Tuesday 29 December 2015

Masih tiada laporan rasuah ke Pusat Informasi SPRM Cameron Highlands



“Dulu, hasil daripada perbincangan dengan SPRM, pihak ‘press’ – salah satu sebab dia orang sebut (penduduk Cameron Highlands tidak buat laporan mengenai rasuah), sebab (lokasi pejabat SPRM yang) jauh.

“Tapi bila kita dekat (dengan adanya Pusat Informasi ini), tak ada orang (datang buat) ‘report’pun,” kata Pengarah SPRM Negeri.

DATO' ZAINUL DARUS... 
 

NOTA EDITOR;

Berikut ialah artikel kedua berdasarkan temubual Editor Eksekutif, Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, dengan Pengarah SPRM Negeri, Dato’ Zainul Darus sepertimana tersiar dalam majalah bercetak Khabar Pahang Bil 23 Tahun ke-17 Tahun 2015 yang siap serta diedarkan bermula Selasa, 29 Disember.


PEJABAT SPRM NEGERI, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Setelah lebih tiga (3) minggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri membuka Pusat Informasinya di Brinchang, Cameron Highlands sejak 9 September, belum juga menerima walau satu laporan mengenai rasuah.

Ini disebalik ketiadaan pusat seumpamanya di kawasan tanahtinggi itu sebelum ini, yang dikatakan sebagai punca tiadanya usaha penduduk tempatan untuk membuat laporan mengenai gejala rasuah di sana.

“Dulu, hasil daripada perbincangan dengan SPRM, pihak ‘press’ – salah satu sebab dia orang sebut (penduduk Cameron Highlands tidak buat laporan mengenai rasuah), sebab (lokasi pejabat SPRM yang) jauh.

“Tapi bila kita dekat (dengan adanya Pusat Informasi ini), tak ada orang (datang) ‘report’pun,” demikian kata Pengarah SPRM Negeri, Dato’ Zainul Darus pada temubual eksklusif lewat pagi Rabu, 30 September, di pejabatnya di sini.

Tidakpun juga laporan daripada seorang ketua sebuah pertubuhan bukan Kerajaan di sana, yang sering diburu oleh media tempatan bagi mendapatkan pandangannya tentang aktiviti pencerobohan tanah secara haram?, tanya penulis.    

PANDAI BISING SAHAJA, TANPA FAKTA

“Ya, tak dak, tak dak… dia bising tapi bila kita jumpa dia, dia kata tak ada (maklumat sahih tentang gejala rasuah). Dia bagi tau kata ada RM10,000, RM5,000 orang tu dapat, Pejabat ni (dari Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands) tapi bila kita jumpa dia, dia kata dia dengar orang (cakap).

“Tapi, itulah satu benda yang saya tak setuju dengan paper (akhbar-akhbar berkenaan yang sering melaporkan tentang tanahtinggi) ni. Dia ‘quote’kan benda (perkara) yang tak betul. Dia ‘based’ kepada dengar cakap sahaja, ‘hearsay’,” jawab Dato’ Zainul.

Menurutnya, SPRM Negeri telahpun menyewa sebuah rumah kedai milik Majlis Daerah Cameron Highlands untuk dijadikan Pusat Informasi tersebut, dengan menugaskan dua (2) pegawainya berGred 29, yang beroperasi dua (2) hari seminggu pada Selasa dan Rabu.

Pusat Informasi ini dibuka sementara menunggu sebuah pejabat cawangan SPRM yang kekal diwujudkan di sana, yang kini sudah dipohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan. 

Kepada soalan penulis kot-kot penduduk di sana masih tidak sedar tentang pembukaan dan kewujudan Pusat Informasi di pekan Brinchang itu, Dato’ Zainul segera menempelak;

MUSTAHIL JIKA TAK TAHU WUJUDNYA PUSAT INFORMASI

“Mustahil, mustahil (jika tak tahu wujudnya pejabat dan lokasinya ini). Memang kita pasang ‘signboard’ dan memang kita buat maklumanpun, dan kita uar-uarkanpun tentang pusat informasi tu”.

