Thursday, 10 May 2018

Bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada pengundi, ucap Dato’ Sri DiRaja Adnan

… ekoran Pahang terus kekal di bawah BN dengan kemenangan 25 kerusi daripada 42 kerusi DUN pada PRU-14 ini

PADA PERSIDANGAN MEDIA PERTAMA PASCA PRU-14... 


RUMAH REHAT, BENTONG – Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengundi setelah Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan majoriti mudah 25 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Ini sepertimana keputusan akhir yang diperolehi pada awal pagi Khamis, 10 Mei sempena Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang Hari Mengundinya semalam, Rabu, 9 Mei setelah menjalani kempen 11-hari bermula Sabtu, 28 April.  

“Saya bagi pihak UMNO Negeri dan Barisan Nasional Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah memilih Barisan Nasional Negeri Pahang;

“Sehingga membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu 25 kerusi – untuk dua pertiga kita perlukan 28. Penggal lepas kita dapat 30 kerusi, kali ini, 25 kerusi; kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi, BN Negeri berkata demikian pada persidangan media pertama pasca PRU-14 pada tengah hari Khamis, 10 Mei di kediaman peribadinya dekat sini.

SEPERTI SIARAN DALAM SEGMEN BERITA TV AL-HIJRAH... 


PELANTIKAN MB DAN EXCONYA

Mengenai pelantikan Menteri Besar katanya, ia akan ditentu dan diperkenankan oleh pihak Istana – KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang yang menurutnya; “Terpulanglah kepada pihak Istana untuk memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Menteri Besar”.

Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pula katanya, akan merupakan langkah susulan setelah KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang membuat keputusan mengenai pelantikan Menteri Besar terlebih dahulu.

Beliau juga berkata, kedua-dua UMNO Negeri dan BN Negeri yang diketuainya, akan berbincang dan melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti perkara-perkara yang harus dilakukan, yang kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya.

“Kita akan duduk berbincang dan buat sedikit ‘post-mortem’ dan akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri apakah yang patut dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kita terus menerima mandat rakyat daripada PRU-14 ini, bahkan juga PRU-PRU akan datang,” katanya.

Menurutnya, aspek-aspek kehidupan rakyat akan terus ditekan dan dipertingkatkan lagi oleh Kerajaan Negeri kelak iaitu dalam soal-soal berkaitan kebajikan, pendidikan, perumahan dan ekonomi termasuk usaha bagi menambahkan lagi hasil negeri.

TANDA KENANG-KENANGAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sudi menyertai sesi berfoto kumpulan bersama-sama media-media yang membuat liputan sepanjang 11-hari tempoh berkempennya. 


MTNP ANTARA YANG TERULUNG

Daripada aspek kebajikan katanya, ia ekoran siri kempen pilihanraya dengan jelajahan ke rumah-rumah di luar bandar mendapati, ramai lagi penduduk yang terlantar sakit, ibu tunggal yang miskin, serta yang tinggal di rumah yang sangat daif yang termasuklah dalam kalangan masyarakat India dan Orang Asli.

Kerajaan Negeri juga kelak katanya, akan meneruskan penekanan pada aspek pendidikan yang setakat ini, Yayasan Pahang (YP) telah menjalankan peranannya dengan berkesan termasuklah dalam menjadikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) antara terulung dalam bidang akademik, dan bidang menghafaz al-Quran.

“… sudah pastilah (juga) mengenai perumahan. Dan perumahan ini yang menjadi masalahnya ialah untuk mendapatkan ‘end-financing’ bagi pemohon-pemohon untuk mendapatkan pinjaman bank, untuk membayar pinjaman bank mereka.

“Saya percaya, Kerajaan Persekutuan akan dapat membantu kita dalam hal ini,” katanya.

Dalam aspek ekonomi katanya, perbincangan akan dilakukan dengan pakar-pakar tertentu ke arah merumuskan langkah-langkah yang patut Kerajaan Negeri lakukan termasuk dalam meningkatkan punca pendapatan dan hasil negeri.

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN TENTUKAN TENTANG PROJEK BESAR DI PAHANG  

“(Ia) supaya lebih banyak lagi dapat kita pulangkan kembali kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Kepada soalan wartawan BERNAMA tentang nasib projek-projek besar Kerajaan Persekutuan di Pahang yang menerima kritikan keras sebelum ini seperti projek berpinjaman RM55,000 juta East Coast Rail Link (ECRL) katanya;

“Ini kita akan terus memberikan kerjasama jika diperlukan. Apapun, terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan”.  

Beliau juga ditanya oleh wartawan New Straits Times (NST) tentang prestasi keseluruhan calon-calon BN Negeri pada PRU-14 yang menurutnya; “Considering the so-called tsunami, and the so-called pressure that we were in, I think we did quite well.

“If we look at other States (previously controlled by BN), they even lost their states, but not us. Although we lost the two-thirds majority, yet we still control by a simple majority –

‘SIMPLE BUT STILL BIG’

“Though simple (but) is still big – 25 against 17. It’s not 25 against 23, (nor) 25 against 20 (but) 25 against 17. This, I think is a big, simple majority. So, that in a way, contribute to a more stable government by having just small, simple majority,” he concluded.

As for the dismal performances of MCA and MIC – the two component parties of BN he said, they were already expected and that he had intimated to MCA’s President, Dato’ Sri Liow Tiong Lai a few times before about the slim chances of the party’s candidates to win.

“Because, in terms of the General Election, the choice of candidates got to be very precised. Well, we received all reports from all groups about the choice of candidates but in the end, sometimes, sentiment overrides objectivity.

