Wednesday, 30 January 2019

Cuti Peristiwa pada 31 Januari


… sempena Istiadat Melafaz dan Menanda tangani Sumpah Jawatan SPB Yang Dipertuan Agong ke-XVI

INI KENYATAAN MEDIANYA... Dato' Sri Wan Rosdy sedang memperagakan kenyataan medianya sambil diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Dr Sallehudin Ishak (kanan), dan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (kiri).   


BILIK KUNGJUNG HORMAT, PEJABAT MENTERI BESAR, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan esok, Khamis, 31 Januari ialah cuti peristiwa bagi seluruh negeri.

Ia bersempena Istiadat Melafaz dan Menanda tangani Sumpah Jawatan SPB Yang Dipertuan Agong ke-XVI oleh Kebawah KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok, Khamis, 31 Januari.

“Setelah saya mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah maka saya pada hari ini, ingin mengumumkan cuti pada hari esok, Khamis, 31 Januari 2019.

“Cuti peristiwa ini diberi memandangkan 31 Januari ini merupakan tarikh yang penuh bersejarah kepada negeri dan seluruh rakyat-jelata di negeri Pahang ini, dengan pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

“Kali terakhir detik bersejarah seumpama ini dirasai ialah kira-kira empat (4) dekad yang lalu apabila Paduka Ayahanda, Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Mu‘adzam Shah, dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-7 untuk tempoh lima (5) tahun antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.      

PADA PERSIDANGAN MEDIA PETANG RABU, 31 JANUARI... 


CUTI SEBAGAI TERJEMAHAN RASA KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN

“Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa pada esok, 31 Januari, adalah difikirkan sebagai amat bersesuaian.

“Ini juga sebagai terjemahan kepada rasa kesyukuran dan kegembiraan yang amat sangat oleh Kerajaan Negeri dan rakyat-jelata sekalian, atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16.

“Moga-moga dengan ini, tempoh lima (5) tahun pemerintahan Baginda akan disempurnakan dengan sebaik-baiknya, demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat-jelata seluruh Negara,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy pada persidangan media petang Rabu, 30 Januari di sini.

Berikut ialah Kenyataan Media beliau sepenuhnya;

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG

CUTI PERISTIWA
SEMPENA
ISTIADAT MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-XVI
OLEH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSATAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH


(SALAM)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABARAKATUH, DAN SALAM SEJAHTERA.


(UMUMKAN CUTI PERISTIWA 31 JANUARI 2019)

01. BERSEMPENA DENGAN ISTIADAT MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SUMPAH JAWATAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-16 OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR ESOK, KHAMIS, 31 JANUARI 2019 BERSAMAAN 25 JAMADILAWAL 1440 HIJRAH;

SETELAH SAYA MENDAPAT PERKENAN DARIPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH MAKA SAYA PADA HARI INI, INGIN MENGUMUMKAN CUTI PADA HARI ESOK, HARI KHAMIS, 31 JANUARI 2019.

02. CUTI PERISTIWA INI DIBERI MEMANDANGKAN 31 JANUARI INI MERUPAKAN TARIKH YANG PENUH BERSEJARAH KEPADA NEGERI DAN SELURUH RAKYAT-JELATA DI NEGERI PAHANG INI, DENGAN PELANTIKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN PAHANG SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DPERTUAN AGONG.

03. KALI TERAKHIR DETIK BERSEJARAH SEUMPAMA INI DIRASAI IALAH KIRA-KIRA EMPAT (4) DEKAD YANG LALU APABILA PADUKA AYAHANDA, SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI ‘AYATUDDIN AL-MU‘ADZAM SHAH, DILANTIK SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-7 UNTUK TEMPOH LIMA (5) TAHUN ANTARA 26 APRIL 1979 DAN 25 APRIL 1984.      

04. OLEH ITU, PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA ESOK, 31 JANUARI, ADALAH DIFIKIRKAN SEBAGAI AMAT BERSESUAIAN.

05. INI JUGA SEBAGAI TERJEMAHAN KEPADA RASA KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN YANG AMAT SANGAT OLEH KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT-JELATA SEKALIAN, ATAS PELANTIKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH, SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-16.

06. MOGA-MOGA DENGAN INI, TEMPOH LIMA (5) TAHUN PEMERINTAHAN BAGINDA AKAN DISEMPURNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, DEMI KEMAKMURAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT-JELATA SELURUH NEGARA.
 
(AJAKAN KE PANGKALAN T.U.D.M KUANTAN)

07. SEMPENA DENGAN CUTI PERISTIWA INI JUGA, SUKACITA SAYA MENGAJAK PARA PENJAWAT AWAM SEKALIAN KHUSUSNYA, AGAR DAPAT HADIR BERAMAI-RAMAI KE PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (T.U.D.M) KUANTAN, PADA KIRA-KIRA 7 PAGI HARI YANG SAMA, BERSEMPENA DENGAN ISTIADAT MEMULIAKAN KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN PAHANG, KE KUALA LUMPUR.

08. SELEPAS ITU, BOLEHLAH BERADA DI KEDIAMAN MASING-MASING SAMBIL MENGIKUTI SIARAN LANGSUNG MENERUSI STESEN-STESEN TELEVISYEN BERKENAAN, YANG DIJANGKA MENYIARKAN ISTIADAT MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SUMPAH JAWATAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-16 PADA PAGI YANG SAMA.

09. DENGAN INI, DAPATLAH KITA SAMA-SAMA LEBIH MERASAI, SETERUSNYA LEBIH MENGHARGAI DETIK-DETIK YANG PENUH BERSEJARAH INI, INSYA-ALLAH.


DATO’ SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
WISMA SRI PAHANG
KUANTAN

30 JANUARI 2019. – Khabar   





Saturday, 26 January 2019

BN benar-benar bangkit di Cameron Highlands

… calon BN, Encik Ramli Mohd Nor menang majoriti besar 3,238 undi!

