Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob turut dipuji atas ‘unstinting support’ (kerjasama penuh) yang
diberikan bagi menjayakan MCKIP.
IKLAN UCAP TAHNIAH... Ini seperti yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran Selasa, 5 Februari.
TAMAN PERINDUSTRIAN KUANTAN
MALAYSIA-CHINA (MCKIP), KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG, KUANTAN – ‘Kuantan Speed’ atau Kelajuan Kuantan.
Inilah istilah baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri
Mohd Najib Abdul Razak merujuk kepada ‘laju’nya
usaha dan tindakan dilakukan bagi membangunkan Taman Perindustrian Kuantan
Malaysia-China (MCKIP) ini.
Kelajuan itu begitu rupa – dalam tempoh empat (4) bulan sahaja, hinggakan
seluruh kawasan kira-kira 607.5 hektar (1,500 ekar) ini berjaya dibangunkan dan
bersedia menerima kemasukan pelabur dengan pelancarannya hari ini.
“… from the start, I advised
Malaysian officials that this development must match the remarkable speed with
which it’s Qinzhou counterpart was created. In fact, I coined the phrase that
it must be the ‘Qinzhou speed’!
“The result? In just four
months, the park is ready to be launched.
And now we have a new term for accelerated development here in Malaysia –
‘Kuantan speed’!” kata Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran 20-minitnya
itu, pagi Selasa, 5 Februari di sini.
MERCUTANDA BAHARU... Bakal jadikan seluruh Kawasan Perindustrian Gebeng sebagai hub perindustrian terpenting negara.
TAMAN PERINDUSTRIAN BERSTATUS
KEBANGSAAN PERTAMA
MCKIP ialah taman perindustrian berkembar (sister park) dan lanjutan
kepada China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) di Qinzhou, China sepertimana
yang telah dilancarkan bersama oleh Dato’ Sri Mohd Najib dan Perdana Menteri,
Republik Rakyat China, Wen Jia Bao pada 1 April lepas (2012).
Sepertimana juga CMQIP, MCKIP juga diberikan ‘status kebangsaan’ – taman
perindustrian pertama di Negara ini diberikan status tersebut, bermakna ia
(MCKIP) akan dimajukan oleh sektor swasta dengan bimbingan Kerajaan.
Sehubungan itu, Dato’ Sri Mohd Najib telah menyatakan penghargaannya
kepada pelbagai pihak dalam menjayakan pembangunan MCKIP khususnya Menteri
Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang menurutnya, telah memberikan ‘unstinting
support’ (kerjasama penuh) kepadanya.
Menurutnya, pelancaran rasmi MCKIP menandakan bab baharu (a new chapter)
dalam perhubungan antara kedua-dua negara – Malaysia dan China; perhubungan
yang telah matang lebih daripada yang dijangkakan.
“Today, our nations are
closely connected. China is Malaysia’s largest export market, and accounts for
a sixth of our imports. This year, we expect more than RM1 billion of Chinese
foreign direct investment in Malaysia. Over the next five years, we expect
two-way trade to reach US$100 billion,” katanya.
MODEL PEMBANGUNAN MCKIP...
RANGKA PROGRAM PEMBANGUNAN
5-TAHUN
Dato’ Sri Mohd Najib kemudian mengumumkan betapa kedua-dua negara sedang
melakukan semakan akhir kepada Program Pembangunan 5-Tahun bagi Kerjasama
Ekonomi dan Perdagangan yang dijangka siap untuk pertimbangan dalam tempoh suku
pertama tahun ini.
Program pembangunan ini katanya, akan merangka secara jelas, peluang-peluang
untuk kerjasama antara kedua-dua negara dalam tempoh lima tahun antara tahun
ini dan tahun 2017.
“Over the past decade,” kata Perdana
Menteri kita lagi, “… the world has come
to terms with a model where China’s need for resources has created new patterns
of trade and influence.
“Now the world is beginning to
recognise that Chinese innovation and domestic demand will prove just as potent
a force in the global economy. So on economic co-operation - and diplomatic; I
am proud to say that Malaysia is ahead of the curve,” katanya.
Sehingga ini menurut Perdana Menteri lagi, MCKIP telah berjaya memperolehi
komitmen pelaburan bernilai RM10,500 juta (RM10.5 billion) dengan kira-kira
8,500 peluang pekerjaan bakal disediakan.
PELABURAN RM2,500 JUTA
BANGUNKAN INFRA DALAM MCKIP
Tambahan pelaburan lagi RM2,500 juta katanya, akan dikeluarkan oleh
pemaju induk (master developer) kepada MCKIP ini sendiri – usahasama antara
antara rakan-rakan kongsi kedua-dua Malaysia dan China, bagi membangunkan
infrastruktur utama dalam kawasan MCKIP ini.
