Thursday 20 November 2014

"... kita tidak akan bersimpati dengan orang yang masuk ke Malaysia tanpa izin.



“We will get rid of them, sooner or later,” titah tegas KDYMM Sultan Pahang tentang gejala pendatang tanpa izin di Cameron Highlands .

MELANGKAH MASUKI BILIK MESYUARAT... KDYMM Sultan Pahang sedang melangkah masuki bilik mesyuarat diiringi Dato' Sri DiRaja Adnan. Selain Dato' A.Rahman (di belakang, kiri KDYMM Tuanku), yang turut kelihatan ialah YAM Tengku Besar Pahang serta ketua-ketua jabatan. 


PEJABAT DAERAH DAN TANAH CAMERON HIGHLANDS, TANAH RATA – Dalam nada tegas dan mesej yang jelas mengenai gejala pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini khususnya Cameron Highlands ini, KDYMM Sultan Pahang telah menitahkan tentang tiada simpatinya Baginda terhadap mereka.

Sambil itu menitahkan keazaman tinggi Baginda serta Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, untuk berusaha membanteras gejala itu pada akhirnya.

“… kita tidak akan bersimpati dengan orang yang masuk ke Malaysia tanpa izin. We will get rid of them, sooner or later,” demikian titah-kata Baginda pada persidangan media luar jadual, selepas berangkat pada Majlis Taklimat Bencana pada pagi Khamis, 20 November di sini.

Majlis Taklimat yang berlangsung hampir dua (2) jam bermula 9.30 pagi itu, disembahkan ke sisi KDYMM Tuanku oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato’ A.Rahman Hamzah.

Selain Dato’ Sri DiRaja Adnan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkenaan, turut hadir.

BERSEDIA UNTUK BERMULA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan pada permulaa Majlis Taklimat untuk ke sisi KDYMM Tuanku ini ialah Dato' Sri Muhammad Safian.

PUJIAN UNTUK PENJAWAT AWAM

“We must not allow them (the illegal foreign workers) to wander around not only in Cameron Highlands (but also) in the other districts in Pahang. We must put a stop to this sort of things once and for all,” titah-tegas Baginda.

“This is in the plan,” titah Baginda lagi sambil menoleh ke arah Dato’ Sri DiRaja Adnan di sebelah, yang mengiyakan. “But I cannot tell you until we have agreed in-toto,” titah Baginda lagi.

Baginda turut memuji penjawat awam di negeri ini – yang dilihat boleh melonjakkan kembali semangat kerja mereka yang mungkin tercalar ekoran laporan-laporan berita mengenai gejala penerokaan tanah haram yang turut dikaitkan secara negatif dengan mereka.   

“We will do our part. Pihak saya sebagai Raja Pemerintah, Menteri Besar sebagai Menteri Besar dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di negeri Pahang terutama sekali macam pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan; they are very loyal to the government and are very hard working officers”.

Berhubung dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang semalam Baginda menitah-sebut tentang Kerajaan Persekutuan mempunyai kelengkapan sepenuhnya menurut Baginda, Baginda hanya dapat merayu agar bantuan berkenaan dapat dihulurkan.

MASIH SEDIA MELAYANI ADUAN JELATA... KDYMM Tuanku kelihatan melayani aduan seorang jelata Baginda, selepas berakhirnya Majlis Taklimat pagi Khamis ini.  


ADMIRING OUR PERDANA MENTERI

“Not that we are at their (the Federal Government’s) mercy, no such thing. Mesti ingat, Pahang is a sovereign state, the Ruler is a sovereign Ruler. Bermakna, saya ada power dalam negeri saya.  

“Tapi InsyaAllah, Perdana Menteri saya ini orang Pahang. Takkan dia tak sayangkan negeri dia ya… I will appeal to him personally on behalf of my rakyat. He is a good man. We have to support our Perdana Menteri,” titah Baginda.

“… dia anak Pekan macam saya. Surely we can help one another. But we have to give full support to our Perdana Menteri. He is doing a good job for the good of Malaysian people, for the good of Malaysia and I admire my Perdana Menteri because he is a working Perdana Menteri.

“You can see for yourself; he is here, he is there, all over… He doesn’t believe in stopping. And (he is) doing things for the love of rakyat Malaysia. And for that we love him. We do, I do. I will support him all the way, and so as my Menteri Besar,” titah Baginda lagi.

Sebelum itu, pada awal-awal persidangan media lagi, Baginda menitah-sebutkan tentang kedukacitaan Baginda dengan laporan berita sebuah akhbar nasional yang tidak Baginda sebutkan, mengenai kononnya Cameron Highlands ‘ditawan’ ekoran kehadiran 30,000 PATI dari Bangladesh di tanahtinggi ini.

CUMA 13,000 PATI BUKAN 30,000 SEPERTI LAPORAN BERITA

“… tak ada sampai 30,000 Bangladeshi di sini. Ini semua khabaran-khabaran yang palsu,” titah Baginda sambil menyifatkan laporan berita sebegitu di muka surat depan akhbar tersebut, adalah ‘very damaging’ atau sangat membinasakan.

“Saya sendiripun takut. So, saya berharap kepada Tuan-tuan, Puan-puan, perkara-perkara ini (laporan berita) kalau nak dibuat pada masa akan datang, berjumpa pihak yang berkuasa.

“Macam di Cameron Highlands, Dato’ DO saya ada sini. We will give whatever information you want. We will not hide from you (but) you have to be honest with us,” titah Baginda lagi.  

Menurut seorang-dua pegawai yang turut hadir pada Majlis Taklimat secara tertutup itu, KDYMM Tuanku telah turut disembahkan dengan maklumat yang dikongsi bersama oleh kedua-dua Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. 

Betapa jumlah pekerja di tanahtinggi ini kira-kira 13,000 orang yang daripadanya, 11,000 pekerja sah dan cuma 2,000 pendatang tanpa izin (PATI).Yang ekoran itulah menyebabkan Baginda terlalu dukacita dengan angka 30,000 PATI sepertimana dilaporkan oleh akhbar harian dan mingguan berkenaan. – Khabar