Wednesday 16 September 2015

Bauksit dalam karung berkapasiti 1 tan


… lagi peraturan ketat demi pastikan pengangkutan bauksit tak cemar alam sekitar.

“Karung ini pula yang menariknya – dari siling, ia dijatuhkan, karung tu tak pecah (yang membuktikan daya ketahanan tingginya). Jadi, siapa-siapa nak ‘operate’ lombong bauksit, dia kena pakai kaedah ini,” kata Menteri Besar.

ANAK-ANAK, HARAPAN BANGSA KITA...Dato' Sri DiRaja Adnan; disertai Dato' Sri Muhammad Safian; Dato' Sri Shahiruddin; Dato' Shahaniza; dan, Dato' Khairulannuar (kiri sekali); sedang bersama-sana anak-anak kita yang dalam pakaian Jalur Gemilang bagi sesi berfoto kumpulan.  


DATARAN RAUB, RAUB – Kerajaan Negeri akan memperkenalkan satu lagi peraturan ketat demi membendung pencemaran alam sekitar akibat pengusahaan lombong bauksit khususnya dalam aspek pengangkutannya.

Peraturan ketat ini ialah dalam bentuk kemestian memasukkan bahan mineral bauksit ke dalam sebuah karung khas berkapasiti setan, untuk diangkut dengan lori dari tapak lombong ke Pelabuhan Kuantan.

Dengan peaturan ketat ini diharap, dapat mengurangkan pelepasan debu-debu yang mencemarkan, daripada lori-lori pengangkut yang selama ini tidak ditutupi kemas dan berkesan, bagi mengelakkan pelepasan debu-debu tersebut.

Sebelum menguatkuasakan peraturan ketat ini, satu lagi perjumpaan antara Menteri Besar dengan pengusaha-pengusaha lombong dan pengangkut bahan mineral berkenaan akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Adha ini untuk menjelaskan lagi mengenainya.

“Kita akan tunjukkan satu kaedah. Kaedah ini diperkenalkan oleh sebuah syarikat dan ianya telah didapati oleh pihak JPJ (berkesan) – pakai karung, satu karung tu (boleh tampung) lebih kurang satu (1) tan. Masuk(kan bahan mineral berkenaan ke) dalam karung tu baharu bawa keluar,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.

MERIAHNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama yang lain, meledakkan 'confetti' yang menceria dan memeriahkan lagi suasana pada sambutan Hari Malaysia ini. 
   

TIDAK MAHU PENDEKKAN REZEKI, TAPI…

“Karung ini pula yang menariknya – dari siling, ia dijatuhkan, karung tu tak pecah (yang membuktikan daya ketahanan tingginya).

“Jadi, siapa-siapa nak ‘operate’ lombong bauksit, dia kena pakai kaedah ini,” katanya pada persidangan media semasa hadir pada Sambutan Hari Malaysia 2015 peringkat negeri pagi Rabu, 16 September, di sini.

Beliau mengakui Kerajaan Negeri masih bertimbang rasa dalam menghadapi gejala yang diakibatkan oleh pengusahaan lombong bauksit serta pengangkutannya, kerana tidak mahu ‘memendekkan’ rezeki mereka yang terlibat dalamnya.

Dalam aspek pengangkutan sahaja katanya, beliau dimaklumkan betapa kira-kira 12,000 pemandu lori yang terlibat yang pula, jika sebelumnya, cuma memperolehi pendapatan RM1,500 sebulan tetapi kini kira-kira RM7,000 sebulan.

Baru-baru ini pula katanya, beliau, begitu juga Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, didatangi oleh ‘beratus’ peneroka dari Rancangan Tanah Felda Bukit Goh di Kuantan, merayu agar Kerajaan Negeri dapat mengiktiraf tanah milik mereka di sana sebagai kawasan perlombongan bauksit.

BUAT PEMENANG... 


JANGANLAH ASYIK KERAJAAN NEGERI SAHAJA YANG BERTIMBANG-RASA

“Tapi, kalau kita (pengusaha lombong dan pengangkut bauksit) mematuhi peraturan, kita tak tamak, ada sedikit timbang-rasa kepada orang lain, tak (akan) ada masalah sebenarnya.

“Sekarang ini, Kerajaan sahaja yang nak menimbang – kesianlah, rezeki dia oranglah,” katanya dalam nada menempelak terhadap pengusaha-pengusaha lombong dan pengangkut bahan mineral bauksit itu.      

Dato’ Sri DiRaja Adnan juga berkata betapa kerja-kerja penguatkuasaan yang saban hari dilaksanakan secara bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan JPJ, masih tidak memadai untuk membendung gejala yang dihadapi.