Dalam pada itupun kata Dato’ Zainul, pasukan risikan SPRM memang ada dan turut ditempatkan di kawasan tanahtinggi itu yang kehadirannya dalam kalangan penduduk, tentulah sepatutnya tidak disedari.

“Cuma risikan ini, dia lebih kepada ‘developed case’. Dia pergi jumpa orang kampung tapi dia bukan ‘based on’ siapa-siapa punya information, tak... Ini dia orang korek sendiri.

“Sebab itu kita dapat yang baru-baru ni, pekebun-pekebun dok suap orang tu. Kita ‘plant’ pegawai untuk ‘terima’ suapan ini. Kita ‘plant’ dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah. Itu yang kita tangkap pekebun-pekebun yang nak hulur (rasuah) tu…,” katanya lagi

Beliau menyebut bagaimana SPRM mendidik pegawai-pegawai Kerajaan berkenaan mengenai apa yang perlu dilakukan apabila ada berlakunya gejala untuk memberi rasuah kepada mereka.

‘EH, AKU TAK NAK’

Biasanya katanya, penjawat awam kurang tahu tentang tindakan yang perlu diambilnya apabila sahaja dia dididekati pihak tertentu yang bertujuan untuk merasuahnya yang ada antaranya, sekadar berkata “Eh, aku tak nak’, lalu menolaknya sahaja.

“Sekarang ni kita bagi tau kat dia, “tak apa, you ambil’. Tapi kita rekod, berapa haribulan, orang kita ada sama, janji dengan dia kat mana; dia ambil tapi kita rekod dan kita videokan ke, ataupun kita ada saksi, kita ‘plant’ saksi.

“Dan apabila dia serah, tak pa, hari ini berapa hari bulan, pukul 3 petang, 7 haribulan 9, ‘transaction’ berlaku. Saksi, 1,2 3. Itu yang kita buatlah. Kita tak tangkap (lagi) masa ini. Kita nak tengok berapa kali dia bagi? Bila sampai dah cukup ‘masak’, katakan kita dapat, 20 orang dah serah, ok, sekarang ni kita buat (tangkapan),” katanya.  

Dalam hal ini, Dato’ Zainul menyanggah jika ada beranggapan apa yang dilakukan SPRM ini seolah-olah kerja-kerja ‘agent provocateur’ atau seseorang yang sengaja menggalakkan seorang yang lain melakukan sesuatu yang haram agar dia dapat ditangkap kerananya.

“Tapi ini, orang Pejabat Daerah dan Tanah sendiri, dia akan bekerjasama dengan kita (maka) kita dapat taulah siapa yang tukang-tukang (bagi suapan) ni,” katanya.

PEJABAT SPRM CAWANGAN AKAN BEROPERASI TAHUN DEPAN

Mengulas lanjut tentang pembukaan Pejabat SPRM cawangan Cameron Highlands kelak katanya, ia dijangka dapat direalisasikan pada tahun depan setelah JPA meluluskan permohonan terhadapnya.

Pejabat cawangan ini menurutnya, akan diketuai oleh seorang pegawai Gred 44 yang dibantu oleh tiga (3) pegawai lain yang berGred 29, disamping seorang berjawatan kerani.

“Kita mohonpun bukannya perjawatan baharu (tetapi) perjawatan sedia ada, kita tarik ke sana. Dari Ibu pejabat, dari Perak dan dari Pahang. Kita ‘combine’ dan pegawai Gred 44 itu dari Pahang, kita tempatkan ke sana,” katanya lagi.

Berbeza dengan fungsi sebuah Pusat Informasi yang terhad kepada pengumpulan maklumat sahaja, pegawai di Pejabat Cawangan ini kelak, fungsinya bukan sekadar mengumpul maklumat, malah turut menyiasatinya.

Berhubung dengan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands secara keseluruhannya, kata Dato’ Zainul, faktor utama adalah daripada segi kelemahan penguatkuasaan ekoran kewujudan kelemahan tadbir urus.

MENAMBAH BAIK TADBIR URUS

Ke arah penambah baikannya, SPRM mengesyorkan beberapa perkara sepertimana telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM, Dato’ Mustafar Ali baru-baru ini.

