Saturday 5 April 2014

Junjung kasih Tuanku!


… sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang

JUNJUNG KASIH TUANKU... KDYTM Tengku Mahkota sedang menyematkan bintang kebesaran ke dada selepas memakaikan selepang kepada Dato' Abdul Wahab.


BALAIRUNG SERI, ISTANA ABU BAKAR, BANDAR DIRAJA PEKAN – KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berkenan hadir dan menganugerahkan, pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang pagi Sabtu, 5 April di sini.

Seramai 199 orang telah menerima darjah-darjah kebesaran dan pingat masing-masing iaitu empat (4) bagi Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Keempat-empatnya ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Dato’ Wira Mortadza Nazarene;

Pengerusi Eksekutif, Kumpulan 3A International, Encik Anuar Abdul Aziz; dan, Pengarah, Sonstar Engineering Works Sdn Bhd, Encik Lim Chen Tong.

Seramai 11 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’, yang antaranya ialah Pengarah, Bahagian Perisikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Azam Baki;

LAKON SIKIT... KDYTM Tengku Mahkota diapit oleh (dari kiri ke kanan) Dato' Baharom, Dato' Abdul Wahab, Dato' Mohd Hasan, dan, Dato' Dr Asyraf Wajdi. 
  

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PM JUGA DAPAT DATO’

Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Mej-Jen Mohd Sobri Paridaluddin Ismail; dan, Peguambela dan Peguamcara (Mahkamah Tinggi Malaya) yang juga bekas Pegawai Khas (Undang-undang) kepada Menteri Besar, Dato’ Mohamad Shariff Abu Samah.

Seramai 103 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut bergelar Dato’ yang antaranya ialah masing-masing Timbalan Ketua Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri iaitu Dato’ Iskandar Mohd Kaus dan Encik Amhari Efendi Nazaruddin;

Ketua Pengarah Imigresen, Cik Aloyah Mamat; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar; Ketua Unit Keselamatan Korporat Kumpulan, Sistem Penerbangan Malaysia, Kapten Badrul Hisham Yusoff;

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Encik Ismail Abu Hassan; Naib Presiden, Perbadanan Putrajaya, Encik Rogaizat Abdullah; Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki;

Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik dan Transplan, Institut Jantung Negara (IJN), Dr Mohd Nazeri Nordin; Pegawai Khas kepada Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri Perak, Encik Arivalagan a/l Arujunan;

CERIA BERSAMA... Inilah foto yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 6 April.


DATO’ HANAFI ABDUL LATIF

Timbalan Pengarah Kanan Siasatan, SPRM, Encik Han Chee Rull; Pengarah SPRM Negeri Pahang, Encik Moh Samsudin Yusof; Pengarah, Lembaga Tabung Haji Negeri Pahang, Encik Mohyen Mosman;

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nation al Aerospace & Defence Sdn Bhd (NADI), Encik Mohamad Elkany Ahmad; Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Puan Siti Zauyah Md Desa;

Setiausaha Bahagian (Makro), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (B-Pen), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Encik Khairulanuar Mahmood; Akauntan Negeri Pahang, Encik Pukhari Samsuri;

Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Encik Hanafi Abdul Latif; Ketua UMNO Bahagian Bagan yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Pulau Pinang, Ir Dr Shaik Hussein Mydin;

serta, dalam kalangan pengarang kanan media yang termasuklah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang yang juga Editor Eksekutif, Khabar Pahang, Encik Abdul Wahab Mohamad Ali; Pengarang, Utusan Malaysia, Encik Mohd Hassan Mohammed Noor; dan, Pengarang KOSMO!, Encik Baharom Mahusin.

FOTO BERSAMA ISTERI... Foto ini merakamkan Dato' Abdul Wahab bersama-sama isteri, Datin Laily Mohd Ebram, di depan singgahsana di Balairung Seri yang serba gah dan 'majestic' ini.


KETUA BIRO AKHBAR DAPAT AMP

Hanya seorang penerima Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Encik Roslan Ramli; 10 orang menerima Setia Mahkota Pahang (SMP) antaranya ialah Aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri, ACP Mohd Yusri Hassan Basri;

Seramai 18 orang menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP); 26 orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP) yang termasuklah ketua-ketua biro New Straits Times (NST) Berita Harian dan Sinar Harian negeri Pahang iaitu Encik M Hamzah Jamaluddin, Encik Abdul Razak Raaf dan Cik Aswany Omar;

Wartawan-wartawan kanan akhbar-akhbar Harian Metro, KOSMO! dan Sin Chew Daily – Encik Asrol Awang, Encik Mohd Hafiz Abbas, dan, Encik Lee Yoon Sang; serta, jurukamera kanan TV3 Pahang, Encik Bazaai Ahmad.

Seramai lima (5) orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC); seramai 11 orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) yang termasuklah jurukamera-jurukamera RTM Pahang, Encik Amzari Jamaludin dan Tuan Badrolhisan Tuan Khalil;

Wartawan Utusan Malaysia Pahang, Puan Fadheelah Abdul Manaf, jurofoto dan wartawan Bernama Pahang, Encik Zulfaidi Muhammad dan Encik Zafri Razali; wartawan-wartawan Sinar Harian dan NST Pahang, Encik Nik Amirul Mu’min Nik Min dan Encik Alagesh a/l Theruvarul Nathan.

SPEAKER DEWAN DAN SS TURUT HADIR

Penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula ialah seramai 10 orang.

Yang turut hadir pada istiadat berlangsung kira-kira dua-setengah jam ini ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Srui Muhammad Safian Ismail; serta Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri. – Khabar