“Kemenangan hari ini saya dapati; Yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.

“Yang keduanya, PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding selain itu, mereka telah memberi kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan Nasional.

“Yang ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul; (tetapi) 80 peratus adalah tidak benar…,” kata Menteri Besar

KEMENANGAN HASIL USAHA KITA BERSAMA... 'No single factor'. 


DEWAN GEMILANG, SMK SULTAN AHMAD SHAH, TANAH RATA – “Kemenangan hari ini saya dapati; yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.

“Yang keduanya, PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding. Selain itu, mereka telah memberi kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan Nasional.

“Yang ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul; (tetapi) 80 peratus adalah tidak benar,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas calon Barisan Nasional (BN), Encik Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands pada malam Sabtu, 26 Januari di sini.

Encik Ramli memperolehi 12,038 undi dengan majoriti besar, 3,238 undi (berbanding Pilihanraya Umum Ke-14 lepas, yang calon BN ketika itu, Dato’ C.Sivarraajh menerima cuma 597 undi), mengatasi calon-calon lain – Encik M.Manogaran dari Pakatan Harapan (PH) dengan 8,800 undi; serta calon-calon bebas, Encik Sallehudin Ab Talib, 314 undi; dan, Encik Wong Seng Yee, 276 undi.

MENGHARGAI KERJASAMA TULEN UMNO-PAS... 


PENGUNDI JADI SAKSI KEPADA PEMBANGUNAN CAMERON HIGHLANDS

Berikut disiarkan secara ‘verbatim’ apa yang telah diperkatakan lagi oleh Dato’ Sri Wan Rosdy pada pertemuan dengan wartawan-wartawan berkenaan;

“Sebagai contoh, mereka kata tidak ada pembangunan di Jelai dan Tanah Rata. Sedangkan rakyat, pengundi-pengundi di Cameron Highlands boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku.

“Sebagai contohnya perumahan untuk Orang Asli di Sungai Ruil. Kerajaan Barisan Nasional ketika itu memberi peruntukan sebanyak RM44 juta. Kemudian jalan ke Pos Sinderut yang sepanjang 35 KM – kita mendapat peruntukan hampir RM40 juta.

“Jalan untuk datang ke Cameron Highlands ini. Kalau dulunya kita terpaksa melalui Tapah, melalui Perak; melalui Gua Musang; tetapi Kerajaan Barisan Nasional membuat jalan dari Raub-Sungai Koyan-Ringlet-Tanah Rata.

“Jadi, apabila tuduhan mengatakan bahawa tidak ada pembangunan, rakyat tidak yakinlah. Dan mereka nampak bahawa di sebelah sana cuba memainkan isu-isu yang tidak betul.

PELUKAN ERAT DALAM PERJUANGAN MEMASTIKAN KEMENANGAN... 


PENGUNDI BIJAK MENILAI

“Kemudian tuduhan mereka mengatakan bahawa Kerajaan Negeri berhutang banyak. Sedangkan tuduhan ini tak betul. Perkara ini telahpun diselesaikan dan kitapun telah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan.

“Banyak lagilah perkara-perkara yang mereka kata yang tidak boleh diterima oleh pengundi. Jadi pengundi menilai dengan bijak dan mereka merasakan bahawa janji ataupun tuduhan, isu-isu, yang dibangkitkan itu adalah tidak relevan, tidak mempengaruhi mereka dan adalah tidak benar.

“Selain daripada itu, sampingan sebagai contoh, mereka gagal menunaikan (janji-janji) dalam manifesto merekalah, setelah sembilan (9) bulan menjadi kerajaan, dan banyak lagilah”.

Beliau juga berkata betapa, “Kejayaan inipun bukan kejayaan saya seorang. Ia adalah kejayaan sebagai satu pasukan. Saya tak boleh kerja seorang. Ada yang kata, ini sebab Dato’ Wan sebagai Pengarah (Pilihanraya) sebagainya.  

“Yang sebenarnya sebab jentera, bantuan daripada semua pihak, kemudian banyak lagi yer… Bantuan daripada Dato’ Najib; sumbangan beliau untuk membantu di dalam pilihanraya ini ada”.

BN TERUS KUKUH DENGAN KERJASAMA PELBAGAI PARTI KOMPONENNYA... 


KEMENANGAN BERASASKAN PELBAGAI FAKTOR

Mengenai kemungkinan ‘troll’ yang sering dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib terhadap Kerajaan Pakatan Harapan dalam laman sosialnya pula, kata Dato’ Sri Wan Rosdy;

“Ada memainkan peranan. Sejauh mana pentingnya itu saya tak dapat nak nilailah yer. Hanya yang boleh saya katakan bahawa, kejayaan Barisan Nasional ini adalah pelbagai faktor, bukan ‘single factor’.

“Banyak lagi faktor-faktornya kalau boleh saya rumuskan – PAS tidak meletakkan calonnya; jentera kita yang bekerja kuat; kemudian tuduhan-tuduhan pembangkang yang tidak berasas; pembangunan yang ada di Jelai dan juga di Tanah Rata; banyak, banyak sumbangan.

“Itu yang menyebabkan kita menang. Contohnya, kalau kita buat gulai karilah kan. Kalau kita buat kari tak ada ikan, tak jadi. Kalau kita tak letak gulapun tak jadi. Jadi ramuan itulah yang menyebabkan kita menang”.

Kepada soalan tentang bagaimana pada PRK ini telah turun beberapa ‘heavyweight’ daripada Pakatan Harapan sepertimana Perdana Menteri sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, begitu juga dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri Kabinet namun PH tetap gagal, katanya;   


TERIMA KASIH BUAT SEMUA... 


SOAL TANAH IALAH ‘STATE MATTER’

“Kerana, tak ada isu yang besar. Malahan isu yang dimainkan itu rakyatpun, pengundipun tahu. Sebagai contohnya mereka mengatakan soal tanah. Soal tanah adalah ‘state matter’.

