Monday, 8 April 2013

"Jangan dengar propaganda pembangkang"



“Kalau ikutlah orang yang tak suka Kerajaan ni, tak ada benda yang Kerajaan buat ini elok. Semua tak betul,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan.

BAHAGIA... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan riang menyampaikan suratan hakmilik tanah kepada para penerima yang tentunya bahagia dengannya. 


DEWAN ORANGRAMAI, FELDA JENGKA 22, MARAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengingatkan rakyat termasuk peneroka Felda, supaya tidak terpengaruh dengan propaganda buruk pembangkang terhadap Kerajaan yang ada.

Kepada puak-puak pencemuh dan pembangkang ini menurutnya, tidak satupun yang baik, yang telah dilakukan selama ini oleh Kerajaan yang ada pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Jangan dengar propaganda (pembangkang). Kalau ikutlah orang yang tak suka Kerajaan ni, tak ada benda yang Kerajaan buat ini elok,” katanya dalam ucapan luar teks 36-minit pada penyampaian suratan hakmilik tanah kepada 671 peneroka Felda Jengka 21 dan Jengka 22 pagi Isnin, 8 April di sini.

“Semua tak betul,” katanya lagi sambil menyebut betapa dalam hal berkaitan penganjuran majlis penyampaian suratan hakmilik tanahpun dipertikaikan dengan antara lain mereka  mendakwa, “Memanglah hak kita, nak bagi apa beriya sangat?”
  
Sedangkan katanya, banyak perkara yang perlu diusahakan termasuk oleh pentadbiran tanah di daerah-daerah berkenaan, ke arah menentu dan mengeluarkan suratan hakmilik tanah berkenaan, lalu majlis dianjurkan bagi menyerahkannya kepada para peneroka.  

IKRAR PENEROKA... Dengan tangan kanan didakapkan di dada, para peneroka kita yang diketuai oleh Encik Shaari sendiri, melafazkan ikrar tanda sokongan jita kepada Kerajaan pimpinan BN kita.  


MENTERI BESAR SEBAK

“(Jadi, saya) hendak mengatakan bahawa, bukanlah semua yang Kerajaan buat ni tak baik. Kalau ikut cakap pembangkang, semua tak baik, tidak…,” tegas Menteri Besar itu lagi.

Pada awal ucapannya, beliau telah mengejutkan khalayak apabila tiba-tiba sebak – sesuatu yang jarang dilihat berlaku kepadanya yang sering dianggap sebagai seorang yang tegas dan cekal hati.

Mengakui betapa hari ini merupakan hari yang sangat berbahagia terutamanya kepada peneroka dan pasangan mereka, tetapi, berbahagia bercampur sedih kepada peneroka yang kehilangan pasangan kerana kematian.

“… kerana, rakan hidup kita bersama-sama… ehem,” yang kedengaran suaranya terketar-ketar menahan sebak, kemudian mengakui juga betapa beliau mudah sedih apabila bercakap mengenainya.

“Mana yang telahpun kehilangan pasangan, kembali ke rahmatullah, kita juga berasa sedih. Walau apapun, tidak ada yang lebih baik untuk mereka melainkan doa kita setiap lepas sembahyang,” katanya lagi dalam nada sebak.

SEBAHAGIAN LAGI KHALAYAK PENEROKA KITA...


GERAN BOLEH DIGADAI UNTUK PERNIAGAAN YANG ‘VIABLE’

“Kok ya, kok tidakpun, suami kita ke? Isteri kita ke? Sama-sama susah (dulu) dengan kita. Itulah dia… kok basah, kok kering kain baju. Kok berpeluh, kok duduk sama-sama, kok rehat , kok suka-suka, kok bergaduh-gaduh, kok berkelahi-kelahi, kok belanga sampai ke kepala;

“Semuanya itu adalah sebahagian daripada jasa, kebahagian kita bersuami-isteri. Jadi kepada mereka, mestilah kita panjatkan doa setiap kali selepas sembahyang,” katanya lagi.

Pada persidangan media kemudian, beliau berkata betapa dalam ucapannya tadi sepertimana lazim, menasihatkan para peneroka supaya tidak mudah-mudah menjual tanah yang telah dimiliki dengan penerimaan suratan hakimilk tanah masing-masing.

“Ini semua saya ingatkan, supaya harta ini dijaga dengan teliti sekali, jangan dijual. Kalau untuk digolok-gadai, itu mungkin boleh kita (Kerajaan Negeri) timbang untuk sesuatu perkara yang munasabahlah.

“Kalau digolok-digadai untuk membuat perniagaan yang ‘viable’ tak apa. Tapi kalau digolok, digadai, semata-mata untuk nak buat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, kita tak akan benarkan,” tegasnya.

BERGAYA TUNGGANG VESPA... 


MANIFESTO BN YANG SANGAT LENGKAP

Mengenai manifesto BN untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, beliau ucapkan tahniah kepada beliau kerana menghasilkan manifesto yang sangat lengkap (comprehensive).

