… 300 ahli Parti
Keadilan Rakyat (PKR) cabang Indera Mahkota kalangan kaum India, keluar parti
dan ikrar taat-setia sokong BN
SERAH/TERIMA IKRAR TAAT-SETIA, SOKONG BN...
SELAMAT TINGGAL PKR... Foto ini menjelaskan segalanya.
WISMA BELIA,
INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Seramai 300 ahli dalam kalangan kaum India dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Indera Mahkota, malam ini mengumumkan keluar
parti dan berikrar taat-setia untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pula.
Ini
mereka luahkan pada Majlis Jalinan Mesra Bersama Menteri Besar anjuran Kelab
Pembangunan India Kuantan (KPIK) – sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) berkaitan
kebajikan kaum India, pada malam Ahad ini, 7 April, di sini.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah hadir, serta diberi penghormatan
besar untuk menerima ikrar taat-setia tersebut yang diserahkan oleh kumpulan
300 orang ini.
Beliau
juga kemudian dikalungkan jambangan bunga malai besar tanda pengiktirafan KPIK
serta kaum India sendiri, terhadap kepemimpinan mesra, tanpa memilih latar kaum
dan agama rakyatnya.
Dalam
ucapan alu-aluannya, Menteri Besar sekali lagi mengulangi saranan agar kaum
India di negeri ini bersatu-padu sementelah pula mereka merupakan kaum minority
di negeri dan negara ini.
UCAPAN PEMIMPIN NEGERI...
RAMAINYA, PENUHI DEWAN... Ini juga tandanya, sokongan jitu kaum India di daerah Kuantan ini, malah di seluruh negeri; adalah terjurus kepada BN yang dibimbing oleh para pemimpin berwibawa sepertimana Dato' Sri DiRaja Adnan.
Sokongan jitu ini pula pasti akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon-calon BN pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) kelak. – Khabar