“As a result, some candidates whom we knew pretty well that they will not going to stand any bit of a chance to win, and yet we still fielded them (that consequently ended up losing). That’s the main problem.

“As the Barisan Nasional chairman, and the UMNO Chairman, I am partly to be blamed also. We were not 100 percent objective in selecting candidates. But we accept the verdict of the people. The people have spoken out, we have no choice but to accept the verdict,” he said.

SANGAT SEDIH

Beliau juga berkata yang beliau sangat sedih dengan kekalahan calon-calon BN dari UMNO terutamanya di kerusi DUN-DUN Jengka, Panching, Luit, Chenur, dan, Tahan yang kesemuanya atas sebab-sebab tertentu.

Bagi Panching dan Jengka katanya, beliau telah awal-awal lagi memberitahu wakil rakyat-wakil rakyat berkenaan yang dipilih semula sebagai calon bahawa kawasan-kawasan itu bermasalah.  

“Bukan kerana mereka tidak berkhidmat. Sebagai contoh, Dato’ Zaili Besar di Panching telah berkhidmat sangat baik tetapi (kekalahannya) disebabkan sokongan, disebabkan oleh komposisi pengundi di situ.

“Dan begitu juga di Tahan. Tahan ini sebenarnya dari dahulu lagi memang calon Barisan Nasional menangpun 100, 2 (200 undi) sahaja. Hanya Dato’ Sri Wan Amizan pada penggal yang lepas, dia menang 800 lebih. Tapi kali ini dia kalah 400 lebih.

“Memang kita jangkalah. Hanya kita berasa dukacita, Chenur dan Luit yang patut kita boleh menang tapi kalah, itu sahaja,” katanya lagi. – Khabar

        

Wednesday, 9 May 2018

Pahang masih kekal di bawah BN

KEPUTUSAN LUAR JANGKAAN, PADA AWAL PAGI KHAMIS... Dan syukur, Pahang masih kekal di bawah kepimpinan BN yang Dato' Sri DiRaja Adnan terajui.  


RUMAH REHAT, BENTONG – Negeri Pahang terus kekal berada di bawah Barisan Nasional (BN) apabila memperolehi majoriti mudah dengan memenangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Keputusan ini adalah tidak rasmi dan diperolehi setakat jam 1.25 pagi Khamis, 10 Mei sempena Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini. Dengan ini bermakna, BN tewas di 17 kerusi selebihnya. Pada PRU-13, BN memperolehi 30 kerusi berbanding pembangkang, 12 kerusi.    

Kesemua 25 kerusi yang BN menangi kali ini ialah DUN-DUN Pelangai, Jelai, Padang Tengku, Cheka, Benta, Pulau Tawar, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar, Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar, Chini, Kuala Sentul, Jenderak, Kerdau, Lanchang, Kuala Semantan, Guai, Kemayan, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Dong, Batu Talam dan Tioman.

Bagi Parlimen pula, BN menang di sembilan (9) daripada 14 kerusi yang dipertandingkan iaitu Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran, Kuala Krau, Bera, dan Rompin.

Pada PRU-13, BN menang 10 daripada 14 kerusi di Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran, Kuala Krau, Bera, Rompin, dan Bentong. 

CUMA PELANGAI BN MENANG DI BENTONG 

Di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah dekat sini, Pengurus Pilihanraya, Dato’ Azhar Arshad membuat pengumuman keputusan pilihanraya bagi Parlimen Bentong dan DUN-DUN di bawahnya – Pelangai, Sabai, Ketari dan Bilut hanya pada kira-kira 12.45 malam.

Kesemuanya kecuali DUN Pelangai, tewas. Calon BN bagi DUN Pelangai yang juga Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menewaskan dua calon lain masing-masing dari Pakatan Harapan dan PAS.

Dato’ Sri DiRaja Adnan memperolehi 5,410 undi berbanding calon Pakatan Harapan, Puan Nor Haizan Abu Hassan, 3,098 undi dan calon PAS, Encik Zaharim Osman, 1,817 undi. Majoriti yang diperolehi, 2,312 undi manakala 158 undi ditolak. – Khabar       
   
   


D-Day; Jom Undi!


… yang menurut SPR, kira-kira 55 peratus pengundi telah menyempurnakan hak mengundi mereka setakat 1.30 petang ini.

DAKWAT PADA JARI... Pasangan bahagia -- Dato' Sri DiRaja Adnan dan Datin Sri DiRaja Junaini memberikan 'pose' sebagai memenuhi permintaan jurufoto untuk merakamkannya. 


RUMAH REHAT, BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyempurnakan hak mengundinya petang Rabu, 9 Mei ini di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, Kampung Benus dekat sini.

Beliau yang berbaju merah – yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai, tiba bersama-sama isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim di luar pagar sekolah ini pada kira-kira 2 petang, sebelum mengundi tepat 2.10 petang.

Demi menunaikan permintaan pihak media khususnya para jurugambar dan jurukamera, beliau dan isteri sempat memberikan ‘pose’, menunjukkan jari yang telah tercelup dakwat menandakan telahpun mengundi.

Berbual seketika dengan mereka sambil bertanyakan khabar, beliau kemudian beredar untuk kembali semula ke kediaman peribadinya yang berdekatan sambil memantau perjalanan Hari Mengundi hari ini yang tamat jam 5 petang.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada persidangan media yang disiarkan ‘live’ menerusi televisyen pada awal petang ini telah memaklumkan bahawa peratus keluar mengundi setakat 1.30 petang tadi ialah kira-kira 55 peratus.

