…
saranan Menteri Besar kepada pemimpin-pemimpin akar umbi termasuk badan-badan
bukan kerajaan
MENDEKATI RAKYAT... Di bawah panas terik matahari -- luar dari pentas utama dan rostrum di bawah khemah VVIP, Menteri Besar berucap demi mendekatkan dirinya kepada mereka yang hadir pada majlis di Kampung Desa Baru Purun ini.
KAMPUNG DESA
BARU PURUN, KERDAU, TEMERLOH – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob menyarankan para pemimpin akar umbi termasuk dalam kalangan badan-badan
bukan kerajaan (NGO) supaya tidak setakat menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’,
tetapi juga ‘tangan’ Kerajaan.
Sebagai
‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan katanya pada persidangan media selepas
merasmikan program Mesra Rakyat pada tengah hari Selasa, 12 Jun d sini, peranan
itu ialah bagi mendekati seterusnya mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh rakyat.
Sebagai
‘tangan’ Kerajaan pula, ialah
melakukan kerja-kerja lanjutan termasuk memaklumkan masalah-masalah tersebut
menerusi saluran Kerajaan seperti kepada wakil-wakil rakyat, Pegawai Daerah
(DO), ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri mahupun Menteri Besar.
Ekoran
daripada itulah katanya, bantuan dapat disalurkan dalam tempoh yang wajar seterusnya
dapat menangani serta mengatasi apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat-jelata.
“Saya ingin
mengulang untuk kesekian kali iaitu peranan pemimpin-pemimpin peringkat akar
umbi seperti ketua kampung, ketua-ketua badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti
Komuniti 1Malaysia;
CEK BESAR, NILAIPUN BESAR... Kata dikota, janji ditepati. Maka pada tengah hari Selasa itu, para belia dari tiga (3) kampung berkenaan -- Desa Baru Purun, Teluk Sentang dan Badok, benar-benar diserahkan cek peruntukan bagi mengusahakan penternakan ikan sangkar di tebing Sungai Pahang berdekatan.
TIDAK PULA BOLEH
SALUR PERUNTUKAN SEKEHENDAK HATI
“Mereka ini
perlu memainkan peranan bukan setakat sebagai mata dan telinga, dia tangan juga
mesti berjalan. Iaitu, dia nampak ada masalah kampung, katalah orang miskin,
tak ada orang menjaga sebagainya.
“Dan dia pasang
telinga, apa cerita dia pergi tengok, tangan dia buatlah surat, beritahu wakil
rakyat, beritahu DO, beritahu Exco, beritahu Menteri Besar. Sebab, Kerajaan ada
peruntukan untuk tolong orang-orang sedemikian,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
Sungguhpun
begitu katanya, Kerajaan tidaklah pula boleh menyalurkan peruntukan-peruntukan
tersebut sewenang-wenangnya kecuali kepada mereka yang benar-benar layak
memperolehinya.
“Kalau kita
menyalurkan sekehendak hati, ramailah yang menjadi orang ‘miskin’ pula. Kitapun
nak jadi ‘miskin’ kalau (dengan) menjadi ‘miskin’ dapat duit banyak,” katanya
mengingatkan.
Dato’
Sri DiRaja Adnan merasionalkan saranannya tentang keperluan para pemimpin akar
umbi menjadi bukan setakat ‘mata’
dan ‘telinga’, malah sebagai ‘tangan’ Kerajaan itu.
TURUN PADANG
JENGAH/ZIARAH YANG MEMERLUKAN
Ia
berdasarkan beberapa siri amalan turun padangnya secara spontan serta luar
jadual asal khususnya semasa menjengah dan menziarahi ke rumah-rumah
golongan-golongan yang memerlukan.
“Sebab saya
pergi banyak tempat. Bila saya memanjat rumah-rumah orang miskin (serta yang
memerlukan) ini, orang sakit terlantar; pada masa itulah baharu ketua kampung,
penghulupun mendapat tahu (tentang masalah penduduk berkenaan),” katanya.
“Maknanya,” kata Menteri
Besar lagi, “Pemimpin peringkat akar
umbi ini penting. Mereka dapat menyalurkan maklumat kepada wakil rakyat
sebagainya, orang ni (kemudian) dapat dibantu (yang kerana itulah, baharulah) bermakna
mereka telah memainkan peranan yang sangat besar”.
“Bayangkan, kalau
mereka (pemimpin akar umbi) tidak memainkan peranan, (lalu menyebabkan) orang
yang patut dapat bantuan terabai…,” katanya sambil menegaskan betapa
saranannya ini tidak pula menandakan pemimpin-pemimpin ini telah mengabaikan
peranan masing-masing.