“Kemudian soal hutang negeri. Ini telahpun dijelaskan dan telahpun diselesaikan dan telahpun dibincangkan. Bukan satu isu baru.

“Jadi saya fikir, apabila pengundi melihat ini, pengundi sendiri merasakan bahawa Pakatan Harapan tidak ada isu dan tidak ada sesuatu yang baru.

“Sedangkan bagi pihak Barisan Nasional, di Pahang ini kita Kerajaan; dan mereka dapat melihat bahawa kita secara konsisten cuba membantu membuat yang terbaik untuk rakyat.

“Dan saya fikir, rakyat boleh menilai, memikirkan – di satu pihak hanya menyatakan isu-isu lama, perkara-perkara lama, perkara yang telahpun dibincangkan dan mereka rasa tidak berjaya, tidak boleh mempengaruhi pengundi.


YB AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS KITA... 'The newly-minted YB'.


PENGELUARAN PERMIT PENGGUNAAN TANAH

“Sedangkan di satu pihak yang lain yakni Barisan Nasional, mereka dapat melihat dan merasakan… Saya bagi satu contoh, pengeluaran permit penggunaan hutan di mana perkara ini, Kerajaan Negeri telah memberi penekanan yang serius untuk membantu penanam-penanam, pekebun sayur.  

“Sebab tanah ini ialah satu perkara yang sensitif. Perkara ini telahpun dilaksanakan (selama ini) dan bukannya ada kaitan dengan pilihanrayapun.

“Dan ianya akan terus dilaksanakan untuk masa-masa yang akan datang jika kita fikirkan ada tanah yang sesuai, ada faedah untuk rakyat, untuk mereka bercucuk tanam untuk mencari makan, dan sebagainya”. – Khabar


      


BN bangkit di Cameron Highlands



… calon BN, Encik Ramli Mohd Noor menang majoriti 3,238 berbanding majoriti cuma 597 pada PRU-14

“Kemenangan hari ini saya dapati; Yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon. Yang keduanya, PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding selain itu, mereka telah memberi kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan Nasional.

“Yang ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul; 80 peratus adalah tidak benar…,” kata Menteri Besar


KITA MENANG... Ternyata, kemenangan BN ialah kerana calonnya; sokongan PAS; serta, isu-isu yang PH bangkit tetapi tidak diterima rakyat/pengundi Cameron Highlands. 

Friday, 25 January 2019

Menteri Besar dan isteri mengundi awal


SESUDAH MENGUNDI AWAL PAGI... 


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG GAHAI, LIPIS – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Sri Burhah Mohammed ialah antara mereka yang mengundi awal hari ini, Sabtu 26 Januari sempena Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan P078 Cameron Highlands.

Kedua-dua pasangan tiba di perkarangan sekolah ini pada kira-kira 8.40 pagi. Bertegur-sapa dengan mereka yang turut hadir, kemudian ke saluran 1 beratur seketika, sebelum menunaikan tangggung jawab masing-masing pada kira-kira 8.50 pagi.

Selain turut menjadi Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi PRK ini, Dato’ Sri Wan Rosdy ialah juga wakil rakyat setempat (BN – Jelai), kerusi yang dimenanginya dalam empat (4) Pilihanraya Umum (PRU) lepas bermula PRU Ke-11 tahun 2004.

Ketika ditemui wartawan kemudian, beliau telah ditanya tentang perjalanan proses pengundian serta juga peluang kemenangan bagi calon BN dari dalam kalangan Orang Asli beragama Islam, Encik Ramli Mohd Noor.   

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, pengundian pada hari ini berjalan dengan lancar. Cuacapun baik, redup, sejuk.

SATU UNDI KE DALAM PETI UNDI... 


YAKIN PENGUNDI BUAT PILIHAN BIJAK

“Dan nampaknya ramai pengundi telah keluar mengundi awal dan saya yakin, pengundi-pengundi akan buat pilihan yang bijak (tentang) siapakah yang mereka pilih untuk menjadi wakil mereka bagi P078 Parlimen Cameron Highlands ini,” katanya.

Mengenai peluang kemenangan katanya, sememangnya beliau meletakkan harapan yang tinggi namun turut menyedari betapa, “… memandangkan keadaan, suasana pilihanraya kali ini tidak sepertimana sebelumnya”.

“Saya telah melalui empat (4) kali Pilihanraya (Umum) di mana Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah sama. Kempenpun saya nampak tidaklah hangat seperti apa yang berlaku pada pilihanraya kecil ini kerana mereka ada mempunyai kelebihan sebagai Kerajaan Memerintah.

“Walau bagaimanapun saya optimis, calon Barisan Nasional insyaAllah, akan menang kerana pengundi akan membuat penilaian yang bijak dan mereka dapat melihat selama ini banyak pembangunan yang telah dibawa ke sini oleh Kerajaan (Pusat pimpinan) Barisan Nsional,” katanya lagi.

Kepada soalan tentang reaksinya jika calon BN menang katanya, “Saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada pengundi kerana mereka telah membuat pilihan yang bijak”.

Jika sebaliknya pula jawabnya, “Kita terima. Kita terima. Kerana, negara kita mengamalkan demokrasi”


SEPERTIMANA TERSIAR DALAM BULETIN 1.30 PETANG, TV3... Membantu yang memerlukan bantuan. – Khabar     







Thursday, 24 January 2019

BN bangkit di Cameron Highlands

ANTARA POSTER YANG MENARIK MEMAPARKAN CALON KITA, ENCIK RAMLI...  


Oleh Ahya Alimuddin

TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS“Saya harap pengundi-pengundi buat keputusan yang bijak. Bagi pihak kami, Barisan Nasional (BN) telahpun menyerahkan calon yang (menurut semakan kami adalah) paling diminati, disukai oleh pengundi-pengundi di dalam Parlimen Cameron Highlands.