“… ada sesetengah ‘part’ tu, kita ada kelemahan daripada segi peraturan yang sedia ada. Kita dah dapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri untuk tengok, lihat semula mana yang ada ‘loophole’.

“Bila kita dapati ada benda-benda (yang boleh ditambah-baik), kita boleh cadangkan kepada Kerajaan Negeri maka kita buatlah. Kerajaan Negeripun menerima baik cadangan kita.

“Contohnya, daripada 12 cadangan, sebahagian besarnya diterima pakai oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan,” katanya lagi. – Khabar

Lebih banyak maklumat rasuah bersifat 'surat layang', daripada fakta sebenar!



 ... bukti, dakwaan rasuah lebih berupa persepsi daripada realiti

TEMBUBUAL EKSKLUSIF PAGI RABU... 
 

NOTA EDITOR;

Berikut ialah artikel berdasarkan temubual Editor Eksekutif, Dato' Abdul Wahab Mohamad Ali yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, dengan Pengarah SPRM Negeri, Dato’ Zainul Darus sepertimana tersiar dalam majalah bercetak Khabar Pahang Bil 23 Tahun ke-17 Tahun 2015 yang siap serta diedarkan bermula Selasa, 29 Disember.


PEJABAT SPRM NEGERI, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Sebahagian besar maklumat yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terima berkaitan rasuah di negeri ini cuma bertaraf ‘surat layang’ atau tohmahan, ekoran tiada asas kukuh padanya.

Membuktikan betapa, cakap-cakap tentang rasuah dalam kalangan penjawat awam negeri ini lebih terbentuk daripada sangkaan atau persepsi buruk semata-mata sedangkan realitinya, tidak.  

Inilah yang dapat disimpulkan daripada temubual eksklusif penulis dengan Pengarah SPRM Negeri, Dato’ Zainul Darus pada lewat pagi Rabu, 30 September di pejabatnya di sini.

Dato’ Zainul memberikan hujahan dengan bersandarkan fakta-fakta serta angka-angka, sebagai menjawab kepada beberapa soalan yang dikemukakan kepadanya pada temubual kira-kira sejam ini.

Antaranya, daripada 195 maklumat yang SPRM Negeri terima berkaitan perlakuan rasuah melibatkan kakitangan Kerajaan pada tahun ini (2015, hingga kini, 30 September), 52 sahaja yang boleh diambil tindakan.

DALAM PERTEMUAN MESRA... 
 

129 MAKLUMAT TAK BERASAS MAKA NFA

Manakala selebih khususnya 129 daripada maklumat-maklumat itu, telahpun disemak serta diklasifikasikan di bawah ‘NFA’ (No Further Action) atau Tiada Tindakan Lanjut kepadanya.

Begitu jugalah dengan sepanjang tahun lepas (2014) apabila, daripada 250 maklumat yang SPRM Negeri terima berkaitan perlakuan rasuah melibatkan penjawat awam, 86 sahaja yang diambil tindakan. 

Selebihnya termasuk 159 daripadanya adalah di bawah kategori NFA.

Tidakkah jumlah NFA yang banyak ini disebabkan adanya unsur-unsur pilih kasih, pengaruh atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk pihak istana atau ‘surat kuning’?, tanya penulis yang menurut Dato’ Zainul, tidak langsung.

“No such thing. Kita siasat apa sahaja isu dan selama ini, selama saya ada di Pahang daripada tahun 2012, saya (ketika itu masih) timbalan dan saya buat operasi; sampailah sekarang ini,

“… tak pernah ada arahan daripada Kerajaan Negeri ke, Setiausaha Kerajaan Negeri ke, ‘even’ ‘surat kuning’pun saya tak pernah terima, walaupun (semasa) kita siasat (isu pencerobohan tanah) di Cameron Highlands, tak ada,” tegas Dato’ Zainul.

SIASATAN RASUAH TAK KIRA KAUM, LATAR POLITIK

“Sama ada kes itu kita siasat bergantung kepada sama ada ada elemen rasuah atau tidak. Kalau ada, apa sahaja (kaum) sama ada Melayu, India, Cina ke, ataupun politiknya - UMNO, PAS ataupun PKR (serta lain-lain parti politik); ada (sahaja ) elemen rasuah, kita akan siasat,” tegasnya lagi. 

Pada keseluruhan katanya, gejala rasuah di negeri ini – sama ada yang melibatkan sektor awam mahupun swasta, masih pada tahap ‘normal’ berbanding dengan negeri-negeri lain.

Bukan sahaja daripada segi penerimaan maklumat-maklumat malah daripada segi tangkapan menghadapi pendakwaan juga menurutnya, tidak banyak, pada kadar kira-kira 20 orang setiap tahun.  

“Kalau berbanding dengan negeri-negeri lain dengan beratus-ratus tangkapan; paling kurangpun setiap negeri itu, 30 orang setahun. Di sini (Pahang), tak sampai, (hanya) dalam lebih 20 orang tangkapan dan didakwa,” katanya.

Dan, sesudah ditangkap dan didakwa menurutnya, pencapaiannya ialah 100 peratus terbukti bersalah oleh pihak mahkamah, bagi tempoh sepanjang tahun lepas. “Yang tahun ini, belum dapat statistik tapi ‘normally, more than 80 percent,” kata Dato’ Zainul lagi.

ISYTIHAR HARTA SEBELUM DAN SELEPAS PEGANG JAWATAN

Beliau juga ditanya mengenai pengumuman Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada Selasa, 25 Ogos lepas yang menyatakan kesanggupan dirinya serta seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya, mengisytiharkan harta kepada SPRM selain pengisytiharan serupa oleh Menteri Besar kepada Perdana Menteri selama ini.

“Perkara ini merupakan perkara yang baharu sebenarnya dan kita sangat-sangat mengalukan daripada segi ketelusan YAB Dato’ Sri DiRaja dalam hal ini yang bermakna, Pahang adalah negeri pertama berbuat demikian.

“Deraf borang ‘declaration’ tu kita dah edar. Kita tunggu keputusan YAB Menteri Besar sama ada ‘agree’ dengan deraf itu ataupun nak ‘modify’ sebab, ‘declaration’ pihak politik tak sama dengan (cara pengisytiharan) kakitangan Kerajaan.

“Kakitangan Kerajaan ‘detail’nya itu sampai berapa ratus helai. Kita (pengisytiharan ahli politik), cuma dalam tiga setengah helai, nak (tahu) aset alih dengan yang tak alih. Itu sahaja yang kita nak, sebelum (memegang satu-satu jawatan politik/Kerajaan) dan selepas,” kata Dato’ Zainul.

Beliau seterusnya mengakui betapa untuk mengemukakan kembali pengisytiharan tersebut kepada SPRM akan mengambil masa, yang tidak mungkin mencukupi dalam tempoh sebulan sahaja.

‘BEST PRACTISE’ BERMULA DENGAN PAHANG

“Dan satu lagi, untuk mendapatkan pengesahan YAB Menteri Besar. YAB Menteri Besar nak (minta mengesahkan borang pengisytiharan itu) kat siapa? Dekat SS (State Secretary atau Setiausaha Kerajaan Negeri) ataupun dekat YAB Perdana Menteri?

“Kalau (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Ahli) Exco kepada YAB Menteri Besar untuk mengesahkan ‘declaration’ tu. YAB Menteri Besar dekat siapa?” katanya.  

Setelah nanti SPRM Negeri menerima kembali borang pengisytiharan tersebut kata Dato’ Zainul,  ia akan diserahkan pula kepada Ibu pejabat SPRM di Putrajaya yang akhirnya boleh dijadikan contoh untuk peringkat nasional.

“So far, best practice dimulakan di negeri Pahanglah, supaya diikuti oleh negeri-negeri lain,” katanya sambil menafikan kot-kot apa yang dilakukan ini semata-mata ‘window dressing’ demi mengabui mata rakyat.

“Bukan, bukan. Sebenarnya, ‘at least’ kita dapat tahu berapa banyak kita ada macam bank data daripada segi harta mereka kumpul sepanjang mereka berkhidmat; sama ada di luar kemampuan ataupun melebihi pendapatan yang sepatutnya.