“Nampak jelas bahawa Barisan Nasional telah mengemukakan manifesto yang mengambil kira semua aspek kehidupan, dan juga semua kelompok masyarakat.

“Bukan macam manifesto Pakatan Rakyat (yang) tertinggal kaum India, tertinggal kaum Asli. Apabila ada komplen, baharulah disusun semula. Ini kita katakan kerja Pak Pandir – sekali buat, sekali tambah, sekali tarik, sekali tambah;

“Tapi (kita, BN) tidak. Kita buat dengan teratur, dengan teliti dan ini saya ingin mengucapkan tahniah keada YAB Perdana Menteri atas penerbitan sebuah manifesto, sebuah akujanji, sebuah janji Barisan Nasional yang sangat-sangat tersusun, jelas, mantap dan praktikal,” katanya.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Dato’ Jamaluddin Abdul Majid; Pengurus Besar, Felda Wilayah Jengka, Encik Shaari Din; Ketua Penolong Pagawai Daerah Maran, Encik Saknudin Zamli; bekas-bekas wakil rakyat Dato’ Mohamad Jaafar (BN – Jenderak), Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN – Kerdau); Wan Salman Wan Ismail (BN – Jengka) ; dan, Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Encik Shahnon Bakar.  – Khabar        

Sunday, 7 April 2013

Ikrar taat-setia, sokong BN



… 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Indera Mahkota kalangan kaum India, keluar parti dan ikrar taat-setia sokong BN

SERAH/TERIMA IKRAR TAAT-SETIA, SOKONG BN...  

SELAMAT TINGGAL PKR... Foto ini menjelaskan segalanya. 


WISMA BELIA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Seramai 300 ahli dalam kalangan kaum India dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Indera Mahkota, malam ini mengumumkan keluar parti dan berikrar taat-setia untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pula.

Ini mereka luahkan pada Majlis Jalinan Mesra Bersama Menteri Besar anjuran Kelab Pembangunan India Kuantan (KPIK) – sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) berkaitan kebajikan kaum India, pada malam Ahad ini, 7 April, di sini.

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah hadir, serta diberi penghormatan besar untuk menerima ikrar taat-setia tersebut yang diserahkan oleh kumpulan 300 orang ini.

Beliau juga kemudian dikalungkan jambangan bunga malai besar tanda pengiktirafan KPIK serta kaum India sendiri, terhadap kepemimpinan mesra, tanpa memilih latar kaum dan agama rakyatnya.

Dalam ucapan alu-aluannya, Menteri Besar sekali lagi mengulangi saranan agar kaum India di negeri ini bersatu-padu sementelah pula mereka merupakan kaum minority di negeri dan negara ini. 

UCAPAN PEMIMPIN NEGERI... 

RAMAINYA, PENUHI DEWAN... Ini juga tandanya, sokongan jitu kaum India di daerah Kuantan ini, malah di seluruh negeri; adalah terjurus kepada BN yang dibimbing oleh para pemimpin berwibawa sepertimana Dato' Sri DiRaja Adnan.

Sokongan jitu ini pula pasti akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon-calon BN pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) kelak. – Khabar

Friday, 5 April 2013

Sarapan pagi cuma RM18 untuk 4-sekeluarga, yang berselera lagi mengenyangkan!



… di De Kuala Café, RTC Pahang, Kuala Pahang.

Bagusnya bentuk perniagaan ini ialah, konsep dan susun-aturnya dicetus dan dibiayai oleh ECERDC tetapi, lantik penduduk setempat mengusahakannya lalu beri peluang-niaga yang baik kepada mereka.

PELANGGAN TERAWAL, PAGI SABTU... Anak-anak penulis - Siti Aisyah dan Siti Amirah, sedang menikmati juadah berselera di De Kuala Cafe ini. 


DE KUALA CAFÉ, RTC PAHANG, KUALA PAHANG, PEKAN – Selamat Datang ke restoran ini, yang ‘setting’ dan ‘ambience’nya umpama restoran di bandar-bandar besar, tetapi seleranya bagus dan pula, harga yang dikenakan amat berpatutan.

Inilah De Kuala Café yang terletak di RTC Pahang, Kuala Pahang yang perasmiannya dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak yang juga ahli Parlimen Pekan (sebelum Parlimen bubar, 3 April) pada 1 Mac lepas.

Dengan sarapan pagi untuk empat-sekeluarga – nasi lemak telur goreng, nasi briyani ayam serta dua set roti bakar selain minuman panas; yang dicaj cuma RM18.20. Mungkin kerana menjadi pelanggan pertama, ada diskaun 20 sen pula lagi, lalu bayarlah cuma RM18!  

Maka, berbaloi sangatlah perjalanan penulis sekeluarga pagi Sabtu, 6 April yang selama kira-kira 30-minit dari kediaman di Kuantan ke sini, semata-mata untuk menikmati sarapan pagi ini.

Selain aspek keenakan makanan dan harganya, satu lagi perkara yang membanggakan ialah; konsep dan susun-atur restoran ini dicetus dan dibiayai oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP);

SELAMAT DATANG KE DE KUALA CAFE... Daripada banyak-banyak unit yang terdapat di RTC Pahang ini, cuma restoran ini yang berbuka. Mungkin kehadiran penulis sekeluarga awal sangat kot... kira-kira 8 pagi. 


