Thursday, 6 March 2014

Kebakaran hutan biasa yang tiada kaitan dengan Lynas


… menidakkan tohmahan kononnya projek pemprosesan tanah jarang milik Lynas Malaysia Sdn Bhd ialah punca kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng

MB YANG SENTIASA MESRA-PELAJAR...


DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Kebakaran hutan di satu kawasan di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini semalam, ialah kebakaran hutan biasa yang tiada kaitan dengan projek pemprosesan tanah jarang Lynas Malaysia Sdn Bhd di sana.

Menurut Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Dato’ Abdul Wahab Mat Yasin bahawa kebakaran itu berlaku berhampiran dengan kilang berkenaan.

“Kebakaran (yang berlaku) berhampiran dengan kilang Lynas itu adalah kebakaran hutan biasa, tiada kaitan dengan Lynas,” katanya pada persidangan media sempena Majlis Kecemerlangan Kokurikulm Negeri Pahang anjuran Yayasan Pahang, Khamis, 6 Mac di sini.

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan tentang tohmahan oleh pencemuh-pencemuh projek pemprosesan tanah jarang itu bahawa kebakaran hutan yang berlaku di situ semalam, ialah angkaranya.

Dalam nada menyindir, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan; “Kita ingat dulu bukan, bila Lynas dirikan di situ kilang, ada orang nak bakar kilang Lynas tu. Sekarang dia (pencemuh-pencemuh berkenaan) dah tak payah bakar, dekat Lynas dah terbakar. Apa nak beriya sangat?”

DENGAN 'BACKDROP' MEMAPARKANNYA SIHAT BERBASIKAL, MENTERI BESAR MENYAMPAIKAN UCAPAN LUAR TEKS 18-MINITNYA... 


KEBAKARAN HUTAN FENOMENA BIASA

Menurutnya, kebakaran hutan di negeri ini merupakan fenomena tahunan sepertimana juga dengan banjir. Apabila musim hujan katanya, negeri mengalami banjir dan apabila musim kemarau pula, berlakulah kebakaran hutan.

“Ini bukan kali pertamalah (negeri ini dilanda kebakaran hutan). Tinggal lagi, pihak Jabatan Bomba (dan Penyelamat Negeri) mencuba sedaya-upaya. Peralatan tidak juga menjadi masalah, yang menjadi masalah ialah bekalan ataupun punca air (untuk memadamkan kebakaran hutan tersebut,” katanya lagi.

Beliau seterusnya berharap orangramai dapat bersikap betul dengan contohnya, tidak mencampakkan puntug-puntung rokok atau cerut merata-rata sehingga boleh memercik dan menyalakan api, lalu merebak membakari hutan.

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai fasa kedua penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang belum menerimanya pada fasa pertama dahulu dan beliau meminta mereka bersabar kerana urusan masih dilakukan.

Mengenai bantuan banjir yang dijanjikan dari negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) katanya, negara itu menerusi kedutaannya di Kuala Lumpur sendiri yang akan menguruskannya berbanding keputusan sebelumnya.

PEMBAKAR SEMANGAT, ANAK-ANAK, PARA PELAJAR KITA... Pasukan bolasepak negeri yang juga juara Piala Malaysia 2013 dikepalai Zainal Abidin Hassan, turut hadir sebagai 'element of surprise' demi menyemarakkan semangat anak-anak, para pelajar kita. 

Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Zainal, yang turut kelihatan ialah Dato' Mohamad (bersongkok) dan Dato' Saariah.


MULA HADIAH KECEMERLANGAN SEJAK 2006

“Jadi saya telah minta supaya pihak Setiausaha Kerajaan Negeri, menyiapkan senarai mangsa banjir dengan nombor akaunnya sekali, supaya phak keduataan UAE akan menguruskan pembayaran.

“Tak ada lagi dah ya… Fauziah ke, siapa ke, tak payah sebut lagi dah (mengeni bantuan dari UAE). Tunggu sahaja, mangsa-mangsa ini tunggu. Kalau ada pihak UAE melalui kedutaannya esok (akan datang) memberikan bantuan, ha itulah bantuannya,” katanya.

Mengenai MKKNP hari ini yang menyaksikan 742 pelajar,153 jurulatih dan empat (4) sekolah di negeri ini menerima hadiah kerana telah mengharumkan nama negeri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di peruingkat kebangsaan, menerima hadiah masing-masing katanya;

“Kita mulakan Hadiah Kecemerlangan ini sejak 2006, lama dah. Ini untuk hendak melengkapkan program yang lain-lain seperti Hadiah Kecemerlangan Akademik yang juga kita adakan pada setiap tahun.

“Seperti yang sebutkan, dalam dunia global sekarang ini, keseimbangan mental, fizikal sangat penting dan lebih-lebih lagi, bidang yang dahulunya tidak mendatangkan nilai ekonomi, sekarang boleh mendatangkan nilai ekonomi.

HADIRIN DAN HADIRAT, PADA PAGI KHAMIS YANG CERIA...


SUKAN SEBAGAI PETIUK NASI

“Kita ambil contoh sukan bolasepak, sukan golf, sukan tenis; semuanya kalau kita boleh menjadi pemain yang handal, pemain yang professional, dengan demikian ada nilai ekonomi dalam sukan itu; kita boleh menjadikan sukan itu sebagai periuk nasi kita,” katanya.

Selain Pengurus Besar Yayasan Pahang (YP), Dato’ Saariah Saad; yang turut hadir pada majlis yang meriah ini ialah Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohamad Jaafar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YP. 

KEBAKARAN HUTAN DI SEBERANG JALAN, TAMAN PERINDUSTRIAN KUANTAN MALAYSIA-CHINA (MCKIP)... Lokasi kebakaran ini ialah di seberang jalan yang bertentangan dengan MCKIP. Tetapi, Lynas juga yang dikaitkan oleh para pencemuh yang tentunya tidak wajar. – Khabar