“Dan beliau mempunyai kelulusan yang agak tinggi, banyak pengalaman, memegang jawatan sebagai pesara Polis (pangkat) ACP. Dan saya percaya, beliau mampu mewakili masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.   

Ini dikatakannya kepada wartawan yang menemuinya pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands oleh Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohamad Hasan pada Khamis, 10 Januari lepas.

Dato’ Sri Wan Rosdy yang mula mengambil alih tampuk kepimpinan Pahang kira-kira lapan (8) bulan lepas sejak 15 Mei 2018, ialah juga Pengarah Pilihanraya bagi BN untuk PRK ini. Beliau juga ialah Pengerusi BN Pahang serta Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands.

Setelah dua (2) minggu tempoh berkempen sejak Hari Penamaan Calon pada 12 Januari dan Sabtu, 26 Januari ialah Hari Mengundi; kata-kata pemimpin ini yang berkongsi sama tarikh lahir (pada 1 Oktober 1958) dengan calon – Encik Ramli Mohd Nor itu dilihat ada kebenarannya.

ANAK MUDA MUDAH DIDEKATI MESRA... 


KECELARUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PH

“Sungguhpun Encik Ramli ialah Orang Asli beragama Islam yang sudah tentunya akan memenangi hati 34 peratus pengundi Melayu dan 22 peratus pengundi Orang Asli; beliau juga pandai membawa diri dengan pengundi Cina (29 peratus) dan India (15 peratus).

“Malah, beliau dilihat fasih berBahasa Mandarin dalam klip video beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, terbitan MCA. Maka, atas dasar itu atau personaliti calon BN ini sahaja, sudahpun ada ‘umph’,” kata seorang penganalisis politik yang ditemui di sini.

Bertuahnya BN pada PRK ini ialah, PAS menjadi rakan sekutunya yang boleh dikatakan tulen, jika dilihat daripada segi komitmen tinggi pemimpin-pemimpin mereka dalam mengadakan ceramah politik bersama dengan pemimpin-pemimpin BN.

Dan PAS tidak meletakkan calonnya bertanding kali ini yang dengan itu dijangkakan, lebih 3,000 undi yang calon PAS perlolehi dengan penyertaan parti itu pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas, mungkin beralih mengundi calon BN pula.

Yang menyebelahi BN juga pada PRK ini ialah, segala kecelaruan dan tindakan-tindakan para pemimpin Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak disenangi rakyat.

CALON KITA PILIHAN DAN KESUKAAN PELBAGAI KAUM... 


‘REFERENDUM’ TERJEMAHAN KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP KERAJAAN PH

Antaranya yang utama ialah ekoran kos kehidupan yang terus meninggi, peneroka di Rancangan Tanah Felda pula terkesan lebih teruk akibat harga kelapa sawit merudum, serta janji-janji ‘manis’ PRU Ke-14 menerusi manifesto PH yang terus tinggal janji.

Oleh itulah, Dato’ Sri Mohamad, dalam ucapannya pada satu ceramah di Sungai Koyan bersama-sama pemimpin PAS termasuk Presidennya, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang, telah lantang berkata; “Ini merupakan ‘referendum’ terjemahan ketidak puasan hati rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pakatan Harapan”.

Sungguhpun semua petunjuk menjurus kepada kemenangan BN namun ada kebimbangan dengan ‘penerobosan demi penerobosan’ oleh pemimpin-pemimpin ternama PH/pemegang jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan, ke kawasan-kawasan ‘putih’ BN dalam tempoh berkempen.

‘Penerobosan-penerobosan’ ini berlaku seperti ke ketiga-tiga Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3; serta, ke perkampungan-perkampungan Orang Asli; dikhuatiri  boleh mempengaruhi penduduk/pengundi di sana.

Apatah pula dengan serangan-serangan dilancarkan oleh Menteri Kewangan Encik Lim Guan Eng dalam ceramah-ceramah politiknya di kawasan-kawasan ini, yang mempertikaikan tentang kononnya kewangan Kerajaan Negeri BN yang tenat.

MARI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI... Dan tentunya, sokong dan undi calon BN kita.


‘SAYA TAHULAH, SAYA MENTERI KEWANGAN’

Dalam ceramah-ceramah tersebut juga, Encik Lim suka mendabik dada dan berkata – ‘Saya tahulah, saya Menteri Kewangan’ maka beliau berharap, apa yang dikatakannya dipercayai oleh khalayak.

Misalnya, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan BN katanya, mempunyai defisit bajet negeri terkumpul sebanyak RM228.37 juta bagi tempoh empat (4) tahun (2014 – 2017), yang dengan itu tidak memungkinkan Kerajaan Negeri ini mentadbir negeri dengan baik.

Sedangkan, dia tidak beritahu betapa defisit bajet Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tahun 2019 ini sahaja ialah kira-kira RM352.8 juta manakala defisit tahun 2018nya ketika mana Encik Lim ialah Ketua Menteri, ialah kira-kira RM748.5 juta!

Dan berapakah pula defisit bajet Kerajaan Persekutuan PH untuk tahun 2019 ini, yang menteri yang bertanggung jawab mengenainya ialah Encik Lim? RM52,700 juta atau RM52.7 billion!

Inilah cabaran-cabaran yang harus dihadapi jentera pilihanraya BN bagi menangani dan menghadapi tohmahan-tohmahan serta dakwaan-dakwaan ‘separuh benar’ oleh puak-puak PH.  

Moga-moga dengan ini, penduduk/pengundi Cameron Highlands bijak menilainya lalu bijak juga dalam membuat pilihan untuk akhirnya mengundi Encik Ramli Mohd Nor, InsyaAllah. 


SAMA-SAMA MERENUNGI MASA DEPAN... serta berserah, memohon doa kepada Yang Maha Esa. – Khabar     



Daulat Tuanku!