Beliau analogikan masalah penguatkuasaan ini kepada usaha; “… macam kita merebankan anak ayam zaman-zaman dulu. Ayam yang  masuk reban, masuk. Yang keluar, keluar. Yang dah masuk, dia keluar pula balik. Macam tulah.

“Macam kucing mengejar tikus. Bila kucing tak ada, tikus keluar. Kucing ada, dia (tikus) masuk. Ha, ini masalahnya.  

DISAMBUT DENGAN PERSEMBAHAN SILAT, DIKALUNGI BUNGA MALAI... 

JIKA TIDAK, KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN BERBUAT SESUATU

“Kalau mereka (pengusaha lombong dan pengangkut bauksit, masih) tidak mematuhi peraturan, saya percaya, Kerajaan Persekutuan akan berbuat sesuatu (yang termasuklah mengharamkan pengeksportan bauksit),” tegasnya.

Pada persidangan media yang sama, beliau turut ditanya pendapatnya tentang penganjuran Himpunan Rakyat berbaju merah di Kuala Lumpur petang Rabu ini, sebagai balasan kepada penganjuran perhimpunan yang hampir sama – Bersih 4.0 sebelum ini.

“Tak apa. Ini kita ikut peredaran zaman. Dulu, ada suratkhabar sahaja. Sekarang, ‘social media’. Dulu orang nak ke sana ke mari susah… Duit tak ada, motor tak ada, kereta tak ada, bas 'air-cond' tak ada. Sekarang, semua kelengkapan dah ada.

“Kerajaan sangat demokrasi terutamanya zaman Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak (sebagai Perdana Menteri). ‘You’ nak buat Bersih, sampai empat kali ‘you’ buatlah.

“Jadi, hari ini orang nak buat pula merah, biar dia buatlah. Jangan dia kacau sudah. Bersih nak buat kuning, ha kuning… hari ini pakai merah, merah… kalau besok pula pakai kelabu, ha kelabu…,” katanya.  

TIDAK HAMPAKAN MEDIA... Sepertimana lazim, Dato' Sri DiRaja Adnan melayani permintaan wartawan kepada persidangan media. 

SATU-SATU KAUM SAHAJA, TIDAK BOLEH PERINTAH NEGARA

Baliau turut diminta mengulas lanjut ucapan luar teks 19-minit sebelumnya, yang masih bertemakan tentang perpaduan yang sering menjadi tajuk utama ucapannya pada kebanyakan majlis melibatkan rakyat selama ini.

“.. ini negara kita, kita kena pelihara. Semua daripada kita kena faham. Di Malaysia ini, Melayu sahaja tak boleh memerintah kalau Cina, India, Orang Asli tak sokong.

“Cinapun tak boleh memerintah sorang-sorang kalau Melayu, India, Orang Asli tak sokong. India lagi tak boleh memerintah sebab tak ramai. Kalaupun ramai, katalah dia boleh memerintah, tetapi dia kena juga dapat sokongan Melayu, Cina, Orang Asli.

“Kita kena terima hakikat, kita tak boleh lari ke mana lagi. Nak lari ke mana? Inilah negara kita. Kita keluar sahaja ke alam dunia ini, inilah Malaysia sebelum itu Malaya. Lahir di rumah orang Melayu tetapi disekeliling kita semua ada Melayu, Cina, India, Orang Asli.

“Kita lahir sebagai Cina, dah ada dah – Melayu, India , Orang Asli semua ada. Ini kita kena faham. Kalau kita hayati sebenarnya, masalah tak timbul .

BOLEH BERBEZA PENDAPAT TETAPI BUKAN SERANG PERIBADI

“Kita boleh berbeza pendapat tapi jangan kita menyerang-nyerang peribadi. Fitnah (yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap satu-satu perkara) kita percaya. Kalau 2 X 2 (jawabnya) empat, empatlah. Jangan kata lima atau enam,” katanya.

Selain Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Ishak Mohamad; dan, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; antara yang turut hadir ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri ini, Dato’ Shahaniza Shamsuddin;

Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri lain – Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Dato’ Sri Mohd Soffi Abdul Razak; Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin; Dato’ Abu Bakar Harun; Dato’ Norol Azali Sulaiman; dan, wakil rakyat-wakil rakyat negeri – Dato’ Abdul Aziz Kiram (BN – Batu Talam) dan Dato’ Mustapa Long (BN – Padang Tengku);  

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulki-fly Osman; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shamsulbahri Ibrahim; Ketua Polis Negeri, Dato’ Sri Sharifuddin Abdul Ghani; Pegawai Daerah Raub, Dato’ Khairulannuar Mahmood; Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri, Dato' Sabri Abdullah; serta, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar