Monday 11 January 2016

Beri peluang Kerajaan menyusun semula industri bauksit.



“… beri kita peluang, tak kiralah – tiga (3) bulan ke, enam (6) bulan ke, kekal ke; beri kita peluang dulu untuk menyusunkan,” saran Menteri Besar kepada para pencemuh dan pihak media.

FITNAH... Inilah contoh fitnah yang berlegar dalam media sosial yang tentunya mereka yang berfikiran waras, dapat menghidunya sebagai bukan sahaja fitnah tetapi fitnah 'at the most lowest ebb!'.


BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 3, PUSAT TRANFORMASI BANDAR (UTC), KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob meminta rakyat khususnya para pencemuh dan pihak media, agar memberi peluang kepada Kerajaan untuk menyusun semula industri bauksit di negeri ini.

Beliau yang jelas tidak berpuas hati dengan berterusannya laporan berita yang negatif mengenai industri tersebut oleh media termasuk aliran perdana yang dikuasai oleh parti pemerintah sendiri, berkata;

“… beri kita peluang, tak kiralah – tiga (3) bulan ke, enam (6) bulan ke, kekal ke; beri kita peluang dulu untuk menyusunkan”.

Bulan-bulan yang disebutnya itu merujuk kepada tempoh penangguhan/moratorium selama tiga (3) bulan bagi aktiviti bauksit berkuatkuasa 15 Januari ini, sepertimana pengumuman bersama beliau dengan Menteri Sumber Asli, Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada petang Rabu, 6 Januari lepas.

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media selepas mempengerusikan sesi taklimat mengenai program Tahun Melawat Pahang 2017 pada tengah hari Isnin, 11 Januari, di sini.

JANGAN KACAU URUSAN SPRM

Beliau seterusnya mengingatkan betapa urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak-pihak berkenaan dalam industry sama yang disyaki terbabit rasuah, tidak diganggu.

“… kita jangan kacau urusan SPRM. Kalau kita baca ‘interview’ hari ini, apa yang disebut oleh Dato’ Azam Baki itu benar dan dia telah berikan ‘fair comment’,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan merujuk kepada temubual khas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM itu dengan akhbar NST keluaran Isnin ini.

“Tapi, ada ‘very veiled interpretation’, ada ‘very veiled suggestion’, macam MB dan ahli-ahli Exco ini rasuahlah… Walaupun tak sebut, tapi ikan bilis, ikan bilis, ikan bilis...

“Jadi saya berharap, pertama sekali, jangan diperkecilkan kebijaksanaan SPRM. Biar SPRM jalankan tugas,” tegasnya.      

Beliau seterusnya mengulangi betapa Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk ‘play the blame game’ dengan menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu dalam menghadapi kemelut isu bauksit ini.

“Tapi, bila saya senyap, nampak keadaan semakin berleluasalah ‘unfair reporting’,” katanya.

FAKTOR PENGUATKUASAAN

Menurutnya, kekangan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala bauksit selama ini ialah atas faktor penguatkuasaan. “Itu sebab kita setuju dengan tindakan Kerajaan Persekutuan membantu kita sebab Port (Kuantan), JMG, JPJ, SPAD, Polis, Kastam – semua di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak boleh menyelia kegiatan jabatan-jabatan di negeri Pahang. Sebab, masalah bauksit ini ialah masalah penguatkuasaan, bukan sahaja oleh PTG - PTG ada 18 orang sahaja.

“Tapi juga, mesti dibantu oleh Kerajaan Persekutuan. Itu sebab bila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk menolong kita, kita bersetuju dengan moratorium ini,” katanya lagi. – Khabar

Wednesday 6 January 2016

Tempoh tangguh/moratorium 3 bulan berkuatkuasa 15 Januari!



… keputusan Kerajaan demi tangani gejala bauksit.

“My advice is, the public should remain calm. We are doing everything possible to assist them. We are not in denial syndrome, we are not playing the blame game.

“But we are doing our fullest to make sure that the welfare of the people at all times, must supercede any other benefits including monetary benefits,” assures the Menteri Besar.

SEDANG MENUJU MASUK BERSAMA KE BILIK SAFIR 1... 
 

HOTEL ISTANA, JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan tempoh penangguhan atau moratorium selama tiga (3) bulan berkuatkuasa pertengahan bulan ini, terhadap aktiviti bauksit khususnya aspek perlombongan dan pengangkutannya.

Yang dalam tempoh itulah – terutamanya bulan pertama, ‘stockpile’ dalam kawasan Pelabuhan Kuantan perlu diambil tindakan pembersihan dengan tidak mencemarkan alam sekitar, seterusnya dieksport atau dipindahkan ke ‘central stockpiling area’ yang akan ditentukan.

11 lagi kawasan ‘stockpile’ di luar kawasan Pelabuhan Kuantan akan dibersih kemudian diambil tindakan sama ada untuk pengeksportan atau dipindahkan ke ‘central stockpiling  area’ yang berkenaan.  