“So, ketelusanlah. At least, kalau timbul isu nanti, kita boleh semak baliklah,” katanya lagi.

PENGHARGAAN BUAT KERAJAAN NEGERI, KHUSUSNYA MB

Dato’ Zainul seterusnya menyatakan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, yang telah memberikan sokongan sangat baik – termasuk kewangan, kepada SPRM Negeri, dalam menjayakan program-program anjurannya.

Dalam pada itu katanya, SPRM Negeri telah mengambil tindakan terhadap padangan Menteri Besar agar aktiviti-aktiviti pembasmian rasuah perlu juga dilaksanakan ke peringkat akar-umbi seperti Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ke arah itu katanya, SPRM Negeri akan meminta bantuan Pejabat Daerah dan Tanah-Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan, untuk menjemput Ketua-ketua Kampung, Ahli JKKK serta pemimpin masyarakat di daerah masing-masing, ke majlis taklimat oleh SPRM Negeri yang bakal bermula November ini.

“Terutama sekali ‘key communicator’ seperti Ketua Kampung. Dia orang ni ambil juga, masalahnya... Kita dapat ‘information’ (bahawa), dia ambil bukan kerana dia nak ambil tapi dia tak tahu.

“Apa yang dia buat ini sebenarnya salah , dia tak tahupun salah terutamanya yang macam orang ceroboh tanah ke, ceroboh (kawasan hutan) balak ke, bagi kat dia sikit. ‘Tak dak apalah, ini komisyen’

SALUR MAKLUMAT KEPADA SPRM

“Jadi, kita nak fahamkan kepada mereka supaya dapat elakkan kejadian rasuah dan dalam masa yang sama, kita nak dia melaporkan, kalau ada orang mencuri balak, kalau ada orang menceroboh tanah sebagainya, (beri) ‘information’ itu kepada kita.

“Kita jangan jadikan dia sebagai musuh tetapi sahabat untuk mendapatkan maklumat. Dia juga boleh bantu masyarakat setempat itu bagaimana untuk menyalurkan, apa yang tak puas hati dia salurkan kepada kita,” katanya lagi. – Khabar

Wednesday 16 December 2015

A comprehensive plan in managing bauxite issue to be readied by year-end, assures the Menteri Besar




EDITOR’S NOTE;

The Star – an MCA-owned daily newspaper, today - Wednesday, December 16, carried a front-page story on bauxite under the headline – Red alert.

Written by it’s Kuantan-based reporters; Qishin Tariq and Ong Han Sean, the full story that appeared in the subsequent page, has among others quoting experts as saying that bauxite mining areas in Pahang could cause dangerous mudslides and worsen floods if monsoon rains lash the state as expected.

In response to this, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob who is still abroad, attending his youngest son graduation ceremony; has sms-ed to the local media-people the following brief statement;    


WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – The Pahang State Government welcomes and appreciates media reporting on the bauxite mining activities in Pahang.

The State Government has also received many complaints from many quarters; be they within UMNO and BN, so are from NGOs and some concerned individuals regarding this issue.

The Menteri Besar was not sitting still. He had on numerous occasions engaged in discussions with the stakeholders on this issue.

The Menteri Besar has met, no less than four (4) times with the operators, contractors and transport operators, advising them to take into consideration the hardship the people are experiencing due to their irresponsible mode of  extracting the ore.

Sadly, this advice has fallen on deaf ears.

‘WELFARE OF THE INNOCENT COMMON PEOPLE MUST OUTWEIGH WHATEVER ECONOMIC BENEFITS’

In the meantime, the Federal Government has stepped in to assist the State Government in handling this issue and the State Government highly appreciates this.

InsyaAllah by year-end, the State Government will come up with a comprehensive plan to manage this issue.

To all media – both mainstream and social, political parties, NGOs and concerned individuals; the State Government wishes to record it’s appreciation.