Sembah Tahniah atas pemilihan sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16



POSTER YANG DI'POST'KAN DALAM LAMAN 'FACEBOOK' MENTERI BESAR...


TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke sisi KDYMM Sultan Pahang atas pemilihan dan pelantikan Baginda sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16.

Berikut disiarkan kenyataan media beliau sepenuhnya;

“Bagi pihak Kerajaan Negeri serta rakyat-jelata sekalian, Patik mengutuskan setinggi-tinggi sembah tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pemilihan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16.

“Sesungguhnya Patik, pacal-pacal sekalian bersyukur dan teramat bangga dengan pemilihan ini, yang telah disempurnakan pada mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu pagi tadi.

“Patik penuh berkeyakinan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan dapat memikul tanggungjawap ini dengan jaya dan cemerlang.

“Seterusnya, dapat membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada negara Malaysia yang tercinta, insyaAllah”.


Sembah Takzim daripada,

Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail,
Menteri Besar Pahang. 



– Khabar

Wednesday, 23 January 2019

Tambahan 153 lot rumah untuk generasi kedua Felda Sungai Koyan


“Dan hari ini sahaja, baru diangkat kepada Exco dan kita telah meluluskan sebanyak 153 lot hari ini.

“Maknanya Koyan 2, Koyan 3, Koyan 1; semua ada peluang untuk generasi kedua mendapatkan tapak-tapak lot untuk dibuat perumahan,” kata Menteri Besar.

SILA DATANG KE RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI KOYAN 2... Foto dipetik dari laman internet.


PEJABAT UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS, SUNGAI KOYAN, LIPIS – Kerajaan Negeri hari ini, meluluskan tambahan lagi 153 lot rumah bagi memenuhi permintaan perumahan generasi kedua di Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan di sini.

Tambahan ini menurut Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ialah bagi memenuhi permintaan lot-lot rumah generasi kedua di Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1 pula.

Pada 9 Januari lepas, beliau telah mengumumkan kelulusan lot-lot rumah generasi kedua untuk Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 2 dan 3 sebanyak 223 lot tetapi kini – ekoran masalah tertentu, menjadi 210 lot.

Ketika itu, semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri dan Bantuan Khas Sekolah Rendah di Laman Sejahtera dekat sini, beliau telah mengatakan bahawa, lot-lot rumah generasi kedua untuk Rancangan Tanah Felda Koyan 1 adalah dalam proses untuk kelulusan juga.
  
“Dan hari ini sahaja, baru diangkat kepada Exco dan kita telah meluluskan sebanyak 153 lot hari ini, katanya merujuk kepada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di Kuala Lipis pagi tadi. 

STESEN MINYAK PETRONAS... 


LOT RUMAH GENERASI KEDUA DI KESEMUA TIGA RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI KOYAN  

“Maknanya Koyan 2, Koyan 3, Koyan 1; semua ada peluang untuk generasi kedua mendapatkan tapak-tapak lot untuk dibuat perumahan,” katanya pada persidangan media petang Rabu, 23 Januari di sini.

“Jadi, mengatakan diskriminasi dan sebagainya itu adalah tidak betul. Dan bagi saya, tidak ada asas yang kukuhlah untuk mereka berkata demikian,” katanya lagi merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh wartawan.

Menurutnya, usaha bagi meluluskan lot-lot rumah generasi kedua ini ialah alternatif kepada masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam menjayakan perumahan-perumahan generasi kedua di ketiga-tiga Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan.

Perumahan-perumahan itu telahpun dibina di ketiga-tiga Rancangan Tanah tersebut namun terbengkalai yang menurutnya, adalah di luar keupayaannya untuk mengatasinya.

Ekoran itulah katanya, beliau berbincang dengan rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri khususnya yang berkaitan Felda lalu cadangan dibuat dan diluluskan pemberian lot-lot rumah tersebut.

MESIN ATM AGROBANK SEDANG DIUSAHAKAN

Dato’ Sri Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan Jelai ini, turut diajukan rungutan oleh sesetengah penduduk di sini yang meminta agar tindakan diambil untuk menambahkan lagi mesin ATM (Automated Teller Machine) dan CDM (Cash Depository Machine) di Sungai Koyan ini. 

Setakat ini, menurut rungutan tersebut, kemudahan-kemudahan mesin-mesin ini cuma disediakan oleh sebuah bank – Bank Rakyat, dan terdapat di Stesen Minyak Petronas yang berhampiran sahaja.

“Yang Bank Rakyatpun kita telah dapat hasil daripada rungutan orangramai juga. Dan sekarang ini, AgroBank dalam usaha, kita sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi (mesin) ATM.

“Tapi malangnya, tak sempatlah sekarang ini. Yang itu akan diusahakan, InsyaAllah,” katanya. – Khabar      


Tuesday, 22 January 2019

Lagi 22 permit penggunaan tanah dalam hutan simpan dikeluarkan kepada pekebun-pekebun kecil Cameron Highlands


“Dan insyaAllah, sekiranya ada lagi permohonan dan Kerajaan Negeri mendapati ianya telah dikerjakan melebihi daripada 10 tahun, tidak menyalahi mana-mana peraturan, kawasan yang sesuai; Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan insyaAllah akan diluluskan,” kata Menteri Besar.


TEPUKAN BUAT MB... Sebaik-baik menamatkan persidangan akhbarnya, pekebun-pekebun kecil yang turut bersama-sama di belakang Dato' Sri Wan Rosdy telah memberikan tepukan tanda penghargaan kepadanya.  


PEJABAT DAERAH DAN TANAH LIPIS, KUALA LIPIS – Kerajaan Negeri hari ini menyerahkan 22 lagi permit penggunaan tanah dalam hutan simpan kepada pekebun-pekebun kecil Cameron Highlands.

