…
selain tema Sukan Malaysia XV Pahang 2012 – Sukan Menjana Perpaduan
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Dalam tempoh sebulan-dua ini, Pahang khususnya Kuantan, semakin terasa akan
terlalu hampirnya penganjuran Sukan Malaysia XV yang Pahang menjadi tuanrumah
kali ini.
Ini
nyata jika melalui atau menghampiri ke kawasan-kawasan yang berdekatan dengan ‘venue-venue’ pertandingan seperti
Stadium Darul Makmur bagi acara perasmian dan penutupan serta acara sukan
olahraga;
Wisma
Belia yang menempatkan stadium hoki (untuk lelaki) dan kolam renang, Kompleks
Sukan Pahang (SUKPA) yang menempatkan gelanggang-gelanggang tertutup bagi
acara-acara gimnastik, badminton, menembak, ‘lawn bowl’ serta stadium hoki terbuka (untuk wanita).
Apatah
lagi dengan kerancakan kerja ke arah menyempurnakan segala persiapan pada
saat-saat akhir terhadap ‘venue-venue’
tersebut, menjelang hari berlangsungnya kejohanan sukan berprestij ini, antara
7 dan 16 Julai.
Jika
tema Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ini ialah Sukan Menjana Perpaduan yang
tentunya tepat sekali, penulis melihat dengan kerancakan yang dialami, sukan
ini juga turut menjana ekonomi menerusi kerja-kerja penambah-baikan ‘venue-venue’ berkenaan.
DARIPADA YANG TAK BERBUMBUNG KEPADA BERBUMBUNG... Foto ini dirakamkan pada pagi Khamis, 28 Jun di kolam renang, Wisma Belia. Kerja-kerja akhir dilaksanakan bagi menyempurnakannya.
PENJANAAN
EKONOMI DINIKMATI LANGSUNG, TAK LANGSUNG
Penjanaan
ini pasti berlaku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Manfaat
daripadanya bukan sekadar dinikmati oleh para kontraktor, malah sub-kontraktor,
pembekal-pembekal serta yang berkaitan dengannya.
Kali
terakhir Pahang selaku tuanrumah ialah kira-kira 16 tahun lepas, pada tahun
1996.
Kira-kira
6,436 orang atlit dan pegawai akan terlibat pada kejohanan Sukan Malaysia XV
Pahang 2012 ini, bertanding dalam 24 acara sukan iaitu; akuatik, angkat berat,
berbasikal, bolasepak, badminton.
Gimnastik
(artistik), gimnastik (gimrama), hoki lelaki dan wanita, ‘lawn bowl’, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, skuasy, ‘tenpin bowling’, wushu, karate, perahu
layar.
Sepaktakraw,
taekwando, bolatampar, golf, ‘petanque’,
‘equestrian’ (‘endurance’), ‘equestrian’
(‘show jumping’ dan ‘dressage’), serta tinju.
‘VENUE-VENUE’ KEJOHANAN
Sungghunpun
tempoh kejohanan ialah antara 7 dan 16 Julai, ada sesetengah acara sukan
bermula sebelum itu lagi seperti karate (1 dan 2 Julai), taekwando (3 hingga 6
Julai), berbasikal (4 hingga 14 Julai), bolasepak (4 hingga 15 Julai),
gimnastik (artistik) (6 hingga 10 Julai), hoki lelaki (5 hingga 15 Julai), dan perahu
layar (6 hingga 11 Julai).
Selain
Stadium Darul Makmur, Wisma Belia dan SUKPA, ‘venue-venue’ lain ialah Politekenik
Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) (memanah), Kelab Golf DiRaja Pahang (golf),
Kompleks Sukan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Indera Mahkota
(sepaktakraw).
Kompleks
Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang (karate, taekwando dan wushu),
Pusat Boling Megalane, Berjaya Megamall (‘tenpin
bowling’), SRJK (C) Chung Ching dan
SMK Tanah Putih (bolatampar).
SMK
Bukit Rangin (tinju), Gelanggang Ekuestrian, Tanjung Lumpur (‘equestrian’), Pusat Rekreasi Air Balok
(perahu layar), Gelanggang ‘petanque’,
Balok (‘petanque’), Padang MPK 1
& 2 (bolasepak), Gelanggang Skuasy, Taman Gelora (skuasy), Dewan Konvensyen
Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (angkat berat).
Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Lanchang (pencak silat), dan, Kuala Gandah,
Lanchang (berbasikal). – Khabar
MATA KE MATA;
*** Jika tema
Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ini ialah Sukan Menjana Perpaduan yang tentunya
tepat sekali, penulis melihat dengan kerancakan yang dialami, sukan ini juga
turut menjana ekonomi menerusi kerja-kerja penambah-baikan ‘venue-venue’
berkenaan.
*** Penjanaan
ini pasti berlaku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Manfaat
daripadanya bukan sekadar dinikmati oleh para kontraktor, malah sub-kontraktor,
pembekal-pembekal serta yang berkaitan dengannya.
*** Kira-kira
6,436 orang atlit dan pegawai akan terlibat pada kejohanan Sukan Malaysia XV
Pahang 2012 ini, bertanding dalam 24 acara sukan.
*** Sungghunpun
tempoh kejohanan ialah antara 7 dan 16 Julai, ada sesetengah acara sukan
bermula sebelum itu lagi seperti karate (1 dan 2 Julai), taekwando (3 hingga 6
Julai), berbasikal (4 hingga 14 Julai), bolasepak (4 hingga 15 Julai),
gimnastik (artistik) (6 hingga 10 Julai), hoki lelaki (5 hingga 15 Julai), dan perahu
layar (6 hingga 11 Julai).