…
ajak Menteri Besar kepada rakyat-jelata, sambil tegaskan beliau bukan bermaksud
takbur tentang peluang kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum
kelak.
Foto ini dirakamkan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi dewan undangan negeri kawasan Pelangai di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pelangai, Bentong pada petang Ahad, 9 September bersamaan 22 Syawal 1433 H. Dato' Sri DiRaja Adnan ialah juga wakil rakyat kawasan tersebut.
KOMPLEKS RAKAN
MUDA, BERA – “Saya ingin mengingatkan kepada semua rakyat. Kita bersamalah
dengan orang yang menang. Jangan bersama dengan yang kalah.
“We are going to
win the next general election, insya-Allah. Barisan Nasional will win, (at)
state and parliament(ary levels).
“So I want to
call upon all the electorates, all the people, all the voters; to come with us
– be with the winner, not with the loser,” demikian kata-kata semangat
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Beliau
yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri berkata demikian pada
persidangan media ketika hadir pada sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri
kawasan Triang pada petang Selasa, 11 September, di sini.
“Maknanya… kalau
Pakatan Rakyat kata dia nak menang di Pahang ni, terus-terang saya katakan,
sulit sikitlah. Itu hanya ‘propaganda perang’ (mereka),” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan sambil menegaskan betapa beliau bukan berniat untuk ‘bercakap
besar’ mengenainya.
RM300,000 DARIPADA TNB UNTUK BINA PERPUSTAKAAN DI PELANGAI... Dengan sumbangan kewangan ini, penduduk Pelangai bakal mempunyai sebuah perpustakaan desa yang lebih sempurna.
Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang menerima cek 'olok-olok' bernilai RM300,000 daripada Pengurus Besar Kanan Operasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato' Roslan Abdul Rahman.
BN BOLEH KUASAI
13 DARIPADA 14 KAWASAN PARLIMEN
Untuk
rekod, terdapat 14 kerusi parlimen dan 42 kerusi dewan undangan negeri yang
sekali lagi akan dipertaruhkan pada pilihanraya umum kelak. Kedudukannya
sekarang (hasil daripada pilihanraya umum tahun 2008) ialah, 12 kerusi parlimen
dan 38 kerusi dewan undangan negeri di kuasai oleh BN.
Selebihnya
dimenangi oleh parti-parti politik yang bernaung dibawah kerjasama yang
dikenali sebagai Pakatan Rakyat iaitu, dua (2) kawasan parlimen di Kuantan dan
Indera Mahkota serta empat (4) kawasan dewan undangan negeri di Beserah,
Semantan, Teras dan Triang ini.
“Saya
difahamkan, YB Leong Ngah Ngah ada beritahu yang Pakatan Rakyat akan menang 27
kerusi daripada 42 kerusi dewan undangan negeri. Saya nak beritahu, ini bukan
cakap besar ye, bukan takbur;
“Kalau dia orang
dapat pertahankan Triang dengan Teraspun nasib baik. Ini Semantan dengan
Beserah ni rakyat dah faham dah, insya-Alah kita boleh menang. Teraspun kita
telah dapat calon yang sesuai untuk memperjuangkan kepentingan rakyat,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan lagi.
Di peringkat parlimen pula, beliau membayangkan
BN boleh menguasai 13 daripada 14 kerusi tersebut, lalu dapat turut menyumbang
kepada penguasaan BN di peringkat pusat, seterusnya kekal memerintah negara.
RAMAINYA KHALAYAK... Ini merupakan kalangan kanak-kanak yang turut membanjiri padang SMK Sri Pelangai sempena sambutan Hari Raya pada hari minggu itu.
MENANG DI
KUANTAN, JIKA KENA CARANYA
“Kita ingin
pertahankan Putrajaya dan negeri Pahang ini insya-Allah, daripada 14 kerusi
parlimen – saya cakap terus terang; kita boleh menang 13. Satu lagi tu kita
boleh menang, kita boleh kalah, iaitu Kuantan, kita akui.
“Tapi kalau kena
caranya, strategi yang kita gunakan sekarang ni, strategi diam-diam ni; kita
akan menang,”
katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya menolak tohmahan pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka
mengatakan kononnya BN takut kalah dalam pilihanraya umum nanti dan pula tidak
ada kebebasan akhbar di negara ini.
“Nak kata tidak ada
kebebasan akhbar? Itu suara (akhbar-akhbar terbitan) parti masing-masing –
Suara Keadilan, Harakah, semua keluar macam-macam benda, memfitnah.
“Kita bebas. Media
sosial juga, mereka banyak kuasai. Dia orang buat apa sahaja, mengata
macam-macam. Kita tak takut itu semua,” katanya.
SEBAHAGIAN LAGI PENDUDUK DI SAMBUTAN HARI RAYA DUN PELANGAI...
ADA ‘KEBERANIAN
MORAL’ JIKA AKUI SALAH LALU MAHU BETULKAN
Pembangkang
juga menurutnya, menyatakan Kerajaan pimpinan BN ini antara lainnya banyak
melakukan rasuah yang pada tahap tertentu, memang tidak dinafikan kebenarannya.
