Saturday 1 November 2014

Cuti peristiwa sehari, Isnin, 3 November!



… sebagai menghargai kemenangan Piala Malaysia, Pahang tumpaskan JDT

PIALA REBUTAN DALAM GENGGAMAN...


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh Pahang, sehari, pada Isnin, 3 November ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkannya lewat malam ini katanya, ini sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia malam Sabtu, 1 November ini.

Para pegawai dan guru, serta pelajar yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari yang sama, Isnin, bagaimanapun tidak tertakluk dengan percutian ini.
  
Pada perlawanan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Pahang menewaskan JDT menerusi sepakan penalti, 5-3; setelah terikat 2-2 pada sepenuh masa 90-minit, serta tambahan masa lagi 30-minit.

Berikut ialah kenyataan media penuh beliau;

“Kerajaan Pahang mengumumkan cuti peristiwa sehari pada hari Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang dalam pertandingan akhir Piala Malaysia 2014.

AMBIL KIRA BOLASEPAK IALAH PERMAINAN RAKYAT

“Pengumuman ini mengambil kira bahawa bolasepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun.

“Semua pegawai, guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM yang bermula pada 3 November 2014 hendaklah meneruskan tugas seperti biasa. Semua pelajar yang terlibat mesti menduduki peperiksaab SPM”. – Khabar