Wednesday 6 January 2021

Amalan, tradisi Raja Pemerintah dan Kepemimpinan Negeri ‘turun padang’ tangani rakyat terkesan banjir.

… oleh setinggi-tinggi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong dan KDYMM Pemangku Raja Pahang, hinggalah Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua dan ahli-ahli UMNO Bahagian-bahagian termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.


EHSAN DAN MESRANYA KDYMM SPB YDP AGONG DI PPS WISMA BELIA, KUANTAN... 

kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – ‘Turun padang’ ialah amalan dan tradisi di Pahang apabila sahaja berlaku bencana sepertimana banjir yang dialami membabitkan 10 daripada 11 daerah (kecuali hanya Cameron Highlands) di negeri ini sekarang.

‘Turun padang’ ini dilaksanakan oleh setinggi-tinggi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Mutawakkil Alalllah Sultan Iskandar Al-Haj, dan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah;

Sehinggalah kepada Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua dan ahli-ahli UMNO Bahagian-bahagian termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Menjadi amalan dan tradisi juga – ‘turun padang’ ini turut disusuli ruang-masa bertanya khabar dan ramah mesra, serta penyampaian pelbagai bentuk bantuan termasuk barangan keperluan harian, demi meringankan sedikit beban yang mangsa tanggungi akibat bencana ini.

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah dan KDYMM Pemangku Raja Pahang telah ‘turun padang’ meninjau beberapa kawasan ditenggelami banjir dan singgah di Pusat-pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Maran pada Selasa, 5 Januari 2021.

AKSI AHLI EXCO, DATO' SRI SHAHANIZA SHAMSUDDIN KETIKA KEMUNCAK BANJIR DI BANDAR MARAN...

ZIARAH-TINJAU 2-HARI – MARAN DAN KUANTAN

Hari ini pula, Rabu, 6 Januari, Baginda telah meninjau beberapa kawasan ditenggalami banjir dan singgah ke beberapa lagi PPS kali ini di daerah Kuantan, termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang.

Dalam pada itupun, Baginda masih perkenan meluangkan masa memenuhi permintaan pihak media daripada Fikrah Pahang, yang pohon mendapatkan titah ulasan Baginda tentang bencana banjir tersebut dan Baginda bertitah-pesan;

“Saya ingin menasihatkan supaya semua yang diarah berpindah, harus berpindah kerana keadaan cuaca nampak sedikit kebimbangan dan saya berdoalah semoga semua selamat.

“Dan dalam pada itu saya berharap, tenaga-tenaga atau petugas-petugas (di PPS) harus menjaga SOP kerana ini akan mendatangkan bahaya kalau kita tak jaga. Saya berdoalah cuaca akan bertambah baik dari masa ke semasa, insyaAllah”.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy turut diminta mengulas dan katanya; “Kepada mangsa-mangsa banjir saya menasihati supaya mereka mematuhi SOP sepertimana telah ditentukan oleh pihak Kerajaan.

SEORANG LAGI AHLI EXCO KITA, DATO' MOHAMMAD FAKHRUDDIN MOHD ARIF MEMANTAU KERJA... Demi memastikan kerja-kerja menyiapkan klinik kesihatan sementara sebagai alternatif kepada Klinik Kesihatan Kampung Padang Rumbia dalam Dewan Negeri kawasan Bebar yang terkesan banjir, berjalan lancar dan sempurna demi kemaslahatan rakyat diwakilinya. 


ZIARAH-TINJAU SEHARI SUNTUK KE RAUB

“Kerana, kita tidak mahu ada kluster baharu. Perkara ini (ancaman wabak pandemik COVID-19) boleh dihindari sekiranya kita mematuhi apa yang telah diarah oleh pihak Kerajaan terutama sekali daripada segi penjarakan sosial, pakai pelitup muka, basuh tangan dan jaga kesihatan, kebersihan walau dalam apa keadaan sekalipun”.    

Sebelum itu pada Isnin, 4 Januari 2021, KDYMM Pemangku Raja Pahang yang diiringi Menteri Besar, telah perkenan melakukan ziarah-tinjau ke kawasan-kawasan terbabit banjir dan beberapa PPS di daerah Raub.   

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri melaporkan bahawa setakat 5 petang Rabu, 6 Januari 2021 ini, sebanyak 259 PPS telah dibuka di seluruh negeri menempatkan 5,858 keluarga atau 21,922 mangsa. 

Hanya dua setengah jam kemudian pada 7.30 malam, telah mencatat peningkatan sebanyak lima (5) buah menjadikan sebanyak 264 PPS, menokok 276 keluarga kepada 6,134 keluarga atau tambah lagi 1,072 mangsa menjadi 22,994 mangsa.

AKSI HULUR BANTUAN OLEH TOKOH-TOKOH KEPEMIMPINAN MUDA KITA DI PEKAN... Wakil rakyat kita, Encik Mohd Sharim Md Zain (BN - Chini) serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Dato' Mohd Nizar Najib. – Khabar