Tuesday, 5 May 2015

Dato' Hasan - Ahli Parlimen kawasan Rompin yang baharu



“Whatever it is, it’s still a win but with smaller majority. We do understand that the voters are sending certain messages to the Government – whether Federal or State; and we’ll take note of them,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

MENANG TETAP MENANG, SUNGGUHPUN DENGAN MAJORITI YANG SEMAKIN KECIL... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Hasan; yang turut hadir malam Rabu ini ialah Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Hishammudin Hussein; serta, Setiausaha Agung UMNO, Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri sekali).
 

NOTA EDITOR;

Pada jam 10.27 malam, Selasa, 5 Mei di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuala Rompin yang dijadikan Pusat Penjumlahan Undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P091 Parlimen kawasan Rompin, Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Rompin, Dato’ Fadzilla Salleh telah naik ke pentas mengumumkan keputusan pilihanraya tersebut yang tempoh berkempen 13-harinya berlangsung antara 22 April hinggalah tengah malam Isnin, 4 Mei.

Bahawa kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Hasan Arifin menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Encik Nazri Ahmad, memang telah diduga begitu juga dengan majoriti yang merosot yang diperolehi oleh Dato’ Hasan kali ini, berbanding yang diperolehi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis semasa Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, tahun 2013.

Dato’ Hasan memperolehi 23,796 undi berbanding Encik Nazri, 14,901 undi. Undi tolak, 591. Menjadikan majoriti yang Dato’ Hasan perolehi cuma 8,895 undi berbanding semasa Allahyarham Tan Sri Jamaluddin dalam PRU-13, lebih 15,000 undi.  

Berikut disiarkan transkrip ulasan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN Negeri, pada persidangan media selepas pengumuman tersebut. Soalan-soalan lebih banyak dikemukakan oleh wartawan penyiaran daripada Kumpulan Media Prima, serta daripada portal berita mesra-BN, AgendaNews, dan, portal berita penyimpati (sympathizer) pakatan pembangkang, MalaysiaKini.        


DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUALA ROMPIN – Saya bagi pihak Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah dianugerahkan kemenangan. Dan kita menerima kemenangan ini dengan penuh keinsafan dan kesedaran, dengan penuh khusyuk dan tawadduk kepada Allah SWT.

Pada ketika yang sama, saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Hasan kerana dipilih sebagai Ahli Parlimen. Saya percaya, beliau boleh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen yang baik, berdasarkan kepada pengalaman yang ada padanya.

Selain dari itu, kita akan menilai semula isu-isu, masalah-masalah setempat sebagai contoh mengenai masyarakat Orang Asli. Saya akan memanggil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan juga Batin-batin seluruh negeri Pahang, untuk mendapatkan senarai masalah-masalah di kampung masing-masing.

Berdasar kepada itu, kita akan buat satu ‘blueprint’ bagi membangunkan masyarakat Orang Asli dan saya akan bawa perkara ini kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Perkara pertama yang saya akan berikan perhatian ialah bekalan air dan kedua ialah tempat untuk mereka mencari pendapatan atau asas ekonomi mereka.

SEMAK-MENYEMAK BUTIRAN/MAKLUMAT... Yang turut kelihatan dalam foto ini selain Dato' Sri DiRaja Adnan, Dato' Sri Hishammudin dan Dato' Hasan ialah, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil; dan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Ahmad Maslan (kanan sekali). 

Foto ini dirakam ketika sama-sama menantikan keputusan. 
 

TERIMA KASIH BUAT SEMUA JENTERA PARTI

Saya telahpun mengenal pasti dalam rangka berkempen ini, banyak tempat dan masih ada tempat yang boleh dimajukan dan insya-Allah, kita akan  minta anak syarikat Yayasan Pahang memajukan; dan, masyarakat Orang Asli yang patut dan layak akan diberikan (manfaatnya) dalam bentuk sistem saham.

Begitu juga dengan pengundi-pengundi yang lain. Kita akan tangani masalah mereka dengan sedaya-upaya.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kesemua jentera parti dan juga kepada pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan termasuklah pihak media, kerana dapat membuat liputan, dapat membantu perjalanan pilihanraya.

Dan saya beri penghargaan khas kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang telah dapat mengendalikan keamanan, ketenteraman awam dengan baik sekali di Rompin ini semasa kita menghadapi pilihanraya kecil ini.

(Kepada soalan kononnya dengan merosotnya majoriti yang diperolehi bermakna sokongan terhadap Perdana Menteri semakin mengecil maka BN di bawah kepimpinan beliau kelak, akan menyaksikan BN kalah pada PRU akan datang).  

SEMASA DITEMUBUAL MEDIA... 


REDUCED MAJORITY DUE TO LOW TURNOUT

That should not really be the case because in any by-elections, the tendency of the turnout of voters will (normally) be reduced. We cannot make comparison between a General Election and a By-election.

(Kepada soalan betapa dengan kira-kira 14,000 undi yang ia perolehi kali ini menandakan PAS masih mampu mengekalkan jumlah undinya itu berbanding BN).

That is very clear. That is why from Day 1, we take cognizant of this fact – that PAS will have their constant based of supporters – 14,000. (This was proven) for the past three (3) General Elections. So, we (have) expected that the figure would not change in this By-election; which is very true.

The reduced majority of Barisan Nasional was due to the fact of the low turnout (merely 74 percent), because of the long holiday. If the holiday is (granted) after voting, that’s different. This time, long holiday and then voting day. Many people have gone back to their places of work like Kuala Lumpur, and many other places.

Whatever it is, it’s still a win but with smaller majority. We do understand that the voters are sending certain messages to the government – whether Federal or State; and we’ll take note of them.

DALAM KERUMUNAN RAKAN-RAKAN MEDIA KITA... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan dikerumuni oleh satu lagi kumpulan media tempatan yang menanyakan hal yang kira-kira sama tentang keputusan PRK P091 Parlimen kawasan Rompin ini.
 

CONFIDENCE OF THE RAKYAT TOWARDS THE GOVERNMENT STILL EXISTS   

(Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang Kerajaan perkenalkan sejak 1 April lepas yang dikatakan membebankan rakyat dan PAS benar-benar menggunakannya sebagai bahan kempen utama dalam PRK ini).  

Well, everybody are aware of it. GST and Felda are the main issues. Of course there are  some dissentment among the people and we’ll have to deal with these big issues. And probably, hopefully, the Federal Government can do something to deal with these issues.

(Mengenai kononnya BN kehilangan undi Melayu kali ini).

No, no… Because, the majority – eight thousand something, short of 105 to make it 9,000; is all (due to) the contribution from all the voters – Malay, Orang Asli, Indians and Chinese.

Basically, the confidence of the people in the (BN) Government is still there. What we need to do is to continue serving them, continue to win the hearts and mind of them.

(Tentang pengundi Cina kembali menyokong BN).  

Of course (the Chinese are back supporting BN) but then you have got to remember the fact that, this is a by-election. Things might change in the General Election, so we cannot take things for granted.

'MAN OF THE HOUR'... 'Limelight' tentunya terjurus kepada calon BN kita, Dato' Hasan, yang kelihatan ditembual secara langsung menerusi stesen televisyen saluran RTM1 selepas diumumkan sebagai pemenang. 
 

STILL STRIVE TO WINNING THE HEARTS AND MIND OF THE RAKYAT

We (still) got to address their problems, and then tackle the people’s issues. See what we can do for them. We must show that we are trying our best to solve their problems.

(Kepada soalan tentang kemungkinan Kerajaan meminda atau memansuhkan pelaksanaan GST).

That is not for me to comment. Frankly, GST is a very good system of taxation and to places that I went to during this campaigning period – with little knowledge (that) I have, GST (as what) I understand that, at the point of production, there is no tax.

For example, a piece of cloth (if were to sell as it is, will not be incurred the GST). But once this piece of cloth is turned into trousers or shirts, whoever buy the shirts will be taxed.

In other words, you want to use something, you want to buy something, (then only) you are taxed. But then you got to remember, for the common people, essential items like cooking oil, these are not taxable.

MANIPULATION OF GST BY IRRESPONSIBLE PARTIES

What is causing the problem is, some irresponsible parties not really doing the right thing. For example, the SST (Sales and Services Tax) should not have been applied but in some cases, when people buy things, SST at 10 percent, is stil there;

And then, on top of that, they apply the six (6) percent of GST when it should be done this way – that is, minus 10 percent SST, apply the 6 percent GST, then the people would have gained by 4 percent.

But I think somewhere, some place, sometime, we do not apply the right communicational skill to the people. We don’t explain well.

(Mengenai pembangkang gemar mengelirukan rakyat/pengundi).  

Pembangkang ini, kalau saya jadi pembangkangpun, saya akan timbulkan pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat. Kalau ‘you’ tak boleh menangkan hati mereka, ‘confuse’kan mereka. Itu taktik yang digunakan oleh pembangkang.

ONE LIKE A FATHER, THE OTHER LIKE AN ELDER BROTHER  
                              
(Fasal hudud pula, yang dikatakan menjadi bahan kempen pembangkang pada saat-saat akhir kempen sebelum pengundian).  

That was their way to woo the non-Malay voters especially the Chinese. But among the Malay voters, with due respect to them, I didn’t think that is really an issue.

(Soalan tentang kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib turut ditanya, betapa dengan kemenangan tipis ini ‘will give Tun M more bullets to attack DS Najib’).

Well, I can’t comment because Tun M is like my father; the Prime Minister is like my elder brother. – Khabar               


Monday, 4 May 2015

Proses pengundian PRK Rompin dijangka lancar



“Pihak polis telah mengatur segala langkah keselamatan dan Rompin ini adalah tempat yang aman, tenteram; tidak seperti di kota, di bandaraya – keadaan berpusu-pusu, sibuk dan sebagainya,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan mengenai hari pengundian PRK Parlimen kawasan Rompin ini esok, Selasa, 5 Mei .

'DELAYED TELECAST'... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyatakan sesuatu mengenai hari pengundian esok dalam rakaman oleh kru TV3 sebaik-baik selepas persidangan media pada tengah hari Isnin ini, yang kemdian disiarkan dalam Buletin 1.30 pada 1.30 petang Isnin yang sama. 
 

TAPAK PROJEK PR1MA NEGERI PAHANG, PONTIAN JAYA, MUKIM PONTIAN, ROMPIN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menjangkakan, proses pengundian pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin esok, Selasa, 5 Mei, akan berjalan lancar.

“Perjalanan pengundian saya percaya, akan berjalan lancar,” katanya pada temubual eksklusif dengan sebuah portal berita tempatan pagi Isnin, 4 Mei di sini, ketika diminta mengulas tentang Hari Pengundian PRK Parlimen kawasan Rompin ini, esok.

“Pihak polis telah mengatur segala langkah keselamatan dan Rompin ini adalah tempat yang aman, tenteram; tidak seperti di kota, di bandaraya – keadaan berpusu-pusu, sibuk dan sebagainya,” katanya lagi;

Seterusnya beliau menambah kata betapa, “… saya menjangka, pada akhirnya, calon Barisan Nasional Dato’ Hasan Arifin akan dipilih oleh pengundi-pengundi”.
  
Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri turut berkata betapa beliau telah mengutarakan nama Dato’ Hasan, yang kemudian dipersetujui oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak. 

ATAS KERUSI KAPTEN...  Selesai sahaja majlis di Pontian Jaya, Dato' Sri DiRaja Adnan bergegas pula ke Terminal Jeti Tanjung Gemok yang bersempadan dengan Mersing, Johor; bagi melancarkan perkhidmatan feri terbaharu Tanjung Gemok-Pulau Tioman-Tanjung Gemok. 

Kelihatan beliau sedang diberi penerangan mengenai feri tersebut oleh pemilik syarikat yang mengendalikannya, Syed Rizalman (kanan sekali).  
 

KETENGAHKAN DATO’ HASAN YANG BERPENGALAMAN

“… dan kita (BN) mengenengahkan Dato’ Hasan sebagai calon Barisan Nasional. Beliau seorang yang berpengalaman, (bekas) ahli Dewan (Undangan) Negeri, (bekas) ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar.

“Individu seperti ini bermakna, mempunyai ‘credential’, mempunyai kelayakan yang penuh yang kalau kita gunakan sepenuhnya, memilih beliau sebagai ahli Parlimen, saya pasti beliau boleh berikan khidmat terbaik bagi pengundi-pengundi di Rompin,” katanya lagi .

Kepada soalan mengenai jangkaan peratusan keluar mengundi esok katanya, faktor itu sememangnya penting dalam usaha untuk mendapatkan majoriti yang banyak oleh calon BN kita.

“Tetapi yang akhirnya bagi sayalah, kita lebih perlu mengirakan peratusan undi yang kita dapat berbanding dengan pihak yang satu lagi. Bukannya majoriti sangat.

“Pilihanraya kecil biasanya, (peratusan) keluar mengundi ini kadarnya agak rendah sikit. Tapi, kita sedaya-upada mencuba supaya lebih ramai pengundi akan keluar (untuk mengundi),” katanya lagi. 

RUANG PENUMPANG YANG SELESA... Dato' Sri DiRaja Adnan yang diiringi Dato' Mohd Johari, sedang meninjau ruang penumpang yang selesa ini. – Khabar
  

Penambah-baikan kepada PR1MA Negeri Pahang



… daripada projek rumah berkembar berharga RM150,000 sebuah yang kini, 27,000 dalam pembinaan – melepasi sasaran akujanji 15,000 buah (2014 – 2018); kepada projek rumah teres berharga RM80,000 pula.

“Pokoknya, tak adalah Kerajaan sebaik macam Kerajaan Malaysia, macam Kerajaan Pahang ini.

“Kerajaan luar negara tak tahulah, tapi Kerajaan Pahang, Kerajaan Malaysia, tak ada kerja lain (selain) mencari jalan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat,” kata Menteri Besar.

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 27-MINITNYA... 


TAPAK PROJEK PR1MA NEGERI PAHANG, PONTIAN JAYA, MUKIM PONTIAN, ROMPIN – Setelah kejayaan semakin terserlah dengan kini, kira-kira 27,000 unit rumah berkembar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang berharga RM150,000 sedang dalam pembinaan;

Kerajaan Negeri kini bercadang melakukan penambah-baikan kepada program PR1MA Negeri Pahang ini dengan cadangan pembinaan rumah teres berharga RM80,000 sebuah pula.

“Sekarang ini, kita akan buat pula rumah yang berharga RM80,000 ke bawah,” Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengumumkan dalam ucapan luar teks 27-minitnya pada Majlis Pelancaran PR1MA Negeri Pahang bagi Pontian Jaya pagi Isnin, 4 Mei, di sini.

“Kita dah beritahu mana-mana (pihak) yang berminat, dia boleh buat rumah (berharga) RM80,000 ke bawah. Mungkin separuh daripada projek dia – kalau 100 buah rumah dia  buat, 50 (buah) kena buat RM80,000 ke bawah, yang lain itu ikut dialah.

“Mungkin ada (rumah yang dibina dan dijual dengan harga) RM1 juta satupun, tak apa, sebab dia boleh jual rumah itu untuk ‘cover’ kos buat rumah RM80,000,” beliau menambah kata.

PECAHLAH SUDAH, TANAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengendalikan jengkaut bagi menyempurnakan majlis pecah tanah tapak PR1MA Negeri Pahang di Pontian Jaya ini.


KOMITMEN TINGGI HASILKAN KEJAYAAN PR1MA NEGERI

Menurutnya lagi, telahpun ada ‘satu-dua’ pemaju yang datang berjumpa dengannya serta menyatakan kesanggupan untuk terlibat dalam pembinaan rumah yang di bawah harga RM80,000 sebuah ini.

Dalam ucapan yang sama sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan menjelaskan betapa PR1MA Negeri Pahang ialah usaha Kerajaan Negeri untuk lengkap-melengkapi kepada usaha Kerajaan Persekutuan dengan program PR1MAnya.

Tak sampaipun dua (2) tahun pelaksanaan dengan janji membina 15,000 buah dalam tempoh lima (5) tahun antara 2014 dan 2018 sepertimana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lepas katanya, 69 projek dengan kira-kira 27,000 buah rumah kini sedang dalam pembinaan.

“Rupa-rupanya, (dalam tempoh) setahun sahaja, hampir 18 - 20,000 (buah sudah mula proses pembinaan). Dua (2) tahun baharu (selepas) pilihanraya ini, kita sudah dapat 27,000 (buah). Bayangkan.

“Apa sebab? Sebab, orang sekarang kata, komitmen. Orang selalu berkata, kesungguhan kita untuk memberikan rumah kepada rakyat maka, mana tapak-tapak yang sesuai yang pemaju minta, kita beri dan kita permudahkan.

YANG TURUT HADIR PAGI ISNIN... 
 

PREMIUM RENDAH BAGI KAWASAN PAYA YANG HENDAK DIBANGUNKAN

“Kita bawa cepat, jabatan teknikal semak kemudian itu kita lulus dalam (Mesyuarat) Exco (Kerajaan Negeri), lepas itu kita tidak membebankan pemaju-pemaju,” katanya sambil menoleh ke arah pemaju berkenaan, Encik Goh Tian Soo yang kelihatan mengiyakan.

Pada kebiasaan katanya lagi, kos tertinggi dalam membangunkan satu-satu projek perumahan ialah pada kadar premium yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas tanah-tanah Kerajaan yang para pemaju hendak bangunkan.

Demi mempermudahkan, Kerajaan Negeri mengenakan premium berpatutan, malah memberikan potongan yang tinggi antara 50 peratus hingga ke tahap ‘nominal’ jika tanah yang terlibat memerlukan kerja-kerja tanah yang besar, katanya.

“Kalau tanah macam ini, (bekas) paya,” katanya lagi, merujuk kepada kawasan persekitaran yang lebih rendah berbanding Jalan Kuala Rompin-Tanjung Gemok bersebelahan, yang lebih tinggi kedudukannya;
                                                                                         
“… kena (lakukan kerja-kerja) menimbun. Kalau tanah macam ini, premiumnya kita bagi kurang. Ada tempat kita beri (diskaun) 50 peratus.

DI PAHANG, KITA PERMUDAHKAN

“Maknanya, di negeri Pahang ini, kita permudahkan. Sebab, yang kita hendak, rumah supaya rakyat boleh membeli,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

“Pokoknya, tak adalah Kerajaan sebaik macam Kerajaan Malaysia, macam Kerajaan Pahang ini,” katanya yang disusuli tepukan hadirin secara spontan.

“Kerajaan luar negara tak tahulah tapi Kerajaan Pahang, Kerajaan Malaysia, tak ada kerja lain (selain) mencari jalan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat,” katanya lagi.

Selain Encik Goh yang juga Pengarah, Genuang Mineral Resources Sdn Bhd; antara yang turut hadir ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohamad Jaafar; Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;

Pengerusi, Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Mohd Johari Hussain yang juga wakil rakyat setempat (BN – Tioman); Pegawai Pembangunan Negeri, Dato’ Roslan Harun; dan, Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (B-Pen), Dato’ Suhaimi Yunus. – Khabar


Sunday, 3 May 2015

Saham untuk Orang Asli!



… di empat kampung bersebelahan ladang kelapa sawit 810 hektar milik anak syarikat Yayasan Pahang

LAWATAN KE BILIK DARJAH... Selepas merasmikan pelancaran dan penyerahan sumbangan Kit Kelas Abad 21 oleh Pelaburan MARA Bhd kepada SK Muadzam Jaya, Muadzam Shah pada petang Isnin, 3 Mei; Dato' Sri DiRaja Adnan turut melawat bilik darjah yang menyediakan peralatan-peralatan daripada kit berkenaan. 

Selain calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin, Dato' Hasan Arifin (bersongkok, di belakang Dato' Sri DiRaja Adnan) ialah Pengerusi, Pelaburan MARA Bhd, Dato' Suhaimi Shahadan (sebelah kiri Menteri Besar)    
 
KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT LEPAS, ENDAU, ROMPIN – Kerajaan Negeri bersetuju memberi saham kepada Orang Asli di empat kampung yang bersebelahan  kawasan untuk tanaman kelapa sawit seluas 810 hektar (2,000 ekar) berhampiran Kampung Orang Asli Mentelong dekat sini, oleh anak syarikat Yayasan Pahang (YP).  

Jumlah mereka yang terlibat ialah seramai 292 orang, yang merupakan ketua-ketua keluarga dari kampung-kampung Orang Asli Bukit Lepas ini sendiri; Sungai Mok; Denai; dan, Mentelong.

Anak syarikat YP itu pula ialah YP Plantation Holdings Sdn Bhd (YPPH), yang sememangnya terkenal sebagai syarikat perladangan kelapa sawit berjaya, hingga mampu menyumbang hasilnya kepada YP untuk kemudian dibelanjakan dalam bentuk penyediaan bantuan-bantuan pendidikan untuk anak-anak Pahang.   

“Kita akan buatkan – ditebang-tebaskan; diperun – perun ni makna bakar; lepas itu ditanam. Dalam tempoh tiga (3) tahun ianya akan berhasil (dan) kita akan bagi mereka ini (292 Orang Asli tersebut) dalam bentuk saham,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media.

“Yayasan Pahang (menerusi YPPH) akan bangunkan, kita akan tolaklah kos-kos pembangunan tu, dan kita akan bagi keuntungan itu kepada masyarakat Orang Asli di empat buah kampung ini,” katanya lagi. .

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 26-MINITNYA... Majlis di SK Muadzam Jaya ini menyusul selepas majlis di Kampung Bukit Lepas, Endau pada sebelah pagi. Selepas majlis ini, Dato' Sri DiRaja Adnan menghadiri pula majlis pecah tanah masjid Bandar Setelit Muadzam Shah anjura pemaju hartanah di situ - Kenchana Bersatu Sdn Bhd; sebelum melakukan lawatan-tinjau ke beberapa lagi kampung Orang Asli di Muadzam Shah ini. 
 

‘BURUK SEBUT, BAIK TIBA’

Beliau berkata demikian ketika wartawan meminta beliau mengulas mengenainya, yang pertama kali diumumkan dalam ucapan luar teks 22-minitnya sempena Majlis Sumbangan Awal Saham dan Bantuan Pendidikan bagi masyarakat Orang Asli dari keempat-empat kampung berkenaan pada pagi Isnin, 3 Mei di sini.      

Menurutnya, saham yang akan diberikan ini pula akan boleh diwarisi oleh sama ada balu ataupun anak-anak kepada pemegang asal saham ini. “… ‘buruk sebut, baik tiba’, maknanya, kita sebut benda buruk tapi kita harap baik tiba;

“… katalah ada (pemegang asal saham ini) yang mati, (maka) saham tu boleh dipindahkan kepada waris dia sama ada balu dia atau anak dia. Makna, (pemilikan saham itu adalah) berterusan,” katanya lagi.

Beliau berkata, idea pengenalan kepada pemilikan saham oleh masyarakat Orang Asli ini ialah ekoran rungutan masyarakat Orang Asli Kampung Denai yang mempersoalkan usaha YPPH membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan seluas 324 hektar (800 ekar) bersebelahan kampung tersebut.      

Sedangkan dakwa mereka katanya, kawasan yang dibangunkan itu telah sebelum itu mereka memohon untuk memilikinya lalu timbul persoalan tentang kawasan yang dipohon ‘telah diambil-alih oleh orang lain’.

TIDAK BERI GERAN

“Kita sebagai Kerajaan yang prihatin, kita telah ambil keputusan  ada sebelah lagi kawasan itu, ada 2,000 ekar… Jadi, saya telah minta anak syarikat Yayasan Pahang – YPPH, untuk dibangunkan.

“Hasil tu diberi kepada Orang Asli dari empat kampung (berdekatan) – Kampung Denai, Kampung Mentelong, Kampung Bukit Lepas dan Kampung Sungai Mok. 

“Kita tidaklah beri geran, dua ekar ke, empat ekar ke, tidak… Sebabnya, biasanyalah yang saya tahu, bila dapat geran ini orang berjual. Atau yang keduanya, bila dapat geran, tanah itu tak berbuat (diusahakan), dia tinggal begitu sahaja.

“Jadi Yayasan Pahang (menerusi YPPH) akan buatkan,” kata Dato’ Srti DiRaja Adnan lagi dan menambah kata betapa, perincian diperlakukan lagi dalam  menentukan ‘sifir’ sebenar ke arah pembahagian saham-saham tersebut.

Pada persidangan media yang sama, beliau diminta mengulas kenyataan akhbar Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak semalam, yang mengumumkan penurunan harga jualan sebuah rumah untuk generasi kedua Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000.

ALU-ALUKAN PENGUMUMAN PM

Sambil mengalu-alukan keputusan itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan menyebut tentang betapa ia menggambarkan keprihatinan Perdana Menteri dalam mendengar rintihan rakyat khususnya generasi kedua Felda tentang program perumahan berkenaan.

Bagaimanapun beliau berharap, bank-bank tempatan haruslah mempermudahkan langkah memberikan kemudahan pinjaman perumahan kepada generasi-generasi kedua ini yang kebanyakan pula bekerja sendiri lalu tidak mempunyai slip gaji bulanan sebagai bukti tentang pendapatan mereka.

“Sayapun dapat tahu juga daripada seorang pemaju perumahan PR1MA Negeri Pahang. Daripada 200 orang (yang pohon pinjaman perumahan untuk membeli unit PR1MA Negeri), hanya 60 orang yang dapat pinjaman bank.

“Kalau boleh, Bank Negara mengenakan syarat yang longgar, mengarahkan bank-bank tempatan untuk memudahkan terma-terma pinjaman itu, mungkin lebih ramai lagi rakyat yang mendapat faedah,” katanya lagi.
                       
Yang turut hadir ialah ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Mohd Johari Hussain yang juga wakil rakyat setempat (BN – Tioman) dan Dato’ Abu Bakar Harun; ahli Dewan Negara mewakili Orang Asli, Dato’ Olian Abdullah;

Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri, Encik Isa Hamid; dan, Pengurus Besar, YPPH, Encik Kamaruddin Koskani Abdul Hamid. – Khabar