TEROWONG PENYEDUT ASAP BELUM BERFUNGSI

Tetapi, ia (ECERDC) melantik penduduk setempat bagi mengusahakan operasi hariannya dengan dikenakan sewaan bulanan yang wajar, lalu memberi peluang-niaga yang sangat baik kepada mereka.

“Tapi setakat ni, makanan dimasak di rumah, (kemudian) dibawa ke sini sebab yang itu tak siap lagi,” kata kakak yang dilantik sebagai pengusaha restoran ini kepada penulis, menunjuk ke arah 'smoke suction hood' (corong penyedut asap) di bahagian dapur yang belum berfungsi lagi.

Dan selepas kami sekeluarga, ada dua-tiga pelanggan lagi yang memasuki restoran ini termasuk seorang kanak-kanak – abangnya menanti di atas basikal di luar, yang kelihatan memesan kemudian membawa pulang, ‘tapau’; beberapa bungkus nasi lemak. 

RUMAH NELAYAN KUALA PAHANG KITA, YANG SELESA... Terletak di bahagian belakang RTC Pahang ialah perumahan nelayan kita yang terletak di tebing Kuala Sungai Pahang. 

Kebanyakan menyatakan syukur kepada Kerajaan yang ada pimpinan Barisan Nasional (BN) namun kunjungan penulis ke situ mendapati, masih terdapat rumah yang di bahagian depannya dipacakkan bendera parti pembangkang, seolah-olah hendak mencabar dengan mengatakan 'rumah diberi aku terima, undi tidak...'. 

MEGAH BERKIBAR, BENDERA BN DAN UMNO KITA... Foto ini dirakam di persimpangan jalan berhampiran 'Mahligai Mahkota' - istana hinggap KDYTM Tengku Mahkota Pahang di Pekan, yang bersebelahan dengan kediaman Dato' Sri Mohd Najib.  

RESTORAN LEBIH 'TRENDY' DI PEKAN... Ini pula ialah rakaman foto di dalam restoran makanan segera McCafe di Pekan, yang baharu dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. 

Sesungguhnya, Pekan dahulu dan Pekan sekarang, jauh bezanya... – Khabar    

  

"Kerajaan tak kira untung. Kerajaan kira, rakyat dapat faedah. Sikit rugi tak apa, tapi rakyat senang"



… inilah kata-kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan tentang peranan dan pengorbanan Kerajaan menerusi syarikat ia punyai kepentingan, bagi menyediakan pengangkutan awam bas luar bandar, demi manfaat penduduk.

MEMANDU KE DISTINASI YANG SAMA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang hendak memulakan pemanduannya petang Jumaat itu.  


PEKAN KECIL KEMAYAN, BERA – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini mengisahkan tentang peranan dan pengorbanan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam di kawasan-kawasan luar bandar, demi manfaat rakyat.  

Ini dikisahkan ketika menyampaikan ucapan luar teks 36-minitnya pada majlis pelancaran perkhidmatan bas laluan Kemayan-Bera-Temerloh kendalian Syarikat Sri Jengka Sdn Bhd pada petang Jumaat, 5 April di sini.    

Perniagaan pengangkutan awam menurutnya, bukanlah menguntungkan namun, pengangkutan awam seperti bas diperlukan oleh rakyat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.

Oleh itulah, beliau mencadangkan agar syarikat bas Sri Jengka milik Warisan Jengka Holdings Sdn Bhd yang Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) turut punyai saham di dalamnya; supaya mengadakan perkhidmatan di kawasan luar bandar seperti Kemayan ini.

“Bila saya dapat tahu sini ada ‘problem’ (berkaitan pengangkutan awam seperti bas), saya panggil Dato’ Rahim, Encik Salleh yang jalan ini bas. Saya cakap ‘apa macam? Boleh tolong ini Kemayan?’ Dia cakap, boleh,” katanya.   

SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN... Selain akan menikmati perkhidmatan bas, penduduk Kemayan ini turut bertuah kerana diberi pula sumbangan khususnya kepada golongan yang memerlukan. 


TAMBANG PERCUMA SELAMA TIGA (3) BULAN

Yang dimaksudkannya Dato’ Rahim ialah Dato’ Abdul Rahim Mohd Ali iaitu Timbalan, Ketua Eksekutif, PKNP; manakala Encik Salleh ialah Encik Mohd Salleh Omar, yang juga Pengarah, Sri Jengka Sdn Bhd.

Ekoran itulah, perkhidmatan bas Sri Jengka laluan Kemayan-Bera-Temerloh dengan empat ‘trip’ pergi-balik sehari diperkenal dan menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, akan mula beroperasi pada Isnin, 8 April ini secara percuma selama tiga (3) bulan .

Ini disebalik, syarikat bas tersebut tidak akan perolehi keuntungan. “Syarikat Sri Jengka ini akan rugi, boleh ‘cover’ 40 ‘percent’ sahaja. Kita (Si jengka) keluar RM1,000, dapat wang balik RM400 sahaja.

