Sunday 27 April 2014

Semak semula bentuk aktiviti dalam ko-kurikular sekolah




… saran Menteri Besar ekoran kejadian pelajar/kadet polis sekolah maut akibat kepanasan melampau semasa latihan

MENTERI BESAR, ISTERI SERTA IBUBAPA ALLAHYARHAM MOHD AMMAR... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan meluahkan rasa simpatinya kepada ayah Allahyarham, Encik Abdulloh manakala yang sama dilakukan oleh isteri, Datin Sri DiRaja Junaini kepada ibu Allahyarham, Sharifah Jamilah. 
 

KAMPUNG PERAMU, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyarankan Kementerian Pelajaran supaya menyemak kembali kandungan ko-kurikular di sekolah-sekolah bagi mengelakkan kejadian buruk ke atas para pelajar yang terlibat.

Beliau yang ditemui wartawan petang Ahad, 27 April di sini, selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ammar Abdulloh, 17, – pelajar dan juga kadet polis yang meninggal dunia malam Rabu, 23 April lepas setelah pengsan semasa menjalani latihan di Kampung Pandan, dekat sini berkata;

Beliau ada membuat saranan yang sama kepada para pegawai kementerian berkenaan, semasa menyertai taklimat banjir berkaitan kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tahun lepas.

“Ini semua yang kita kena kaji baliklah. Lasak-lasaklah tapi sayapun tengok, para saintis yang mereka I-Pad, I-Phone sebagainya, (mereka) tidak lasak. Yang penting, mereka adalah orang bijak, kreatif dan iniovatif.

“Saya tak nampak yang latihan lasak ini boleh mendatangkan banyak faedahlah (terutamanya) apabila berlaku kematian sebagainya. Walaupun peratusannya kecil tapi ianya berlaku.

ZIARAHAN MENTERI BESAR DISAMBUT MESRA... 


‘KALAU KENA KEPADA KELUARGA KITA?’

“(Hari) ini berlaku kepada keluarga orang lain. Kalau kena kepada keluarga kita? Na‘uzubuilahlah. Jadi ini semua kena kaji balik,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ammar khususnya kedua-dua ibubapanya, Encik Abdulloh Salleh, 49, dan isteri, Sharifah Jamilah Syed Alwi, 43.

Menurutnya, dalam keadaan cuaca panas berterusan yang dialami daerah dan negeri ini ketika ini, menjadi sebab yang lebih kepada kepimpinan sekolah supaya mengurang atau meniadakan aktiviti luar bilik darjah supaya pelajar tidak terdedah dengan cuaca tersebut.

“Keadaan panas ini memang menjadi masalah kepada kita semua. Ini juga perlu diambil kira oleh pihak sekolah untuk mengurangkan, atau kalau boleh, tidak mengadakan aktiviti yang boleh mendedahkan para pelajar kepada keadaan yang sangat panas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kepimpinan sekolah sentiasa berusaha untuk mengimbangi dalam menjagai kepentingan tiga pihak iaitu kepentingan ibubapa, kepentingan pelajaran pelajar, dan juga kepentingan jabatan mereka.

“Tapi, apapun… kita (kepimpinan dan pengurusan sekolah) kena fikirkan yang terbaik untuk pelajar-pelajar,” tegasnya.

LAPORAN BERITA MENGENAI ALLAHYARHAM MOHD AMMAR... Seperti dilaporkan pada muka surat 13 akhbar Barita Harian keluaran Jumaat, 25 April.
 

ZIARAH ATAS RASA SIMPATI

Mengenai ziarahannya ke rumah keluarga Allahyarham Mohd Ammar petang Ahad ini katanya, ia berasaskan kepada rasa simpatinya terhadap ibubapa dan keluarga yang kehilangan anak mereka.

“Saya dapat merasakan dan saya datang bersama isteri saya untuk menyatakan simpati saya dan saya juga telah menyatakan kepada kedua-dua ibubapa dan kedua-dua bapa saudara Allahyarham bahawa, ini semua kejadian yang tidak dijangka, tidak disangka. Dan ini semua takdir Allah belaka.

“Saya telah melihat sijil kematian Allahyarham tadi dan saya dapati Allahyarham meninggal dunia disebabkan oleh ‘heat stroke’ dan ‘mutliple organ failure’.