Saraannya
itu dibuat sedemikian rupa dengan harapan agar ‘keadaan ini diperbaiki lagi’ selain meningkatkan lagi kecekapan
mereka supaya banyak maalah yang dihadapi leh rakyat-jelata dapat dtangani dan
diatasi.
PECAHKAN TANAH... Yang akan memanfaati daripada usaha ini ialah kira-kira 100 penduduk kampung yang bakal menerima kira-kira sesuku ekar seorang.
ORANG PASPUN TERIMA
SURATAN HAKMILIK FELCRA
“Contoh mudah, wakil
rakyat datang bercakap, berjanji macam-macam. Ah… kita akan beri tiga kampung
56 sangkar (ikan). Wakil rakyat berjanji, Menteri Besar pula mengulang lagi,
benda (sangkar ikan) tak sampai, rakyat marah.
“Sebenarnya
bukannya kita mungkir janji. Terlampau banyak sangat yang kita nak buat
sehingga kita lupa. Ha… itu kerja dia orang (para pemimpin akar umbi untuk) mengingatkan
kita.
“Saya berterima
kasih sebabnya penduduk di kawasan Desa Baru Purun in selalu mengingatkan kita,
proaktif. Sehingga hari ini, Kerajaan membelanjakan hampir setengah juta
ringgit (RM500,000) untuk tiga buah kampung bagi projek sangkar ikan,” katanya.
Pada
program Mesra Rakyat itu, selain Menteri Besar menyerahkan cek bernilai RM498,000
bagi aktiviti ekonomi penternakan ikan sangkar kepada belia-belia di kampung
ini sendiri serta dua (2) lagi kampung berdekatan iaitu Kampung Teluk Sentang
dan Kampung Badok;
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut menyerahkan suratan hak milik sebagai peserta Felcra
Kampung Berhala kepada 126 orang termasuk Encik Hasanuddin Salim (yang mewakili
ayahnya) – calon PAS yang menentang calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim
Syed Ahmad pada pilihanraya kecil kawasan Kerdau, tahun lepas.
PEMIMPIN YANG PRAKTIKAL, MENERUSI GERAK-KERJA PRAKTIKAL JUGA.... Apakah kenderaan yang lebih wajar dan praktikal untuk melakukan lawat-tinjau projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar selain daripada motosikal?
Dengan bermotosikallah, Dato' Sri DiRaja Adnan meninjau dua (2) unit gerai yang dibiayai oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kemudian ke tebing Sungai Pahang yang berdekatan yang dikenal pasti sebagai tapak bagi usaha penternakan ikan sangkar.
LAGI 12.2 HEKTAR
UNTUK PEMBESARAN KAMPUNG
Beliau
kemudian turut diberi penghormatan bagi merasmikan tapak 12.2 hektar (30 ekar)
di kawasan berhampiran, untuk dijadikan tapak pembesaran kampung sedia ada melibatkan
100 orang, masing-masing seorang menerima suku ekar.
Selain
Syed Ibrahim (BN – Kerdau) sendiri, yang turut hadir ialah Dato’ Mohamad Jaafar
(BN – Jenderak) serta Pengurus Besar Felcra Pahang, Dato’ Mohd Ghazali Karim. –
Khabar
MATA KE MATA;
*** Sebagai
‘tangan’ Kerajaan pula, ialah melakukan kerja-kerja lanjutan termasuk memaklumkan
masalah-masalah tersebut menerusi saluran Kerajaan seperti kepada wakil-wakil
rakyat, Pegawai Daerah (DO), ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri mahupun Menteri
Besar.
*** “Sebab saya
pergi banyak tempat. Bila saya memanjat rumah-rumah orang miskin (serta yang
memerlukan) ini, orang sakit terlantar; pada masa itulah baharu ketua kampung,
penghulupun mendapat tahu (tentang masalah penduduk berkenaan).”
*** “Contoh
mudah, wakil rakyat datang bercakap, berjanji macam-macam. Ah… kita akan beri
tiga kampung 56 sangkar (ikan). Wakil rakyat berjanji, Menteri Besar pula
mengulang lagi, benda (sangkar ikan) tak sampai, rakyat marah.
*** Dato’ Sri
DiRaja Adnan turut menyerahkan suratan hak milik sebagai peserta Felcra Kampung
Berhala kepada 126 orang termasuk Encik Hasanuddin Salim (yang mewakili
ayahnya) – calon PAS yang menentang calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim
Syed Ahmad pada pilihanraya kecil kawasan Kerdau, tahun lepas.