…
mulai terasa khususnya di Kuantan, yang bakal menyambut kehadiran lebih 6,000
atlit dan pegawai dari seluruh negara serta negara jiran, Brunei Darussalam
PERARAKAN MASUK... Inilah suasana pada raptai malam Rabu, 4 Julai. Dengan persembahan kemas dan menarik malam itu, penuh dengan elemen-elemen tradisional tetapi tidak membosankan, dan jika segala-galanya lancar pada malam perasmian sebenar, Sabtu, 7 Julai; ia tentunya akan mendapat reaksi positif daripada hadirin yang menyaksikan.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Kehangatan Sukan Malaysia XV Pahang 2012 mulai terasa terutamanya di Kuantan,
dengan jalan-jalan utama kelihatan lebih sesak daripada biasa;
Kerja-kerja
untuk mengenakan sentuhan terakhir kepada ‘venue-venue’
pertandingan rancak dijalankan, manakala kerja-kerja pengindahan
kawasan-kawasan tumpuan orangramai giat diusahakan oleh kakitangan Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK);
Latihan
serta raptai sedang asyik dilangsungkan, manakala beberapa acara sukan telahpun
bermula – seperti bolasepak, yang mula dipertandingkan pada Rabu, 4 Julai, dan
acara-acara sukan seperti karate, taekwando dan wushu sudahpun bermula, 1 Julai
dan berakhir keesokannya.
Penulis
berkesempatan menjengah ke Stadium Darul Makmur pada malam Rabu, 4 Julai, bagi
menyaksikan raptai untuk Majlis Perasmian Sukan Malaysia XV Pahang 2012 yang
bakal berlangsung pada malam Sabtu, 7 Julai.
Menjejak
kaki ke dalam stadium ini sahaja sudahpun mendatangkan keghairahan – teruja dengan
sistem lampu limpah baharu yang menerang-benderangkan seluruh pelosok stadium; kemudahan
layar LED (light-emitting diode) yang serba canggih, satu di sebelah kiri dan
satu lagi, memanjang betul-betul bertentangan dengan tempat duduk utama, dan
juga trak/balapan berwarna biru menggantikan yang lama berwarna merah.
SEBAHAGIAN LAGI AKSI RAPTAI...
SISTEM AUDIO
YANG MENGGETARKAN
Sistem
audionyapun kedengaran lebih bagus – cukup menggetarkan sungguhpun kerana tahap
‘decibel’ yang tinggi, agak sukar
untuk mendengar dengan jelas, ‘biji-butir’
yang diungkapkan terutamanya ketika dendangan nyanyian.
Yang
lebih mengujakan ialah menyaksikan persembahan di atas dan sekeliling padang,
terutamanya segmen yang dipenuhi dengan dendangan lagu-lagu tradisonal dengan
iringan paluan gendang yang tersusun disertai gerak-tari serta kombinasi
pergerakan yang agak baik oleh anak-anak muda kita.
Turut
hadir menyaksikan raptai ini ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik
Fauzan Sharif yang juga Pengerusi, Jawatakuasa Kecil Persembahan Kebudayaan dan
Kesenian, serta mengambil alih jawatan Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Perasmian –
Pembukaan dan Penutupan ekoran kematian Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato’
Tan Aminuddin Ishak pada Selasa, 19 Jun lepas.
Yang
turut kelihatan ialah Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri,
Encik Mohd Sukarno Abdul Wahab, serta pegawai dan kakitangan dari Bahagian
Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. – Khabar
MATA KE MATA;
*** Menjejak
kaki ke dalam stadium ini sahaja sudahpun mendatangkan keghairahan – teruja dengan
sistem lampu limpah baharu yang menerang-benderangkan seluruh pelosok stadium; kemudahan
layar LED (light-emitting diode) yang serba canggih, satu di sebelah kiri dan
satu lagi, memanjang betul-betul bertentangan dengan tempat duduk utama, dan
juga trak/balapan berwarna biru menggantikan yang lama berwarna merah.
*** Sistem audionyapun
kedengaran lebih bagus – cukup menggetarkan sungguhpun kerana tahap ‘decibel’
yang tinggi, agak sukar untuk mendengar dengan jelas, ‘biji-butir’ yang
diungkapkan terutamanya ketika dendangan nyanyian.