Thursday 10 July 2014

Raikan media pada Majlis Iftar petang 11 Ramadan



MENYENDUKKAN LAUK KE PINGGAN... Dato' Shahaniza 'playing a good host' kepada wakil Astro Awani di Kuantan yang lebih dikenali sebagai Zek (kanan). 

Selain Dato' Abdul Wahab (kiri sekali), yang turut kelihatan mengiringi Dato' Shahaniza ialah Dato' Ahmad (sebelah kiri Dato' Shahaniza).
   

HOTEL VISTANA, KUANTAN – Anggota-anggota media tempatan termasuk dari portal berita Pahang-ku, sekali lagi diraikan pada Majlis Iftar petang Rabu, 9 Julai bersamaan 11 Ramadan 1435 Hijrah di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato’ Shahaniza Shamsuddin telah hadir mewakili Menteri Besar, meraikan mereka.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali, Pengurus, Komunikasi Korporat, PASDEC Holdings Bhd, Dato’ Ahmad Shah dan Presiden, Kelab Media Pahang, Nik Naizi Husin.

Begitu juga dengan ketua-ketua biro/wakil-wakil negeri bagi organisasi-organisasi berita seperti Shamsiah Mohamed (Bernama), Herman Hamid (Utusan Malaysia), Razak Raaf (Berita Harian), Hamzah M.Jamaluddin (NST), dan Simon Khoo (Star).

Selain dijamukan dengan juadah berbuka puasa sediaan pihak hotel, mereka – termasuk yang bukan beragama Islam dari akhbar-akhbar berBahasa Cina dan Tamil, telah diberikan cenderamata yang disampaikan oleh Dato’ Shahaniza.

Cenderamata ini berupa kuih-muih Raya yang pada tahun ini, disumbangkan oleh tiga (3) syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) - PASDEC Holdings Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Negeri dan LKPP Corporation Sdn Bhd. 

MENGHARGAI APA YANG DIBERI... Rakan-rakan media kita bersama-sama Dato' Shahaniza, sedang melihat kandungan kuih Raya yang telah disampaikan.

MEDIA JUGA TURUT ALAMI 'CRAZE' UNTUK BER'SELFIE'... Foto 'selfie' ini dirakamkan oleh Bazaie (depan sekali, berkopiah hitam ala-Rusia) dengan menggunakan alatan 'monopod'nya.  – Khabar