“Tapi, Kerajaan (Negeri) bagi ini (Sri) Jengka satu ‘business’ lain untuk ‘cover’ (perkhidmatan) ini bas (yang tidak menguntungkan). Kerajaan tak kira untung. Kerajaan kira, rakyat dapat faedah. Sikit rugi tak apa, tapi rakyat senang,” tegasnya pada majlis yang sebahagian besar khalayaknya ialah kaum Cina.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang juga ahli Parlimen kawasan Bera (hinggalah Parlimen dibubarkan serentak dengan negeri pada Rabu, 3 April lepas).


TURUT TOLONG MENYAMPAIKAN... Dato' Sri Ismail Sabri turut menggalas tanggungjawab menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 


MANIFESTO BN NEGERI LENGKAP-MELENGKAPI MANIFESTO BN PUSAT

Selain itu ialah bekas-bekas wakil rakyat; Encik Fadzil Osman (BN – Kemayan) dan Encik Noorul Azali Sulaiman (BN – Guai); Pegawai Daerah Bera, Dato’ A.Rahman Hamzah;

Pengarah Pembangunan Negeri (SDO), Dato’ Zulki-fly Osman; Ketua Eksekutif, PKNP, Dato’ Lias Mohd Nor; serta kedua-dua Dato’ Abdul Rahim dan Encik Mohd Salleh sendiri.

Dato’ Sri DiRaja Adnan kemudian memandu sendiri bas Sri Jengka berkenaan dengan ditumpangi para kenamaan, ke Dewan Kebajikan Cina berdekatan, merasmikannya sebelum kembali semula ke sini.

Pada persidangan media, Dato’ Sri DiRaja Adnan lebih ditanyakan mengenai hal-hal berkaitan persiapan Barisan Nasional (BN) Negeri pimpinannya, bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Mengenai manifesto, yang peringkat BN Pusatnya akan dilancarkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat, pada esok, Sabtu, 6 April katanya, “Kita sudah ada manifesto sendiri, kita tak ada nak buat pelancaran. Kita hanya menambah, ‘complement’ kepada manifesto pusat”.

MUKTAMAD YANG TAK MUKTAMAD

“Adalah beberapa perkara yang penting; perumahan, belia, tanah, alam sekitar, perhutanan, pihak berkuasa tempatan, ketenteraman awam, dan juga sistem penyampaian awam,” katanya pula tentang antara kandungan manifesto BN Negeri itu.

Berkaitan dengan senarai calon pula katanya, “Selepas tiga kali berbinang dengan panel dan dengan YAB Perdana Menteri, senarai ini memang muktamad. Tapi, muktamad senarai calon pilihanraya tak muktamad macam senarai lain”. – Khabar

Wednesday, 3 April 2013

Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 turut bubar


… ekoran perkenan KDYMM Sultan Pahang setelah majlis menghadap Menteri Besar ke atas Baginda di Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek jam 10.50 malam ini.

PERSIDANGAN MEDIA 'TERGEMPAR'... Bersimpati dengan para wartawan serta memahami tuntutan profesionalisme apatah pula sanggup menunggu hingga hampir tengah malam; Dato' Sri DiRaja Adnan yang juga terkenal dengan sifat 'mesra-media'nya, telah sudi turun dari keretanya di luar pintu pagar Istana Mahkota, untuk melayani juga kehendak mereka sungguhpun pada sebelah petang, telahpun ditemuinya.  


DEPAN PINTU PAGAR, ISTANA MAHKOTA, JALAN TELUK SISEK, KUANTAN – Sepertimana bubarnya Parlimen berkuatkuasa hari ini, Rabu, 3 April menerusi pengumuman mengenainya oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak jam 11.30 pagi tadi di Putrajaya;

Begitulah juga bubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada hari yang sama, ekoran majlis menghadap Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob ke atas KDYMM Sultan Pahang pada 10.50 malam ini, di Istana Mahkota di sini.

“(I  have) just had an audience with Tuanku at 10.50 pm. Tuanku consented and assented to the dissolution effective today,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang masih sudi menemui wartawan yang menunggunya selepas majlis menghadap tersebut.

“Tuanku couldn’t sign (the documents pertaining to the dissolution of the State Assembly) earlier as Tuanku had AFF meeting (in the day) and then tonight, had AFF dinner,” katanya yang ditemui pada hampir tengah malam.

Sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut mengiringi KDYMM Sultan Pahang menghadiri makan malam AFF – Asean Football Federation di Hotel Hyatt Regency berhampiran. Baginda Tuanku sendiri ialah Presiden badan bolasepak bagi rantau Asia Tenggara ini.

MENELITI DOKUMEN BERSAMA-SAMA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang meneliti semula dokumen berkenaan dengan Setiausaha, DUN yang juga Setiausaha, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), Syed Ahmad Khairulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman, memerhatikan.   