“Kitapun tidak tahu secara terperinci kenapakah berlaku ‘multiple organ failure’ itu iaitu, bagaiamana paru-paru, hati, buah pinggang Allahyarham tidak berfungsi. Apa sebabnya ini kita tidak ketahui.

“Walau apapun, saya berasa sangat simpati dan telahpun memberitahu keluarga Allahyarham, ini semua takdir Allah. Yang penting ialah untuk kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham di alam barzakh. Mudah-mudahan dimasukkan bersama-sama dengan para syuhadah, ahli-ahli syurga,” katanya lagi.

TURUT ZIARAHI DATUK KEPADA ALLAHYARHAM MOHD AMMAR... Sementelah diberitahu yang datuk dan nenek kepada Allahyarham Mohd Akmar, masih hidup dan tinggal bersebelahan rumah, Dato' Sri DiRaja Adnan dan isteri, turut menziarahi mereka. 

Datuk, Syed Alwi Syed Taib, 84, - ayah kepada Sharifah Jamilah atau ayah mertua kepada Encik Abdulloh bagaimanapun tidak sihat dan terlantar baring sejak lebih sebulan akibat masalah prostat. Lalu, Dato' Sri DiRaja Adnan telah menawarkan kepada keluarga ini agar Syed Alwi mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Subang Jaya, Selangor.    


ALLAHYARHAM JUGA PANDAI LUKIS DAN LAKAR KARIKATUR

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut menyatakan rasa tertariknya dengan hakikat betapa Allahyarham ialah seorang yang mempunyai bakat melukis termasuk dalam lakaran karikatur.

Dan daripada lukisan-lukisan dan lakaran ini termasuk satu, Allahyarham telah melukis wajah ibunya, Sharifah Jamilah kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, jelas betapa Allahyarham  Mohd Ammar seorang budak yang baik serta suka mendekati ugama.

“Sebagai contoh, dengan melukis kalimah Allah, kemudian itu Nabi Muhammad. Melukis potret mak dia… dan sayapun berasa sangat sedihlah. Walau apapun, ini telahpun berlaku dan saya percaya setiap yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanya lagi.

Kehadiran Dato’ Sri DiRaja Adnan yang diiringi isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim ke sini, ialah selepas menziarahi jenazah Allahyarham Wan Hamidi Wan Razak, 40, yang meninggal dunia awal pagi Ahad ini di kediaman ibunya di Rancangan Tanah Felda Jengka 12, Maran.

Allahyarham Wan Hamidi ialah adik kepada wakil rakyat negeri, Wan Amizan Wan Razak (BN – Tahan). – Khabar  

Friday 25 April 2014

Pahang raih nilai pelaburan terbesar antara negeri-negeri dalam ECER



… sejak 2007 hingga kini, Pahang perolehi RM30,460 juta nilai pelaburan atau kira-kira 48 peratus daripada keseluruhan RM63,580 juta nilai pelaburan ke negeri-negeri di bawah ECER yang turut merangkumi Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor  

ALL FOR A PHOTO SHOOT... Semuanya bersedia untuk sesi berfoto kumpulan bersama-sama. Dari kiri ke kanan ialah, Dato' Jebasingam; Tan Sri Ali; Dato' Sri Abdul Wahid; Tan Sri Muhyiddin; Dato' Sri Mohd Najib; Dato' Sri DiRaja Adnan; Dato' Sri Ahmad; Dato' Ahmad; dan, Dato' Mohamad Khaled. 
 

JABATAN PERDANA MENTERI, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA – Pahang mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih nilai pelaburan terbesar sebanyak RM30,460 juta atau kira-kira 48 peratus daripada keseluruhan RM63,580 juta nilai pelaburan yang memasuki negeri-negeri di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sehingga kini.

Angka ini ialah bagi tempoh kira-kira tujuh (7) tahun sejak penubuhan ECER pada tahun 2007, hinggalah ke akhir suku pertama tahun ini pada Mac lepas (2014).

Di belakang Pahang ialah Terengganu, dengan nilai kemasukan pelaburan sebanyak RM22,777 juta atau kira-kira 36 peratus; disusuli Kelantan, cuma RM9,740 juta atau kira-kira 15 peratus; dan, daerah Mersing, Johor, hanya RM610 juta atau kira-kira satu (1) peratus.

