Wednesday 25 November 2015

Fahami peranan 'political masters' dan penjawat awam sebagai pelaksana 'di belakang tabir'



“Perkhidmatan awam yang berkesan membolehkan ‘political masters’, ketua-ketua politik yakni penjawat-penjawat seperti Menteri (di peringkat nasional), di peringkat negeri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan;

“… bukan sahaja merancang tetapi dengan bantuan perkhidmatan awam, melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan,” kata Menteri Besar.

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 18-MINITNYA... Dalam pada turut menyebut mengenai inovasi sebagai memenuhi perkara yang dibincangkan pada majlis anjuran INTAN dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini; 

Yang turut diperkatakan ialah tentang peranan penjawat awam sendiri - yang seramai 1.606 juta ketika ini, demi melaksanakan tugas selaku pelaksana kepada segala dasar dan perkara yang diputuskan oleh Kerajaan yang dipimpin oleh 'political masters'.
 

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA SULTAN AHMAD SHAH (SASICC), KUANTAN – Kakitangan awam diingatkan kembali tentang peranan yang harus mereka mainkan selaku penggerak di belakang tabir, bagi membantu melaksanakan perancangan dan dasar-dasar yang diputuskan oleh ‘political masters’ mereka.

Ketika memberi peringatan ini dalam ucapan luar teks 18-minitnya merasmikan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 pagi Rabu, 25 November di sini, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata;

“Sejak dahulu lagi, negara kita boleh dikatakan mempunyai satu perkhidmatan awam yang sangat cekap sehingga boleh membantu negara mencapai kemajuan yang kita capai sehingga setakat ini.

“Kelicinan perkhidmatan awam memastikan juga kelicinan pemerintahan dan pengurusan negara.

“Perkhidmatan awam yang berkesan membolehkan ‘political masters’, ketua-ketua politik yakni penjawat-penjawat seperti Menteri (di peringkat nasional), di peringkat negeri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan;

MENYEMPURNAKAN SIMIK PERASMIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan menerima gading yang diserahkan oleh Dato' Dr Mazlan yang sebelum itu menerimanya daripada seorang kakitangan awam yang membawa masuknya dari luar Dewan. 

Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Muhammad Safian. 
 

‘POLITICAL MASTERS SHOULD BE GETTING THE LIMELIGHT’

“… bukan sahaja merancang tetapi dengan bantuan perkhidmatan awam, melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan,” katanya sambil menegaskan betapa ini adalah amalannya sejak era Kemerdekaan lagi.

“Kalaulah negara kita ini mencapai kejayaan dalam usaha membangunkan negara, ianya tidak lain tidak bukan, adalah hasil sumbangan besar perkhidmatan awam.

“Dan kalau misalannya kita dapat lihat kekurangan atau ada kelemahan dalam pengurusan, maka ia adalah juga disebabkan oleh perkhidmatan awam. Ini tidak dapat dielak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penjawat awam tentang prinsip undang-undang pentadbiran (administrative law), ada kalanya dikaitkan dengan undang-undang perlembagaan (constitutional law) yang turut menetapkan betapa, ‘civil service remains behind the curtain’.

“‘The one who gets the limelight are the political masters. Maknanya, kita perkhidmatan awam ini, ahli-ahli sentiasa di belakang tabir tapi nama gah dibolot oleh Menteri.

KHALAYAK DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM DARI SELURUH NEGARA, PADA MAJLIS PAGI RABU... 
 

POLITICAL MASTERS MUST PROTECT CIVIL SERVANTS AT ALL TIME

“Sebabnya mudah. Kita mengamalkan sistem demiokrasi. Kalau misalannya, dasar-dasar negara tidak popular, tidak diterima oleh rakyat; maka Kerajaan yang ada (pimpinan ‘political masters) pada hari ini akan jatuh.

“Oleh sebab itulah, sentiasa ahli-ahli perkhidmatan awam hanya menjalankan kerja tapi nama baik itu, kredit itu akan didapati oleh ‘political masters’ untuk tujuan politik, untuk tujuan pilihanraya. Ini kita kena faham,” katanya.

Dalam pada itupun, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut mengingatkan betapa, “… at the same time, the political masters must always protect at all time, the civil servant. If there is any mistakes committed by the civil servant, the political masters will try to protect – correct the mistake and protect the civil servants”.

Oleh sebab itulah juga katanya, bukan semua penjawat awam boleh mengeluarkan kenyataan akhbar melainkan penjawat awam-penjawat awam tertentu seperti pada peringkat Ketua Setiausaha (KSU) bagi kementerian-kementerian berkenaan.

“Tetapi saya dukacita sikit, sejak akhir-akhir ini, prinsip bahawa ‘political masters in the limelight’, (manakala) ‘civil servants (should remain) behind the curtains and (always) be the backroom boys’, sudah tidak diamalkan lagi.

PENJAWAT AWAM KITA SERAMAI 1.606 JUTA

“Kadang-kadang ada percanggahan, minta maaf cakap – antara Menteri dan KSU, antara KSU dan Menteri, kadang-kadang antara Menteri dengan Menteri, Menteri dengan Timbalan Menteri.

“Inilah tugas antara lain INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) untuk membetulkan. INTAN sebagai pusat latihan pegawai-pegawai pentadbiran awam, mesti mengenengahkan perkara ini supaya kita dapat membetulkan dan kita balik kepada asal,” katanya lagi .

Bilangan penjawat awam yang seramai 1.606 juta orang di negara ini juga katanya, adalah ramai berbanding dengan jumlah penduduk dan berbanding pula dengan jumlah penjawat awam di negara-negara lain.

Yang menunjukkan bahawa, penjawat awam-pejwata awam ini dengan sendirinya menurutnya, juga membentuk satu masyarakat tersendiri.

“Dan kalaulah semua jabatan, semua kementerian dapat memupuk satu semangat ‘esprit-de-corp’ dalam kalangan 1.606 juta ini maka mereka akan jadi satu tenaga yang kuat, yang boleh membantu Kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan keputusan untuk faedah rakyat,” kata lagi.

Selain Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; dan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis peringkat kebangsaan ini ialah Pengarah, INTAN, Dato’ Dr Mazlan Yusoff. – Khabar