DUN PAHANG BUBAR SERENTAK

Menteri Besar dilihat memasuki perkarangan Istana Mahkota ini – istana hinggap KDYMM Sultan Pahang di Kuantan ini; pada kira-kira 10.40 malam, dan keluar kira-kira sejam setengah kemudian.

Dengan pembubaran serentak Parlimen dan DUN Pahang – begitu juga dengan DUN di negeri-negeri lain; akan memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) yang tarikh penamaan calon dan pengundian akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pada sebelah petang sebelumnya, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir, bertempat di BILIK MESYUARAT, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR.

Pada persidangan media kemudian beliau berkata, mesyuarat hari ini membincangkan perkara-perkara biasa seperti juga yang telah dibincangkan pada mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri yang lepas-lepas.

“It’s all about normal administration and of course, following the ethics, when the parliament dissolved; we don’t discussed nor approved things that are financial in nature or other bigger matters. It’s just normal.

MENTERI BESAR DENGAN JEMAAH EXCONYA... Buat kali terakhirnya. 


KERAJAAN SEMENTARA TERUS BERKHIDMAT

“And you can see, even the book is thin, not as thick as every other Wednesdays (before),” katanya sambil menunjukkan kepada wartawan fail yang mengandungi kertas-kertas yang perlu dibincangkan, yang ternyata nipis sahaja.

Beliau juga berkata, sungguhpun dengan pembubaran khususnya DUN Pahang, Kerajaan yang menjadi Kerajaan Sementara pimpinannya, akan terus berkhidmat sementelah perkhidmatan yang diberikan bukanlah setakat untuk menghadapi pilihanraya semata-mata.

Kepada soalan sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi Kerajaan pimpinannya selama ini, beliau menjawabnya secara positif.

“Terus terang saya katakan, saya berpuas hati dengan prestasi semua wakil-wakil rakyat, ahli-ahli Exco dan pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan. Sebab, banyak kita buat… kita boleh lihat dalam bidang contohnya pendidikan, kebajikan, pelaburan – kesemuanya berjalan dengan baik.

“Kalau kita lihat kemudahan infrastruktur, juga berjalan dengan baik. Saya yakin, kalau Barisan Nasional diberi peluang lagi di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, lebih banyak lagi boleh dibuat untuk Malaysia, ianya insyaAllah, akan ber‘jangkit’ ke Pahang,” katanya penuh yakin.

MENGAGAH DAN BERSENDA DENGAN JURUFOTO... Klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik, klik. Beginilah 'media-friendly'nya ketua eksekutif negeri kita.  


PORTRAYAL OF SINCERITY, HONESTY AND SERIOUSNESS
  
Beliau seterusnya berkata, beliau tidakpun terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri pada sebelah pagi, membubarkan Parlimen ke-12 kerana ia lambat-laun dilakukan kerana sudah sampai ke penghujung tempoh Parlimen berkenaan.

Yang mengejutkannya ialah kandungan ucapan Perdana Menteri yang bukan sahaja amat-amat mustahak yang berkaitan dengan keadaan semasa malah cara olahan kandungan ucapan itu sendiri.

“More so, the way the Prime Minister presented the speech. It portrayed sincerity, honesty, and seriousness on the part of the Prime Minister to look after the people and the country.

“He was emphasizing on the interest of the future generation – our grandchildren. I think the people will give due consideration to the way PM delivered a well arranged, and a well structured speech,” katanya lagi.

Menurutnya, ada pihak yang memutar-belit dalam internet dengan mendakwa Perdana Menteri kelihatan sedih ketika menyampaikan ucapan mengumumkan pembubaran Parlimen itu, yang sememangnya kerja pembangkanglah.


BAYANG-BAYANG DAN, TERBAYANG KEMENANGANNYA...


‘SO, WHY ARE YOU WEARING WHITE…’

“That is normal. Their job is to spin. Everything (that) they can spin, they (will) spin. We (normally) spin circular(-shaped) things, but they (the opposition) spin even rectangular(-shaped) items,” katanya menempelak puak-puak pembangkang berkenaan.  

Yang agak melucukan pada persidangan media ini ialah apabila Menteri Besar meminta wartawan menanyakan kepadanya tentang sebab beliau tidak seperti ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri lain yang bepakaian lengkap ‘suit’, tetapi berpakaian kemeja putih lengan pendek.

“Tanyalah, ‘why are you wearing white today? The others all wearing suit?’” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang disahut tanpa diduga oleh seorang wartawan muda-belia, penuh berbudi-bahasa, “Ha… Dato’ Sri. So, why are you wearing white…” yang serentak itu meledakkan ketawa mereka yang hadir.

Jawablah Menteri Besar; “Frankly speaking , I was doing my normal jobs -- going through the papers, files this morning, and I didn’t have time to go back and change. Itu sahaja.