Angka-angka ini ada dinyatakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak Najib pada Majlis Penyerahan Rancangan Alam Sekitar Utama di negeri-negeri dalam ECER pagi Jumaat, 25 April di sini.

Majlis ini menyusul selepas Dato’ Sri Mohd Najib mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan ECER (ECERDC). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir, begitu juga dengan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob;

PELABURAN RM24,450 JUTA BAGI SUKU PERTAMA TAHUN INI SAHAJA

serta juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Ahmad Said; Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob; Menteri Besar Johor, Dato’ Sri Mohamad Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar; serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.

Perdana Menteri turut mengumumkan kejayaan ECER menarik pelaburan kira-kira RM24,450 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini sahaja lalu menyumbang kepada nilai pelaburan keseluruhan RM63,580 juta bagi tempoh tujuh (7) tahun ini.

Kejayaan ini menurutnya, adalah melepasi lebih daripada 57 peratus daripada sasaran pelaburan ke negeri-negeri di bawah ECER ini yang sebanyak RM110,000 juta menjelang tahun 2020.

“Pelaburan ini akan mewujudkan lebih daripada 65,000 peluang pekerjaan untuk rakyat, yang terdiri daripada 6,601 profesional, 19,800 pekerja mahir dan 39,599 pekerja separa mahir di ECER,” kata Dato’ Sri Mohd Najib sepertimana laporan berita oleh BERNAMA.

Dalam kenyataan media ECERDC yang diedarkan kepada wartawan pada majlis yang sama, ada menyebut tentang syarikat asing – Beijing Goldenway Biologi Tech Co Ltd (BGB), merancang untuk mendirikan kilangnya bernilai RM600 juta di negeri Pahang.

CADANGAN KILANG RM600 JUTA DI SUNGAI LEMBING

BGB – pengeluar asid biohumik terbesar dunia, bercadang untuk menghasil dan mengeluarkan asid humik, sejenis bioperangsang untuk pemulihan tanah di kilang tersebut.

Sungai Lembing dekat Kuantan, telah dikenal pasti sebagai tapak berpotensi untuk pembinaan kilang itu dan menurut kenyataan media tersebut lagi, pertukaran dokumen mengenai kerjasama untuk projek ini antara BGB dengan ECERDC dan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd, telahpun dilaksanakan. – Khabar

Thursday 24 April 2014

Ya Hana Na, Ya Hana Na...

… ribuan umat banjiri Padang MPK 1, menyaksi dan menyertai Malam Cinta Rasul.

KETIBAAN MENTERI BESAR DISAMBUT OLEH HABIB SYECH ASSEGAF...


PADANG MPK 1, KUANTAN – Ribuan umat Islam di sekitar bandar ini, telah hadir bagi menyaksi dan menyertai Malam Cinta Rasul – majlis dipenuhi dengan persembahan qasidah dan selawat oleh tokoh terkenal dari Indonesia, Habib Syech Assegaf, pada malam Khamis, 24 April di sini.

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob turut hadir. Begitu juga Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohd; Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dato’ Abdul Rahman Osman; serta, anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat-wakil rakyat termasuk dari pembangkang.

Persembahan yang bermula kira-kira 9.45 malam itu dan disiarkan ‘live’ menerusi stesen televisyen milik Kerajaan – TV Al-Hijrah, berlangsung kira-kira dua (2) jam, ditutupkan dengan nanyian lagu patriotik ‘Negaraku’ secara tanpa muzik, yang turut disertai ribuan hadirin sekelian.

PESANAN RINGKASNYA...

MENTERI BESAR SERTA RIBUAN UMAT YANG BERSAMA-SAMA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Ishak (di sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); antara yang turut kelihatan ialah Dato' Abdul Rahman (menunduk);

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Mohamad Ridzwan Mohd Tahar (berbaju Melayu biru); serta, wakil rakyat-wakil rakyat - Dato' Mohd Suhaimi Mohd Shah (BN - Sungai Lembing) (tiga dari kanan), dan, Syed Hamid Syed Mohamed (PAS - Kuala Semantan) (kanan sekali). 

