… nilai dikeluarkan dalam tempoh 16 tahun ini, sejak 1998
“Jadi, kita tidak nampaklah bagaimana usahawan-usahawan ini boleh gagal.
Bahkan, kita hanya nampak bagaimana usahawan-usahawan ini mesti berjaya,”
kata Menteri Besar.
BAYAR KEPADA...
Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, Dato' Sri Muhammad Safian dan Dato’ Shahiruddin;
yang turut kelihatan ialah Dato' Abdul Rahim (kiri sekali) dan Dato' Jebasingam (dua
dari kanan).
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan kira-kira RM200 juta nilai pinjaman
yang dimanfaati oleh kira-kira 20,000 usahawan di Pahang.
Setiap
usahawan dengan itu, masing-masing memanfaati pinjaman bernilai purata kira-kira
RM10,200, dan penyaluran ini ialah bagi tempoh 16 tahun ini sejak 1998 hingga
Februari lepas.
Angka-angka
positif ini diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan
media sempena Majlis Pelancaran Program Jelajah Informasi Usahawan Negeri
Pahang yang disempurnakannya pada petang Rabu, 12 Mac di sini.
“Saya tertarik dengan
angka yang baharu sahaja saya dapat berhubung dengan penyaluran pinjaman TEKUN
ini. Sebagai contoh, dari tahun 1998 sehingga Februari 2014, negeri Pahang
menerima manfaat sebanyak RM201,971,500 dinikmati oleh 19,735 usahawan.
“Besar jumlah,
bilangannya ini. Jadi, kita tidak nampaklah bagaimana usahawan-usahawan ini boleh
gagal. Bahkan, kita hanya nampak bagaimana usahawan-usahawan ini mesti
berjaya,”
katanya.
KUNJUNGAN KE
GERAI PEMPAMER... Meneliti maklumat mengenai TEKUN
Nasional
PUSAT USAHAWAN
PAHANG DI TEMERLOH
Dalam
pada itupun katanya, TEKUN Nasional telahpun bersetuju untuk mewujudkan Pusat Usahawan
Pahang di Temerloh yanga dengannya, akan memudahkan lagi perhubungan serta
urusan yang harus dilakukan oleh usahawan negeri ini dengannya.
Ketika
ditanya tentang pembayaran balik pinjaman ini, begitu juga dengan pinjaman-pinjaman
yang disalurkan oleh pihak lain, Dato’ Sri DiRaja Adnan mengakui, memang
ada
usahawan yang gagal melakukannya.
Sungguhpun
begitu katanya, beliau telah difahamkan betapa pinjaman yang disalurkan
oleh
pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), telah menerima pembayaran balik
kepada
pinjaman yang disalurkan hingga mencapai kadar 90 peratus.
“Saya difahamkan
tadi, Amanah Ikhtiar (Malaysia), pembayaran balik (kepada pinjaman yang
disalurkan) kadarnya agak tinggi, di sekitar 90 peratus. Maknanya, ‘non-performing
loan’nya taklah banyak. Hutang tidak berbayar tidaklah banyak sangat,” katanya.
Mengenai
Program Jelajah Informasi Usahawan Negeri Pahang – yang selepas
di
Kuantan akan disusuli dengan penganjurannya di daerah-daerah lain, menurut
Dato’
Sri DiRaja Adnan, ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah kendalian
Pengerusi,
Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’
Shahiruddin
Ab.Moin.
KETUA EKSEKUTIF
NEGERI DALAM UCAPANNYA... Menteri Besar sedang
menyampaikan
ucapan luar teks 25-minitnya.
AGENSI-AGENSI
PERLU PROAKTIF
Matlamat
utama ialah untuk mendedahkan usahawan-usahawan atau bakal-bakal usahawan
yang
ada, kepada maklumat-maklumat yang boleh membantu mereka sama ada
memulakan
perniagaan ataupun mengembangkannya.
“Usahawan ini,
jika hendak berniaga, saya telah sebut tadi, mesti ada ilmu
pengetahuan yang
pada ketika yang sama, mesti ada akses kepada maklumat
-maklumat
terkini – dari MARA, dari TEKUN, dari Amanah Ikhtiar, dari PUNB,
dari SME Corp.
“Dengan adanya
maklumat-maklumat ini maka mereka boleh pada ketika yang
sesuai, jika
diperlukan, mendapatkan bantuan pinjaman dari agensi-agensi ini,”
kata
Menteri Besar lagi.
Dalam
pada itu, beliau meminta agensi-agensi berkenaan supaya bersikap proaktif
dengan
mengambil inisiatif sendiri dalam penyaluran maklumat kepada para usahawan,
menerusi
penganiyuran program mahupun penyebaran ‘flyers’ tentang agensi masing-
masing.
Selain
Dato’ Shahiruddin, yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri
Muhammad
Safian Ismail; Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri,
Dato’
Zul-kifly Osman;
Pengarah,
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (B-PEN), Dato’ Roslan Harun; serta
ketua-ketua
agensi berkenaan seperti Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif
TEKUN Nasional, Dato’ Abdul Rahim Hassan; dan, Ketua Pegawai Eksekutif,
SME
Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim; dan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis
Pembangunan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato' Jebasingam Isaace
John.
– Khabar