Dan ‘central stockpiling area’ yang akan diwujudkan itu akan mempunya system perparitan (drainage), penapisan (filteration) serta pembersihan yang lebih sempurna dan berkesan; dan pula, cuma bauksit daripada perlombongan yang sah sahaja dibenar memasukinya.

“… kabinet telah membuat keputusan pada 27 November, untuk melaksanakan moratorium. Moratorium ini dilaksanakan setelah mengambil kira semua perkara;

PADA PERSIDANGAN MEDIA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Junaidi, yang turut serta pada persidangan media ini ialah Dato' Sri Azizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail (duduk, kiri sekali).
 

TANGGUNGJAWAB BERSAMA – KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

“Bahawa, orang yang terjejas dalam industri ini, kalau moratorium dilaksanakan; dan juga mengambil kira orang yang tidak ada kena-mengena (tetapi) terjejas oleh habuk dan debu berlaku di kawasan-kawasan tersebut.

“Jadi , selepas keputusan itu dibuat, saya berbincang dengan MB Pahang. Ini juga perlu difahami secara khusus. Kita kena bertanggungjawab bersama dalam perkara ini iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, Kementerian saya dengan MB.

“Sebabnya, saya, daripada sudut ‘environment’ sahaja. Yang kedua, daripada sudut AP, Approved Permit. Ada juga yang mengatakan, berhentikan Approved Permit,  ‘everything will stop’.

“Ya betul, kalau Approved Permit dihentikan, mungkin lambakan beribu tan yang telah ada dalam ‘stockpile’ di seluruh kawasan Kuantan dan satu di kawasan Port (Kuantan), ini tidak akan keluar.

“Ia juga akan mengalir ke laut apabila hujan turun, apabila air bah atau banjir. Jadi dalam keadaan demikian, kita berbincang dengan pihak Kementerian, berbincang dengan pihak MB, apa tindakan yang perlu kita buat, macam mana sistem yang kita akan laksanakan.

SERAHKAN KEPADA INDUSTRI

“Supaya kita kena ‘clear’ semua ‘stockpile’ ini. Untuk kita laksanakan ‘clearing of stockpile’ dengan tidak ada ‘mitigation factors’ yang kita ‘implement’, ia akan membanjiri laut juga, akan membanjiri sungai juga.

“Jadi dalam keadaan sedemikian, kita kena banyak berbincanglah. Maka, kita telah merancangkan satu tindakan iaitu; tiga (3) bulan yang diputuskan oleh kabinet untuk merancangkan perkara ini.

“Pagi tadi, kabinet juga bermesyuarat sekali lagi memutuskan, ‘now we’ serahkan kepada industri. Kalau industri itu mahu mengawal soal alam sekitar, boleh berlaku dalam tiga (3) bulan (tempoh penangguhan/moratorium).

“Kalau dia (industri) tak dapat melaksanakan apa yang kita mahu, Kementerian mahu, Kerajaan Negeri mahu; ‘then’ kita kena panjangkan sedikit ‘period’ (penangguhan/moratorium) itu.

“Maknanya, kabinet akan melulus untuk menambah (lagi tempoh) moratorium ini,” demikian kata Menteri Sumber Asli Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada persidangan media bersama Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada petang Rabu, 6 Januari di sini.

AP BAHARU TELAH DIHENTIKAN SEJAK MINGGU LEPAS

Dato’ Sri Wan Junaidi juga menyebut tentang betapa sejak minggu lepas, Kementeriannya telah tidak lagi meluluskan permohonan baharu untuk AP bagi pengsekportan bahan  mineral bauksit itu.   

“Jadi sekarang, saya dah batalkan sejak minggu lepas, tiada pengeluaran AP lagi. Itu peringkat pertama yang kita buat yang selaras juga dengan keputusan dalam moratorium itu,” tegasnya.

Selepas tempoh penangguhan/moratorium tiga (3) bulan katanya, pengeluaran AP akan dihadkan yang jumlahnya akan bergantung kepada keperluan dengan berdasarkan keupayaan (capacity) Pelabuhan Kuantan untuk mengendalikan pengskportannya.

“Dan kita tahu ‘capacity’ Port (Kuantan, yang boleh mengendalikan setakat 26 juta tan metrik setahun). Kalau ‘capacity’ banyak ini, banyak itulah AP dikeluarkan. Dengan sendirinya ‘stockpile’ akan hapus, dan lori (pengangkut bauksit)pun akan berkurangan,” tegasnya.

Esok pula menurutnya , Ketua Setiausaha Kementeriannya, Dato’ Sri Azizan Ahmad, akan mempengerusikan mesyuarat dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperekemaskan lagi kerja-kerja penguatkuasaan berkaitan pengangkutan bauksit.

TAK BOLEH LEPAS TANGAN

“… semua (agensi penguatkuasaan) ini tidak akan melepas tangan, semuanya bertanggungjawab, kerana, bidangkuasa saya dan Menteri Besar terbatas. Kuasa di tangan polis, di tangan JPJ, di tangan SPAD,” tegasnya.