DALAM PERSEMBAHAN QASIDAHNYA... Yang turut kelihatan menyertai Habib Syech ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad (kanan sekali). – Khabar  

Wednesday 23 April 2014

'A totally apolitical visit to Lynas'


… says Pahang Menteri Besar who leads the Pahang State Assemblypersons from both political divide – Barisan Nasional (BN) or its opposition; visiting Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng

MENINJAU HINGGA KE BILIK KAWALAN... 


LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP), GEBENG INDUSTRIAL AREA, KUANTAN – “This visit is totally apolitical. It is organized with the pure intention to let all the YBs know the intricacies, the workings of Lynas using the rare earth as its main materials.    

“It is not so much of about trying to prove or disprove anybody or any parties. We simply want to know that Lynas is safe. It is not as dangerous as it made out to be”.

These were the words uttered by Pahang Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob at a media conference, after leading the Pahang State Assemblypersons from both the political divide, visiting this RM3 billion project – Lynas Advanced Material Plant (LAMP) here, Wednesday afternoon, April 23.

“Kita bukanlah hendak mencari salah siapa. Oh… ADUN pembangkang datang. Oh… ADUN Barisan (Nasional) datang… Itu tak penting,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai menjawab soalan wartawan Astro Awani.

“Yang penting,” katanya yang memandu sendiri bas membawa delegasi wakil rakyat-wakil rakyat tersebut dari Wisma Sri Pahang ke sini, “… ahli-ahli Barisan Nasional dengan pembangkang, boleh bersekali naik bas yang saya pandu sendiri, datang, untuk melihat perjalanan kilang”.

WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG TURUT SERTA... 


TAKLIMAT OLEH SAINTIS NUKLEAR

Pada taklimat yang turut diberikan khususnya oleh Prof  Ismail Bahari – Ketua Keselamatan Radiologi bagi kilang milik Lynas Malaysia Sdn Bhd itu katanya, banyak soalan dikemukakan serta mendapat jawapan yang sewajarnya.

Ini termasuklah tentang kemalangan baru-baru ini di jalan lama Temerloh-Karak, membabitkan pengangkutan bahan ‘end product’ LAMP untuk pengeksportan menerusi Pelabuhan Kelang.    

Urusan pengangkutan bahan berkenaan selepas ‘ex-factory’ (keluar dari LAMP)  katanya, sepatutnya menjadi tanggungjawab pembeli bahan itu yang mungkin pula menggunakan laluan berkenaan bagi mengelak pembayaran tol jika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“… berlaku kemalangan tapi bahan itu (‘end product’ tersebut) bukannya merbahaya, tidak...

“Tapi Lynas sebagai pihak yang bertanggung jawab, ia tahu (bahawa) bahan itu berpunca dari kilangnya, walaupunpun bukan ia yang bawa (atau, melakukan kerja pengangkutan tersebut); ia (tetap) pergi bantu,” katanya.

IANYA PASIR, IANYA TANAH LIAT? IANYA, TANAH JARANG... Anggota delegasi wakil rakyat kita turut dibawa melihat sendiri apa yang dikatakan tanah jarang, yang tempat asalnya di Mount Weld, Perth, Australia; dan dibawa ke sini untuk menjalani pemporsesan dengan kos yang lebih ekonomikal. 


ADA KEGUNAAN UNTUK SISA BUANGAN TANAH JARANG

Mengulas lanjut mengenai taklimat oleh Prof Ismail, yang juga bekas saintis nuclear dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) katanya, mereka turut diterangkan bagaimana bahan mentah tanah jarang itu dibawa ke Pahang, kemudian melalui proses ‘cracking and leaching’, disusuli proses ‘separation’ sehinggalah memperolehi ‘end product’ berkenaan.

Mereka turut ditaklimatkan tentang kegunaan yang ditemui pada sisa buangan tanah jarang tersebut, termasuklah yang dapat digunakan semula dalam pembuatan jalanraya, baja, simen, batu-bata serta ‘gypsum board’.

Apa yang ditunggukan sekarang katanya, ialah pengiktirafan atau ‘accreditation’ daripada  pihak-pihak berwajib tentang keboleh-gunaan oleh masyarakat terhadap produk daripada ssia buangan tersebut.