Dan peratusan ini adalah dikira tinggi yang menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, adalah ekoran keghairahan pengundi di seluruh negara untuk mengundi pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini. 

UNDI MB UNTUK PARLIMEN... Yang calon untuk Parlimen Bentong ini ialah Dato' Sri Liow Tiong Lai. 

UNDI MB UNTUK DUN PULA... 

UNDI PENULIS... Foto ini penulis rakamkan ketika beratur di Saluran 3, pusat pengundian di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Ehsan, Kuantan. Pusat ini ialah bagi memilih calon bagi Parlimen kawasan Kuantan dan DUN kawasan Teruntum yang calon-calon BN kedua-duanya dari parti MCA menentang PKR dan PAS. 

Proses pengundian di sini agak lambat - penulis tiba jam 8.45 pagi tapi selesai kira-kira 40-minit kemudian pada 9.25 pagi. Oleh kerana kelewatan ini - tidak sepertimana pengalaman penulis pada PRU-13, kedengaran suara sumbang di belakang yang menyalahkan Kerajaan BN jugalah. 

Keadaan ini rupa-rupanya, adalah sepertimana juga dengan di pusat pengundian-pusat pengundian lain di seluruh negara yang telah diakui sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah. – Khabar

Tuesday, 8 May 2018

Gunakanlah kebijaksanaan dalam mengundi, saran Menteri Besar

… sempena PRU-14 yang Hari Mengundinya esok, Rabu, 9 Mei

MESRANYA MB, TURUT MELIPUTI ANAK-ANAK KECIL... Sepertimana anak kecil ini yang kelihatan selesa dalam dukungan Dato' Sri DiRaja Adnan.  

TENTU SESUATU MENARIK YANG SEDANG DIPERKATAKANNYA... 


PERKARANGAN ‘PETROL KIOSK’, RANCANGAN TANAH FELDA CHEMOMOI, BENTONG – “Saya berharap rakyat menggunakan kebijaksanaan dalam mengundi,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga penyandang serta calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini.

“Saya berpendapat yang penting bagi sebuah negara ini ialah kestabilan, keamanan. Dan di Malaysia ni – oleh sebab negara kita berbilang kaum, kita kena kekalkan keharmonian antara kaum ini. Kalau keharmonian antara kaum di Malaysia dapat dikekalkan, maka baru kita ada kestabilan dan keamanan,

“Apabila ada kestabilan, keamanan, barulah kita boleh memikirkan perkara-perkara lain termasuk perancangan untuk masa depan sama ada bidang politik, bidang sosial, dan sebagainya.

“Dan saya berpendapat, cabaran pada masa akan datang memang begitu getir sekali dan kita perlu menyesaikan diri kita, negara kita dalam persada dunia antarabangsa untuk kita sentiasa terkehadapan, tidak ketinggalan jauh ke belakang,” katanya pada persidangan media sempena Majlis Perasmian Mesin ATM Agrobank petang Selasa, 8 Mei di sini.

Sehubungan itu Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, negara memerlukan pucuk pimpinan yang memahami keadaan semasa, selain dianya seorang intelektual, dan pada ketika yang sama, rasional dan ‘factual’.

KEMESRAAN PEMIMPIN DAN PENYOKONG YANG TERUS TERPANCAR... 


PERSETANKAN SEGALA FITNAH

“… dan saya berpendapat, Dato’ Sri Najib Tun Razak ada kualiti ini semua.
Kita kena persetankan segala fitnah, segala cerita bohong (terhadap Dato’ Sri Mohd Najib) ini.

“Jadi saya berharap, rakyat akan menggunakan akal dan budi bicara mereka untuk mengenepikan cerita-berita negatif tetapi memikirkan perkara yang positif untuk negara kita iaitu negara kita perlu maju ke hadapan. Dan untuk maju ke hadapan, perlukan kestabilan, keamanan dan juga keharmonian kaum,” tegasnya.

Kepada soalan tentang peluang kemenangan BN Negeri kali ini katanya, beliau percaya bahawa rakyat akan sekali lagi memberikan kepercayaan kepada BN untuk memerintah negeri.

“Sebab saya sangat pasti -- dari pucuk pimpinan peringkat negeri sampailah ke bawah, kita tidak pernah bersikap sombong, hidung tinggi. Bahkan kita sentiasa ke bawah, kita sentiasa rapat dengan akar-umbi.

“Jadi tak ada sebab rakyat tidak mahu menyokong kita,” katanya.


HADIRIN PETANG ISNIN... Yang dalam kalangan generasi tua, muda dan anak-anak kecil sekelian.  – Khabar


Janji ditepati; Mesin ATM dah ada di Pelangai

MENCUBA SENDIRI PENGGUNAAN MESIN ATM AGROBANK INI... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang menekan butang-butang tertentu bagi urusan pengeluaran wang di mesin ATM ini.  



PERKARANGAN PETROL KIOSK, RANCANGAN TANAH FELDA CHEMOMOI, PELANGAI, BENTONG – Sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob janjikan pada 30 April lepas; hari ini, Selasa, 8 April – selang lapan (8) hari sahaja kemudian; rasmilah sudah ‘Automated Teller Machine’ di sini untuk kegunaan/kemudahan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ini.     

Acara perasmian disempurnakan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan – Menteri Besar yang juga penyandang dan calon BN untuk DUN Pelangai ini pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang Hari Mengundinya ialah esok, Rabu, 9 Mei.

