Wednesday 15 July 2020

Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Pahang


... pembayaran dibuat esok, Khamis 16 Julai 2020.

'RUMAH' BAHARU KEBANGGAAN KITA, PENJAWAT AWAM PAHANG; SEDANG GIAT DALAM PEMBINAAN DAN PENYIAPAN, INSYA-ALLAH...


KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR PAHANG

Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Pahang


Sukacita saya umumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seorang kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, merangkumi mereka daripada gred JUSA hingga ke bawah.

Pembayaran akan dibuat esok, Khamis, 16 Julai 2020. Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi melaksanakan pembayaran ini.

Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang saya pengerusikan pagi ini.

Ia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2020 yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pada 27 Mac 2020.

Sukacita juga saya meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri untuk meneladani serta membuat pembayaran yang sama.

Semoga dengan pembayaran ini dapat turut membantu dalam persediaan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada akhir bulan ini, In Sya Allah.    


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang             
15 Julai 2020 – Khabar