“Yang jelasnya, mereka telah menjumpai – dengan kerjasama universiti-universiti di Malaysia termasuklah Universiti Malaysia Pahang, bahawa bahan sisa buangan ‘rare earth’ di kilang Lynas ini, boleh digunakan untuk perkara-perkara lain,” katanya lagi.

Dato’ Sri DiRaja Adnan seterusnya akur betapa lawatan hari ini adalah sangat berfaedah, yang boleh dimanfaati oleh wakil rakyat-wakil rakyat, termasuklah para ahli Exco Kerajaan Negeri serta beliau sendiri.  

SAMBUTAN MESRA BUAT KETUA EKSEKUTIF NEGERI KITA... Yang turut kelihatan menyusul di belakang Menteri Besar ialah Dato' Ishak.


HELP LESSENING CONTROVERSY

“So, we know more about rare earth, know more about its uses, how the rare earth is being processed and its end products. Whatever controversies that have being highlighted especially by the press, by the media even the social media;

“We find that this is contrary to the general believe that this product of Lynas is hazardous to health; we find that it is not. I hope, with the visit today, we can in a way, lessen the controversy surrounding Lynas,” katanya.

“Dan kita berharap, tahap keselamatan, tahap operasi kilang ini dipertahankan. Because I can see that the plant here is of very high quality and they adhere to a very strict standard of safety,” katanya lagi.

Selain Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohd; serta, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri; sebilangan besar wakil rakyat BN juga pembangkang, turut membentuk delegasi lawatan ke kilang ini. 

'STILL IN TOTAL COMMAND'... Dato' Sri DiRaja Adnan masih sanggup melapangkan masa menemui media selepas kira-kira tiga (3) jam hadir sehingga menghampiri Maghrib, pada lawatan ke LAMP ini. 

Mengapitnya, di sebelah kiri dan kanan ialah Pengerusi, Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato' Shahaniza Shamsuddin - yang juga 'initiator' kepada lawatan ini; dan, Prof Ismail. – Khabar         

Tuesday 22 April 2014

Bacalah buku, dan cubalah secara 'speed-reading'



… saran Menteri Besar semasa melancarkan kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit anjuran Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM)

SATU DARIPADA POSTER MENARIK, BAGI KEMPEN INI... 
 

DEWAN UNDANGAN NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Bacalah buku dan cubalah secara ‘speed-reading’ (baca dengan pantas) – saran Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Saranan ini terkandung dalam ucapan kira-kira 17-minit, semasa melancarkan kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 minit anjuran Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM) pada pagi Selasa, 22 April di Dewan yang mulia ini.

“Saya berharap kita, janganlah setakat 10 minit sahaja membaca. Kalau satu masa dahulu, penduduk Malaysia membaca sehelai muka surat sahaja setahun, sekarang ini telah sampai ke tahap dua (2) buah buku setahun.

“Kalau boleh, kita jadikan membaca ini rutin seharian. Walaupun 10 minit, 15 minit; satu (1) muka, dua (2) muka. Kalau boleh kita belajar ‘speed-reading’ dan kita boleh baca buku tiga (3) (buah) serentak, sehari,” katanya.

Dan saranan ini bukanlah tidak bersandaran kerana rupa-rupanya, beliau sendiri kini – sepertimana diakuinya juga, sedang membaca tiga (3) buku serentak, yang masing-masing berjudul;

MENTERI BESAR SERTA SIDANG EXCONYA, MEMBACA...  


SEDANG BACA BUKU TENTANG DR M, ‘JEJAK SEORANG PEMIMPIN’

‘The Prime Ministers of Australia’ – kisah tentang Perdana Menteri-Perdana Menteri Australia sejak tahun 1901 hingga kini, yang ketuai oleh Perdana Menteri Tony Abbott, yang baru-baru ini telah menerima mesra kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak ke Perth, bagi meninjau kerja-kerja pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Lautan Hindi di sana;

‘Jejak Seorang Pemimpin’ – hasil temubual tiga (3) pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan, ‘One Man’s View’ – buku mengenai Menteri Mentor Kanan Singapura, Lee Kuan Yew.

“Marilah kita jadikan membaca sebagai kewajipan harian dan budaya hidup kita. Saya tidak perlu memberikan kenyataan panjang lebar tentang pentingnya membaca tetapi setidak-tidaknya, membaca memberikan kita pengetahuan mengenai sesuatu tajuk, sesuatu bidang.