“I hope and trust that these
investments will be the first of many. But the true impact of this park will be
felt not just in economic terms, but in the legacy it leaves on the lives of
local people.
“The Group (master developer) has
committed to provide training for all levels of its workforce, and will work
with local training institutions for skills development. And an internship
programme at the Group’s existing plants in China will help young people learn
new skills and a new culture,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar dewan-dewan perniagaan tempatan,
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta golongan peniaga merebut
peluang yang telah disediakan.
Dato’ Sri Mohd Najib turut mengumumkan bahawa Guangxi Beibu
International Port Group akan berusahasama dengan syarikat tempatan – IJM Corporation Bhd bagi mengusahakan
kerja-kerja pembesaran Pelabuhan Kuantan yang berdekatan, bernilai pelaburan RM3,000
juta (RM3 billion).
TANDA TANGANI LIMA (5) DOKUMEN
STRATEGIK
Kerja-kerja pembesaran ini katanya, termasuk pembinaan sebuah terminal
laut dalam yang baharu ke arah meningkatkan daya-saing serta menjadikan Pelabuhan
Kuantan sebagai destinasi perkapalan utama.
“It will ensure that China and
Malaysia remain closely connected at a time when the balance of global trade is
tilting in Asia’s direction. With the Regional Comprehensive Economic
Partnership set to bring half the world’s population within a single market,
the importance of this connection will only increase by leaps and bounds,” katanya.
Sempena majlis pelancaran ini juga, lima (5) dokumen strategik turut
ditanda tangani antara pihak-pihak terlibat, sebagai pemula (kick-start) kepada
kemasukan pelaburan yang nyata ke MCKIP.
Kelima-limanya ialah; Pertama, Perjanjian Pemilik Saham antara
Konsortium Malaysia dan Konsortium China bagi penubuhan syarikat usahasama
MCKIP.
Kedua, Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Pelaburan antara Majlis
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Guangxi Beibu Gulf
International Port Group ke arah membangunkan projek-projek kilang keluli,
kilang aluminium dan kilang penapisan minyak sawit.
“… TO A LONG AND FRUITFUL
FUTURE FOR MCKIP”
Ketiga, MoU antara Guangxi Beibu Gulf International Port Group dan
syarikat tempatan, Rimbunan Hijau Group bagi pelaburan dalam kilang penapisan minyak
sawit.
Keempat, MoU antara IJM Corporation Bhd dan Guangxi Beibu Gulf
International Port Group bagi kerja-kerja pembangunan dan pembesaran Pelabuhan
Kuantan.
Dan kelima, Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Pembiayaan
Kewangan antara China Development Bank Corporation dan pemaju induk (master developer)
yang meliputi consortium dari kedua-dua Malaysia dan China.
“Each of these signings point
to a long and fruitful future for the Malaysia-China Kuantan Industrial Park,” tegas Dato’ Sri Mohd
Najib yang selepasnya, ialah ucapan 5-minit dalam Bahasa Mandarin oleh Pengerusi,
Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, Republik Rakyat China, Encik Jia
Qinglin.
Selain Menteri Besar, Dato’ Sri
DiRaja Adnan, antara yang turut hadir pada majlis pelancaran ringkas tetapi bersejarah
dan bermakna itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri
Mustapa Mohamed;
Menteri Kesihatan, Dato' Sri Liow Tiong Lai; Utusan Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting; serta, Ketua Pegawai Eksekutif,ECERDC, Dato' Jebasingam Issace John.
Menteri Kesihatan, Dato' Sri Liow Tiong Lai; Utusan Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting; serta, Ketua Pegawai Eksekutif,ECERDC, Dato' Jebasingam Issace John.
GEBENG BAKAL JAGI HUB INDUSTRI
UTAMA NEGARA
Sementara itu, dalam reaksi segeranya kepada majlis pelancaran ini, Dato’
Sri DiRaja Adnan yang sempat ditemui pemberita berkata, MCKIP bakal membawa
banyak faedah kepada negeri dan rakyat negeri ini keseluruhannya.
Kewujudan MCKIP katanya, akan memungkinkan berlakunya kesan putaran ekonomi
(economic spin-off effects) dan kesan berganda (multiplier effect), serta kesan
tambah nilai sangat banyak.
“Ianya (MCKIP, akan) mewujudkan
banyak peluang pekerjaan pada semua peringkat; professional dan bukan professional,
mahir dan separuh mahir. Ianya merangsang kerancakan perniagaan berteraskan
perkhidmatan.
“Ianya memberi nilai tambah
kepada Kawasan Perindustrian Gebeng, (hingga bakal) menjadi hub perindustrian
yang penting di negara ini,” katanya. –
Khabar