Majlis penyerahan permit penggunaan tanah ini dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis yang diadakan pagi Rabu, 23 Januari di sini, sejurus sebelum bernmulanya mesyuarat mingguan, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

Dengan penyerahan hari ini menjadikan kesemuanya, 73 permit dikeluarkan. Sebelum ini, pada 12 Disember lepas yang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata, sebanyak 51 permit diserahkan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pekebun-pekebun kecil sayur dan buah-buahan dari Cameron Highlands kerana hari ini Kerajaan Negeri, setelah melihat, meneliti bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;

“Siri kedua kita memberikan permit penggunaan dalam hutan simpanan kekal daerah Cameron Highlands bagi pekebun-pekebun sayur yang telahpun menanam sayur melebihi 10 tahun,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy.

MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN...


BAGI TANAH YANG TELAH DIKERJAKAN SECARA HARAM LEBIH 10 TAHUN

“Dan insyaAllah, sekiranya ada lagi permohonan dan Kerajaan Negeri mendapati ianya telah dikerjakan melebihi daripada 10 tahun, tidak menyalahi mana-mana peraturan, kawasan yang sesuai; Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan insyaAllah akan diluluskan,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua 73 penerima permit ini ialah 64 orang dalam kalangan pekebun kecil Cina, lima (5) orang pekebun kecil India; serta, masing-masing dua (2) orang pekebun kecil Melayu dan Orang Asli.

Bagi kesemua 22 penerima permit hari ini – setiap seorang diperuntukkan paling maksimum lima (5) ekar (2.02 hektar), mereka akan dikenakan membayar RM3,000 kerana denda penggunaan tanah secara haram sebelum ini, serta lagi RM1,500 bagi pembayaran pemilikan permit.

Menurut Menteri Besar, cadangan untuk pemberian permit penggunaan ini telahpun diusahakan sejak beliau masih lagi sebagai Ahli MMK biasa lagi, sebelum menjawat kedudukannya sekarang.

“Dan kerana ianya tidak boleh dibuat dengan serta-merta – perlu pengukuran tanah, perlu kerja-kerja yang teliti kerana tanah ini adalah sesuatu yang sensitif, lebih-lebih lagi di kawasan (tanahtinggi) Tanah Rata;

LAGI PENERIMA...


AMBIL MASA UNTUK TELITI, PROSES DAN LULUS

“Ia kena, harus diteliti dan diperhalusi dengan baik. Dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, Kerajaan Negeripun memberi pertimbangan untuk memberi kelulusan.

“Dan insyaAllah, saya dimaklumkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri, masih lagi terdapat banyak permohonan untuk mendapatkjan permit penggunaan dalam hutan ini dan Kerajaan Negeri, insyaAllah, kita akan bantu,” katanya lagi.

“Jadi syabas, tahniah kepada mereka yang mendapat permit pada hari ini. Gunakannya dengan sebaik mungkin dan tanam sayur (dan buah-buahan) mengikut kelulusan, keluasan yang telah ditentukan,” tegasnya.

Beliau juga berkata betapat dengan penerimaan permit ini maka pekebun-pekebun kecil berkenaan bolehlah melakukan kerja-kerja tanaman mereka tanpa rasa bimbang dengan kemungkinan kerja-kerja penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Tapi saya nak bagi tahu, keprihatinan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) – walaupun kita tahu Tuan-tuan ini tanam sayur tak ada permit (sebelum ini), tetapi kita juga tahu tujuan (hanya) untuk cari makan; kita tak usikpun,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dan akan hadapi kerja-kerja penguatkuasaan terhadap pengusaha-pengusaha atau sindiket besar yang meneroka haram, sehingga keluasan lebih 50 ekar (20.2 hektar) atau 60 ekar (24.3 hektar). 


MESRANYA SEORANG MB...
– Khabar

    



Saturday, 19 January 2019

Gajah di depan mata ‘buat-buat’ tak nampak?


Tentang pelaksanaan projek Jalanraya Tanahtinggi bernilai RM806 juta - Ringlet-Sungai Koyan sejauh 79.1 KM yang siap dibina di bawah Kerajaan Persekutuan BN sejak 2010 lagi  

TINJAUAN SEHARI-SUNTUK MENELUSURI JALANRAYA TANAHTINGGI RINGLET-SUNGAI KOYAN PADA 20 OGOS 2009... Dato' Sri Wan Rosdy (kanan sekali), kelihatan sedang mengiringi Menteri Besar ketika itu, Dato' Sri DiRaja Adnan dalam tinjauan berkenaan. Di belakang mereka ialah Ahli Parlimen Lipis, Dato' Abdul Rahman Mohamed. 

Foto ini dipetik daripada majalah Khabar Pahang Bil 17 Tahun Ke-11 Tahun 2009. 


TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Bak kata pepatah Melayu – ‘Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan kelihatan’.

Inilah yang boleh dirujuk kepada tohmahan terbaharu calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Encik M.Manogaran mengenai kononnya Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan Jelai, tidak berbuat apa-apa bagi mengadakan jalanraya yang sempurna di kawasannya itu.

(Yang ironinya, permintaan Dato’ Sri Wan Rosdy sendiri pada Ogos 2016 dan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak telah meluluskan peruntukan RM15 juta bagi pembinaan jalan 30 KM antara Pos Betau dan Pos Lenjang, tetapi telah dihentikan oleh Kerajaan Persekutuan PH selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 yang lepas).

“Pertama-tama saya hendak tanyakan beliau; Laluan manakah yang diambilnya dari Tanah Rata ke Sungai Koyan dalam tempoh Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands ini, jika tidak melalui Jalanraya Tanahtinggi Ringlet-Sungai Koyan sejauh 79.1 KM yang Kerajaan BN bina dan siap pada Mac 2010?

“Ketika itu, saya sudahpun berada dalam penggal kedua saya sebagai Ahli Dewan Negeri Jelai, sejak pertama kali bertanding dan memenanginya pada PRU Ke-11 lagi pada tahun 2004.