“Tapi, YAB
Perdana Menteri telah mengambil langkah-langkah membetulkan. Makna kita
mengakui dan ini satu ‘keberanian moral’. Bila kita mengaku kesalahan kita,
kita mengaku kelemahan kita; itu satu ‘keberanian moral’,” tegas Menteri
Besar itu.
Yang
turut hadir pada sambutan Hari Raya DUN Triang ini ialah wakil rakyat-wakil
rakyat – Encik Fadil Osman (BN – Kemayan) dan Encik Norol Azali Sulaiman (BN –
Guai), Ketua Polis Negeri, DCP Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani serta Pegawai
Daerah Bera, Dato’ A.Rahman Hamzah.
Sehari
sebelum itu, pada Isnin, 10 September, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah menghadiri sambutan
Hari Raya dewan undangan negeri Beserah di Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN), Beserah di Kuantan.
Pada
persidangan media petang Isnin itu, beliau antara lain diminta mengulas
mengenai keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada hari yang sama, menolak
rayuan 10 penduduk di Gebeng bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar
keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom
(AELB) memberikan Lesen Operasi Sementara
(TOL) kepada Lynas Malaysia
Bhd.
MENTERI BESAR DENGAN PENDUDUK BESERAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang berucap pada sambutan Hari Raya DUN Beserah dengan kehadiran penduduk yang ramai dan ceria bagi menikmati juadah yang disediakan.
TERSERLAH,
EPISOD PEMBOHONGAN OLEH PEMBANGKANG
Mahkamah
Rayuan itu dianggotai tiga (3) hakim iaitu Hakim Dato’ Ramly Ali serta Hakim
Dato’ Abdul Wahab Patail dan Hakim Anantham
Kasinater. Keputusan Mahkamah Rayuan ini adalah senada dengan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelumnya.
Dengan
penghakiman itu kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, pihak Lynas bolehlah meneruskan kerja-kerjanya bagi memproses tanah
jarang di kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian
Gebeng, Kuantan.
“Walaupun Lynas
diluluskan TOL, banyak syarat-syarat lain dia (Lynas) kena ikut. Pihak AELB
akan memantau dari masa ke semasa. Rakyat janganlah risau dan Lynas janganlah
berghairah sangat. Banyak lagi benda-benda yang dia perlu patuhi,” katanya.
“Pokoknya,” katanya lagi, “… episod ini membuktikan bahawa pembohongan
yang dilakukan oleh pihak pembangkang adalah betul-betul pembohongan. Memang
kerja mereka menyebarkan pembohongan.
“Dan terbukti
bahawa Kerajaan kita adalah sangat telus, ikut apa yang rakyat hendak,
sehinggakan kita mengambil masa yang begitu panjang untuk memberikan peluang
kepada kita (menyiasat dan memantau), termasuk IAEA sendiripun datang.
MENGAMBIL TAHU, MENGAMBIL BERAT... Dua orang kakak ini sedang menerima rawatan awalan daripada 'misi' yang bertugas pada sambutan Hari Raya DUN Beserah itu, kerana kesakitan di kaki sambil Dato' Sri DiRaja Adnan yang sedar mengenainya, pergi menanyakan hal tanda sikap mengambil beratnya beliau.
DAH PAKAI RAMAI
REFEREE, AKURLAH…
“Maknanya, kita
ikut kehendak rakyat. Tetapi, apabila keputusan telah dibuat oleh pihak
profesional, janganlah kita pertikaikan. Ibarat kata, dulu nak main bola nak
pakai ‘referee’, nak pakai ‘referee’ tiga orang. (Maka) kita pakai tiga orang.
“Dan lepas ambil
tiga orang tu – patut referee bola seorang, berdua je. Bila pakai ‘referee’
ramaipun kita (pihak pembangkang serta penentang projek Lynas ini) kalah juga,
kita complain; tak bolehlah...,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.
Yang
turut hadir ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Adnan Wan Mamat; Dato’
Sharifuddin; Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad; serta, Ketua UMNO
Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Hazmi Yusof. – Khabar
MATA KE MATA;
*** “We are going to
win the next general election, insya-Allah. Barisan Nasional will win, (at)
state and parliament(ary levels).
“So I want to
call upon all the electorates, all the people, all the voters; to come with us
– be with the winner, not with the loser.”
*** “Kita ingin
pertahankan Putrajaya dan negeri Pahang ini insya-Allah, daripada 14 kerusi
parlimen – saya cakap terus terang; kita boleh menang 13. Satu lagi tu kita
boleh menang, kita boleh kalah, iaitu Kuantan, kita akui.
“Tapi kalau kena
caranya, strategi yang kita gunakan sekarang ni, strategi diam-diam ni; kita
akan menang.”
*** “Nak kata tidak ada
kebebasan akhbar? Itu suara (akhbar-akhbar terbitan) parti masing-masing –
Suara Keadilan, Harakah, semua keluar macam-macam benda, memfitnah.
“Kita bebas. Media
sosial juga, mereka banyak kuasai. Dia orang buat apa sahaja, mengata
macam-macam."
*** “Tapi, YAB
Perdana Menteri telah mengambil langkah-langkah membetulkan. Makna kita
mengakui dan ini satu ‘keberanian moral’. Bila kita mengaku kesalahan kita,
kita mengaku kelemahan kita; itu satu ‘keberanian moral’.”