Wednesday 1 August 2018

Penurunan kuasa kelulusan kebenaran (consent) kepada Pentadbir Tanah Daerah berkuatkuasa 1 Ogos


“Dapat mengurangkan masalah birokrasi, itu yang penting. (Meningkatkan) ‘delivery system’ maka rakyat Pahangpun ‘happy’.

“Saya nak bagi tanah kepada anak saya, boleh lulus dalam satu (1) hari, dua (2) hari. Kalau ‘you’pun seronokkan? Kemudian ‘bankers’pun ‘happy’, bagi mana-mana (urusan) gadaian dan sebagainya,” kata Menteri Besar.

PERSIDANGAN MEDIA LEWAT PETANG RABU... Sungguhpun selepas menempuhi tiga (3) taklimat oleh Jabatan serta Agensi-agensi berkenaan disusuli mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama hampir empat (4) jam; Dato' Sri Wan Rosdy masih bertenaga dan masih mahu mengadakan persidangan media ini. 

Bersama-samanya ialah Dato' Nazri.    


BILIK KUNJUNG HORMAT, PEJABAT MENTERI BESAR, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Berkuatkuasa hari ini, Rabu, 1 Ogos, bermulalah penurunan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Menteri Besar selama ini, kepada Pentadbir Tanah dan Pendaftar, bagi mendapatkan kelulusan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah.

(Pentadbir Tanah dalam hubungan ini bermaksud, Pegawai Daerah yang diwartakan sebagai Pentadbir Tanah; manakala Pendaftar pula ialah, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri).

Keputusan ini dibuat demi mengurangkan karenah birokrasi, sambil menambah-baik sistem penyampaian Kerajaan lalu dapat memudah-cara dan memendekkan tempoh bagi urusan-urusan berkenaan.

Ini sepertimana diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan PTG Negeri, Dato’ Nazri Bakar di sisi, pada persidangan media khas lewat petang Rabu, 1 Ogos di sini.

Bagi permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian bagi tujuan ‘kasih sayang’ yang melibatkan suami-isteri dan anak-beranak; serta ‘waris qadim’ seperti bapa dengan anak, ibu dengan anak, adik-beradik, nenek dengan cucu, dan datuk dengan cucu.

'FULL TURN-UP'... Oleh kerana penting hal yang hendak disampaikan, pihak media tempatan daripada pelbagai organisasi berita termasuk 'vernacular', telah hadir dan sanggup menunggu untuk akhirnya memperolehi berita daripada persidangan media lewat petang Rabu ini. 


‘WARIS QADIM’

Begitu juga bagi yang bukan ‘waris qadim’ seperti saudara terdekat iaitu sepupu, anak saudara, bapa saudara dan ibu saudara –

PBN turunkan kuasa kepada Pentadbir Tanah. Maka, semua permohonan oleh mereka, sama ada yang melibatkan hak milik Pejabat Tanah atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan hak milik Pejabat Pendaftar atau PTG, hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah atau PDT dan dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah atau Pegawai Daerah sahaja.

Dan keputusan bagi permohonan yang lengkap ini menurut Dato’ Sri Wan Rosdy, akan dikeluarkan dalam tempoh sehari-dua hari bekerja sahaja.

“Dahulu,” katanya, bagi menunjukkan proses yang melambatkan sebelum ini, “… perlu dipohon kepada Pejabat Tanah (PDT), kemudian Pejabat Tanah (PDT) kemukakan ke Pejabat PTG dan seterusnya Pejabat PTG hantar ke Pejabat Menteri Besar untuk dipertimbangkan”.  

Kepada permohonan kebenaran pindahmilik, gadaian dan pajakan tanah sama ada individu atau syarikat bagi kategori-kategori – Melayu kepada Melayu; bukan Melayu kepada bukan Melayu; bukan Melayu kepada Melayu katanya;

ANGKAT SUMPAH KERAHSIAAN... Sebelum bermulanya mesyuarat MMK petang Rabu yang sama, bekas Pegawai Khas kepada bekas Menteri Pertahanan, Dato' Tajul Razi Abdul Aziz telah mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.  


PERMOHONAN MESTI LENGKAP

Kuasa kini diturunkan daripada PBN kepada Pendaftar/Pengarah PTG bagi hakmilik Pejabat Pendaftar; Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah bagi hakmilik Pejabat Tanah.

Keputusan bagi permohonan yang lengkap ini pula katanya, akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja.

Ini berbeza dengan cara kerja lama yang dahulunya, permohonan perlu kepada Pejabat Tanah, kemudian Pejabat Tanah kemukakan ke Pejabat PTG dan seterusnya Pejabat PTG hantar ke Pejabat Menteri Besar.

