… pada sambutan
Tahun Baharu Cina anjuran bersama wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional
(BN) Dato’ Phang dan Dato’ Chang yang dihadiri ribuan orang pelbagai kaum
MESRANYA MENTERI BESAR... Diapit kanan dan kiri oleh Dato' Phang dan Dato' Chang, Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan 'angpau' kepada kanak-kanak yang turut hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina yang penuh meriah itu.
RESTORAN MAKANAN
LAUT SEKILAU, JALAN HJ AHMAD, KUANTAN – Kemakmuran negara yang dikecapi
sekarang bukanlah sesuatu yang datang bergolek, sebaliknya terhasil atas daya-usaha
para pemimpin negara sejak dahulu hingga sekarang.
Inilah
yang diperkatakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada Majlis
Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran wakil rakyat-wakil rakyat Dato’ Phang Tsu
Ming (BN – Semambu) dan Dato’ Chang Hong Seong (BN – Teruntum) pada pagi
Selasa, 12 Februari di sini.
Mengulanginya
ketika ditemui wartawan kemudian, “Tadi saya
telahpun mengingatkan semua pihak tentang pentingnya perpaduan kaum. Kita di
Malaysia ini, tak rasa apa-apa sebab benda ini (kemakmuran negara) seolah-olahnya
datang menggolek.
“Sebenarnya, ia (kemakmuran
negara dan kesejahteraan rakyat) adalah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin zaman
dahulu (hingga sekarang) supaya semua kaum tidak merasakan mereka terancam oleh
kaum yang lain.
“Dan, kalau
adapun sikit-sebanyak (ke)tidak sefahaman ataupun perkara yang perlu
dibincangkan, kita (para pemimpin Kerajaan yang ada pimpinan BN) bincang dalam
bilik mesyuarat”.
AGIHAN BUAH LIMAU MANDARIN... Apakah agaknya yang diperkatakan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan hingga yang hadir turut tersenyum dengannya.
PERPADUAN KAUM
JAMINAN MASA DEPAN CERAH
Beliau
seterusnya berkata betapa negara ini mempunyai masa depan yang bertambah cerah
untuk meningkatkan lagi kemakmurannya ekoran sokongan yang ditunjukkan oleh
rakyat termasuk kaum Cina terhadap Kerajaan yang ada.
Sokongan
itu menurutnya, bukan sahaja tergambar menerusi kehadiran rakyat khususnya kaum
Cina yang ramai ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina pada hari ini tetapi juga
pada sambutan di Pulau Pinang pagi semalam, Isnin, 11 Februari yang turut
dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.
“Saya percaya
dengan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat seperti pada hari ini, (dan) semalam,
kita lihat di Pulau Pinang; saya yakin Malaysia mempunyai masa depan (yang
bertambah cerah).
“Malaysia hanya mempunyai
masa depan (yang bertambah cerah) kalau perpaduan kaum terjamin. Dan ini saya
yakin terjamin. Insya-Allah. Adalah tempat untuk anak-cucu kita nanti, untuk
tinggal dengan aman-damai berbilang kaum,” katanya.
Beliau
turut memuji langkah penganjur majlis, yang telah menyediakan makanan halal yan
g boleh dinikmati oleh semua yang hadir dalam kalangan pelbagai kaum dan latar
belakang.
TEMUI MEDIA... Lihat sahaja kesesakan di pintu utama untuk memasuki ke restoran ini, yang jelas membuktikan sokongan rakyat khususnya kaum Cina kepada Kerajaan yang ada, terus meningkat dari masa ke semasa.
BERGEGAS PULA KE
KAMPUNG ORANG ASLI KEDAIK ASAL
“… ada sate, ada
nasi dagang, selain daripada kita mula-mula sampai tadi, menggaul ‘yee sang’,” katanya lagi
sebelum bergegas pula untuk ke Kampung Kedaik Asal, Rompin – kira-kira 144 km
dari sini, bagi menyampaikan bantuan ihsan banjir kepada penduduk di sana. –
Khabar