Pada persidangan media kemudian, beliau ucapkan terima kasih kepada pengurusan Agrobank atas usaha pemasangan mesin berkenaan yang akan memudahkan penduduk dari Gugusan Felda dan kampung-kampung tradisional persekitaran, dalam pengeluaran wang masing-masing.

“Saya ucapkan banyak terima kasih dan ini salah satu daripada ‘game changer’ dalam kempen pilihanraya kali ini. Sebab ini menjadi isu yang telah begitu lama. Kita telah berikhtiar dan akhirnya Agrobank hanya yang sanggup buat ATM Machine di sini,” katanya lagi.   


MENURUNKAN TANDATANGANNYA... – Khabar  

Monday, 7 May 2018

Lima (5) tumpuan utama yang Kerajaan Negeri BN berpuas hati dengannya!


# Pendidikan – menerusi bantuan-bantuan yang Yayasan Pahang (YP) biayai seperti biasiswa/pinjaman dan biasiswa-biasiswa sekolah menengah dan rendah ;

# Kebajikan – menerusi sumbangan dan bantuan daripada peruntukan khas Menteri Besar kepada yang memerlukan dan ditimpa bencana;

# Perumahan – menerusi pembinaan rumah-rumah mampu milik PR1MA Negeri untuk jenis banglo RM150,000 dan rumah teres, RM80,000 seunit;

#Agama Islam – terutamanya menerusi penubuhan dan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)

# Urusan tanah – melalui usaha meluluskan permohonan tanah oleh rakyat-jelata  

PADA PERSIDANGAN MEDIA TENGAH MALAM ISNIN... Pada tengah malam Isnin ini juga, Dato' Sri DiRaja Adnan menjalani rakaman dengan Stesen Televisyen TV3, menyampaikan amanat menjelang Hari Mengundi pada Rabu ini. 

Yang turut bersama-samanya ialah calon-calon bagi Parlimen Bentong, Dato' Sri Liow (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); serta calon-calon BN untuk DUN Ketari, Dato' Lau Hoi Keong (duduk barisan depan, kanan sekali); DUN Bilut, Encik Jason Poo Mun Hoong (duduk barisan depan, dua dari kiri); dan, DUN Sabai, Dato' R.Goonasekaran (kiri sekali). 


RUMAH REHAT, BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menggariskan lima (5) tumpuan utama Kerajaan Negeri yang diusahakan selama ini, yang beliau berpuas hati dengannya sehingga kini.

Kelima-limanya ialah dalam hal-hal pendidikan, kebajikan, perumahan, agama Islam dan juga dalam mengendalikan urusan tanah terutamanya dalam pemprosesan permohanannya oleh rakyat.

Mengenai pendidikan ialah berkenaan dengan peranan Yayasan Pahang (YP) yang telah memperkenal dan membiayai bantuan-bantuan seperti biasiswa dan pinjaman serta pemberian biasiswa-biasiswa sekolah menengah dan rendah (BSM dan BSR).

Kebajikan pula ialah menerusi peruntukan khas Menteri Besar yang dibelanjakan untuk rakyat yang memerlukan termasuk yang menghadapi bencan-bencana alam seperti kebakaran dan banjir,

Perumahan, menerusi pembinaan rumah-rumah mampu milik PR1MA Negeri untuk jenis-jenis banglo RM150,000 seunit, serta ‘Rumah Makmur’ jenis teres setingkat, RM80,000 seunit.

LAGI FOTO PERSIDANGAN MEDIA BERKENAAN... 


KITA KURANG UAR-UARKAN

Agama Islam terutamanya menerusi penubuhan dan perjalanan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan kejayaan cemerlang pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan-peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

serta, dalam urusan tanah, melalui usaha-usaha berterusan Kerajaan Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah (PTD) dalam memproses dan meluluskan permohonan tanah oleh rakyat.   

“Ini semua kita lakukan. Hanya kita kurang uar-uarkan. Tetapi apapun, kita akan buat apa sahaja untuk kepentingan rakyat,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada temubual dengan BERNAMA tengah malam Isnin, 7 Mei di kediaman peribadi beliau dekat sini.

Temubual eksklusif ini diberikan sempena menjelang tempoh akhir kempen 11-hari bagi Pilihanraya Umum (PRU)-14; yang tamat tengah malam esok, Selasa, 8 Mei sebelum Hari Mengundi pada Rabu, 9 Mei.

Berikut disiarkan secara verbatim, hasil temubual tersebut sebagai reaksi Menteri Besar kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua-dua wartawan BERNAMA berkenaan;

HADIRI 'ENGAGEMENT' DENGAN PENDUDUK KAMPUNG JANDA BAIK PADA PROGRAM KENDURI RAKYAT... Sebelum itu, Dato' Sri DiRaja Adnan telah ke Kampung Janda Baik bagi menghadiri program kenduri rakyat di perkarangan Masjid di situ. 


CALON-CALON KITA DAPAT SAMBUTAN

“Saya yakin rakyat yang menjadi pengundi akan menggunakan kebijaksanaan mereka, saya percaya mereka akan memilih, seperti yang saya sebutkan tadi, kestabilan.

“Dan dari lawatan kita ke tempat-tempat yang kita adakan kempen, termasuk Dato’ Sri  Liow (Tiong Lai) sendiri, dan calon-calon; kita dapati sambutan itu sangat memuaskan.

“Ada isu-isu yang dibangkitkan yang kita tahu mereka tidak puas hati, kita telah cuba terangkan. Sebagai contoh, setiap kali saya turun, mereka akan bawa masalah peribadi, masalah kampung, dan saya telah beritahu mereka bahawa masalah ini insyaAllah, akan kita tangani dan mereka boleh jumpa kita selepas pilihanraya nanti, insyaAllah, kalau kita diberi kepercayaan.