JALANRAYA RINGLET-SUNGAI KOYAN SIAP DIBINA SEMASA PENGGAL KEDUA SEBAGAI AHLI DEWAN NEGERI JELAI

“Saya juga ketika itu, berada pada penggal pertama sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri.

“Dan ketika jalanraya ini 80 peratus siap, saya telah mengiringi Menteri Besar ketika itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada 20 Ogos 2009, meninjau sehari-suntuk jalanraya bernilai RM806 juta tersebut,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy dalam ‘entry’ terbaharu dalam laman sosial ‘Facebook’nya.

Dengan adanya jalanraya tanahtinggi inilah katanya, telah memudahkan perjalanan darat dari Tanah Rata, turun ke Ringlet kemudian ke Lembah Bertam, seterusnya ke Hulu Telom, Pos Menson, Kampung Susu, Pos Betau hinggalah ke Sungai Koyan.

Dengan adanya jalanraya tanahtinggi inilah juga maka Cameron Highlands boleh dikunjungi menerusi daerah dalam negeri ini sendiri iaitu Lipis. Sebelumnya, laluan ke tanahtinggi ini perlu melalui Perak menerusi sama ada Tapah atau Simpang Pulai, serta Kelantan menerusi Gua Musang.

Menurutnya, projek jalanraya ini yang bermula pembinaannya sejak tahun 1999 lagi, melibatkan empat (4) pakej iaitu pakej pertama laluan Sungai Koyan-Pos Betau (19 KM); pakej kedua, Pos Betau-Bukit Betong (22 KM); pakej ketiga, Bukit Betong-Kampung Susu (19 KM); dan, pakej keempat, Kampung Susu-Ringlet (19.1 KM).

JUGA PERJUANGKAN JALAN-JALAN ‘FEEDER’ SERTA KERJA-KERJA MENAIK-TARAFNYA

Pakej ketiga laluan Bukit Betong-Kampung Susu ialah tertinggi kosnya, kira-kira RM233 juta. Sungguhpun panjangnya cuma 19 KM tetapi oleh kerana bentuk muka bumi bergunung-ganang, hingga memerlukan pembinaan 10 jambatan untuk merentasinya.

Dan ada sebuah jambatan daripada kesemua 10 jambatan itu katanya, panjangnya sehingga 1 KM dengan kos bagi membinanya sahaja mencecah RM15 juta!

“Bagaimanakah saya tahu tentang fakta-fakta ini jika bukan sebab saya turut terlibat dengannya – sekurang-kurangnya menghadiri mesyuarat-mesyuarat serta perbincangan-perbincangan mengenainya,” katanya lagi.

Selain daripada jalanraya Ringlet-Sungai Koyan ini katanya, yang turut penting untuk beliau kisah dan perjuangkan ialah pembinaan ‘feeder road’ termasuklah jalan antara Pos Betau dan Pos Lenjang yang dipohon dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan BN pada tahun 2016, tetapi dihentikan sejak PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada PRU lepas.

Dalam pada itupun, jalan-jalan ‘feeder’ yang termasuk jalan-jalan luar bandar dan jambatan-jambatan seperti Jambatan Kuala Medang dan Jambatan Tanjung Gahai katanya lagi, terus dibina manakala yang sedia ada, diperbaiki dan dinaik-taraf dari masa ke semasa sepertimana jalan berhampiran simpang masuk ke Pos Senderut.

“Dan ini merupakan ‘an ongoing process’ (proses yang dilakukan secara berterusan) yang akan terus saya usaha dan jayakan demi kesejahteraan penduduk, InsyaAllah,” katanya lagi. – Khabar    


Thursday, 17 January 2019

Masih mengungkit perkara yang telah ada penyelesaian, kata Menteri Besar

DARIPADA KETUA KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG JADI PEMIMPIN KANAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PH SEKARANG... Inilah imej Encik Lim ketika pada awal pagi berkenaan, merayu bantuan Kerajaan Persekutuan berkaitan banjir. (IMEJ dipetik dari laman internet).


TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Seperti memutarkan semula ‘piring hitam lama’, Menteri Kewangan, Encik Lim Guan Eng pada ceramah politiknya di Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1 malam tadi, telah mengungkit kembali soal hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya bukan lagi isu ekoran penyelesaian yang telah tercapai.

Penyelesaiannya ialah – hutang RM2,200 juta (RM2.2 billion) yang berkaitan dengan kerja-kerja serta sistem pembekalan air di negeri ini – menaik taraf Loji-loji Rawatan Air (LRA) dan menukar paip-paip usang daripada jenis asbestos kepada PVC, yang sepanjang kira-kira 12,000 KM di negeri ini;

Akan terlupus dan menjadi geran apabila berlakunya penstrukturan bekalan air seluruh negara yang sedang rancak dilaksanakan sekarang, kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam ‘entry’ terbaharu laman sosial ‘Facebook’nya .

Perkara ini menurutnya, telahpun dinyatakan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail pada persidangan media di Wisma Sri Pahang, Kuantan 6 Julai lepas.

“Kita berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.2 billion. Kita tak ada masalah sangat nak membayarnya kerana pertama ialah, daripada jumlah itu, RM2.2 billion adalah untuk bayaran berkaitan dengan bekalan air.

HUTANG TERLUPUS DENGAN PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM PEMBEKALAN AIR

“Dan, satu dasar telahpun dibuat oleh Kerajaan Persekutun; apabila kita strukturkan semula bekalan air di negeri Pahang ini maka secara otomatiknya, RM2.2 billion tadi akan dilupuskan bukan sebagai hutang.

“Jadi kita dalam proses sekarang ini, menstrukturkan pengurusan PAIP ini. Kita punyai agensi yang berkaitan dengan air ini ialah PAIP – Pengurusan Air Pahang Bhd. So bila kita strukturkan semula esok, semua ini akan dijadikan geran.

