… kekalkan
perpaduan dan terus beri sokongan kepada Perdana Menteri untuk memakmurkan lagi
negara demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum juga, kata Menteri Besar
GONG XI, GONG XI... Dengan kedua-dua tangan digenggam ke dada, Dato' Sri DiRaja Adnan mengucapkan 'Selamat Tahun Baharu Cina' kepada semua khususnya rakyat negeri dalam kalangan kaum Cina kita.
NOTA
EDITOR;
Berikut
disiarkan Perutusan Tahun Baharu Cina 2013 Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob yang ditujukan kepada seluruh rakyat kaum Cina terutamanya di negeri
ini. Semoga kita dapat turut sama-sama memanfatinya.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat kaum Cina
khususnya di negeri Pahang, yang akan menyambutnya pada Ahad, 10 Februari ini.
Tahun
2013 ini sepertimana menurut kalendar Cina, ialah tahun ular atau secara
khusus, ular air; yang bermula 10 Februari ini dan berakhir pada 30 Januari
2014.
Sempena
sambutan Tahun Baharu ini, sukacitalah saya menyarankan agar kita sama-sama
dapat terus mengekalkan perpaduan sesama kaum dan juga antara kaum, dalam
negara kita yang majmuk ini.
Kepimpinan
negara kita sendiri yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Hj Abdul Razak, telah bukan sahaja sering menyarankan tentang hal ini, malah
membuktikannya.
Lihat
sahaja kepada dasar-dasar dan tindakan-tindakan jangka sederhana dan panjang
yang Kerajaan perkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP), dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA); yang
sasarannya ialah untuk memakmurkan negara demi perpaduan dan kesejahteraan
hidup rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.
IKLAN AKHBAR... Inilah iklan 'Selamat Tahun Baharu Cina' memaparkan Dato' Sri DiRaja Adnan yang disiarkan dalam akhbar China Press keluaran Sabtu, 9 Februari atau sehari sebelum hari perayaan pada Ahad, 10 Februari.
Iklan ini disiarkan sehari awal memandangkan akhbar-akhbar Cina seperti China Press milik Media Chinese International Ltd kepunyaan Tan Sri Tiong Hiew King - yang juga Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Rimbunan Hijau; tidak ber'siaran' pada Ahad, 10 Februari dan Isnin, 11 Februari berikutan 'press-holiday' yang diambil oleh staf dan wartawannya pada kedua-dua hari Sabtu, 9 Februari dan Ahad sendiri, 10 Februari.
TINDAKAN JANGKA
PENDEK BAGI RINGANKAN BEBAN RAKYAT
Tindakan-tindakan
jangka pendek seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1.0 dan 2.0,
begitu juga yang lain seperti Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) dan wang ihsan
RM500 kepada mangsa-mangsa banjir; semuanya untuk dimanfaati oleh rakyat
berbilang kaum lalu dapat mensejahterakan dan menyatu-padukan lagi perhubungan
mereka.
Perdana
Menteri juga sudah terkenal dengan program tinjauan mesranya (walkabout) dan
tinjauan ini meliputi ke semua kawasan tumpuan kaum di negara ini, termasuklah
sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
Oleh
itu, marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana
Menteri khususnya kepada usaha-usahanya untuk terus memakmurkan lagi negara dan
negeri ini, agar kita dapat terus hidup dalam keamanan dan kesejahteraan dalam
sebuah masyarakat yang kukuh bersatu-padu.
Sekali
lagi saya ucapkan, Selamat Tahun Baharu Cina 2013 kepada semua. – Khabar