“Kerana saya tekankan kepada mereka, masalah-masalah ini tak akan dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, dalam tempoh seminggu. Kalau masalah peribadi – anak nak ke sekolah, anak nak ke universiti, itu cerita lain yang boleh diselesaikan.

“Tapi kalau masalah-masalah yang ada kaitan dengan kampung, tempat tinggal mereka; itu kita perlukan masa untuk menyelesaikan dan saya beritahu mereka supaya kita selesaikan pilihanraya dulu, insyaAllah akan cuba atasi masalah mereka.

LAGI SESI 'ENGAGEMENT' MB... 


RAKYAT JUGA PUAS HATI DENGAN ASPEK PENDIDIKAN

“Kalau di negeri Pahang ini, saya dapati tiada sebab bagi sesiapa juga untuk menyatakan rasa tak puas hati terutama sekali daripada segi kita memberikan bantuan kepada anak-anak di bangku sekolah.

“Kita melalui Yayasan Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, kita ada siapkan Biasiswa Sekolah Rendah, Biasiswa Sekolah Menengah, dan pinjaman untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

“Dan kita berbelanja agak besar. Setiap tahun Yayasan Pahang akan menyediakan perbelanjaan yang banyak tidak kurang daripada RM250 juta setahun dan sebahagian besarnya adalah untuk pinjaman pendidikan dan juga Biasiswa Sekolah Menengah, Biasiswa Sekolah Rendah. Itu satu.

“Yang dua (2) lagi – semasa Pilihanraya (Umum) 2013, kita menjanjikan kita akan membina rumah mampu milik iaitu yang berharga RM150,000 ke bawah, sebanyak 15,000 (unit). Tapi sehingga ke saat ini, kita telahpun berjaya membina 37,000 unit rumah berkenaan di semua peringkat – baru mula, sedang mula, hampir siap, sudah siap.

“Hanya kita dapati ada sikit masalah iaitu masalah mendapatkan pinjaman bank iaitu ‘end-financing’ bagi pemohon-pemohon.

DALAM MENYAMPAIKAN UCAPAN RINGKAS SAMBIL SANTAINYA...  


KAEDAH ‘RENT-TO-OWN’ LEBIH BERKESAN

“Tapi ini seperti yang kita tahu, telahpun dimasukkan dalam Manifesto Barisan Nasional oleh YAB Perdana Menteri iaitu kita akan tubuhkan satu badan khusus (yang) daripada situ nanti akan diselesaikan masalah mendapatkan pinjaman untuk ‘end-financing’ ini.

“Tapi yang jelas, satu skim yang saya percaya akan berjaya ialah ‘rent-to-own’. Makna, sewa untuk memiliki. Maknanya, mereka bayar sewa tapi sewa itu dikira sebagai sebahagian daripada bayaran harga rumah.

“Kita baru-baru ini telahpun mulakan juga skim untuk rumah mampu milik berharga RM80,000 dan kita telahpun mulakan tiga (3), empat (4) skim yang sedang dalam pembinaan.

“Dan saya dapati ini dua (2) kejayaan yang besar.

“Dari segi perkembangan ugama Islam, penekanan kepada Maahad Tahfiz (Negeri Pahang - MTNP) ini telahpun membawa kejayaan. Maahad Tahfiz Negeri Pahang telahpun mengatasi Maahad Tahfiz di negeri-negeri lain termasuk Maahad Tahfiz Darul Quran di Kuala Kubu yang selama ini menjadi ‘benchmark’.

YANG SAKIT TERLANTAR, TERLALU MISKIN; DIBANTU

“Kita telahpun mengatasi dalam peperiksaan sama ada SPM ataupun STPM setelah beberapa tahun. Saya berasa puas hati apabila memikirkan bahawa kita telah buat banyak untuk bidang pendidikan, kemudian itu perumahan, dan juga Maahad Tahfiz ini.

“Pada ketika yang sama kita tidak lupa untuk menumpukan kepada hal-hal kebajikan – mereka yang sakit terlantar, mereka yang terlalu miskin… Ini semua kita berikan bantuan terus dengan menggunakan peruntukan Menteri Besar untuk disalurkan terus kepada mereka.

“Ini tidak termasuk kes-kes kemalangan seperti kebakaran sebagainya. Baru-baru ini, sederet kedai di Cameron Highlands terbakar dan kita telah berikan sumbangan yang banyak. Biasa RM5,000 untuk semua kes tapi ini kita bagi RM20,000 untuk sembilan atau 12 orang mangsa yang terlibat.

“Perkara-perkara ini kita dapat lakukan kerana kita sedar rakyat yang pilih kita dan kita buat perkara-perkara yang berikan faedah kepada rakyat.

“Ada masalah-masalah lain seperti masalah tanah. Masalah tanah ini memang kita tak boleh selesaikan dalam sekelip mata. Tapi kalau kita ambil contoh di Cameron Highlands, kita ada 4,000 fail tapi dengan ada 23 Pegawai Pertempatan yang membuat kerja sukat-menyukat sebagainya, ia akan mengambil masa tiga (3) tahun.

4,000 FAIL VS 23 PEGAWAI PERTEMPATAN (SO)

“Tapi saya telah minta Pentadbir Tanah Daerah supaya menyelesaikan cepat masalah ini supaya TOL dapat diberikan kepada petani-petani di Cameron Highlands sebab mereka juga perlukan TOL ini untuk memberi makan anak-cucu mereka.