“You got to ask further, ‘why didn’t you bring the suit here?” yang sekali lagi yang hadir ketawa tetapi, wartawan berkenaan tidak lagi mengulangi pertanyaan yang sama. – Khabar  

           




Tuesday, 2 April 2013

Ketelitian Perdana Menteri serta ketentuan tarikh pembubaran Parlimen dan calon-calon Barisan Nasional (BN)



“Itulah saya kata, PM ni ‘very me-ti-cu-lous’… dengan SPRMnya, dengan ‘Official Assignee’nya, dengan (Jabatan) Insolvensi, Income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri)nya…,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

AMBIL BERATNYA... Belumpun memulakan ucapan luar teks 27-minitnya di atas pentas, oleh kerana ternampak wargatua berkerusi roda ini lalu Dato' Sri DiRaja Adnan terus menuju kepadanya, kemudian menyampaikan baucar BR1M kepadanya. 

Inilah contoh-teladan kepimpinan bersifat 'common-sense', yang tentunya dapat diterima baik oleh rakyat khususnya yang memerlukan. 
  

STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – ‘Very, very meticulous’ atau sangat-sangat teliti.

Itulah yang Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sebut, merujuk kepada telitinya Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen serta calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

“PM is very, very meticulous. No one can challlege that,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan menjawab soalan wartawan yang menanyakan tentang jangkaan tarikh pembubaran Parlimen dan senarai calon-calon BN.  

“What I know is, PM is very meticulous, very steady and very stable temperamentally. And, (he is) never driven by emotion,” katanya pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daerah Kuantan pagi Selasa, 2 April di sini.

Oleh kerana sedar akan sikap telitinya Perdana Menterilah kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, rakyat juga harus memberi kepercayaan kepada beliau untuk membuat pilihan tentang soal tarikh membubarkan Parlimen.

RAMAINYA KHALAYAK PAGI SELASA ITU... Dan mereka - 3,974 orang kesemuanya, tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh pemimpin nombor satu negeri ini. 


‘SOAL PEMUDA, PEMUDI, TUA, LAMA, BAHARU… ITU BAB KE-30’

Dan menurutnya lagi, sikap teliti inilah juga yang terserlah dalam menentukan calon-calon BN untuk menghadapi PRU-13, yang perlu melepasi pelbagai tapisan menerusi laporan oleh pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan.  

“Itulah saya kata. PM ni very ‘me-ti-cu-lous’… dengan SPRMnya, dengan Official Assigneenya, dengan (Jabatan) Insolvensi, Income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri)nya…,” katanya.

Kepada soalan mengenai komposisi calon-calon BN di negeri ini kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN negeri, “Kita kemukakan calon ‘winnable’. Soal pemuda, pemudi, tua, lama , baharu… itu bab ke-30”.

Beliau turut melahirkan perasaan terkejut yang menggembirakan, melihatkan jentera BN Negeri bekerja ‘sangat, sangat kuat’ manakala suara-suara tidak puas hati oleh mereka yang tidak terpilih menjadi calon adalah ‘very negligible’ atau terlalu kecil.

“BN must (continue to) work hard, must win the hearts and minds of the people. It’s no use depending on the disarray that’s happening in PR (Pakatan Rakyat). Itu tak pentinglah, siapa-siapa nak jadi calonnya (PR).

AHLI EXCO TURUT MENYAMPAIKAN... Dato' Shafik Fauzan, yang juga wakil rakyat (BN - Inderapura) turut diberi amanah menyampaikan baucar BR1M tersebut. 
  

KEJADIAN MEM‘BOO’ TERHADAP NAMA CALON PEMBANGKANG

“But my feeling is, based on the line-up announced by (Lim) Guan Eng (and, Dato’ Sri Anwar Ibrahim), we have a very big, big chance to retain and even to win back some of the seats,” katanya.

Pengumuman yang dimaksudkan ialah, oleh Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng sehari-dua lepas di Raub, yang antara lain mencalonkan bekas wakil rakyat BN di Pulau Manis, Dato’ Ariff Sabri bertanding di Parlimen Raub, serta memindahkan Pengerusi DAP Negeri, Encik Leong Ngah Ngah yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Triang di Bera, ke kerusi negeri Ketari di Bentong.

Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim pula sebelum itu mengumumkan pencalonan bekas wakil rakyat BN yang turut pernah memegang jawatan-jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum menyertai PKR, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

Pengumuman-pengumuman ini dikatakan mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan parti-parti pembangkang itu sendiri, termasuk kejadian mem‘boo’ terhadap nama calon yang dikemukakan.

“Saya, bila Guan Eng umumkan calon, Anwar umumkan calon; saya berasa lega betullah. Yang saya takut ni dia orang ubah nanti. Yang saya takut Guan Eng dengan Anwar ubah calon dia. Ha itu saya bimbang sikit.

BOLEH MENANG 3-0

“Tapi setakat ‘line-up’ yang dia kemukakan, insyaAllah rakyat akan sokong kita. Kalau saya boleh katakan permainan bola, kita tahu ‘line-up’ sana (parti pembangkang), kita punya ‘line-up’ kita, kita tahu kita (boleh) menang 3-0,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

Kepada soalan tentang ketidak puasan hati oleh sesetengah ahli parti pembangkang sendiri terhadap nama-nama yang dicalonkan katanya, beliau tidak begitu berminat untuk bercakap mengenainya.