Bagi permohonan rayuan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah yang tidak termasuk Melayu kepada bukan Melayu pula katanya, diturunkan kuasa kepada Pendaftar/Pengarah PTG bagi hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat PTG, dan kepada Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah bagi hakmilik Pejabat Tanah atau PDT.

Keputusan bagi permohonan yang lengkap ini pula akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja juga.  

MENTERI BESAR DENGAN 'SETPOL'NYA... Dengan pelantikan Dato' Tajul Razi maka lengkaplah sudah barisan Setiausaha dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar.


HENDAK MEMUDAHKAN, MEMPERCEPATKAN

“Pokoknya, kita hendak memudahkan, mempercepatkan,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy. Beliau juga berkata betapa dengan keputusan ini, “Dapat menguranghkan masalah birokrasi, itu yang penting. (Meningkatkan) ‘delivery system’ maka rakyat Pahangpun ‘happy’.

“Saya nak bagi tanah kepada anak saya, boleh lulus dalam satu (1) hari, dua (2) hari. Kalau youpun seronokkan? Kemudian ‘bankers’pun ‘happy’, bagi mana-mana (urusan) gadaian dan sebagainya”.

Beliau juga berkata betapa, “Kalau boleh, hasrat Kerajaan kalau minta hari ini, sejam lepas itu lulus. Tapi kita tak boleh buat macam itulah sebab ada beberapa peraturan yang perlu kita patuhi, permohonan kena lengkap.

“Maklumlah benda (perkara) ini melibatkan harta, kena lengkap. Kita tak nak perkara berbangkit dan ini diwartakan. Sebab itu selepas saya menguar-uarkan (tentang hal berkaitan) penurunan kuasa ini (sebelum ini), kita ambil masa sikit (untuk pelaksanaan) sebab kita nak teliti. Kalau kita tidak teliti, (keputusan) kita boleh di‘challenge’ dalam mahkamah”.

Selain Dato’ Wan Rosdy pernah menyebut tentang perkara ini pada persidangan media selepas hari pertama melaporkan diri sebagai Menteri Besar di sini pada 16 Mei, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut menzahir-sebut mengenainya pada Titah DiRaja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri ke-14 pada Isnin, 23 Julai lepas.

BERSWAFOTO KUMPULAN WARTAWAN DENGAN MENTERI BESAR KITA... 


RECAP; TITAH DIRAJA

“Saya berasa amat sukacita, kerana dalam tempoh tidak sampai 100 hari memimpin Kerajaan Negeri; Orang Tua saya , Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, telah membuat beebrapa keputusan penting yang berkaitan rakyat.

“Antaranya ialah penurunan kuasa daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri kepada Pentadbir Tanah Daerah, bagi kelulusan kebenaran pindah milik tanah dan gadaian tanah,” antara lain yang KDYMM Tuanku titahkan.

Kepada soalan wartawan Astro Awani jika penurunan kuasa ini akan membuka ruang kepada penyalah gunaan kuasa di peringkat daerah pula kelak kata Dato’ Sri Wan Rosdy, beliau tidak berpendapat demikian.

“Saya tidak fikir kalau semua maklumat lengkap, apa perlunya salah guna kuasa? Kerajaan Negeri juga sudah beritahu, satu (1) hari atau dua (2) hari (diluluskan, maka cepat yang tidak buka ruang kepada pelakuan salah seperti rasuah) dan ada garis-garis panduan tertentu,” tegasnya.

“Selepas ini,” katanya, “Saya minta rakyat negeri Pahang mungkin ada yang nak pindah milik atas pemberian kasih-sayang, boleh terus berurusan dengan Pejabat Tanah di daerah masing-masing”.

KELULUSAN KEBENARAN MELAYU KE BUKAN MELAYU MASIH KUASA MENTERI BESAR
  
Dalam pada itupun, beliau menyebutkan tentang urusan yang masih dikekalkan kuasanya kepada Menteri Besar jika yang berkaitan dengan permohonan untuk pindah milik, gadaian mahupun pajakan tanah melibatkan Melayu kepada bukan Melayu, demi menjaga kepentingan tanah milik Melayu di negeri ini.   

“Permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah daripada individu atau syarikat dalam kategori Melayu kepada bukan Melayu sama ada permohonan baharu atau rayuan,” tegas Dato’ Sri Wan Rosdy, “… adalah masih lagi pada Menteri Besar”.

Misalnya, jika pada suratan hak milik tanah berkenaan terdapat sekatan kepentingan yang tercatat, ‘Tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak, digadai kecuali mendapat kelulusan PBN’ maka, permohonan hendaklah diangkat kepada Menteri Besar untuk pertimbangan. – Khabar