“Ini semua kita lakukan. Hanya kita kurang uar-uarkan. Tetapi apapun kita akan buat apa shaja untuk kepentingan rakyat.

“Lima (5) perkara besar yang kita berasa puas hati ialah; pendidikan, kebajikan, perumahan, ugama Islam Maahad Tahfiz, dan kita cuba menyelesaikan masalah tanah di setiap daerah dari masa ke semasa.

“Bukan kita tak nak selesaikan tetapi banyak melibatkan ‘technicality’. Kalau ikut kadar biasa, 23 Pegawai Pertempatan dengan fail permohonan sebanyak 4,000 hanya boleh diselesaikan dalam tiga (3) tahun, bukan tiga (3) hari, bukan. Mereka perlu pergi sukat sebagainya…

“Kita tak berasa risau langsung, hanya orang menyatakan risau. Sebenarnya, yang penting ialah kita kena ‘engage’, ‘connect’ dengan mereka (anak muda). Ini saya laukan di kawasan saya.

ORANG MUDA SEBELAH KITA

“Dan saya perhatikan, orang-orang muda ini dia sebelah kita. Esokpun saya akan jumpa mereka di Felda Chemomoi, Felda Sungai Kemahal sebagai contoh. Esok saya akan berjumpa pengundi-pengundi muda.

“Mereka menyatakan hasrat ingin berjumpa saya jadi saya akan berjumpa mereka. Apakah maknanya kalau mereka kata nak jumpa MB? Maknanya ialah, mereka nak kita ‘engage’ mereka. Sebab, mereka juga punyai undi. Mereka juga selaku manusia biasa, mereka juga merasakan mereka perlu dihargai.

“Kalau misalannya, semua kita calon mendekati siapa sahaja termasuk golongan muda, insyaAllah mereka akan menyokong kita. Dan kita kena ingat, pengundi-pengundi muda ini mereka terdedah kepada media sosial.

“Tapi yang penting, dia nak jumpa kita. Hari itupun saya dah jumpa, dan esok saya akan jumpa lagi. Kalau saya ambil dalam kawasan itu 300 orang orang muda.

“Dia nak jumpa sahaja, esok saya jumpalah. Dan saya yakin mereka akan menyokong kita. Apabila saya jumpa mereka bermakna, untuk calon Parlimen juga, Dato’ Sri Liow, makna sekali.

SUDAH LALUI KINI, LAPAN PRU

“Dato’ Sri Liow berjumpa dengan pengundi-pengundi lain, kalau di Pelangai itu, dia akan menyebut saya juga.

“Saya tak nampak masalah sebenarnya. Seluruh negara memerhatikan kerana kehebatan media sosial yang menyebarkan berbagai-bagai berita benar, tak benar sebagainya. Itu sahaja. Tapi pokoknya, kalau di peringkat medan ini, peringkat ‘ground’, ‘grassroot’ ini, akar-umbi ini; kalau kita jumpa mereka, insyaAllah.

“Ha tak ada. Saya beritahu, demam pilihanraya ini serupa sahaja, serupa, tak ada beza. Tak ada beza. Dia sama. Kadang-kadang kita tak singgah tempat dia, dia berasa hati. Kadang-kadang dulu kita tak pergi kahwin anak dia, dia berasa hati. Benda itu biasa sahaja.

“Kadang-kadang kita jumpa ketua cawangan, yang tidak berkaitan ketua cawangan ini berasa hati. Kita jumpa pula kelompok yang tidak suka dengan pemimpin UMNO tapi suka dengan parti kita, cawangan pula berasa hati. Biasa sahaja.

“Demam pilihanRaya ini sudah lapan (8) kali (saya lalui), itulah caranya. Dan insyaAllah, kita boleh, boleh (menangani dan mengatasinya), jangan risau.       

PASTIKAN YANG SOKONG KITA, KELUAR MENGUNDI

“Ini tak ada tumpuan apa-apa lagi dah. Yang kita tahu, penyokong-penyokong kita, kita pastikan mereka itu keluar mengundi. Yang tak menyokong kita tu tak keluar mengundi tak apalah. Kita tumpukan kepada penyokong-penyokong kita. Itu yang mustahak.

“Saya tidaklah hendak berfikir secara orang kata ‘global’, ‘structure’lah, inteleklah apa. Tak… Ia balik kepada ‘hearts and mind’, jiwa dan pemikiran. Kalau kita menangi jiwa dan pemkiran mereka, insyaAllah.

“Ini adalah peperangan (dan) peperangan ini adalah soal memenangi jiwa dan pemikiran orangramai. Bagaimana kita memenangi jiwa dan pemikiran? Kita ‘engage’ mereka, kita berjumpa mereka.        

“Dia begini. Pertamanya, kita jangan berubah. Kalau dulu kita, sekarangpun mesti kita juga. Jangan maknanya, kita terpilih sebagai wakil rakyat, dapat jadi menteri, menteri besar; kita berubah, jangan. Itu satu.

“Yang keduanya, kalau kita minat dengan kerja kita, walaupun orang nampak teruk tapi sebab kita minat (maka) pada kita tak teruk kerja tu. Tak ada masalah.

MINAT KEPADA KERJA ITU PENTING

“Ok Alhamdulillah. Dia begini. Maknanya, kalau kita minat kerja kita, tak ada rasa letih. ‘Supplement’ saya tak makan apa-apapun. Hanya bila saya tidur, bila dalam kereta saya boleh tidur, saya tidur.  

