Rancangan bina
tiga enjin pam baharu serta rumahnya bernilai RM42 juta, tercetus sejak lima
tahun dulu lagi – pandangan jauh Kerajaan demi kelancaran urusan pembekalan air
daerah ini.
Lynas pula bukan
penyebab kepada masalah air daerah ini. Selain ‘line commercial’ untuk salur
air kepadanya tidak sama dengan ‘line’ bagi saluran air kepada pengguna biasa;
Lynas juga hanya
guna 0.3 peratus atau 1.5 juta liter sehari berbanding PAIP menyalurkan 308
juta liter sehari bagi kegunaan penduduk dan industri di daerah ini.
MENJELASKAN ISU BEKALAN AIR KUANTAN KEPADA MEDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menjelaskan kepada media sambil Dato' Mohd Zahari memerhatikan.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Masalah bekalan air di daerah Kuantan
kembali pulih sepenuhnya sejak malam Khamis (11 April) ekoran siapnya
kerja-kerja pembaikan ke atas satu (1) daripada tujuh (7) enjin pam di Sungai
Kobat yang rosak;
Selain,
lancarnya semula operasi dua (2) daripada tiga (3) enjin pam baharu yang
menghadapi kebocoran pada saluran paipnya, setelah enjin pam itu di‘commision’kan
tiga (3) minggu lepas.
(Fungsi
utama enjin-enjin pam ini ialah bagi menyalurkan air mentah ke loji rawatan air
di Semambu, yang dari loji rawatan inilah air bersih terawat disalurkan semula
kepada pengguna-pengguna di daerah Kuantan ini).
“Sekarang ni,” menurut Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “…
berjalan tujuh (7) enjin pam lama, campur dua (2) enjin pam baharu. Satu sedang
dipasang dan akan di‘commission’kan dalam tiga (3) minggu lagi.
“Bila tujuh (7) campur
dua (2) ini berjalan, bekalan (air) balik kepada ‘normal’,” katanya pada
persidangan media bagi menjelaskan isu pembekalan air daerah ini pagi Jumaat,
12 April di sini.
PEMBANGKANG PULA MEMFITNAH, DAN MEMBESAR-BESARKAN ISU... Satu daripada aksi Dato' Sri DiRaja Adnan semasa persidangan media.
Beliau juga berkata, "... dan memang kerja pembangkang terutama sekalinya PKR, pandai ‘spin’, pandai propaganda semacam zaman (Adolf) Hitler gunakan (Joseph) Goebbels tapi akhirnya Goebbelspun jalan, Hitlerpun habis".
Beliau juga berkata, "... dan memang kerja pembangkang terutama sekalinya PKR, pandai ‘spin’, pandai propaganda semacam zaman (Adolf) Hitler gunakan (Joseph) Goebbels tapi akhirnya Goebbelspun jalan, Hitlerpun habis".
‘LIP SERVICE’ PEMBANGKANG
Yang
turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP),
Dato’ Mohd Zahari Md Isa.
Tidak
dinafikan, gangguan bekalan air ada berlaku di daerah ini kebelakangan ini, yang
turut melibatkan kediaman Menteri Besar di Kubang Buaya; tetapi
diperbesar-besarkan oleh puak-puak pembangkang dengan segala fitnah mereka.
“Saya tak nampak
kenapa pihak PKR, Fuziah Salleh, (bekas) ahli Parlimen Kuantan yang tidak
pernah buat apa-apa – kerjanya hanya buat protes, buat kritikan, perlu buat
tunjuk perasaan di depan Masjid (Negeri, Sultan Ahmad 1) dikatakan pada petang
ini, apa perlunya?
“Nanti, bekalan
balik normal, dia akan kata ‘ha tengok, (hanya setelah) kita buat tunjuk perasaan, (baharulah) bekalan air
balik ‘normal’ (di) Kuantan’,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sambil
menegaskan betapa sejak lima (5) tahun lepas lagi, cadangan dicetus dan usaha
diambil bagi membina tambahan tiga (3) lagi rumah serta enjin pam baharu
tersebut, yang kesemuanya bernilai RM42 juta.
Selain
dua (2) buah rumah dan enjin pam baharu yang telah di‘commission’, satu (1) lagi
menurutnya, sedang dalam pembinaan, yang dijangka siap dan boleh turut di‘commission’kan
kira-kira tiga (3) minggu lagi.
LYNAS GUNA CUMA
0.3 PERATUS DARIPADA JUMLAH AIR KE KUANTAN
Kepada
tohmahan bahawa punca masalah pembekalan air daerah ini ekoran kilang
pemprosesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan
perindustrian Gebeng menggunakan air dalam kuantiti yang banyak, beliau
menafikannya.
“Sebenarnya ‘line’
ke Lynas tu, lain. Bukan pakai line (yang sama di)pakai di bandar Kuantan, tak
sangkut-paut langsung… Dan saya telah semak dengan PAIP ‘adakah melibatkan juga
kampung di Beserah, ataupun di Balok?' Pun tidak.
“… dan Lynas
hanya menggunakan 0.3 peratus sahaja air yang dihasilkan oleh PAIP di Kuantan
ini. Sedangkan kita ada setakat ini, PAIP membekalkan 308 juta liter sehari di
Kuantan. Lynas gunakan 0.3 ‘percent’ sahaja, lebih kurang 1.5 juta liter
sehari. Tak jejas langsung,” tegasnya.
Sebelum
itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan menyusur-galurkan punca kepada masalah pembekalan
air tersebut yang menurutnya, akibat rosaknya satu (1) daripada tujuh (7) enjin
pam sedia ada, hingga menyebabkan kurang tekanan untuk mengepam dan menyalurkan
air mentah ke loji rawatan di Semambu.
Sedang
kerja-kerja pembaikan dijalankan ke atas enjin pam tersebut katanya, dua (2)
daripada enjin pam baharu yang di‘commission’ pula menghadapi masalah kebocoran
pada saluran paipnya.
PENDUDUK KUANTAN
FAHAMI KEADAAN SEBENAR
“Ha… ini orang
kata, ‘teething problem’. (Yang ber)makna, (seperti) budak-budak yang nak tumbuh
gigi, dia sakit gigilah. Enjin (pam) baharu itu, bila di‘commission’, saluran
paip itu bocor pula.
“Jadi, terpaksa
dilakukan kerja-kerja ‘repair’. Semasa (saluran paip) bocor inilah, ketika yang
sama, satu enjin pam daripada tujuh yang ada tu, rosak – yang itu masalah (pembekalan
air) timbul di Kuantan ini,” katanya lagi.
Sehubungan
itu, beliau berharap penduduk Kuantan dapat memahami keadaan sebenar
termasuklah betapa PAIP perlu menyenggara sepanjang 2,300 km paip di daerah
Kuantan ini, dengan melibatkan 120,000 akaun pengguna daripada kira-kira 500,000
penduduk.
Mengenai
bekalan air mentah katanya, ia bukanlah masalah sementelah Empangan Chereh di
Sungai Lembing – yang menakung air mentah, kemudian dialirkan ke dalam Sungai
Kuantan yang menjadi sumber air mentah untuk dirawat oleh loji rawatan air yang
ada; mampu menampung keperluan air penduduk daerah ini sehingga tahun 2050! – Khabar