…
hanya kira-kira enam (6) hari menjelang 1 Syawal
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Hanya kira-kira enam (6) hari menjelang 1 Syawal atau Hari Raya Aidil Fitri, ‘mood’ Raya serta aura ‘feel good’ terasa di mana-mana
khususnya di kawasan-kawasan tumpuan awam seperti kompleks-kompleks
membeli-belah.
Sementelah
pula, kakitangan kerajaan baharu menerima bonus setengah bulan (gaji pokok)
manakala para pesaranya pula, dibayar RM500 ke dalam akaun bank masing-masing.
Ini
ekoran pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd
Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Kewangan pada 25 Julai lepas, yang antara
lain menyebut;
"Kerajaan
sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para
pesara kerajaan. Sehubungan ini, pemberian bonus dan bayaran khas tersebut
merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara
kerajaan.
"Langkah ini
diharap dapat membantu membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri".
JUALAN MURAH, JUALAN MURAH... Diskaun sehingga 70 peratus! Ini merupakan satu lagi suasana yang menggembirakan lagi hati pengunjung ke kompleks membeli-belah berkenaan.
RAKYAT SERLAHKAN
KESYUKURAN
Bagi
yang bukan dalam kalangan kakitangan kerajaan dan para pesara pula, tentu
mereka juga mempunyai wang lebihan dalam tangan lalu dapat turut bersama-sama
menyertai sesi membeli-belah, menurut kemampuan masing-masing.
Ini
termasuklah keluarga peneroka Felda yang telahpun masing-masing menerima habuan
RM15,000 sebuah keluarga ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)
di papan utama Bursa Malaysia baru-baru ini.
Dalam
pada mengalami ‘mood’ positif ini,
satu perkara yang dilihat tidak diremeh-temehkan oleh rakyat khususnya umat
Islam di negara, negeri dan bandar ini ialah aspek kesyukuran.
Tandanya,
surau di kompleks-kompleks membeli-belah, asyik ‘jam’ dengan kehadiran makmum untuk berwudhu serta menunaikan solat
khususnya Maghrib; setelah selesai menikmati juadah berbuka di restoran-restoran
pilihan.
Di
masjid-masjid pula, sungguhpun bilangan safnya berkurangan tetapi ia masih
mendapat kunjungan makmum untuk menunaikan solat sunat Terawih disusuli sunat
Witir.
Dan
adalah dijangkakan, ‘mood’ ini akan
berterusan untuk satu jangka masa yang lama selepas ini. – Khabar