…
mesyuarat pertama dipengerusikan Menteri Besar pada 13 September
Antara yang turut kelihatan ialah bekas Ketua Pegawai Eksektif, TNB, Dato' Sri Che Khalib; bekas menteri, Dato' Sri Mohd Effendi; bekas timbalan menteri besar, Tan Sri Abdul Aziz; serta Tengku Dato' Zulkifly.
HOTEL ZENITH,
KUANTAN –
Ke arah meningkatkan lagi kemajuan ekonomi menerusi pendekatan bermusyawarah
dengan mereka yang lebih arif mengenainya, Pahang mengorak langkah sebagai
negeri pertama mewujudkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN).
Pengwujudan
MPEN Pahang ialah antara resolusi utama yang telah dipersetujui pada Konvensyen
Ekonomi Negeri Pahang (KENP) yang dianjurkan antara 29 Februari dan 1 Mac
lepas.
Dengan
keanggotaan 23 orang, dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob; mesyuarat sulung MPEN Pahang telah diadakan pada petang Khamis, 13
September, di sini.
“… kita ingin
mendapatkan pandangan, akal fikiran, kepakaran yang ada di kalangan mereka ini
untuk bersama-sama gemblingkan dengan input daripada Kerajaan, supaya kita
dapat mempertingkatkan lagi pembangunan ekonomi negeri Pahang.
“Hari ini ialah
mesyuarat pertama dan kita telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tiga
bulan sekali, empat bulan sekali; dan tadi kita telahpun kenalpasti beberapa
perkara yang perlu kita beri perhatian.
KEKUATAN PAHANG
DAN KEPERLUAN UNTUK ‘PRIORITISE’
“Antara lainnya
ialah, Pahang banyak kekuatan (dan) kita kena ‘prioritise’, memberikan keutamaan,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan pada persidangan media sejurus tamat mesyuarat MPEN Pahang tersebut.
Kerajaan
Negeri katanya, memang mengharapkan anggota-anggota MPEN Pahang memberikan
pandangan profesional masing-masing tentang apakah lagi yang harus dilakukan
bagi memajukan bidang ekonomi di negeri ini.
Sementelah
pula katanya, “Kadang-kadang kita
lakukan perkara yang kita rasa betul, itu sebaik-baiknya. Tetapi, ada masanya
perkara yang kita rasa betul itu tidak berapa betul. Untuk membetulkan ini,
kita perlukan orang luar (yang menganggotai MPEN Pahang).”
“Bukan pula
bermakna selama ini Kerajaan melakukan perkara yang tidak betul, tidak...,” tegas Menteri
Besar itu.
Sehubungan
itu, beliau mengumumkan jangkaan kemasukan pelaburan sehingga bernilai RM30,000
juta menjelang tahun 2020 atau kira-kira lapan (8) tahun sahaja daripada sekarang.
NILAI PELABURAN
RM30,000 JUTA MENJELANG TAHUN 2020
“Dari sekarang
sampailah ke 2020, nilai pelaburan yang kita jangkakan akan kita dapat ialah
bernilai RM30 billion. Untuk 2011 sahaja, sudah RM6 billion. Tidak mustahil
menjelang 2020, sampai sebanyak RM30 billion,” katanya.
Selain
Dato’ Sri DiRaja Adnan, keanggotaan lain MPEN Pahang ialah Setiausaha Kerajaan
Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; serta Pengarah, Bahagian Perancangan
Ekonomi Negeri (B-PEN), Dato’ Mahadiah Mohamad.
Yang
lain ialah, Presiden, Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan
Sri Abdul Aziz Rahman; Pengerusi, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato’ Sri Idris
Jusoh; Pengerusi Eksekutif, Encorp Bhd, Dato’ Sri Mohd Effendi Norwawi;
Ketua
Pegawai Operasi, Kewangan, Strategi dan Perancangan, DRB-Hicom Bhd, Dato’ Sri
Che Khalib Mohamad Noh; Pengarah Eksekutif, YTL Corporation Bhd, Dato’ Sri
Michael Yeoh Sock Siong; Presiden, Pesatuan Dewan-dewan Perniagaan dan
Perindustrian Cina (ACCCI) Pahang, Dato’ Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang;
Pengerusi,
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Tengku Dato’ Zulkifly Tengku Ahmad; Penasihat Sains kepada
Perdana Menteri, Prof Emeritus Dato’ Dr Zakri Abdul Hamid; Ketua Eksekutif,
Institut Strategi dan Pengajian Antarabangsa (ISIS), Dato’ Dr Mahani Zainal
Abidin;
CAMPURAN
PELBAGAI LATAR DAN KEPAKARAN
Ketua
Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Dato’ Ir Azman Mohd; Ketua
Setiausaha, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Dato’ Dr Norma Mansor; Naib
Canselor, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dato’ Dr Daing Mohd Nasir
Daing Ibrahim;
Wakil
rakyat (BN – Sabai), Dato’ Davendran a/l Murthy; dan seorang lagi wakil rakyat
(BN – Guai), Encik Norol Azali Sulaiman;
Ketua
Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’
Jebasingam Issace John; Pengerusi, Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Dato’
Lahuree Sudiran; Pengerusi, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia cawangan
Timur, Dato’ Mas’ut Awang Samah; Ketua Pegawai Eksekutif, Amanah Saham MARA
Bhd, Dato’ Kamaruddin Mohammed;
Pengerusi,
Bandar Raya Development Bhd, Dato’ Mohamed Moiz Jabir Mohamed Ali Moiz; serta, Ketua
Pegawai Eksekutif, Bandar Raya Development Bhd (BRDB), Dato’ Jaganath Derek
Steven Sabapathy.
Pada
mesyuarat pertama ini, tiga (3) orang sahaja yang tidak hadir kerana sama ada berada
di luar negara atau atas urusan lain yang tidak dapat dielakkan iaitu Dato’ Dr
Mahani, Dato’ Ir Azman dan Dato’ Sri Mchael Yeoh. – Khabar
MATA KE MATA;
*** “… kita ingin mendapatkan pandangan, akal
fikiran, kepakaran yang ada di kalangan mereka ini untuk bersama-sama
gemblingkan dengan input daripada Kerajaan, supaya kita dapat mempertingkatkan
lagi pembangunan ekonomi negeri Pahang.”
*** “Kadang-kadang kita lakukan perkara yang kita
rasa betul, itu sebaik-baiknya. Tetapi, ada masanya perkara yang kita rasa
betul itu tidak berapa betul. Untuk membetulkan ini, kita perlukan orang luar
(yang menganggotai MPEN Pahang).”
“Bukan pula
bermakna selama ini Kerajaan melakukan perkara yang tidak betul, tidak...”
*** “Dari
sekarang sampailah ke 2020, nilai pelaburan yang kita jangkakan akan kita dapat
ialah bernilai RM30 billion. Untuk 2011 sahaja, sudah RM6 billion. Tidak mustahil
menjelang 2020, sampai sebanyak RM30 billion.”
*** Selain Dato’
Sri DiRaja Adnan, keanggotaan lain MPEN Pahang ialah Setiausaha Kerajaan
Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; serta Pengarah, Bahagian Perancangan
Ekonomi Negeri (B-PEN), Dato’ Mahadiah Mohamad.
Yang lain ialah,
Presiden, Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul
Aziz Rahman; Pengerusi, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato’ Sri Idris Jusoh; Pengerusi
Eksekutif, Encorp Bhd, Dato’ Sri Mohd Effendi Norwawi.