“… the bottomline is; the rakyat interest must come first,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang diminta ulasannya mengenai langkah-langkah tegas yang Kerajaan umumkan petang ini.

Beliau seterusnya mengesahkan, terdapat 22 pengeluar bauksit yang sah (legal operators) di negeri ini setakat ini manakala yang haram, tidak dapat ditentukan jumlahnya.

Apabila diminta wartawan untuk menasihati penduduk Kuantan mengenai gejala bauksit dan tindakan-tindakan menanganinya, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan;

“My advice is, the public should remain calm. We are doing everything possible to assist them. We are not in denial syndrome, we are not playing the blame game.

BLESSING IN DISGUISE TO INDUSTRY PLAYERS

“But we are doing our fullest to make sure that the welfare of the people at all times, must supercede any other benefits including monetary benefits.

“So, I wish to thank them for being so kind, for being open, and also to the comments made through social media, mainstream media. Now all these, will be given consideration in the sense that, I will bring all these matters up in the discussion with the relevant heads (of departments and authorities).

“We are coming up with a grand plan, an action plan as to how to handle this problem and hopefully, within the moratorium period, after that, we will come up with a very comprehensive plan which can solve this problem permanently to the satisfaction of all people, all quarters. So thank you so much to the rakyat, netizens, for their concern,” he stressed.

Will the imposed of moratorium gives any negative impact to the export of bauxite? asked one of the journalist to which the Menteri Besar answered;

“When the supply is low (due to moratorium) , what will happen? The price will go up… it is a blessing in disguise for the players. If I were to be them, I will enjoy this moratorium period very much. Because that will later on, push up the price”. – Khabar


Monday 4 January 2016

Al-Fatihah


Emak,
Jeaah binti Amnah
1929 – 2016

PERGINYA, SEORANG IBU YANG PENYAYANG... 
 

Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Pulanglah ke rahmatullah, ibu tercinta, Jeaah Abdullah, 86, pada awal pagi Ahad, 3 Januari di rumah anak sulungnya di Kampung Tersusun, Batu 8, Hulu Kinta.

Allahyarham - yang kami sekeluarga lapan (8) beradik memanggilnya Emak, atau Nenek bagi anak-anak kami atau cucu-cucunya; meninggal dunia akibat sakit tua pada kira-kira 2.40 pagi.

Jenazah Allahyarham Emak dibawa ke Masjid An-Nur berdekatan pada kira-kira 9 pagi, untuk dimandi-kafankan, kemudian disembahyangkan yang diimamkan oleh anak sulungnya itu sendiri, Jamaluddin Mohamad Ali.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan untuk pengebumian. Bacaan talqin disempurnakan oleh Imam Masjid An-Nur, Encik Mohd Suhaimi @ Najib Buyung Shafie, yang juga anak saudara kepada Emak atau sepupu kami.

Sebelum itu, Emak yang tinggal bersama-sama anak perempuan kedua, Myshithah Mohamad Ali di Kampung Sura Tengah, Dungun; telah dikejarkan ke Hospital Pakar Kuantan (KSH) di Alor Akar dekat sini pada petang Selasa, 22 Disember kerana mengadu sesak nafas.  
 
                            
PENULIS SEKELUARGA, BERSAMA-SAMA EMAK... Foto ini dirakam pada Hari Raya di rumah yang sama di Kampung Tersusun, Batu 8 kira-kira dua (2) tahun lepas. 

 
PERMINTAAN TERAKHIR EMAK UNTUK BALIK KE IPOH

Beliau segera diberikan rawatan dan ditempatkan di ICU hospital tersebut. Keadaannya stabil seketika namun selepas enam (6) hari di situ, apabila kesihatannya tidak menampakkan kemajuan;

Dengan permintaan Emak juga, dipindah dan dibawa dengan ambulans ditemani abang sulung, mengambil perjalanan jauh bermula selepas Zohor, Isnin, 28 Disember, akhirnya tiba di Kampung Tersusun, Batu 8 kira-kira 11 malam.
 
Ketibaannya disambut antara lain oleh adiknya, Hamidah Abdullah. Dan Emak dikatakan 'senyum meleret' menyaksikan adiknya dan betapa beliau seperti gembira kerana sudahpun berada kembali di rumah yang pernah dihuninya untuk sekian lama. 

Selepas kira-kira lima (5) hari, Emak menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan tujuh anak – empat (4) lelaki termasuk penulis dan tiga (3) perempuan. Seorang lagi anaknya, Kol (B) Khairuddin Mohamad Ali telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi pada awal tahun lepas.

Bapak pula – Mohamad Ali Dukot, telah meninggal dunia lebih 40 tahun lepas pada Ahad juga, 17 Jun 1973, semasa Allahyarham masih berkhidmat di Balai Bomba Butterworth, Pulau Pinang ketika penulis dalam Darjah 6 lagi.

Al-Fatihah. 

MASJID AN-NUR... Inilah masjid yang terletak di tepi jalan utama Ipoh-Tambun-Tanjung Rambutan - kira-kira 300 meter dari rumah Emak menghembuskan nafas terakhirnya. – Khabar