“Tapi ada masa-masanya saya nak tunjuk kepada pemandu saya yang saya boleh bawa kereta, saya pandu kereta. Kadang-kadang saya bawa kereta tengah malam, sendiri. Pokoknya, kalau kita sukalah, ia tak ada jadi masalah.

“Suka, riang, ketawa, ada masa susah hati, tak apalah, kemudian tu kita ketawa balik. Itu petuanya. Maknannya, kita ni kena bertindak positif. Itu mustahak. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Semua masalah boleh selesai. Yang menyelesaikan masalah ini ialah masa.

“Buat masa ini saya tinggalkan (seketika, pengajian undang-undang). Sayapun ‘study’ bukan macam orang – tengah malam seorang-seorang, dak. Saya ‘study’ tengah (orang) ramai. Sedang ‘sign’ fail saya ‘study’, borak-borak dengan kawan-kawanpun saya ‘study’, hisap cerutpun saya ‘study’.

“Saya nak bagi tahu, daripada 16 kertas saya (telah ambil) periksa, 14 A , 2 A-. Semua A. InsyaAllah, ada 10 lagi, kalau semua A saya (akan) dapat 1st Class. Dan saya akan diberi ‘exemption’ untuk buat ‘Masters’, saya akan terus buat PhD. Ini dah tiga (3) minggu saya tinggalkan.

KADANG-KADANG ‘STRAIGHT FIGHT’ LAGI BAGUS

“Kita jangan kira sangat. Daripada segi teori, tiga (3) penjuru orang ini ada kelebihan sebagainya… Tidak juga. Kalau kita ambil di Pelangai tu, kata tiga (3) penjuru –
Barisan, Pakatan Harapan, dengan PAS. Ianya memecahkan undi semua orang, termasuk undi Barisan Nasional.

“Kadang-kadang ‘straight fight’ lagi bagus. Ha, itu kita nak fikir. Contohnya, kata misalannya, pengundi Cina tak undi Barisan, tinggal pengundi Melayu, pengundi Melayu pecah tiga pula, susah”. 

“Kita beginilah. Dalam keadaan politik sekarang ini yang bergolak, yang bergelora ini; dapat memerintahpun cukup. Dapat memerintahpun cukup. Two-thirds itu kemudian. Kalau dapat two-thirds itu, bonus. Kalau langsung pembangkang tak ada, itu atas daripada bonus…” – Khabar








“Di mana bumi kita pijak, di situlah langit kita junjung,” titah KDYMM Pemangku Raja Pahang


“Disinilah saya harap, kita harus kekalkan muafakat antara satu sama lain. Saya tak akan sentuh dari mana asalnya tuan-tuan dan puan-puan kerana bagi saya, di mana bumi kita pijak, di situlah langit kita junjung,” titah Baginda.

DALAM TITAH UCAPAN LUAR TEKS 22-MINIT BAGINDA... Yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Liow (belakang, kiri sekali) dan Dato' Azhar (berdiri, kanan sekali). 

DATARAN FELDAJAYA, MEMPAGA, BENTONG – Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – pepatah yang dititah-ungkapkan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, ditujukan kepada penduduk di Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda yang berasal dari negeri-negeri luar Pahang.

“Saya harap, kita harus kekalkan muafakat antara satu sama lain. Saya tak akan sentuh dari mana asalnya tuan-tuan dan puan-puan kerana bagi saya, di mana bumi kita pijak, di situlah langit kita junjung,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan luar teks 22-minit pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan pada petang Isnin, 7 Mei di sini.

Baginda seterusnya mengingatkan kembali ketika bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mula membuka Rancangan Tanah Felda setelah mendapat perkenan Ninda Baginda, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah.

Yang sehingga kini titah Baginda lagi, sudah ada 114 rancangan Felda di seluruh negeri yang dimanfaati oleh para peneroka dari pelbagai negeri termasuk ada antaranya sehingga menjadi jutawan.

MENGAMINKAN DOA... 


SEMUA UNTUK GENERASI MUDA

Selain peneroka generasi pertama sendiri titah Baginda, generasi kedua juga turut menikmati pembangunan yang dibawa oleh Felda dengan mereka disediakan perumahan sungguhpun masih perlu ditingkatkan lagi.   

KDYMM Pemangku Raja turut bertitah betapa, projek jalan 2-lorong, 2-hala Central Spine Road (CSR) dari Merapoh hingga ke Pelangai di negeri ini sedang rancak dibangunkan.

Begitu juga dengan projek ‘Bentong Bypass’ yang turut dalam pembinaan, yang akan dapat memendekkan perjalanan antara Bentong dengan Kuala Lumpur, begitu jugalah antara Bentong dengan laluan ke Kuantan.

“Ini adalah semua untuk generasi-generasi muda. Kalau nak suruh buat ‘twin tower’ kat sini mungkin tak mampu. Janganlah minta yang berlebih-lebihan, yang tak realistik,” titah Baginda lagi.

Yang oleh itulah, “Saya bersyukur bagi pihak Almarhum Ninda saya, bagi pihak Ayahanda saya dan saya berterima kasih kepada Kerajaan – takkan saya tak boleh kata Kerajaan Barisan Nasional.

MENELAAH... Kelihatan KDYMM Pemangku Raja dan paduka isteri, KDYTM Tengku Puan Pahang sedang menelaah sesuatu sambil Baginda menulis sesuatu di atasnya. 


BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN

“Takkan saya (nak) kata Kerajaan Jepun. Takkan saya (nak) kata Kerajaan Orang Putih,” titah Baginda yang segera mendapat tepukan hadirin.

