tinggal sementara di pusat pemindahan ini dalam keadaan yang tentunya tidak
begitu menyelesakan, Baginda bertitah agar mereka dapat bersabar.
“… buat
sementara waktu, saya nasihatkan mangsa-mangsa banjir ini bersabar dulu. Berdoalah
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya dapat balik ke rumah masing-masing
dalam masa yang terdekat.
LAGI TANDA SIKAP AMBIL BERAT KDYMM TUANKU...
DOA AGAR CUACA
BERTAMBAH BAIK
“Saya harap,
saya sendiri berdoa, (agar) cuaca akan bertambah baik dari masa ke semasa,” titah-nasihat
Baginda ketika ditemui wartawan selepas melawat mangsa-mangsa banjir di sini pada
pagi Khamis, 5 Disember.
Yang
turut mengiringi Baginda ialah anakanda, YAM Tengku Muda Pahang, serta Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri
Muhammad Safian Ismail dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Sebelum
ke pusat pemindahan banjir ini, Baginda telah berangkat ke Bilik Gerakan,
Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang bagi dipersembahkan taklimat mengenai
kejadian banjir pada keseluruhannya di negeri ini.
Dalam
pada bersedih dengan kejadian yang menimpa khususnya yang dialami oleh
mangsa-mangsa banjir, Baginda menitahkan penghargaan Baginda terhadap jentera
Kerajaan yang telah bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir ini.
Mengenai
kejadian di Sungai Isap Jaya dekat sini yang melibatkan dua (2) beranak – Encik
Jamali Ali, 51, dan anaknya, Megat Muhamad Nazli, 17, yang dilaporkan hilang
selepas bot jenis gentian kaca yang mereka naiki terbalik akibat arus deras,
Baginda menzahirkan kedukacitaan dan kesedihan Baginda.
KITA FAHAMI KETIDAK SELESAAN MEREKA...
NAIKI BOT BOMBA
“Perkara-perkara
macam ini yang tak diduga berlaku, menyedihkan kita semua,” titah Baginda.
Selepas
pusat pemindahan di sini, Baginda dan rombongan kemudian ke Perkampungan Sungai
Isap dan melawati kawasan-kawasan yang terjejas teruk di dalamnya, dengan
menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – Khabar