… Menteri Besar laksanakan
‘soft-launch’ kejohanan
MENGESAH 'SOFT-LAUNCH'... Dengan menurunkan tandatangannya pada plak kejohanan. Sambil Dato' Sri DiRaja Adnan berbuat demikian, Dato' Sri Muhammad Safian dan Dato' Lias memerhatikan.
TINGKAT 16,
KOMPLEKS TERUNTUM, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob petang
ini, melaksanakan ‘soft-launch’ Sukan GEMAPUTERA Ke-XIII Pahang 2014 yang
dituanrumahkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).
Kejohanan
sukan yang melibatkan kira-kira 1,500 peserta mewakili kesemua 13 perbadanan
kemajuan ekonomi negeri-negeri (PKEN) serta, UDA Holdings Bhd; bermula 26 Mac dan
berakhir 29 Mac.
“Kita jangkakan
pada kali ini InsyaAllah, akan meriahlah, sebab PKNP sudahpun bersiap lama. Daripada
segi logistik, kita sudah siap semua,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada
persidangan media menyusuli ‘soft-launch’ itu pada petang Khamis, 20 Mac di
ruang lobi pejabat PKNP, di sini.
Menurutnya,
ini kali kedua PKNP menjadi tuanrumah kepada kejohanan sukan dwi-tahunan ini.
Kali pertama ialah pada tahun 2000, yang merupakan Sukan GEMAPUTERA Ke-VIII.
Lima
(5) jenis sukan katanya, akan dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu
karom (‘venue’ pertandingan di Kompleks Dagangan Mahkota); futsal (di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Perubatan); bola jaring
(di Stadium Tertutup SUKPA), boling (di Berjaya Megamall); dan golf (di Kelab
Golf DiRaja Pahang).
HANYA DENGAN SENTUHAN JARI... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersedia untuk melaksanakan tugasnya, hanya dengan sentuhan jari pada skrin yang terdapat di depannya.
YANG PENTING
JADI TUANRUMAH
Mengenai
peluang kontinjen PKNP pada kejohanan sukan kali ini katanya, “Yang sebenarnya, kita berasa puas hati
dapat jadi tuanrumah (serta) dapat mengambil bahagian. Siapa nak johan, ikutlah
kemampuan masing-masing.
“Setiap kontinjen
memang nak jadi johan tapi kita PKNP ini, jadi johan pun boleh, tak jadi johan
pun tak apa. Yang pentingnya kita dapat jadi tuanrumah,” katanya yang
juga Pengerusi PKNP.
Selain
UDA Holdings Bhd, kesemua 13 PKEN yang menyertai Sukan GEMAPUTERA Ke-XIII Pahang
2014 ini ialah PKNP sendiri; Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (PKENPs);
Perbadanan
Kemajuan Negeri Kedah (PKNK); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC);
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk); Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS);
Perbadanan
Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS); Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM);
Perbadanan Johor (JCorp); Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
(PERMINT); Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK);
GEMAPUTERA TURUT
ANJUR KURSUS DAN LATIHAN
Perbadanan
Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO); dan, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
(SEDC).
Sebagai
rekod, GEMAPUTERA ialah singkatan kepada Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan
Awam Malaysia. Ditubuhkan sejak Januari 1985 – selain penganjuran kejohanan
sukan; peranannya juga antara lain, ialah penganjuran kursus dan latihan bagi
meningkatkan kemahiran kerja anggota-anggota dalam kalangan kakitangan PKEN
semua.
Yang
turut hadir pada pelaksanaan ‘soft-launch’ serta persidangan media ini ialah
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Ketua Eksekutif
PKNP, Dato’ Lias Mohd Nor; serta, pegawai-pegawai tertinggi perbadanan
tersebut. – Khabar