“Pembangkang sekarang ini dalam keadaan kucar-kacir. Tapi saya (sudah) sebutkan semalam, saya tak suka, tak gembira dengan kucar-kacir pembangkang ni. Kita (lebih) gembira dengan perpaduan kita.

“Pembangkang kucar-kacir, kita (pula) tak kerja, tak ada makna… Itu sebab saya – pembangkang ada masalah sesama dia ke, kelam-kabut ke, berebut ke; to me, not important.

“(But) the more important thing is for us to work together, kita kerja sama-sama. Perpaduan kita, itu yang penting,” katanya dan menyimpulkan, “Put this waylah… In short, I don’t know… I feel very very good. I’m very happylah. Very ecstatic. No worry, nothing. Allah Ta‘ala nak tolong kitalah”.

SERAMAI 3,974 PENERIMA BR1M TERMASUK BUJANG

Yang turut hadir pada majlis penyampaian BR1M 2.0 daerah Kuantan ini melibatkan 3,974  orang termasuk yang bujang (menerima RM250 berbanding yang berkeluarga, RM500) ialah;

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif; Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad; Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Abdul Manan Ismail; wakil rakyat-wakil rakyat – Dato’ Suhaimi Mohd Shah (BN – Sungai Lembing);

Dato’ Mohd Zaili Besar (BN – Panching); Encik Mohd Suhami Yusoh (BN – Lepar); serta, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Hazmi Yusof. – Khabar

Monday, 1 April 2013

"Kita tak berminat dengan perkelahian sesama sendiri dalam PKR atau PR"

… sebaliknya, Barisan Nasional (BN) Negeri lebih berminat untuk tumpu dan berhati-hati agar perpaduan dalam kalangan anggotanya dikekal dan diperkukuhkan.

Inilah jawapan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri, kepada soalan wartawan tentang perkelahian sesama sendiri yang dikatakan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pakatan Rakyat (PR), mengenai pemilihan calon mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

PENERANGAN KEPADA MEDIA... Inilah bangunan auditorium yang kosnya RM7.5 juta akan cuba didapatkan peruntukan untuknya agar pembangunan dapat dijalankan serentak dengan elemen-elemen lain yang Kerajaan Persekutuan telah khususkan RM45 juta.  

   
TAPAK BANGUNAN BAHARU, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, KEMUNTING, KUANTAN – “We are not interested in the in-fighting in the PKR or PR. We are more cautious, so that among ourselves in the Barisan Nasional, there will be no dissatisfaction nor in-fighting.

“Others (in Parti Keadilan Rakyat [PKR] or Pakatan Rakyat [PR]) want to fight, let them. But for us (in the BN), let us unite,” demikian tegas Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan tentang perkelahian sesama sendiri yang dikatakan berlaku dalam PKR terutamanya, berhubung dengan soal pencalonan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini merujuk kepada peristiwa mem‘boo’ serta luahan tidak puas hati oleh ahli-ahli PKR sendiri, pada pengumuman oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim di Balok Makmur dekat sini, Sabtu, 30 Mac lepas, menamakan Pengerusi, PKR Negeri, Dato’ Fauzi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, sebagai calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkota.

Dengan pencalonan Dato’ Fauzi, yang semasa dalam UMNO dan BN, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum menyertai PKR pada Julai 2008; bermakna, penyandang (incumbent) sekarang dari PKR, Encik Azan Ismail tidak berpeluang untuk mempertahankan kerusinya di situ.   

MENGENDALIKAN JENGKAUT... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengendalikan jengkaut untuk menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan perpustakaan baharu ini. 

Sebagai seorang yang bukan sahaja boleh memandu-terbang helikopter, membawa bas ataupun menunggang skuter 'vespa', mengendalikan jengkaut ini adalah satu lagi perkara yang boleh dikatakan 'enteng' tetapi dilakukan secara hati-hati oleh Menteri Besar kita ini.   


‘WE CAN WIN BACK INDERA MAHKOTA, WITH THE RIGHT ‘CALON’

Mengenai pencalonan Dato’ Fauzi sendiri menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia tidak akan berupaya untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan parlimen berkenaan bagi mengundinya.

“I’m not boasting, I’m not boasting. Dato’ Fauzi is a very experienced man but I would say that, he is (a) spent force. A bullet already spent. I don’t think the voters will give any consideration because he was once in the government, he was also once the wakil rakyat.

“I think we (BN) can get back, we can win back Indera Mahkota, with the right ‘calon’. And, I (was made to) understand that Dato’ Fauzi’s nomination was not well received even by the PKR people,” katanya lagi.

Pada persidangan media yang sama, beliau turut diminta mengulas mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat serta apakah kesannya dengan kini, akan terbinanya sebuah perpustakaan awam yang baharu.

“Tabiat ini sebenarnya, kita tidak boleh jana atau boleh garap. Tinggal lagi, dalam peringkat ‘in the formative years – 0 age to 4 years old and then up to adolescent, that’s when the guidance by the parents, by the teachers; can in a way, influence the upbringing of the children.