“Saya mesti berterima kasih (kepada Kerajaan Barisan Nasional) kerana memberi peluang untuk menjayakan kaum kita, rakyat kita, Orang Melayu, Cina, India. Sebab itulah, kita jangan cepat, mudah, bukan lupa, tak ingat…,” titah Baginda lagi.  

Menyentuh tentang perpaduan, Baginda bertitah betapa sedih apabila mengetahui betapa, “… orang zaman sekarang berbagai-bagai haluan, berbagai-bagai fikiran, berbagai-bagai cara; nak menukar angin – angin puting beliung datang (i)kut sini, angin ribu (i)kut sana”.

Mengakui betapa Baginda bukanlah ‘orang politik’ lalu bukanlah undi yang diharapkan daripada rakyat tetapi yang dharapkan ialah doa dan kesayangan secara ikhlas daripada mereka terhadap Institusi DiRaja.

“… kerana Institusi DiRajalah yang dapat kita naungi, mudah-mudahan dapat mengekalkan perpaduan antara kita yang tinggal berbilang kaum khususnya orang Melayu, orang Cina, orang India, dan seterusnya,” titah Baginda yang menerima tepukan hadirin sekali lagi.

HADIRIN DALAM KALANGAN YANG MEMERLUKAN... Ini merupakan sebahagian daripada golongan yang memerlukan, yang menerima sumbangan daripada KDYMM Tuanku. 


HARI HOL, GENAP 44 TAHUN PEMERINTAHAN KDYMM SULTAN PAHANG

Baginda turut bertitah, hari ini ialah Hari Hol yang menandakan 44 tahun sudah kemangkatan Almarhum Ninda Baginda, Sultan Sir Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah.

Dan hari inilah juga menurut titah Baginda, genap selama 44 tahunlah sudah tempoh pemerintahan Ayahanda Baginda, KDYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.

Pada majlis ringkas tetap penuh bermakna petang Isnin ini, KDYTM Tengku Puan Pahang turut berangkat mengiringi KDYMM Pemangku Raja Pahang.

Selain Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob; yang turut hadir ialah Menteri Pengangkutan yang juga calon BN bagi Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai; bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Lim Ah Lek; serta, Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Azhar Arshad. – Khabar  





Sunday, 6 May 2018

Dan kempen serta ceramah BN diteruskan, dapat sambutan.

… malam ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan bersama-sama calon BN Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow dan calon BN DUN Sabai, Dato’ Goona hadir pada majlis di Rancangan Tanah Felda Sertik.

UCAPAN DATO' SRI DIRAJA ADNAN, PENYANDANG YANG JUGA CALON BAGI DUN PELANGAI... Selain Dato' Sri Liow dan Dato' Goona; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Zaini (dua dari kanan, separuh terlindung tiang) dan Encik Ahmad Nilhakim (kanan sekali). 


RANCANGAN TANAH FELDA SERTIK, BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob malam ini menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk bersama-sama calon-calon Barisan Nasional (BN) – Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabai, Dato’ R.Goonasekaran di sini.

Antara yang turut hadir pada majlis yang bermula kira-kira 9.30 malam ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Sri Zaini Salleh, dan, Ketua UMNO Bahagian Bentong, Encik Ahmad Nilhakim Abdul Rahim.  

Selain sesi ucapan, ketiga-tiganya turut beramah mesra dengan hadirin yang dalam kalangan peneroka rancangan tanah ini serta penduduk kampung tradisional di persekitaran.

Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kempen pilihanraya BN – selain daripada ziarah rumah ke rumah; pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang tinggal dua (2) hari lagi menjelang Hari Mengundi pada Rabu, 9 Mei.

Hasil tinjuan penulis setakat ini mendapati, sambutan rakyat terhadap aktiviti-aktiviti kempen BN adalah menggalakkan, yang secara tidak langsung membayangkan kemenangannya pada PRU-14 ini.

SAMBUTAN PENDUDUK/RAKYAT YANG TERUS MENGGALAKKAN PADA MAJLIS ANJURAN BN... 


BN NEGERI DIJANGKA RAIH KEMENANGAN – DUN DAN PARLIMEN

Dan kemenangan ini dijangka diraih bukan setakat peringkat DUN yang BN tandingi di kesemua 42 kerusi, juga di peringkat Parlimen (14 kerusi semuanya) dengan calon BN dijangka dapat membuat kejutan, merampas kembali kerusi-kerusi yang tewas pada PRU-13 lepas.

Apa-apapun, undi itu rahsia. Maka, kempen BN tetap diteruskan sehingga menjelang 12 tengah malam Selasa, 8 Mei, seterusnya menanti keputusan sebenar yang bakal diumumkan pada malam Hari Mengundi, Rabu, 9 Mei. 


MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN PEKEBUN-PEKEBUN CAMERON HIGHLANDS... Ini pula semasa Dato' Sri DiRaja Adnan hadir pada Program 'Engagement' Pekebun-pekebun Daerah Cameron Highlands petang Jumaat, 4 Mei di Dewan Serbaguna Tringkap, DUn Tanah Rata. 

Selain Dato' Sri Wan Rosdy Ismail, calon BN DUN Jelai (duduk, tiga dari kanan) ialah juga  
calon BN Parlimen Cameron Highlands, Dato' C.Sivarraajh (duduk barisan depan, empat dari kanan).  


SAMPAI PENUH DEWAN, MELIMPAH KE LUARNYA... Dikhabarkan, kira-kira 2,000 pekebun sayur dan bunga Cameron Highlands hadir pada program 'engagement' (perhubungan) petang Jumaat ini. – Khabar