“Membaca juga memberikan kita kesempatan untuk menguasai bahasa yang digunakan dalam tulisan tersebut. Selain daripada itu, membaca sikit-sebanyak boleh mengajar kita untuk mendisiplinkan diri,” katanya lagi.

Dalam tempoh 17-minit ini juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah membaca kembali petikan dalam buku yang pernah dibacanya, pertama kali kira-kira 12 tahun lepas  – ‘The 100; A ranking of the most influential persons in history’.

BUKU YANG MENTERI BESAR BACA, SEJAK 12 TAHUN LEPAS LAGI... 
 

NABI MUHAMMAD, ‘THE MOST INFLUENTIAL PERSON IN HISTORY’

Buku tersebut Encik Michael H.Hart yang menurutnya ialah seorang penulis Amerika Syarikat, yang memperolehi ijazah pertama dari Cornell University, mendapat LLB dari New York Law of School, menerima Masters Science in Physics dari Adelphi University, serta, PhD in Astronomy dari Princeton University.

Encik Michael menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, telah menyenaraikan 100 orang yang mempunyai pengaruh terhadap dunia sehingga kini, dalam bukunya yang turut mengalami proses semakan semula bagi memadatkannya lagi.

“Dan yang menariknya antara 100 ini – tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh dalam sejarah, beliau telah menyenaraikan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang pertama, Isaac Newton yang kedua, Jesus Christ yang ketiga. Yang menarik pula, Virgin Mary iaitu Siti Mariam, ibu kepada Jesus Christ, tidak pula disenaraikan.

“Jadi, saya akan baca ini tanpa ‘prejudice’, bukan ingat untuk berkempen atau untuk berdakwah terutama ahli-ahli dari pembangkang. Saya pilih kerana buku ini memang ditulis orang yang berkecuali dan ianya boleh memberi sikit-sebanyak pengetahuan kepada kita,” katanya.

Lalu, dengan memohon kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri ini agar beliau dapat membaca petikan daripada buku berkenaan secara duduk, Dato’ Sri DiRaja Adnanpun membacakan, antaranya, dengan memetik Encik Michael sebagai berkata;

'CONTAGION EFFECT'... Kalau dah Menteri Besar sendiri merupakan seorang gemar membaca, apatah lagi ketua-ketua jabatan Kerajaan kita, ya tak?.
 

HIS SUPREMACY IN BOTH RELIGION AND SECULAR

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others. But, he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

“Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religion and became an immensely effective political leader. Today, 13 centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”.

Dalam pada itupun, Dato’ Sri DiRaja Adnan masih dapat mengesani kesilapan fakta pada tulisan dalam buku tersebut, apabila ada ungkapan yang menyebut kononnya; “Most Arabs at that time were Pagans and believe in many gods.

“There were however in Mecca, a small number of Jews and Christians. It was from them most probably that Muhammad first learn of a single omnipotent god who rule the entire universe”.

Petikan mengenai kejayaan Nabi Muhammad dalam mengembangkan Islam ketika itu, turut dibacanya dan betapa Baginda turut terbabit dalam beberapa siri peperangan hingga akhirnya dapat kembali ke Mekah yang ditinggalkan sebelum berhijrah ke Madinah.  

“… THE MOST INFLUENTIAL SINGLE FIGURE IN HUMAN HISTORY”

“In Mecca, he had had few followers. In Medina, he had many more and he soon acquired an influence that made him virtually an absolute ruler. During the next few years, while Muhammad followings grew rapidly, a series of battles were fought between Medina and Mecca. This war ended in 630 with Muhammad triumpant return to Mecca as conqueror.

“The remaining two and a half years of his life witnessed the rapid conversions of Arab tribes to the new reliogion. When Muhammad died in 632, he was the effective ruler of all of Saudi Arabia,” katanya mengungkap tulisan dalam buku yang sama.

Dan beliau mengakiri dengan bacaan petikan; “We see then that the Arab conquest in the seven (7) century has continued to play an important role in human history, down to the present day.

“It is this unparallel combination of secular and religous influence which I feel, entitled Muhammad to be considered as the most influential single figure in human history”. – Khabar