“Jadi, RM2.2 billion hutang tadi, habis. Tinggal RM1 billion lagi,” sepertimana kata Dato’ Sri Muhammad Safian pada persidangan media tersebut.

Dan baki hutang RM1,000 juta (RM1 billion) itupun menurutnya, ialah yang berkaitan dengan perkara-perkara asas demi kesejahteraan rakyat seperti bagi pembinaan rumah kos rendah dan perbelanjaan sebagai bantuan mangsa-mangsa banjir tahun 2014, serta kos penganjuran SUKMA XV Pahang 2012.

Kos penganjuran SUKMA XV Pahang 2012 dengan kerja-kerja membina baharu dan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan, melibatkan kira-kira RM200 juta manakala bagi bantuan mangsa-mangsa banjir ialah kira-kira RM40 juta.

‘WISER AFTER THE EVENT’

Hutang-hutang ini sepatutnya dianggap sebagai geran memandangkan ia turut mempunyai kepentingan nasional sepertimana penganjuran SUKMA XV Pahang 2012 tersebut.

Maka, kalau adapun hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, nilainya sepatutnya adalah kurang, cuma RM760 juta yang mana jauh kurangnya daripada RM3.1 billion yang diuar-uarkan secara negatif oleh Menteri Kewangan tersebut.

Oleh kerana itulah juga, setelah menjadi ‘wiser after the event’ atau terhantuk baru tergadah, Kerajaan Negeri kini ada caranya untuk menambahkan hasil negeri yang daripadanya boleh digunakan untuk membayar hutang berkenaan.

Antaranya ialah, dengan meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) misalnya, membayar Kerajaan Negeri atas jumlah air yang digunakan oleh stesen-stesen janakuasa hidro bagi menghasilkan elektrik.

Dengan hasil tambahan ini insyaAllah kata Dato’ Sri Wan Rosdy, akan dapat mengukuhkan lagi kewangan negeri yang saban tahun menerima hasil kira-kira RM700 juta daripada sumber-sumber tradisional seperti tanah dan hutan.

PERTANGGUNGJAWABAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Sungguhpun begitu dan walau apapun status atau nilai yang Kerajaan Negeri berhutang dengan Kerajaan Persekutuan katanya, Encik Lim tentunya sedar akan pertanggungjawaban Kerajaan Persekutuan ke atas Kerajaan Negeri.

Pertanggungjawapan ini pula melibatkan Kerajaan Persekutuan, dengan hasil yang dijangkakan di bawah Belanjawan 2019 kira-kira RM261,800 juta (RM261.8 billion), berbanding hasil yang dijangkakan di bawah Bajet Negeri Pahang 2019 kira-kira RM703.80 juta sahaja.

Atau dalam ertikata lain, hasil yang dijangkakan diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2019 ini ialah kira-kira 372 kali ganda lebih besar daripada hasil yang dijangka diperolehi oleh Pahang pada tahun ini.
Hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pesekutuan pula katanya, tentulah besar kerana ia diperolehi meliputi ke seluruh negara, yang melampaui sempadan sesebuah negeri.

Ini sememangnya selaras dengan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan yang lebih luas sepertimana termaktub di bawah Senarai Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan.

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN BESAR SEBAB LIPUTAN KUTIPAN CUKAINYA KE SELURUH NEGARA

Terdapat 25 perkara dalam Senarai Persekutuan itu, antara lainnya meliputi hal-hal berkaitan pertahanan, hal-hal luar negeri, keselamatan dalam negeri, kewarganegaraan serta perdagangan, perniagaan dan industri.

Di bawah Senarai Negeri pula, terdapat cuma sembilan (9) perkara antara lainnya ialah hal-hal berkaitan jentera Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, tanah, perhutanan dan pertanian, serta, undang-undang Islam, agama dan adat Melayu.

Oleh sebab itulah maka hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan juga besar, termasuklah cukai-cukai yang dikutip oleh misalnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) daripada perdagangan, perniagaan dan industri di seluruh negara.

Dan di Pahang sahaja, antara tahun 2006 dan 2013, jumlah yang dikutipi oleh JKDM tersebut ialah kira-kira RM744 juta, yang belum lagi apa yang diperolehinya dari negeri-negeri lain.

Menerusi kutipan hasil-hasil inilah, Kerajaan Persekutuan dapat mengemukakan Belanjawan Negaranya, yang menyediakan peruntukan-peruntukan tertentu kepada setiap Kementerian di bawahnya.

PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK LIPUTI SELURUH NEGARA

Di bawah Belanjawan Negara 2019 misalnya, Kementerian Pendidikan ialah penerima peruntukan terbesar – kira-kira RM60,200 juta (RM60.2 billion) yang dengan itulah, menjadi tanggungjawab Kementerian ini pula untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan ke seluruh negara termasuk Pahang – negeri yang diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam hal ini, tidak menghairankan juga tatkala Pulau Pinang dilanda banjir dan ribut semasa Encik Lim masih sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuat panggilan awal pagi kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, merayu Kerajaan Persekutuan pimpinan BN membantu Kerajaan Negeri pimpinan DAP!

Sebagai Kerajaan Persekutuan BN yang tahu tanggungjawabnya ke atas sesebuah negeri, sudah tentulah bantuan segera dihantar bagi membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tersebut.

Maka kini, sebagaimana Kerajaan Persekutuan BN terdahulu yang memahami akan tanggungjawabnya ke atas negeri-negeri kata Dato’ Sri Wan Rosdy lagi; begitulah juga yang diharapkan daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

Bukannya dengan membuat pelbagai tohmahan dan sindiran, semata-mata untuk menghina negeri-negeri yang bukan se-Pakatan Harapan dengannya, demi maraih undi untuk memastikan kemenangan calonnya pada Pilihanraya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands, 26 Januari ini. – Khabar

.