KHALAYAK GURU, PELAJAR DAN ORANGRAMAI... Inilah sebahagian daripada khalayak yang hadir pada pagi panas terik itu, sempena majlis pecah tanah bangunan baharu perpustakaan ini. 
   

PERPUSTAKAAN BAHARU DEMI KESELESAAN PENGUNJUNG

“Ha, itu boleh mempengaruhi. Tapi kalau dah ‘kotai’, tak pernah membaca, nak suruh dia membaca, tak dak… Buatlah perpustakaan besar manapun, cantik manapun, tak... Mungkin dia jadikan perpustakaan tu tempat dia untuk rehat, bukan untuk dia membaca.

“Bagaimanapun, yang kita buat perpustakaan baharu ini ialah untuk memberikan keselesaan kepada mereka yang memang suka membaca, dengan harapan, mereka yang suka membaca ini akan dapat menarik kawan-kawan mereka untuk turut membaca,” katanya.

Menurutnya, dengan sistem persekolahan sekarang yang terus memberi penekanan kepada peperiksaan, telah ‘memaksa’ pelajar-pelajar untuk membaca yang turut sedikit-sebanyak menyumbang ke arah menjadi tabiat.

“… through discipline, probably through compulsion – by forcing the people to read; reading habit can be instilled into a person or persons,” katanya sambil menambah, kegunaan hingga hampir berkapasiti penuh perpustakaan inipun kelak akan merupakan satu kejayaan.

Perpustakaan baharu yang bakal didirikan di atas tanah seluas 1,618 hektar ini ya ng bersebelahan dengan bangunan ibupejabat baharu MPK yang sedang rancak dalam pembinaan, dijangka mampu menampung pengunjung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa.  

'HAPPY 35TH WEDDING ANNIVERSARY SIR, AND MADAM'... Dato' Sri DiRaja Adnan dengan isteri, Datin Sri Junaini di sisi; diberi pisau plastik oleh Dato' Shahaniza bagi memotong rasmi kek sempena ulangtahun ke-35 perkahwinan mereka. 

“… memanglah kita akan bina bangunan dahulu, kelengkapan tu akan datang kemudian. Yang pentingnya nikah dulu. Nak beli seluar-baju, kemudian. Janji dapat kahwin dulu, itu yang mustahak.  Begitulah dengan perpustakaan ini, janji kita dapat bangunan dahulu.

“Bila sebut menikah tu, saya hari ini genaplah 35 tahun kahwin dengan Datin Sri. (yang diikuti tepukan oleh khalayak). Kahwin April Fool tahun 1978,” antara kata-kata dalam ucapan luar teks 17-minit Dato' Sri DiRaja Adnan. 


PERUNTUKAN RM45 JUTA, PERLU LAGI RM7.5 JUTA

Beliau juga memberitahu, keseluruhan kos pembinaan perpustakaan baharu 3-tingkat ini ialah sebanyak RM45 juta yang diperolehi menerusi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Lagi RM7.5 juta masih diperlukan bagi pembinaan auditorium bersebelahan dan menurutnya, beliau akan cuba mendapatkannya dengan memohon terus daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.

“(Lagi) RM7.5 juta itu akan kita cari. Kita nak buat sekali (dengan bangunan lain yang bernilai RM45 juta). Ini baharu baju sahaja. Belum rantai, gelang, belum cincin, belum gincu,” katanya merujuk kepada pembinaan struktur bangunan, yang tidak termasuk perkakasan di dalamnya.

Dalam ucapan 17-minitnya sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah menyusur-galurkan tentang perpustakaan awam yang ada sekarang, yang terletak antara bangunan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Pahang dan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Asalnya perpustakaan daripada binaan kayu/papan yang diduduki sejak 1985 itu katanya, ialah Dewan Undangan Negeri sejak Allahyarham Tan Sri Yahya Seth menjadi Menteri Besar negeri ini lagi.

DEWAN YANG MULIA, DEWAN UNDANGAN NEGERI KITA... Mungkin sudah tiba masanya kita memiliki Dewan yang lebih selesa daripada sekadar yang ada ini. Bahawa Dato' Sri DiRaja Adnan ada menyebut tentang kemungkinan membina yang baharu di KotaSAS ialah pengumuman yang tentu dialu-alukan.  


DEWAN UNDANGAN NEGERI BAHARU DI KotaSAS

“Dewan Undangan Negeri telahpun dipindahkan ke Wisma Sri Pahang. Kalau jadi, kita akan buat pula Dewan Undangan Negeri (yang baharu) ini di KotaSAS (berhampiran Indera Mahkota, dekat sini). Terpulang kepada peruntukan,” katanya.

Antara yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin  Sri DiRaja Junaini Kassim; Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Wan Razali Wan Mahussin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail;

Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Mat Zara’ai Alias; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif; wakil rakyat (BN – Kuala Sentul) yang juga Timbalan Pengerusi, PPAP, Dato’ Shahaniza Shamsuddin; Pengarah, PPAP, Puan Faridzah Jaafar; serta, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar