RIANG GEMBIRA PEMIMPIN DENGAN RAKYAT... Seorang daripada peneroka sedang menerima 'durian runtuh'nya daripada Dato' DiRaja Adnan pada majlis di Dewan Semai Bakti, Rancangan Tanah Felda Jengka 5 yang turut dirasmikan pada pagi Khamis itu.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Bertuah sungguh para peneroka rancangan tanah Felda khususnya di Pahang.
Mereka ialah penerima ‘durian runtuh’
paling ramai yang sekaligus paling besar nilainya di seluruh negara!
Jumlah
keseluruhan peneroka di negeri ini ialah 43,125 orang iaitu 15,050 orang dari
rancangan tanah-rancangan tanah Felda di bawah pentadbiran Felda Wilayah
Kuantan;
Seramai
14,957 orang dari rancangan tanah-rancangan tanah Felda di bawah pentadbiran
Felda Wilayah Jengka; dan, 13,118 orang dari rancangan tanah-rancangan tanah
Felda di bawah pentadbiran Felda Wilayah Mempaga.
Dengan
jumlah ini dan pula nilai ‘durian
runtuh’ RM15,000 satu keluarga sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak pada Selasa, 8 Mei lepas di Rancangan Tanah
Felda Jengka 8, Jerantut, maka nilai keseluruhan ‘durian runtuh’ di negeri ini
ialah RM647 juta!
(PENGIRAAN
: 43,125 peneroka X RM15,000 untuk sekeluarga = RM646,875,000).
MESRA-RAKYAT JADI AMALANNYA... Sepertimana Dato' Sri DiRaja Adnan terkenal dengan sikap 'Mesra-Rakyat'nya, ia dibalas oleh rakyat pula yang kelihatan mesra dengan pemimpin mereka. Benarlah kata orang, demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri, 'it takes two to tango'.
LEBIH SEPERTIGA ‘DURIAN
RUNTUH’ MILIK PENEROKA DI PAHANG
Ini
sahaja merupakan kira-kira 38 peratus atau lebih sepertiga daripada keseluruhan
nilai ‘durian runtuh’ yang akan
dinikmati sepenuhnya oleh kira-kira 112,635 orang peneroka di seluruh negara
yang sebanyak RM1,689 juta (atau, RM1.689 billion).
Hanya
beberapa hari selepas pengumuman tersebut (8 Mei), para peneroka telahpun
menerima cek masing-masing bagi fasa 1 yang melibatkan RM5,000 kepada peneroka
dahulu.
Kemudian,
baharulah disusuli dengan fasa 2 lagi RM5,000 untuk isteri peneroka, akhirnya
fasa 3 lagi RM5,000 untuk seorang anak peneroka yang tarikhnya belum ditetapkan
lagi.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkesempatan menyerahkan ‘durian runtuh’ fasa 1 ini kepada 1,432
peneroka dari rancangan tanah-rancangan tanah Felda Kemasul (seramai 449
orang), Sungai Kemahal (428 orang), dan Chemomoi (555 orang) yang belangsung
pada pagi Sabtu, 19 Mei di Dewan Orangramai, Rancangan Tanah Felda Kemasul,
Bentong.
Beliau
hadir ke majlis penyerahan ‘durian
runtuh’ itu bukan sahaja sebagai pemimpin nombor satu negeri, tetapi juga
sebagai wakil rakyat di sana (BN – Pelangai) yang turut mencakupi ketiga-tiga
rancangan tanah Felda berkenaan.
RASMILAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menurunkan tandatangannya pada plak khas sempena merasmikan Dewan Semai Bakti. Selain wakil rakyat Dato' Shahaniza Shamsuddin (dua dari kanan) (BN - Kuala Sentul), yang turut kelihatan ialah ahli parlimen, Dato' Ismail Mutalib (berbatik hijau) (BN - Maran), Ketua Pergerakan Wanita Pahang, Dato' Rosni Zaahari (belakang Dato' Ismail), wakil rakyat Dato' Ahmad Munawar Abdul Jalil (BN - Luit), dan Pegawai Pembangunan Negeri, Dato' Zulki-fly Osman (hujung sekali).
‘BERIKAN ‘DURIAN
RUNTUH’ KEPADA ISTERI’
Selang
lima (5) hari kemudian, pada pagi Khamis, 24 Mei, Dato’ Sri DiRaja Adnan berada
pula di Dewan Semai Bakti Felda di Rancangan Tanah Felda Jengka 5, Maran yang
turut dirasmikannya, bagi menyampaikan ‘durian
runtuh’ fasa 1 kepada para peneroka Rancangan Tanah Felda Jengka 5 dan 4.
Jumlah
keseluruhan ialah 507 orang iaitu 267 orang dari Rancangan Tanah Felda Jengka 5
sendiri, dan lagi 240 orang dari Rancangan Tanah Felda Jengka 4 yang bersebelahan.
Seorang
daripada peneroka Jengka 4 ini ialah dalam kalangan lapan (8) peneroka yang pada
Mac lepas, mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang penyenaraian FGVH yang
kemudian, perintah ‘injunction’ sementara
yang diambil dan diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Kuantan itu diketepikan
oleh mahkamah yang sama.
Beliau
– Encik Samat Lebai Yusof, bagaimanapun tidak hadir pada majlis pagi Khamis itu
kerana dikatakan pulang ke kampungnya di utara.
Ada
nasihat yang disampaikan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam ucapannya pada
majlis tersebut kepada Encik Samat – berikan sahaja wang ‘durian runtuh’ yang akan diambilnya kelak kepada isterinya.
Mengenai
Dewan Semai Bakti tersebut kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia melibatkan kos
kira-kira RM740,000 dengan kapasiti 1,000 orang atau lima (5) kali ganda
daripada balai raya yang digunakan sebelumnya, yang hanya boleh memuatkan 200
orang. – Khabar
DURIAN RUNTUH DI KEMASUL... Ini pula ialah rakman foto sempena penyampaian durian runtuh fasa 1 untuk para peneroka di rancangan tanah-rancangan tanah Felda Kemasul, Sungai Kemahal dan Chemomoi.
KOMITMEN TINGGI SEORANG MENTERI BESAR... Komitmen tinggi Dato' Sri DiRaja Adnan dalam menjelaskan lagi isu tentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) tidak dapat disangkal lagi. Begitulah tinggi hinggakan beliau kelihatan segak dan tegas memperjuangkan FGVH dalam pakaian organisasi Felda sendiri!
Foto ini dirakam semasa Dato' Sri DiRaja Adnan meluangkan masa mengadakan persidangan media selepas selesai menyampaikan 'durian runtuh' kepada kesemua 1,432 peneroka bagi ketiga-tiga rancangan tanah Felda dalam kawasan Pelangai itu.
MATA KE MATA;
*** Jumlah
keseluruhan peneroka di negeri ini ialah 43,125 orang; 15,050 orang dari Wilayah
Kuantan; 14,957 orang dari Wilayah Jengka; dan, 13,118 orang dari Wilayah
Mempaga.
*** Ini sahaja
merupakan kira-kira 38 peratus atau lebih sepertiga daripada keseluruhan nilai
‘durian runtuh’ yang akan dinikmati sepenuhnya oleh kira-kira 112,635 orang
peneroka di seluruh negara yang sebanyak RM1,689 juta (atau, RM1.689 billion).
*** Menteri
Besar hadir menyampaikan ‘durian runtuh’ fasa 1 kepada 1,432 orang peneroka
meliputi rancangan tanah-rancangan tanah Felda Kemasul, Kemahal dan Chemomoi, kemudian
selang lima (5) hari kepada 507 orang
meliputi Felda Jengka 5 dan 4.
*** Rancangan
tanah Felda Jengka 5 dapat dewan orangramai baharu bernilai RM740,000.