Wednesday 2 January 2019

Kembalikan projek pembinaan jalan 30 KM Pos Betau – Pos Lenjang, Cameron Highlands – Menteri Besar


“… saya berharap, projek jalan ini dapat dihidupkan kembali yang manfaatnya pasti akan dirasai – sepertimana saya telah sebut tadi, sehingga 4,000 Orang Asli di kawasan tanahtinggi ini,” katanya

PADA MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS... Yang pada majlis perasmiannyalah, Dato' Sri Wan Rosdy telah mengemukakan permintaan serta dipersetujukan oleh Dato' Sri Mohd Najib.

Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Hidupkan kembali projek pembinaan jalan 30 KM Pos Betau – Pos Lenjang, Cameron Highlands, demikian harapan yang diluahkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Ismail dalam laman Facebooknya.

Projek ini yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini katanya, bakal memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 masyarakat Orang Asli di sana. 

“Bagaimanapun, apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, projek pembinaan jalan sepanjang 30 KM ini telah dihentikan. 

“Oleh itulah saya berharap, projek jalan ini dapat dihidupkan kembali yang manfaatnya pasti akan dirasai – sepertimana saya telah sebut tadi, sehingga 4,000 Orang Asli di kawasan tanahtinggi ini,” katanya.

Berikut disiarkan sepenuhnya apa yang telah dikatakan oleh Dato’ Sri Wan Rosdy sepertimana yang telah dimuat-naikkan ke laman Facebooknya itu pagi Khamis, 3 Januari. 

LKS' TWEETS...


KOMEN BALAS TERHADAP DAKWAAN TWITTER LKS

“Saya ingin memberi komen balas terhadap ‘tweet’ pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH), Encik Lim Kit Siang kelmarin bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelumnya, tidak berbuat yang sepatutnya demi memajukan masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands. 

“Dakwaan ini beliau buat setelah dikatakan terperangkap semalaman di sebuah perkampungan Orang Asli terpencil – Kampung Semoi Lama, ekoran jalan keluar becak teruk hingga tidak dapat dilalui.

“Dalam hal ini, sepatutnya kita melihat kepada gambaran lebih besar yakni tentang apakah kemajuan secara menyeluruh yang telah dibawa oleh Kerajaan Persekutuan BN dan dinikmati oleh rakyat khususnya oleh Orang Asli di tanahtinggi itu selama ini.

“Tentunya banyak yang telah dilakukan tetapi kita juga akui, banyak lagi yang perlu dilaksanakan demi membangunkan kawasan-kawasan pertempatan Orang Asli bukan sahaja di sana malah di seluruh negeri. 

“Daripada aspek hubungan darat atau jalan misalnya, saya sendiri telah mengemukakan permintaan kepada Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak supaya Kerajaan Persekutuan BN meluluskan peruntukan bagi pembinaan jalan Pos Betau – Pos Lenjang. 

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI RUIL... Dari kejauhan lagi sudah terserlah perkampungan Orang Asli yang modern ini. Bukankah Kerajaan Persekutuan BN yang terdahulu juga yang mengadakan kemudahan ini?  


PERMINTAAN/KELULUSAN SEMASA MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS  

“Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, telah mengemukakan permintaan tersebut ketika Dato’ Sri Mohd Najib yang juga Presiden UMNO datang ke Tanah Rata merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands pada pagi Sabtu, 27 Ogos 2016. 

“Selain permintaan untuk jalan ini demi kepentingan kira-kira 4,000 Orang Asli, saya juga membuat dua (2) permintaan lain iaitu bagi membaik-pulih Masjid Tanjung Gahai di Jelai (demi kepentingan orang Melayu/Islam), serta, pembinaan bazar-niaga di Tanah Rata (demi kepentingan orang Cina dan India yang berniaga). 

“Kepada ketiga-tiga permintaan ini, Dato’ Sri Mohd Najib dalam ucapan perasmian, telah meluluskannya – RM15 juta untuk jalan Pos Betau-Pos Lenjang; RM200,000 untuk masjid dan RM5 juta untuk bazar-niaga.

“(Yang menariknya, antara aturcara Dato’ Sri Mohd Najib selepas itu ialah turut melawat ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil bagi meninjau kehidupan baharu Orang Asli di situ yang kini menghuni 200 rumah batu dengan 3-bilik tidur setiap sebuah.

“(Kesemua 200 rumah ini siap dibina pada Mac 2015 dan Orang Asli di situ mula menghuninya pada Mac 2016.

MENYINGKAP KEMBALI...


KERAJAAN BN LULUS RM44 JUTA UNTUK 200 RUMAH BATU ORANG ASLI

“(Kerajaan Persekutuan pimpinan BN ketika itu telah sanggup berbelanja kira-kira RM44 juta untuk projek pembinaan rumah-rumah ini yang sebelumnya di atas tapak yang sama, telah mengorbankan tujuh (7) nyawa akibat kejadian tanah runtuh tahun 2012). 

“Bagaimanapun, apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, projek pembinaan jalan sepanjang 30 KM ini telah dihentikan. 

“Oleh itulah saya berharap, projek jalan ini dapat dihidupkan kembali yang manfaatnya pasti akan dirasai – sepertimana saya telah sebut tadi, sehingga 4,000 Orang Asli di kawasan tanahtinggi ini”. – Khabar