In the final analysis, the social benefit and welfare of the innocent common people must outweigh whatever economic benefits. – Khabar

Friday 11 December 2015

Tutup buku lama, simpan rekod lama


“Dan saya percaya, ucapan penangguhan YAB Dato’ Sri Presiden, akan menjurus ke arah memandang ke hadapan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengukuhkan parti”

… ulas Dato’ Sri DiRaja Adnan tentang kehendak perwakilan mahukan pemimpin UMNO bermaaf-maafan daripada terus bersengketa

WARNA BAJU HIJAU YANG HAMPIR SAMA, RIANG DAN MESRA BERSAMA-SAMA... Inilah wajah-wajah girang dan mesra pemimpin-pemimpin Pahang kita. 

Foto ini dirakam sempena Jamuan Makan Tengah hari pada Jumaat, 11 Disember di Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, PWTC anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diketuai Dato' Sri DiRaja Adnan, dengan jemputan khasnya, Dato' Sri Mohd Najib. 

Yang turut kelihatan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; serta, Bendahari Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak (berbaju warna biru, membelakangkan kamera).       


BILIK BUNGA, LANTAI 3, HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR – “Nampaknya, pihak perwakilan ingin - buku lama ditutup dan rekod lama disimpan. ‘We look forward’.

“Dan saya percaya, ucapan penangguhan YAB Dato’ Sri Presiden, akan menjurus ke arah memandang ke hadapan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengukuhkan parti”.

Inilah kata-kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, ketika ditemui wartawan selepas hadiri majlis menanda tangani perjanjian melibatkan Pasdec Automative Technologies (Pty) Ltd (PAT) dengan Botswana Development Corporation (BDC) pagi Jumaat, 11 Disember di sini.          

Ia sebagai menjawab soalan wartawan Berita Harian yang menanyakan pendapatnya tentang saranan oleh para perwakilan semasa perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO ke-69 yang sedang berlangsung ketika ini.

Saranan tersebut mahukan para pemimpin bermaaf-maafan ekoran persengketaan membabitkan mereka terutamanya kritikan terbuka oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasssin; dan Naib Presiden, Dato’ Sri Shafie Apdal;

PERSIDANGAN MEDIA 'IMPROMPTU'... Sungguhpun beliau perlu segera kembali masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bersebelahan, untuk meneruskan kehadirannya pada sesi perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-69 yang masuk hari kedua, hari ini; 

Oleh kerana tidak mahu menghampakan para wartawan, Dato' Sri DiRaja Adnan tetap melayani wartawan dengan mengadakan persidangan media ringkas dan 'impromptu' di koridor bersebelahan Bilik Bunga ini.   


A DECISION THAT WILL BENEFIT ALL

Disertai bekas Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad; terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak tentang pelbagai isu semasa terutamanya soal 1MDB dan derma peribadi RM2,600 juta.

Dato’ Sri DiRaja Adnan juga ditanyakan oleh wartawan sebuah portal Berbahasa Inggeris yang lentuk ke arah pembangkang, tentang kecaman pembangkang terhadap pengendaliannya dalam isu gejala bauksit khususnya di Kuantan.    

“The Minister and the Menteri Besar will meet once again and then we’ll come out with a formal statement… The decision (to be) made will be benefit to all, especially to the common people.

“That much I can say. You just wait for another one or two weeks,” he said. The Minister that Dato’ Sri DiRaja Adnan referred to is Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar who is the Minister of Natural Resources and Enviroment (NRE).

He then insisted that the next meeting to be held with the Minister and the subsequent decision to be made, was not in response to criticism nor pressure mounted by the opposition party, PKR alone such as suggested by the portal’s reporter.

MEMORANDA RECEIVED EVEN FROM PARTY-MEN

“I received a lot of memoranda – from my own party-men, from NGOs, from JKKKs and also from the opposition (and) we welcome them. But, it doesn’t mean that just because we were pressured by PKR, we then take the action, no…,” he stressed.  

On why the one or two weeks’ timeline, Dato’ Sri DiRaja Adnan said that, it was because he and Dato’ Sri Wan Junaidi will both not be in the country – the latter is now in Paris while he himself will be leaving for England, tomorrow.

“… all are busy men (in the next one or two weeks). So, just wait for us to come back then we’ll (have the meeting, and) come out with an announcement (to further check the negative effects of the bauxite industry),” he assured. – Khabar