Saturday 9 January 2021

Perdana Menteri lawat kawasan banjir daerah Temerloh dan Maran

BERTANYAKAN KHABAR... Tan Sri Muhyiddin sedang menanyakan sesuatu kepada keluarga mangsa banjir di PPS SMK Seberang Temerloh, sambil Dato' Sri Wan Rosdy dan yang lain memerhatikan.

kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, Ahad, 10 Januari meluangkan masa melawati kawasan dan mangsa-mangsa banjir daerah Temerloh dan Maran.

Beliau tiba dengan jet eksekutif rasmi Kerajaan Persekutuan di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira 9.30 pagi, disambut oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum sama-sama berlepas pula dengan helikopter dan tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh kira-kira setengah jam kemudian.

SMK Seberang Temerloh ialah juga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa-mangsa banjir bagi kawasan berdekatan dan Perdana Menteri diiringi Menteri Besar, meluangkan masa kira-kira 40-minit menjengah, beramah-mesra serta menyampaikan kit sumbangan kepada mereka.

Selepas itu, rombongan Perdana Menteri ke daerah Maran – daerah pertama di Pahang yang dilanda banjir bermula Sabtu, 2 Januari; dan melakukan yang sama di PPS Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Pengarah, Agensi Bencana Negara (NADMA), Dr Aminuddin Hassim. – 

MENYAMBUT KETIBAAN... Dari Pangkalan Udara Kuantan ini, menaiki pula helikopter ke Temerloh dan Maran.

PERDANA MENTERI DAN MENTERI BESAR KITA... - Khabar